IKLAN

Selasa, 15 November 2011

Homoseks dan Rawatan

Oleh: Syaikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz


Soalan:
Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Aku adalah seorang pemuda berusia 21 tahun. Semenjak usiaku 8 tahun, aku telah diuji dengan perbuatan liwat (homoseks). Hal itu terjadi kerana ayahku disibukkan (dengan urusannya sehingga lalai) dari memberikan pendidikan yang baik kepadaku.
Dan keadaanku sekarang, aku menjalani kehidupan yang penuh derita kerana perbuatan liwath tersebut. Sekarangpun aku menyesali perbuatan itu, hingga rasa penyesalanku sampai pada tingkatan aku memikirkan untuk membunuh diri. Wal 'iyaadzubillah
Dan yang menambah derita dan azab yang aku rasakan, keluargaku menghendaki aku untuk segera berkahwin.
Maka dari itu, aku mengharap dari anda yang mulia, agar memberikan bimbingan kepadaku supaya boleh kembali ke jalan yang benar. Dan agar anda memberikan ubat mengikut syar'i yang menyembuhkan / menyelamatkan aku dari masalahku ini sehingga aku boleh melepaskan diri dari kehidupan yang penuh azab, yang selama ini aku jalani kerana melakukan perbuatan liwat (homoseks).
Jawab:
Wa'alaikumsalam warahmatullaahi wabarakaatuh.
'Amma ba'du: Aku memohon kepada Allah, agar Allah memberikan penjagaan kepadamu dari hal - hal yang telah engkau sebutkan.
Tidak diragukan lagi, bahawa apa yang telah engkau sebutkan, berupa perbuatan liwat (homoseks) yang engkau lakukan, itu merupakan dosa yang besar . Akan tetapi, ubat / penyelesaian untuk boleh lepas dari perbuatan homoseks tersebut adalah hal yang mudah. Alhamdulillah.
Ubat itu adalah bersegeralah engkau untuk melakukan taubat nasuha (taubat yang sebenar-benarnya). Taubat nasuha iaitu dengan menyesali perbuatan dosa / maksiat yang telah dilakukan pada masa yang lampau dan besegera meninggalkan / menarik diri dari perbuatan dosa / maksiat tersebut. Taubat nasuha juga harus dengan tekad / azam yang betul untuk tidak kembali melakukan perbuatan dosa tersebut. Hal itu boleh dilakukan dengan bersahabat / bergaul dengan orang-orang yang soleh / baik, meninggalkan / menjauhi dari perkara-perkara yang boleh menjadi wasilah / jalan untuk melakukan dosa itu kembali, dan bersegeralah engkau untuk berkahwin.
Dan aku berikan khabar gembira dengan kebaikan, keuntungan dan kesudahan yang terpuji jika engkau benar dalam taubat yang engkau lakukan. Hal ini sebagaimana firman Allah ta'ala (yang ertinya): "dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu mendapat keberuntungan". (Surah An-Nur: 31)
Dan firman Allah 'azza wa jalla dalam surat At Tahrim (yang ertinya): "Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya". (Surah At Tahrim: 8)
Dan sabda Nabi SAW yang bermaksud (yang ertinya): "Taubat (taubat nasuha) menggugurkan dosa-dosa yang dilakukan sebelumnya".
Dan sabda beliau shallallahu'alaihi wasallam (yang ertinya): "Orang yang bertaubat dari dosa-dosa seperti orang yang tidak mempunyai dosa".
Dan semoga Allah memberikan taufiq kepada engkau, memperbaiki hati dan amalanmu, dan semoga Allah mengurniakan kepada engkau taubat nasuha dan teman-teman yang soleh.
Wassalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Diterjemahkan oleh Al Akh Abu Sulaiman dari 'Fataawa wa Maqaalaat bin Baaz', Muraja'ah Al Ustadz Abu 'Isa Nurwahid, Buletin Dakwah Al-Atsary - Kuala Lumpur Edisi 11/Th.I/1427H
Sumber: www.darussalaf.org offline Penulis: Syaikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz, Tajuk: Ubat Syar'i Bagi Mereka yang Diuji dengan Perbuatan Maksiat


1 ulasan:

  1. kiranya kita tidak tahu tahap mana taubat itu akan menjadi taubat nasuha.. kerana setiapnya akan didatangi lagi dengan dogaan dan cubaan sehingga jatuh semula... demi kemuliaan Allah, apakah hal tersebut selalu terjadi dan pada ketika mana datang pertolongan kepada golongan ini.. sedih kiranya yang tlibat ini lidah dan hatinya mengEsakan rabbul jalil, comanya terjerumus kerana faktor2 yang berbeda2 ada yg dari kecil, ada yg dari magsa keadaan, komen

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik