IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Perubatan Pelik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perubatan Pelik. Papar semua catatan

Selasa, 15 Mei 2012

Ubat dari Mayat Bayi




Perkhidmatan Kastam Korea telah merampas ubat dalam bentuk kapsul yang mengandungi serbuk dari mayat bayi yang dipotong menjadi cebisan kecil kemudian dikeringkan di atas alat pemanas sehingga menjadi debu.

Pihak Kastam Korea meningkat usaha untuk membasmi penyeludupan ‘ubat’ mengandungi serbuk mayat bayi yang dikatakansebagai penawar penyakit dan meningkatkan ketahanan seksual.


Sebenarnya, amalan menjadikan tubuh badan manusia sebagai ubat ini berasal daripada Kepercayaan Karut amalan Syaitan yang mengatakan memakan bahagian tubuh bayi manusia dapat memberikan kekuatan yang luar biasa dan juga boleh menyembuhkan penyakit.

Selain daripada masalah pegangan agama, etika dan perikemanusiaan, Kapsul Mayat Bayi ini juga amat bahaya kerana ia mungkin dicemari dengan ‘super bakteria’ dan kuman-kuman penyebab penyakit lain yang sangat berbahaya.

Pihak Kastam Korea berkata, mereka akan memantau dan mengawasi penerbangan dari China dengan lebih ketat dan memeriksa bagasi penumpang China dengan lebih kerap berbanding sebelum ini.

Jurucakap Kastam Korea percaya Kapsul Mayat Bayi ini telah dihantar daripada 4 bandar di China kepada pelanggan yang telah memesannya di Korea Selatan tetapi berjaya dipintas oleh Pihak Kastam.

Kapsul Mayat Bayi ini dijual dengan harga antara USD$35 – USD$44 sebiji di kedai herba menurut pihak media Korea Selatan.

Masha-Allah, bukan setakat Kapsulnya dari gelatin babi malah diisi pula dengan serbuk mayat bayi. Apa dah jadi dengan manusia zaman sekarang? Lindungilah kami dari Azab MU ya Allah…


Terima kasih buat : www.halalscience.com



Ahad, 5 Februari 2012

Beri Anak Sup Kepala Orang Untuk Sembuh Penyakit



Lin Zongxiu, warga Sichuan China, mempunyai seorang anak perempuan berumur 25 tahun yang telah menderita sakit jiwa sekian lama. Orang tuanya telah membawa dia berubat tetapi masih belum sembuh juga. Kemudian ibunya mendapat satu resepi atau ubat yang paling mujarab untuk menyembuhkan penyakitnya iaitu sup kepala orang.

Setelah mendengar adanya resepi menyembuhnyapenyakit sakit jiwa anaknya, Lin Zongxiu, warga Sichuan China, mencari cara bagaimana mendapatkan bahan untuk resepi itu, 

Mereka pun meminta bantuan seorang pemuda untuk membantu mereka mendapatkan kepala tersebut. Pemuda itu pun kemudian menjalankan aksinya terhadap seorang tua berusia 76-tahun yang kebetulan lalu dalam keadaanmabuk dan tidak sedar yang kemudian memberikan kepalanya kepada Lin.


 Setelah itu, kepala korban dimasak bersama dengan itik(mungkin untuk menghilangkan bau sup manusia nya) yang kemudian dihidangkan untuk anak perempuannya. 

Perbuatan Lin dan suaminya itu telah diketahui polis yang kemudian keduanya pun ditangkap dan dibawa ke pengadilan. Lin dihukum hukuman mati  yang kemudiannya di tunda selama 2 tahun . Ia juga dianggap bersalah turut  menghilangkan barang bukti seperti mayat , baju dan kasut korban. Penundaan selama dua tahun tersebut , hukuman Lin boleh menjadi penjara seumur hidup kalau selama dua tahun tersebut dia menunjukkan perbuatan baik dan tidak melakukan kejahatan yang lebih berat. 



www.borakkosong.com  (link)

Jumaat, 13 Januari 2012

Mari Memburu Kencing Unta ...


Makkah - Ketika baru dua hari, kami wartawan yang tergabung dalam media center haji (MCH), tiba di Madinah, kami membincangkan rancangan untuk membuat set, salah satunya tentang penternakan unta sekaligus kami mencuba susunya yang baru diperah.

Namun seorang pegawai haji yang sudah lama bermukim di Arab Saudi menyatakan  sekarang yang diburu bukan lagi susu unta akan tetapi air kencingnya. Katanya, air kencing unta boleh menjadi ubat bagi pelbagai penyakit berat.

Maka, kami pun akhirnya menuju ditempat penternakan unta di kawasan Abu Duud, Madinah. Di salah satu tempat penternakan miliki oleh Khalid, kami melihat beberapa jemaah calon haji Indonesia sedang cuba minum susu unta. Dan beberapa orang yang lain, ada juga yang membelinya untuk dimasukkan ke botol air minum mineral.

"Susu harganya 5 riyal," kata salah seorang pegawai penternakan dalam bahasa Bahasa Arab. Lelaki berkulit hitam gelap tinggi besar itu dengan cekap menapis susu unta dan menuangnya ke dalam sebuah mangkuk kecil.

Di sekeliling kami hanya padang tandus dan gunung-gunung gersang. Cuaca sangat terik. Saujana mata memandang, tanah-tanah kering berdebu, selain gunung, hanya unta dalam kandang-kandang yang sederhana. Para 'penggembala' unta jumlahnya hanya sedikit berbanding jumlah unta yang begitu banyak.

Dengan cuaca yang panas, minum susu unta terasa sangat segar. Bukan sekadar menyegarkan,malah susu unta juga memberikan tenaga yang banyak. Katanya susu ini mempunyai kandungan kalori lima kali berbanding nasi.

"Segar. Rasanya manis, padahal ia tidak diletak gula," kata salah seorang jemaah haji.

Ladang penternakan unta yang dimilik Khalid merupakan salah satu ladang yang sering dikunjungi jemaah Indonesia. Ladang yang sudah ujud selama 20 tahun ini mempunyai 12 orang pekerja dari Sudan. Para pekerjanya atau para penggembala 'itu tidur dan makan di ladang ini. Ada sofa-sofa tua yang warna kain pembungkusnya sudah luntur dan sebuah khemah kecil tempat para pekerja itu tidur.

"Kami ditugaskan tidak cuma menjaga, tetapi juga memberi makan unta dan memerah susunya. Susu unta hanya kami perah kalau ada orang yang datang dan ingin membelinya sebab susunya tidak tahan lama," jelas Zul, salah seorang pekerja di ladang itu.

Pendapatan terbesar ternakan unta tentu saja berasal dari dagingnya. Unta yang besar dihargai sekitar 15 ribu hingga 20 ribu riyal. Sementara unta yang kecil harganya antara 5 ribu sampai 7 ribu riyal.

Makanan unta adalah rumput. Tapi sayangnya rumput sangat mahal. Tahu sendirikan Arab sangat tandus, sehingga rumput pun tidak boleh tumbuh kecuali melalui rawatan yang menghabiskan kos yang amat mahal. Seikat rumput harganya 5 riyal, lebih mahal daripada jus yang bersaiz 200 mililiter yang berharga hanya 1 riyal ataupun kebab yang harganya hanya 4 riyal.

Pendek kata dengan wang 5 riyal orang sudah boleh makan dengan kenyang di Madinah. Mungkin kerana harga rumput yang mahal, makanan unta pun tidak hanya rumput, tapi ia juga diberi makan roti kering dan surat khabar.

Setiap unta menghasilkan susu yang berbeza-beza. Bila sedang banyak, satu ekor unta boleh memberikan satu baldi susu yang beratnya sekitar 10 kilogram.

Setelah mengelilingi ladang penternakan, mengambil gambar unta-unta juga sejumlah teman merasa susu unta, kami pun bertanyakan soal kencing unta. Pekerja penternakan itu menawarkan kencing unta dengan harga lebih mahal berbanding susu unta. Kencing unta ukuran sekitar 250 mililiter ditawarkan dengan 100 riyal.

Si pekerja itu bercerita, air kencing unta berfungsi untuk ubat. Cara memakainya boleh disapukan di kepala, di perut atau diminum terus. Untuk meyakinkan yang dijualnya kencing unta sebenar, si pekerja itu pun meminum kencing unta tersebut.

"Kalau diletak di dalam peti sejuk,air kencing unta ini boleh awet sampai berbulan-bulan," promosi si pekerja penternakan itu lagi.

Kencing unta ini diceritakan boleh menyembuhkan penyakit buah pinggang, kencing manis atau penyakit berat lain. Masalahnya apakah kencing unta itu halal atau haram untuk dimakan masih menjadi kontroversi.

Banyak yang berpendapat kencing adalah najis, sehingga minum kencing unta pun hukumnya haram. Tapi ada juga yang berpendapat lain, susu dan kencing unta disebut merupakan ubat yang dibenarkan.

Ketua Sektor Perkhidmatan Umum dan Bimbingan Ibadah Daker Madinah Djawahir Tantowi Majedi menyatakan kencing unta boleh dijadikan ubat bila dalam keadaan kecemasan.

"Kalau masih ada ubat yang lain... ya sebaiknya dengan ubat yang lain saja dulu...," kata Djawahir. 



Diterjemah dari: wisbenbae: Memburu Kencing unta 



Artikel Berkaitan




Jumaat, 18 November 2011

Aneh..!! Jari Boleh Tumbuh Di Perut ??


Aneh ..!! Jari Bisa Tumbuh Di Perut????
Ini merupakan kejadian yang aneh dan jarang dijumpai, namun kejadian aneh ini menimpa salah seorang pekerja perabot yakni Wang Yongjun, lelaki yang berasal dari Liaoyang, Liaoning ini. Pasalnya ada jari yang tumbuh di sekitar perutnya. 
Namun pertumbuhan jari yang aneh ini, bukan sesuatu yang alami. Namun jelasnya ini suatu akibat daripada tindakan perubatan saat dirinya tengah mengalami kemalangan kerja yang membuat sebahagian daging di jari tengahnya hilang, boleh dikatakan  terlihat sampai tulang.
Agar dirinya tidak kehilang jarinya, maka seorang doktor yang bernama Dr. Huang Xuesong memutuskan untuk menumbuhkan jarinya di perut. Ini semua dengan harapan kulit baru dan otot boleh tumbuh di sekitar jari tersebut. Sekaligus boleh memulihkan peredaran darah darah ke jari yang terluka sehingga boleh tumbuh dan memperbaiki dirinya sendiri.
Alhasil teknik doktor itu membuahkan hasil yang cemerlang dan memberikan harapan pada pemuda usia 20 tahun ini boleh mempunyai semula jarinya. Dan pastinya perlu dilakukan pemisahan jari dengan perutnya ....



Khamis, 3 November 2011

Pijak Leher Budak Untuk Sembuhkan Penyakit




Di beberapa bahagian India, tradisi ini dipraktikkan oleh para pemimpin agama hindu untuk menyembuhkan anak-anak yang menderita penyakit ringan seperti flu, demam. Setiap tahun polisi India menangkap orang-orang yang melakukan praktik ini; ini ritual yang aneh dan berbahaya yang telah dilakukan di India sekitar 500 tahun./penulissenja





P/s: tengok pun dah senak..apalagi bila kena pijak bagaimanalah agaknya..apalah nasib budak tu ya ..harap2 selamatlah ya.



Sabtu, 22 Oktober 2011

Hendak Buang Sial dan Sihir Tapi Kena Rogol

 

Terpengaruh dengan dakwaan dirinya disihir dan perlu dirawat, seorang wanita berusia 42 tahun dirogol seorang lelaki di sebuah hotel di Kepong, di sini, ketika mahu melakukan rawatan bagi membuang sial, Selasa lalu.

Difahamkan, mangsa yang dipengaruhi lelaki berusia 38 tahun yang mendakwa mempunyai kebolehan membuang sial, bersetuju mengekorinya ke premis berkenaan sebelum dirogol kononnya kaedah berkenaan mampu merawat mangsa.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa yang menyedari ditipu, membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini.

Menurut sumber, mangsa mengenali suspek kerana dia menyewa bilik di rumah mangsa sejak April lalu.

“Suspek menyewa di bilik berkenaan dengan isterinya dan sejak tinggal di rumah mangsa, lelaki terbabit sering mendakwa mangsa terkena sihir individu yang berdendam dengannya.

“Pada mulanya mangsa tidak percaya namun akibat sering mendengar dakwaan itu, mangsa menjadi takut,” katanya.

Sumber berkata, akibat takut mangsa bersetuju mengikut suspek ke sebuah hotel bagi menjalani rawatan.

“Sebaik tiba di hotel, suspek merogol mangsa dan mendakwa kaedah itu mampu membuang sial dan sihir yang ada pada tubuhnya,” katanya.

Mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis berhampiran kediamannya untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Khairi Arasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.




Sabtu, 15 Oktober 2011

Hukum Minum Air Kencing Unta Untuk Merawat Kanser

Rasulullah SAW sebagai Nabi akhir zaman telah menunjukkan beberapa teladan yang berguna kepada umatnya termasuklah dalam bidang perubatan. Nabi SAW sendiri pernah menyarankan supaya meminum air kencing unta sebagai penawar kepada penyakit yang mereka alami. Hal ini tercatit dalam Hadis Sahih Bukhari yang berbunyi :

Maksudnya : Bahawa serombongan suku Ukal seramai lapan orang datang menemui Rasulullah SAW, lalu mereka berikrar kepada Nabi untuk masuk Islam. Kemudian, cuaca Kota Madinah merimaskan mereka dan mengakibatkan tubuh mereka sakit-sakit. Lalu mereka mengadukan hal itu kepada Rasulullah SAW. Baginda bersabda kepada mereka : "Barangkali elok kamu pergi bersama tukang gembala kami kepada untanya kemudian kamu dapatkan air kencing dan susunya." Mereka menjawab "Baiklah". Mereka pun pergi dan meminum susu dan kencing unta itu, setelah itu mereka pun sihat. Tetapi kemudian mereka membunuh tukang gembala Rasulullah SAW dan merampas unta-untanya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam hadis di atas, Nabi SAW mengarahkan supaya air kencing unta diminum sebagai rawatan kepada penyakit suku kaum tersebut. Jelasnya air kencing adalah najis namun dibenarkan oleh Nabi SAW untuk diminum sebagai penawar penyakit.

Ulama khilaf berkenaan dengan hukum kesucian air kencing unta. Bagi Mazhab Syafie, air kencing binatang yang halal dimakan tetap najis, akan tetapi mereka mengharuskannya bagi tujuan perubatan. Berkata al-‘Izz bin Abdussalam ra. “Harus berubat dengan najis apabila tidak ada ubat yang suci yang boleh menggantikannya, kerana maslahat kesihatan dan kesejahteraan itu lebih sempurna berbanding dengan maslahat menjauhi najis. Dan tidak harus berubat dengan arak mengikut pendapat yang lebih benar.” Walaubagaimana pun, Jumhur fuqaha’ pula mengatakan bahawa air kencing binatang yang halal dimakan adalah suci, termasuk unta.

Selain daripada kisah minum air kencing unta dan susunya dijadikan sebagai ubat semasa hayat Nabi SAW, terdapat juga penggunaan elemen yang haram tapi bukan najis dalam perubatan Nabi SAW. Sebagai contohnya, Nabi membenarkan Abdul Rahman Auf dan Zubair Al-awwam memakai sutera kerana sakit yang dialami oleh kedua-duanya, dan ini dikiaskan dengan penggunaan najis dalam keadaan darurat. Juga Nabi SAW membenarkan Arfajah bin Asad memakai hidung yang diperbuat dari emas kerana darurat.

Mungkin kebanyakan orang merasa jijik bila mendengar air kecing. Rasanya ramai yang tak sanggup nak minumnya secara direct. Tapi, aku rasa tak jadi masalah jika air kencing unta tersebut diproses menjadi kapsul atau syampu seperti dalam artikel ini.

 Air Kencing Unta Cegah Kesan Radiasi Nuklear



Jeddah: Ketua Jabatan Implan Tisu di Pusat Penyelidikan Raja Fahd berkata, dia dihubungi Kedutaan Jepun di Malaysia yang ingin mengetahui mengenai kegunaan air kencing unta untuk merawat kanser dan mencegah radiasi nuklear.

Dr Fatin Khoursheed (gambar) yang juga penyelia Kerusi Al-Zamil untuk Kanser memberitahu akhbar berbahasa Arab Al-Hayat, panggilan telefon itu diterimanya ketika krisis nuklear di Jepun semakin bertambah buruk.

“Ia dibuat selepas letupan di loji Fukushima 1,” katanya.

“Pihak berkuasa Jepun mahu mencuba kesan air kencing unta secara santifik dalam merawat individu yang terdedah kepada radiasi nuklear bagi mencegah mereka daripada mendapat penyakit kanser.” Dr Fatin berkata, dia sudah menjalankan penyelidikan mulai 2004 selepas berjaya memulihkan berpuluh-puluh kes pelbagai penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu. Pesakit yang sudah menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98 peratus.

Menurutnya, pertanyaan daripada pihak berkuasa Jepun itu cukup aneh kerana Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi gagal untuk mengiktiraf keputusan penyelidikan saintifik itu.

“Walaupun penyelidikan itu secara teori dan amali menunjukkan keberkesanan tetapi gagal diiktiraf Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi.

“Minat ditunjukkan pihak berkuasa Jepun itu meningkatkan semangat saya untuk membuktikan keberkesanan penyelidikan itu,” katanya lagi. - SG/

 sumber

Khamis, 29 September 2011

Makan Bangkai Harimau Untuk Elak Gout


KATHMANDU: Sekumpulan 15 penduduk kampung di Nepal termasuk remaja berusia 14 tahun ditahan kerana memakan harimau bintang ekoran percaya daging haiwan itu dapat melindungi penyakit gout, kata pihak berkuasa, semalam.

Menurut pegawai perhilitan, Hari Paudel, kumpulan itu berkata, mereka menemui harimau bintang yang mati di kuil dekat kampung mereka, 90 minit perjalanan dari jalan berhampiran di pergunungan Mahabharat di barat Nepal.

“Mereka didakwa kerana memakan daging haiwan terancam. Mengikut undang-undang mereka perlu memaklumkan kepada pegawai perhilitan daerah apabila menemui haiwan yang mati atau cedera,” katanya.

“Seorang daripada penduduk kampung menghidap gout dan percaya dia dapat disembuhkan dengan memakan daging harimau bintang. Penduduk lain beranggapan mereka perlu memakan daging haiwan itu sebagai langkah pencegahan,” katanya. Penduduk kampung yang ditangkap itu bakal didenda 10,000 rupee (RM390) dan penjara dua tahun jika didapati bersalah. - AFP

Selasa, 27 September 2011

Bukti Air Liur Mampu Mempercepatkan Penyembuhan Luka

Sebuah penelitian para penyelidik Belanda telah mengenalpasti suatu zat dalam air ludah manusia yang mempercepat penyembuhan luka. Seperti dikutip dari The Journal of Federation of American Societies for Experimental Biology (FASEB), pasukan penyelidik menyebutkan di dalam air liur terdapat histatin.   Histatin merupakan protein kecil yang sebelumnya hanya dipercayai membunuh bakteria tetapi ternyata juga mampu menyembuhkan luka.


Dalam laporannya, kajian itu menawarkan harapan kepada orang yang menderita luka kronik yang berkaitan dengan diabetes dan gangguan lain, serta luka traumatis dan luka bakar. Selain itu, kerana zat tersebut dapat dihasilkan secara besar-besaran, maka zat itu memiliki potensi untuk menjadi sama umumnya dengan krim antibiotik dan alkohol gosok.
  
"Kami berharap penemuan kami pada akhirnya bermanfaat buat orang yang menderita luka yang tak kunjung sembuh, seperti borok di kaki dan luka akibat diabetes, serta bagi perawatan luka mengakibatkan trauma seperti luka bakar," kata Menno Oudhoff dalam laporan tersebut.

Kajian ini sendiri bukan hanya menjawab soalan biologi mengenai mengapa haiwan menjilati luka mereka, tetapi juga menjelaskan mengapa luka di mulut, seperti luka setelah pencabutan gigi, sembuh jauh lebih cepat dibandingkan dengan luka pada kulit dan tulang.
Hasil kajian ini pun undian mengarahkan para penyelidik untuk mula memandang air ludah sebagai sumber ubat baru.

Sumber : www.dunia-unik.com
 

Jumaat, 19 Ogos 2011

Lelaki Pakai SILIKON Di PERUT?


Jika selama ini kita sering mendengar wanita menggunakan silikon untuk membesarkan payudara dan punggung. Tetapi rupa-rupanya ada juga orang lelaki yang menggunakan silikon bagi tujuan kecantikan. Kepada sesiapa yang malas untuk bersenam bagi mendapatkan 'perut' yang diidamkan, kini anda boleh menggunakan silikon bagi tujuan itu.

Walau apapun, pastiya kaedah ini TETAP tidak sesuai bagi mereka yang BOROI!.

Sumber: Pulakdah

Isnin, 15 Ogos 2011

Minum Air Mayat

Minum air mayat


KUALA TERENGGANU: Gara-gara terpengaruh dengan perkara tahyul, ada individu negeri ini dikesan mencuri dan mengambil bekas air mandian jenazah dan lebihan kain kafan kononnya untuk dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit termasuk mengatasi masalah ketagihan dadah.

Perbuatan khurafat itu didedahkan Pengurus Pusat Urusan Jenazah Islam, di sini, Mohd Ariff Tengah, 35, yang memberitahu dia menerima lebih 50 permintaan daripada waris dan individu tidak dikenalinya untuk mendapatkan bekas air mandian itu sejak terbabit pengurusan jenazah 15 tahun lalu.
“Jumlah itu tidak termasuk yang datang secara sembunyi-sembunyi menadah air mandian jenazah di bawah rumah ketika proses mandi mayat.
“Kata mereka, air mayat itu boleh digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV dan ketagihan dadah. Perbuatan ini mengundang bahaya kerana air jenazah itu kotor dan mungkin mengandungi pelbagai bakteria atau kuman.
“Jadi, sekiranya ia digunakan sebagai ubat kepada individu yang masih hidup, tentu ia boleh mendatangkan jangkitan penyakit,” katanya yang juga perunding pengurusan jenazah Yayasan Islam Terengganu.
metro/-

Sabtu, 16 Julai 2011

Lelaki Minum Minyak Tanah / Gasolin Selama 42 Tahun Sebagai Ubat...

Salam...

Chen Jejun tinggal berseorang di sebuah pondok usang di wilayah Shuijiang China. Dia terkenal di kamungnya sebagai seorang yang mempunyai tabiat luar biasa iaitu meminum gasolin. Setiap bulan dia akan minum lebih kurang 3-3.5 liter gasolin untuk melegakan sakit2 di badannya.

Dia mula mempunya tabiat yang pelik nie pada tahun 1969 apabila dia diserang batuk yang teruk dan sakit di dadanya. Dia mencuba pelbagai ubat tetapi tidak berkesan, kemudian ada orang2 yang lebih berusia menyatakan dia berkemungkinan mengidap penyakit "tuberculosis" dan boleh mencuba minum minyak tanah untuk melegakannya.

Selepas meminum minyak tersebut, dia mengalami sakit2 di perut dan pergi tidur. Satu jam selepas tue, dia bangun dan mendapati batuk dan sakit dadanya telah sembuh. Sejak itu dia mula meminum minyak tanah untuk melegakan sakitnya.

Pada tahun 2001, dia bertukar kepada gasolin kerana lebih mudah didapati di kampungnya kerana penduduk menjadikan gasolin sebagai bahan bakar generator. Doktor yang melawatnya baru2 nie menyesahkan dia dalam keadaan sihat, doktor menyatakan bahawa tubuh badan Chen Jejun mungkin telah mengeluarkan antibodi untuk mencegah gasolin tadi daripada merosakkan sistem tubuh badannya.

Cerita nie ada kat dalam China Daily, tapi korang jangan cuba buat macam atuk ni pulak sebab dia sorang ja yang boleh hidup kalau minum gasolin. Kalau orang lain dah lama mati dah kalau minum gasolin walaupun sikit.




Sumber:  BudakBotak

Rabu, 13 Julai 2011

Darah Haid, Boleh Ubati Penyakit Jantung?


INILAH.COM– Sebuah kajian baru yang dilakukan ilmuwan Jepun mengungkapkan, darah haid boleh memberikan harapan baru bagi pengubatan jantung. Benarkah?

Para ahli penyakit jantung dari Fakulti Kedoktoran Universiti Keio Jepun berhasil menemukan fakta menarik. Mereka berhasil mengembangkan sel-sel punca (stem cell) atau sel induk dari darah haid untuk mengubati gangguan jantung.

Berdasarkan pada penelitiannya, ilmuwan Jepun menggunakan sampel darah haid dari sembilan responden wanita. Sampel darah ini kemudian dikembangkan selama sekitar satu bulan di laboratorium universiti tersebut.

Awalnya, sekitar 20% sel-sel mulai saling menyerang secara spontan setelah tiga hari dikumpulkan dalam kultur in vitro bersama sel-sel dari jantung tikus. Sel-sel darah haid ini akhirnya membentuk lembaran jaringan mirip jaringan otot jantung.

“Rata-rata kesuksessannya 100 kali lebih tinggi dibanding 0,2 hingga 0,3 peratus sel punca yang diambil dari tulang manusia,” ujar salah seorang ilmuwan, Shunichiro Miyoshi.

Hasil penelitian, lanjut Miyoshi, menunjukkan bahawa seekor tikus yang mengalami serangan jantung ternyata membaik keadaannya setelah menerima sel-sel yang dihasilkan dari darah haid.

“Dalam waktu dekat, mungkin akan tercipta sebuah sistem yang akan memudahkan para wanita menggunakannya untuk pengubatan mereka sendiri,” jelasnya.

Miyoshi menjelaskan, dengan menggunakan darah dari tubuh sendiri akan dapat memecahkan masalah besar dari penggunaan sel-sel ini, iaitu sistem kekebalan tubuh yang seringkali menolak kehadiran sel.

“Darah haid dapat digunakan untuk membangun persediaan dari sel-sel yang memiliki keragaman protein pengenal kesesuaian jaringan atau human leukocyte antigen (HLA), yang juga bahagian penting dari sistem kekebalan tubuh manusia,” jelasnya.

“Sel-sel ini dapat disimpan untuk waktu lama di dalam sebuah tabung seukuran jari tangan, dan dapat pula dikembangkan sesuai keperluan,” tegasnya.

Sel punca dipertimbangkan sebagai kunci kerana sel ini dapat dikembangkan menjadi berbagai jenis sel. Sel punca juga berpotensi besar membantu memperbaiki sel-sel yang rosak, jaringan, bahkan organ tubuh sekalipun.

Dalam pengertian yang tepat, lanjut Miyoshi, sel-sel ikat atau penghubung tersebut yang dipanen dari darah haid atau menstruasi, tidak bisa otomoatis disebut sel-sel induk (sel punca) yang bisa berubah menjadi beragam tipe sel di dalam tubuh.

“Tetapi, mereka memiliki potensi yang tinggi untuk berkembang menjadi sel otot, dengan mengarahkan darah secara tepat pada waktu dipakai untuk mengubati penyakit di dalam otot-otot yang menyusut,” pungkasnya.( B K )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik