IKLAN

Jumaat, 11 November 2011

Petua Menghilangkan Jerawat dan Bekasnya dengan Madu


Honey 2 Tips Herbal: Menghilangkan Jerawat dan Bekasnya dengan Madu
Jika anda berjerawat atau mempunyai banyak bekas jerawat di wajah, tentu anda akan cuba segala macam petua dan ubatan untuk membuat jerawat dan bekasnya supaya menghilang dari wajah anda...ye tak?

Alam telah menyediakan ubat terbaik untuk menyembuhkan jerawat dan merawat kecantikan kulit.
Anda boleh membersihkan kulit secara holistik dengan menggunakan produk semulajadi dan mengambil makanan yang berkhasiat untuk kesihatan diri.
Salah satu produk alam yang boleh digunakan untuk merawat wajah berjerawat sekaligus mempercantik dan menegangkan kulit wajah adalah madu.
Madu boleh digunakan sebagai masker wajah untuk menghilangkan jerawat, bekas jerawat, serta mengurangkan kemerahan dan kerengsaan akibat jerawat.
Madu mengandungi sifat penyembuh semulajadi yang terdiri daripada enzim, antioksidan, dan anti bakteria yang boleh membantu membersihkan kulit.
Selain itu, madu merupakan pelembab semulajadi yang sangat bagus. Madu juga boleh mengurangkan kelebihan minyak pada kulit. Masker wajah yang diperbuat dari madu sangat bagus untuk orang yang mempunyai kulit sensitif.
Menggunakan madu 2-3 kali seminggu sebagai masker wajah,ia bukan hanya akan mengurangkan jerawat dan bekasnya, tetapi juga akan membuat kulit wajah anda bercahaya.
Ini adalah tips@petua menggunakan madu sebagai masker wajah untuk menghilangkan jerawat dan bekasnya:
1. Gunakan bandana untuk mengelakkan rambut terurai ke kawasan wajah sebelum menggunakan topeng wajah dari madu.
2. Buang semua make-up dan cuci wajah dengan sabun lembut dan air hangat sebelum menggunakan topeng madu.
3. Tuangkan satu sudu makan madu asli ke dalam mangkuk kecil. Jika mahu, anda boleh menghangatkan madu selama 10 saat dalam microwave sebelum menggunakannya.
4. Oleskan madu menggunakan aplikator atau jari yang sebelumnya sudah dibersihkan. Oleskan madu dengan lapisan tebal ke seluruh kawasan wajah.Biarkan madu melekat pada wajah selama 15 minit atau hingga satu jam ikut kemampuan anda,lagi lamal lagi baik kesannya.
5. Untuk menghilangkan madu, usapkan tuala kecil yang telah dibasahi dengan air hangat ke wajah. Ulangi proses ini sampai semua madu benar-benar bersih dari wajah.
Anda boleh menggunakan masker madu ini 2-3 kali dalam seminggu atau sesuai dengan keinginan anda.Selamat  mencuba..


6 ulasan:

  1. Salam..
    Saya ingin bertanya..
    Jika setiap malam kita mengamalkan master madu,
    adakah ia akan memberikan sebarang kesan negative?
    terima kasih.

    BalasPadam
  2. Walaikumussalam.maaf saya tdk pernah cuba.cer Miss cuba..;)

    BalasPadam
  3. Semut tak datang gigit ke?
    risau pulak nak pakai malam2...takut serangga lain join sekaki

    BalasPadam
  4. Berapa kali nak letak madu kat wajah@muka dalam sehari?

    BalasPadam
  5. salam satu zarraz..
    saya beautician daripada zarraz paramedical.. jika anda mengalamai sebarang masalah tentang kulit atau ingin bertanyakan sebarang soalan berkaitan kecantikan, sila hubungi hotline kami . Kami sedia memberi konsultasi secara PERCUMA :)

    Zarraz Paramedical Authorized Stokist
    017-2218486 ( Puan Yanie )
    017-3824632 ( Diyana )

    Sila layari laman kami untuk ketahui lebih info tentang Zarraz Paramedical . Terima kasih..

    http://myzarrazparamedical.blogspot.com/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik