IKLAN

Isnin, 28 November 2011

Aku Ingin Berkahwin, Tapi ...



Pernikahan, adalah saat penting bagi setiap orang. Termasuk juga diriku. Setelah sekian lama, aku berharap kejadian suci itu akan terjadi dalam hidupku.

Aku benar-benar ingin berkahwin, tapi ...
Aku belum boleh memantaskan diriku dengan keikhlasan kerana Allah, untuk sebuah pengabdian kepada seorang lelaki. Ya, lelaki yang nantinya akan menjadi suamiku. Semua kerana masih besarnya egoku, dan susahnya diriku, bahkan untuk sekadar menyenangkan orang lain. Yang ada malah, aku ingin selalu dimanjakan dan disenangkan. 

Tiada istilah kemakluman bagiku atas diri orang lain. Kerana itu sungguh sangatlah sukar untuk ku lakukan. Tidak ada istilah `kita` dalam hidupku, yang ada adalah, kamu dan aku.

Aku ingin berkahwin, tapi ... aku belum boleh dan belum terbiasa untuk berkongsi. Bagiku, semua milikku adalah milikku, dan menurutku orang lainpun perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu yang kemudian akan menjadi milik mereka.

Aku ingin berkahwin, tapi ... aku belum boleh bersabar. Aku sudah terbiasa meluahkan emosiku atas apa-apa yang aku mahu dan yang aku suka. Yang aku mahu adalah, orang lain bersabar atas apa adanya aku. Yang aku mahu adalah, orang lain selalu membenarkan apa-apa pendapatku, serta menurutinya.

Aku ingin berkahwin, Tapi ... aku belum boleh bersikap lembut.Buatku, lembut adalah lemah. Dan menurutku, wanita lembut adalah serupa dengan ketidak mampuan mereka untuk melawan dan hanya sekadar menuruti keinginan orang lain.

Aku ingin berkahwin, tapi ... aku adalah peribadi yang susah untuk dipercayai. Bagiku keburukkan sesiapa, kecuali diriku sendiri.. adalah sesuatu yang enak untuk dibicarakan dan bagiku itu adalah hiburan. Kadang aku bertanya pada diri sendiri, lalu bagaimana jika nanti suamiku mempunyai kekurangan yang jelas-jelas aku akan tahu .. entahlah, yang aku tahu aku hanya ingin berkahwin.

Aku ingin berkahwin, Tapi aku belum boleh tampil indah bagi orang lain. Menurutku, orang lain harus menerima apa adanya aku. Jika mereka tak menyukainya, itu hak mereka dan bukan urusanku. Dalam fikiranku, kritik adalah tuntutan orang lain atas aku, dan sama sekali aku tidak suka itu.

Aku ingin berkahwin, tapi aku tak tahu atas niat apa aku ingin berkahwin. Yang aku tahu, aku hanya memerlukan seseorang yang akan mendampingi aku. Paling tidak supaya aku tidak mendapat jolokan `tidak laku` .. sahaja. Dan aku tidak mahu diribetkan dengan rentetan tuntutan dan kewajipan dari sebuah perkahwinan. Yang aku tahu, aku hanya ingin berkahwin.

Aku ingin berkahwin, tapi ... mungkin sebaiknya aku bertanya kepada diriku sendiri dahulu, Aku memang ingin berkahwin, tapi apakah aku sudah benar-benar mempersiapkan diri untuk berkahwin?



1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik