IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Pelaburan Emas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelaburan Emas. Papar semua catatan

Rabu, 21 Disember 2011

Dividen ASB 7.65 sen, Bonus 1.15 sen Seunit Untuk 2011 dan Bagaimana dengan Emas

As-Salam. Alhamdulillah , beberapa hari yang lepas Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid telah mengumumkan dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) . Berita ini disiarkan di Berita Harian Online :
KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.Agihan pendapatan itu meningkat 0.15 sen seunit berbanding agihan yang dibayar tahun lalu iaitu 7.50 sen seunit.
Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu manakala peruntukan bagi pembayaran bonus pula sebanyak RM628.29 juta.
Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit yang boleh dikemaskini, mulai 3 Januari 2012.
Semua urus niaga ASB di ibu pejabat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), pejabat dan ejen ASNB di seluruh negara akan ditangguhkan mulai 21 Disember sehingga 2 Januari depan.
“Prestasi ASB sepanjang 2011 adalah memuaskan meskipun pada suku terakhir, pasaran saham didagangkan dalam suasana tidak menentu dipengaruhi prestasi pasaran global yang terjejas berikutan ketidaktentuan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan krisis hutang Eropah,” katanya pada sidang media mengumumkan agihan pendapatan ASB, di sini, semalam.
Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Ahmad Sarji berkata, sehingga 15 Disember 2011, tabung ASB memperoleh pendapatan kasar RM7.19 bilion, di mana pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion, keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat menyumbang RM2.25 bilion dan RM0.85 bilion disumbangkan pendapatan pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain pendapatan.
Beliau berkata, pengiraan pengagihan dan pendapatan itu berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2011, manakala pengiraan bonus pula berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan 10 tahun bermula dari 2002 hingga 2011.
Katanya, kadar pengagihan pendapatan dan bonus tabung ASB itu adalah kompetitif dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan.
Sementara itu, Hamad Kama Piah, berkata pihaknya menerima sambutan yang menggalakkan daripada pemegang unit ASB untuk meningkatkan jumlah pelaburan masing-masing.
Beliau berkata, tahun ini penambahan dalam skim ASB melebihi RM13 bilion berbanding RM12.1 bilion tahun lalu.
“Peningkatan jumlah penambahan pelaburan dalam ASB ini menunjukkan pelabur percaya dan yakin dengan prestasi yang dicatatkan skim ini,” katanya.- Berita Harian Online.

Carta Dividen  dan Bonus ASB  10 Tahun Lalu


Tahun 2011- 7.65 sen dan bonus 1.15 = 8.8

Untuk mendapatkan kembali  dividen dan bonus menjadi 12sen mungkin impian dan mimpi  sahaja rasanya .Walaupun begitu tahniah buat PNB kerana dapat meningkatkan dividen  sebanyak 0.15 sen berbanding tahun lalu, duit juga tu..Jika lihat carta diatas boleh beza tak naik atau turun?


Dan soalan seterusnya…apa jaminan ASB ini tak jadi pada saham-saham lain ?dah lupa saham wawasan?saham 2020, saham-saham yang lain..?jadi apa jaminannya?ini belum cerita bab inflasi lagi ni.

Tapi yelah…duit anda semua…Duit korang…pilihan korang..tapi tak salah kalau kita fikir sejenak…sebenarnya aku ada tulis pasal semua ni dalam artikal-artikel sebelum ini…
Baik jika anda dah baca dan berteriakkan lihat carta diatas maka bolehlah membaca artikal seterusnya..Wassalam.


Ahad, 2 Oktober 2011

Emas Naik dan Turun Adalah PELUANG

Salam untuk semua..selamat mengharung bulan yang baharu Oct 2011.

Sepertimana yang sedia maklum ...sifat harga emas ada kalanya menaik dan ada kalanya menurun, jadi dalam kesempatan yang agak pendek iaitu bermula dari awal bulan Sept 2011, kejatuhan nilai emas amat ketara.


Secara teknikalnya dari 1SEPT2011 dengan harga tertinggi ~USD1900, Emas telah merudum sebanyak ~14%(USD276) dengan mencecah ~USD1624.Sebenarnya inilah dikatakan peluang untuk setiap penyimpan, pelabur dan juga usahawan Emas untuk menambahkan stok mereka.Bil di imbau kembali sejarah 10tahun lampau, prestasi Emas masih lagi membanggakan sepertimana graft di bawah.


FLUCTUATION IN GROWING PATH

Jadi.. Pesanan untuk semua...

a. Penyimpan Emas : Beli emas ketika ada RM fiat di tangan..jangan lengahkan.

b. Pelabur Emas : Beli Emas guna Kaedah Pemurataan Kos ..harga down BORONG.

c. Usahawan Emas : Guna kaedah Pemurataan Kos dan Teknik Ar-Rahnu untuk re-stok, harga meloncat LetGO.

Ahad, 22 Mei 2011

Emas Sebagai Alternatif Pelaburan - Dato Salleh Majid

Apa kata DATO' SALLEH MAJID, bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur tentang emas 



Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian diharap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta…kali ni geng nak kongsi video dari seminar pada awal tahun 2010 lepas di tabung haji kelana Jaya.Walau setahun sudah berlalu tapi aku rasakan kata-katanya masih hangat dipasaran dan membuatkan aku rasa terbako'...membuat keghairahan ku kepada emas makin memuncak!.


Tapi sebelum itu beliau pernah menjadi jemputan dalam bijak wang, dikatakan selepas dia ditemuramah dalam program Bijak Wang..orang dah mula sebut-sebut pasal emas.




betul ke?apa betulke pulangan ASB tak sehebat emas?mari kita lihat perbandingan emas dengan ASB


TUeeeeDIA!!!!! kata orang utara…awat jadi lagu nie….pasai pa harga emas graftnya naik…ASB kuei turun taktau….bila nak untung nie….ishh la jauh beza aiii…

inilah yang mungkin anda akan katakan jika pertama kali anda lihat gambar bandingan ini, baik sambung cerita lagi…kalau kita lihat pada video diatas dato Salleh Majid ada baca dari satu slide powerpoint..kebetulan geng ada…lihat dibawah





Berikut sedutan artikel tentang pendapat Dato' Salleh: 
(Artikel asal jika masih ada baca di sini.)

MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton. Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.

Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus.Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

(Bagaimana mengeksploitasi  harga emas  ditunjukkan dalam ebook ini)

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.

Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB. Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.


Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.


Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.


Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.


Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.


Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi.


Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.


Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.


Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.


Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.

(Baca ebook ini untuk strategi pelaburan emas secara kreatif mengikut cara tempatan)

Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).

Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.


Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.


Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

(Beli ebook emas ini dan dapatkan dua bonus, pertamanya satu lagi ebook berkaitan emas dan keduanya keahlian dalam forum jutawan emas)
DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).

Elok melabur dalam bentuk emas


MINGGU lepas saya dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.

Saya diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.

Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.

Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka.

Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.

Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.

Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.

Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.

Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.

Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.

Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871).

Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.

Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns.

Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?

Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.

Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.

Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.

Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.

Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam “bentuk emas” walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.

Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.

Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)


Sumber :  Geng916


Ok bagaimana.?ini mungkin bertentangan dengan penulisan Azizi Ali..dalam bukunya MASA UNTUK EMAS . Klik pada gambar buku.
Masa Untuk Emas



Sabtu, 2 April 2011

Fakta-Fakta Menarik Tentang Emas - 2

Gold dust 


 51.Emas di dalam bentuk debu sekalipun ianya  tetap berharga

52. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K  (2856 °C, 5173 °F)


53. Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.


54.Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.


55.Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.


56. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.


57.Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.


58.Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.


59.Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut. 


60.Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim .
61.Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.



62. Kijang Emas Malaysia, pertama kali dicetak pada bulan Disember 2000 oleh Royal Mint Malaysia. Malaysia adalah negara ke-12 di dunia yang mengeluarkan syiling emas sendiri  dan bergabung dengan jajaran emas Maple Leaf Gold Kanada, Amerika Gold Eagle, Australia Gold Nugget, dan Afrika Selatan Krugerranh .


 63. Emas boleh ditemui disetiap benua yang ada di bumi dan ini termasuklah di Benua Artik dan juga Antartika.


64. Perlombongan pertama yang telah direkodkan ialah di Nubia ataupun Mesir iaitu 4,400 tahun yang lampau


65. Pada bulan Mac tahun 2008, harga emas telah melepasi USD 1,000 untuk pertama kalinya bagi satu aun atau 31.105gm.


66. Perkataan dalam bahasa  Inggeris iaitu 'gold' dikatakan mungkin berasal daripada bahasa terawal Eropah Indo-Asia seperti 'ghol' ataupun 'ghel' yang bermaksud kuning, hijau ataupun bercahaya.


 67. Orang-orang  Indian Amerika percaya dengan memakan emas boleh menyebabkan
 mereka terbang .


68.Untuk menghasilkan  hanya 1 aun emas, sebanyak 4,000 gelen air diperlukan.


69. Suhu 1064.43 darjah Celcius diperlukan untuk melebur emas.


70. Sebanyak 30tan bijih perlu dikeluarkan terlebih dahulu hanya untuk menghasilkan satu aun emas.


71. Satu aun emas boleh ditukar menjadi selembar benang sepanjang 50 batu.


72. Kubah Masjid Al Aqsa dilitupi sepenuhnya sengan daun-daun emas.


73. Dunia kita lebih banyak menghasilkan besi bagi setiap jam daripada ia menghasilkan emas sejak manusia mengumpulnya.


74. Sejak tahun 1910, lebih 3/4 daripada emas yang dikeluarkan didunia telah di gunakan.


75. Satu aun emas juga boleh diketuk menjadi dekeping emas berkeluasan 15 meter persegi.


76. Selain daripadatembaga,emas adalah satu lagi bahan logam yang manusia telah temui sejak 5,000 tahun yang lampau.


77. Sejak sekian lama, para ahli kimia telah berusaha untuk menukar bahan logam biasa kepada emas tetapi hanya dengan penemuan Nuklear pada zaman moden sahaja mereka mampu melakukannya namun kos untuk melakukannya melebihi nilai sebenar emas yang dikeluarkan.


78. Emas merupakan penyimpan nilai yang terunggul.Jika anda menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas anda dijamin untung. Bak kata guru ku Syukor Hashim, "Beli emas-untung, jual beli emas-untung ,beli emas lepas tu ngangah pun-untung jugak.kalau kena dengan caranya lah."


79. Emas adalah aset yang sangat mudah ditunaikan. Samada dijual atau dipajak.

80. Kadangkala, ada peluang yang datang dekat depan mata dan kita perlukan tunai
    segera. Emas boleh membantu.

81. Walau apa jua keadaan ekonomi dan politik, orang yang menyimpan emas tetap akan untung. Bagi kita rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana negara kita aman, stabil dan makmur. Jadi kalau kita simpan emas ianya lebih kepada menyimpan kekayaan dan membuat pelaburan.


82.  Sesiapa yang memiliki emas,.tentunya ia memiliki eset lain.Kenapa tak percaya...kalau ada duit beli aje emas .


83. Bagi kita rakyat Malaysia,  dengan  emas, berbagai  perkara dan tujuan  boleh dilakukan antaranya :
  •  Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang).
  •  Sebagai pelaburan - untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
  •  Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.
  •  Hantaran kahwin
84. Harga emas akan terus naik. Ia bukan macam duit fiat yang kita bangga-banggakan. Dengan adanya emas tidak akan berlaku inflasi.


85. Semakin jatuh nilai USD, maka semakin melonjak harga emas. Dengan ekonomi yang meleset kini, menyimpan emas sememangnya satu langkah yang tepat.


86. Emas tidak pernah tidak laku.Cuba tengok  kedai emas, orang tak beli emas  pun muka tokey emas tu.. "Muka masih atak senyum ma. Apa meliaga ada  gelenti untong punye ..? Meliaga ematla atak tau ka?! " (Meniaga emaslah tahu ke tidak ?!) ." 


87. Jadikan simpanan emas menggantikan simpanan tetap dalam bank. Katakanlah kita simpan emas 20 tahun, anggaran kenaikan 25% setahun. Agak-agak berape tu kalau simpan 20 tahun?  Pakcik Kayo..!


Akhirkata saya harap sesiapa yang membaca fakta tentang emas ini dari awal hingga akhir  dapatlah sedikit ilmu tentang emas ni ,teruskan mencari jangan henti mencari ilmu tentang Emas ini.Akan tetapi ilmu yang baik dan bermanfaat itu adalah ilmu  yang dapat di amalkan oleh kita semua umat dunia ini, ilmu bukan hanya  untuk dihafal sahaja tapi untuk di amalkan jua betul  dak?  Mulalah sekarang , ada duit  belilah emas mulakanlah walaupun dengan 1gram .

Adakah Sahabat semua rasa sangsi tentang Pelaburan Emas ini ...Marilah kita dengar dan tonton bersama Video di bawah ini. Apakah kata  Pakar Pelaburan Dan Mantan Presiden Bursa Malaysia ini tentang emas  okay. Selamat beramal..


.

Susunan Ibnu Marzuq.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik