Warna lidah normal adalah merah jambu @ pink. Bila lidah berubah warna seperti dibawah ini kemungkinan anda menderita beberapa penyakit:
1. Lidah Putih
Orang yang lidahnya putih biasanya disyaki mengidap kepialu , penghadaman yang terjejas, simptom influenza atau kekurangan darah. Jika warna lidah pucat dan lembap seperti ada lapisan lemak, ada tanda-tanda gejala sejuk ini ada kaitan dengan selesema. Jika lidah putih yang sedikit tebal, ini adalah salah satu daripada gejala-gejala penyakit kelamin.
2. Lidah Merah
Lidah berwarna normal sedikit merah, merah cerah lebih buruk, ia menunjukkan pesakit menderita kepanasan. Bila warna merah sedikit kekuningan, menunjukkan demam agak tinggi. Hanya bahagian sisi yang merah atau lidah ditutupi titik titik merah, harus berjumpa doktor mungkin anda ada masalah liver@hati . Warna lidah merah cerah, lidah seperti berlumut atau retak, adalah sindrom panas. Lidah merah yang terasa sangat kering, ini tanda-tanda dehidrasi. Lidah ungu kemerahan menunjukkan adanya luka dalaman atau luka pada perut.
3. Lidah ungu
Lidah ungu menunjukkan pesakit menderita demam dan ada gangguan darah atau peredaran darah yang tidak lancar. Jika seluruh lidah ungu, menunjukkan organ dalam sangat panas. Lidah berbintik ungu, perlu pemeriksaan lanjut di bahagian liver (hati) pesakit.
4. Lidah kuning
Menandakan panas pada tubuh yang agak berlebihan kerana terlalu banyak mengambil alkohol, makanan pedas, mengalami stres emosional dalam jangka panjang, atau akibat merokok. /Erabaru
Penyakit-penyakit pada lidah.
Lidah mempunyai berbagai peranan yang sangat penting untuk bicara, mengunyah, menelan dan juga pembersihan rongga mulut,lidah boleh juga mengalami penyakit yang patut kita ketahui.Ada baiknya kita mengetahui penyakit apa yang biasa menyerang lidah kita.
Candidosis lisan. Penyebabnya adalah Cendawan yang disebut candida albicans .. gejalanya Lidah akan tampak tertutup dengan lapisan putih yang boleh dikikis.
Glossitis Atropic. Penyakit ini juga sering dijumpai. Lidah akan terlihat licin dan berkilat baik seluruh bahagian Lidah mahupun hanya sebahagian kecil. Penyebab yang biasanya adalah kerana kekurangan Zat Besi. Biasanya banyak dihidapi oleh pesakit anemia.
Lidah Geografic. Lidah seperti peta, berpulau-pulau. Baik banyak mahupun sedikit. Bahagian pulau itu berwarna merah dan lebih licin dan bila parah akan dikelilingi pita putih yang sedikit tebal.
Fissured lidah. Lidah akan kelihatan Pecah-Pecah. Kadangkala ada garis hanya satu ditengah, kadangkala ada juga bercabang-cabang.
Glossopyrosis. Tentang gangguan ini ada rasa sakit pada lidah, Lidah terasa panas dan terbakar tetapi tidak dijumpai apa-apa gejala dalam pemeriksaan.
Ini kebanyakannya disebabkan psikosomatik terutama di-Indonesia ianya hampir berlaku setiap tiga hari kerana keabnormalan dalam saraf.
Jadi.keterangan diatas tadi menunjukkan penyakit yang biasa ditangani oleh para doktor di hospital.Rongga mulut merupakan pintu gerbang tubuh kita terhadap dunia luar, selain itu juga merupakan cerminan dari kesihatan Tubuh kita secara keseluruhan. Salah satu cara untuk Pemeliharaan kesihatan Lidah supaya tidak dihinggapi Cendawan candida itu adalah dengan melakukan pembersihan dengan membersih Lidah secara tetap dan teratur ..Jika lidah anda ada gejala seperti diatas cepat-cepatlah berjumpa doktor ok.
kalau tepi lidah warna hitam dan ada bintik2...apa maksudnya ye?
BalasPadamTu taik lalat la.. ;)
PadamLidah saya tak tukar warna..cuma kelihatan bintik dan pedih masa mengunyah..knp ya?? Dia jd mcm ni lepas sy asyik mengunyah..apa perlu sy buat??
BalasPadamLidah saya tak tukar warna..cuma kelihatan bintik dan pedih masa mengunyah..knp ya?? Dia jd mcm ni lepas sy asyik mengunyah..apa perlu sy buat??
BalasPadamAnakku lidah geografi, bagaimana cara mengatasinya?
BalasPadam