IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Posisi Tidur Dan Ke Bodohan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Posisi Tidur Dan Ke Bodohan. Papar semua catatan

Ahad, 7 Julai 2013

Tidur-tidur yang Sunat dikejutkan



Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:

seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:

Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:

من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:

Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.

Nabi saw bersabda:

إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:

Tidur waktu subuh.

Nabi saw bersabda:

الصبحة تمنع الرزق
“Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:

Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:

Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:

من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:

Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:

Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:

Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:

Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت
من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)

Ke dua belas:

Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:

إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)
Wallahu'alam bissawab

Sumber dari loveloveislam.com

KREDIT:detikislam

Ahad, 15 Januari 2012

Posisi Tidur Yang Menyebabkan Anda Jadi Bodoh

Manusia normal yang berada di atas bumi pasti melakukan aktiviti ini, walaupun cuma 1 jam sehari. Zaman dahulu kala orang tidur memakai bantal kayu atau batu atau bahkan tidak memakai bantal. 

Kebiasaan tidur dengan bantal kayu atau batu, menyebabkan orang-orang dahulu boleh bangun dengan segar bugar, kerana tubuh mereka boleh berehat secara total semasa tidur. Berbeza dengan mereka yang tidur di atas katil empuk, tubuh mereka tidak boleh berehat kerana saling menekan dengan alas tidurnya.

Posisi tidur yang betul adalah tubuh secara mengiring ke kanan dengan kaki bahagian atas di tekuk, dan tangan kanan sebagai bantal. Tidur dengan kedudukan ini akan mengalirkan darah ke otak dengan sempurna, kerana kedudukan kepala lebih rendah dari jantung.

Posisi tidur yang membuatkan jadi bodoh adalah terlentang, meniarap, dan kaki mengangkang. Posisi ini diibaratkan sebagai cara tidur binatang, kerana aliran darah tidak lancar, perut dan dada tertekan, juga aliran darah ke otak juga terbantut.

Tidur yang baik berada dalam keadaan atau ruang yang gelap, terhindar dari cahaya yang silau. Rangsangan cahaya yang terlalu banyak, menyebabkan otak tidak optimum dalam melakukan defragmentasi(susunan) data-data yang terakam sebelum tidur, ini akan memberi kesan kepada daya ingat pada jangka masa yang lama.

Posisi tidur mengiring sebelah kanan supaya proses pencernaan lebih cepat kerana condongnya perut di atas hati, agar makanan akan larut dari perut. Selain bermanfaat bagi pencernaan yang tidak ada 3 manfaat lain yang boleh diambil dari kedudukan tidur mengiring ke sebelah kanan:

a. Untuk bernafas, tidur mengiring mencegah jatuhnya lidah kebelakang yang boleh menganggu saluran udara. Lain halnya jika tidur pada posisi terlentang maka relaksasi lidah pada ketika tidur boleh menyebabkan menghalang saluran nafas, menyebabkan seseorang berdengkur.

Orang yang berdengkur akan mengakibatkan tubuh kekurangan oksigen malah kadang-kadang boleh berlaku terhenti nafas untuk beberapa saat yang akan membangunkan orang yang tidur dengan posisi demikian. Orang tersebut biasanya akan bagun dengan keadaan pening kerana kurangnya bekalan oksigen ke otak. Tentunya ini sangat mengganggu tidur kita.

b. Untuk jantung, tidur mengiring kesebelah kanan membuat jantung tidak tertimpa organ lain ini kerana kedudukan jantung yang memang berada lebih disebelah kiri. Tidur bertumpu pada sisi kiri menyebabkan curah jantung yang berlebihan kerana darah yang masuk ke atrium juga banyak, sebab paru-paru kanan berada diatas sedangkan paru-paru kanan mendapatkan bekalan darah yang lebih banyak dari paru-paru kiri.

c. Bagi kesihatan paru-paru, paru-paru kiri lebih kecil berbanding dengan paru-paru kanan. Jika tidur mengiring kesebelah kanan, jantung akan jatuh kesebelah kanan, itu tidak menjadi masalah kerana paru-paru kanan besar, lain halnya kalau bertumpu pada sebelah kiri, jantung akan menekan paru kiri yang bersaiz kecil, tentu ini sangat tidak baik.

Ada beberapa hadis Rasulullah berkenaan posisi tidur; 

"Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu." (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)

"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya." (HR. Abu Daud no. 5045, At Tirmidzi No. 3395, Ibnu Majah No. 3877 dan Ibnu Hibban No. 2350)

"Sesungguhnya (posisi tidur meniarap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla." (HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih)

"Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'allaihi wasallam membenci tidur malam sebelum (solat Isya) dan berbincang-bincang (yang tidak bermanfaat) setelahnya." [Hadith Riwayat Al-Bukhari No. 568 dan Muslim No. 647 (235)]

"Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwuduk terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan solat." (HR. Al-Bukhari No. 247 dan Muslim No. 2710)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik