REMBAU: Seorang lelaki warga emas membuktikan usia bukan penghalang untuk dia terus menambah zuriat bersama isteri.
Kamarudin Mohd Said, 61, berkata dia menimang anak kelapan ketika usianya mencecah 60 tahun.
Menurutnya, hasil perkongsian hidup bersama isteri keduanya, Siti Aisyah Ishak, 21, yang dikahwini Julai tahun lalu, dia dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Shuhada, kini berumur enam bulan.
“Tiada senaman istimewa atau ilmu tertentu diamalkan, sebaliknya yang penting adalah menjaga pemakanan.
“Saya mengamalkan pemakanan berasaskan sayuran dan ulaman seperti pegaga, ulam raja, buah-buahan dan minum air akar kayu.
“Sebelum makan nasi, saya menjamah buah terlebih dulu kerana boleh membantu mempercepatkan proses pencernaan dan penghadaman,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Lalah, dekat sini.
Katanya, pengambilan makanan berkolesterol tinggi juga dikurangkan kerana tidak baik untuk kesihatan, terutama apabila usia mencecah 60 tahun.
Kamarudin turut mendedahkan dia kurang meminum air sejuk kerana menyifatkan minuman sebegitu boleh menyebabkan badan menjadi lesu serta cepat letih.
“Bukan tak boleh minum air sejuk namun kurang elok untuk kesihatan sama ada muda atau sudah tua, kalau boleh elakkan.
“Saya juga tak berapa suka makanan terlalu pedas.
Sumber: HMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan