IKLAN

Rabu, 16 November 2011

Petua Menjauhkan Diri dari Gigitan Lintah dan Pacat




Kebiasaannya ramai orang yang mahu dirinya supaya dijauhi dari lintah atau pacat, ada beberapa petua atau kaedah untuk mengelakkan daripada digigit lintah ini antaranya..

  • Menyapukan sabun pada kulit dan dibiarkan kering ataupun
  • Menyapukan minyak kayu putih pada kulit

Ada juga kawan yang mensyorkan sebelum masuk ke dalam hutan atau ladang, siramkan pada kaki dan kasut dengan air tembakau pacat atau lintah InsyaAllah takkan gigit atau naik pada kaki kita.

Sebelum masuk hutan, pastikan anda memakai stokin sebaik-baiknya jenis cotton supaya pacat tidak boleh masuk. Kalau stokin biasa yang  jenis strtchable tu, pacat memang senang-senang masuk. Kalau tidak pun, lumurkan kaki dengan sebarang losyen atau minyak angin pada seluruh kaki dan tangan (kadang-kadang pacat jatuh dari daun),pasti pacat tak lekat  punya. Sebagai langkah tambahan, pada jungle boot anda semburkan bygon. bygon ?!  " mati hidup balik pun pacat tak naik balik..." kata kawan aku tu lagi...

Ada Cara Elakkan Gigitan Pacat?

Tiada jaminan untuk mengelakkan ’serangan’ pacat sekiranya anda berada di ‘lubuk’ pacat.Semburan ‘insect repellent ‘pada kasut juga kadangkala berkesan untuk elak daripada dipanjat pacat.

Kaedah yang paling ‘reliable’ ialah dengan menutup kulit daripada terdedah. Namun, pacat boleh menerobosi lubang-lubang kasut dan lubang-lubang fabrik yang bertenun kasar.

Penggunaan ‘leech socks’ juga dapat mengelakkan ‘direct contact’ dengan pacat.




Jika sudah kena gigit pacat atau lintah..bagaimana nak buang?

Sekiranya anda digigit pacat atau lintah dan harus membuangnya sebelum ia ‘kenyang’ ( lintah atau pacat selalunya akan jatuh dengan sendiri setelah ‘kenyang’) elok ikut langkah-langkah berikut:

1. Kenal pasti bahagian anterior (mulut) pacat, biasanya di bahagian hujung yang lebih kecil.

2. Letak jari anda ‘adjacent’ dengan mulutnya.

3. ‘Slide’ jari dengan kemas ke arah luka tempat pacat ‘menyedut darah’.

4. Umpil dengan kuku. Apabila sudah tercabut bahagian mulut, kalih bahagian posterior pula dengan segera.


tapi ada juga yang mencadangkan...
  • Titiskan air tembakau pada lintah
  • Taburkan garam di atas lintah
  • Titiskan perahan jus limau atau oren pada lintah
  • Taburkan abu rokok di atas lintah
  • Tuang sedikit minyak angin atau minyak cap kapak 
lepas tu pasti lintah tu jatuh berguling-gulingankan..hehe..

Tapi ada juga yang tidak menggalakkan sebab...

NOTA: Lebih baik elakkan daripada menggunakan tembakau, ‘mosquito repellent’, syampu atau garam untuk mebuang pacat yang sedang menghisap darah. Elakkan juga menarik pacat yang sedang menghisap darah. Ini kerana pacat tersebut akan ‘muntah’ ke dalam luka dan menyebabkan jangkitan kuman yang teruk, lebih teruk daripada gigitan pacat itu sendiri.


Rawatan Selanjutnya?

Pastikan bahagian luka sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman. Cuci dengan air, sabun dan ‘bandage’ ia. Pendarahan mungkin berterusan untuk beberapa lama disebabkan oleh ‘anti-clotting’ enzyme’ yang dihasilkan oleh pacat tersebut.

Selalunya bekas gigitan pacat akan gatal dalam tempoh yang agak lama sewaktu dalam proses untuk sembuh. Elakkan menggaru di situ kerana akan menyebabkan jangkitan kuman yang lebih teruk.

Letak ais sekiranya bengkak.

Sekiranya kesan gigitan itu agak teruk atau mengalami jangkitan kuman yang serius, segera dapatkan rawatan doktor .


Tapi kalau anda berani serta tahan geli ketika sedang ‘dinikmati’ oleh pacat. Biarkan sahaja ia ‘hisap darah’ hingga kenyang dan jatuh dengan sendiri. Kalau seekor sahaja. Bukan kalau lima belas ekor ye.. 


Selamat mencuba..jika ada sahabat yang ada petua lain untuk menjauhi diri dari lintah atau pacat sila isikan di bahagian komen..terima kasih.Wassalam.

2 ulasan:

  1. Satu lagi petua...
    sapukan minyak atar pada pacat atau lintah. Jangan banyak. Bimbang terbunuh pulak makhluk tuhan ni. Sapu sikit aje. Sebab minyak atar ni sifatnya panas..saya dah cuba di hutan Ulu Yam...
    terima kasih

    BalasPadam
  2. Bawa asam keping dalam 3 keping letak dalam poket

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik