IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Kenapa Aurat Wajib Ditutup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenapa Aurat Wajib Ditutup. Papar semua catatan

Jumaat, 5 April 2013

Hari Hijab Sedunia Membawa Seorang Gadis Inggeris Memeluk Islam



LONDON - Pengalaman memakai hijab ketika Hari Hijab Sedunia telah menarik seorang gadis Inggeris untuk lebih mempelajari tentang Islam dan tak lama kemudian ia memeluk Islam.

Jessica Rhodes (21) mengatakan kepada Muslim Mirror bahawa ia mengambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia dengan memakai tudung selama sebulan.

"Saya ambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia pertama dan mencabar diri saya sendiri untuk memakai hijab selama sebulan," katanya, seperti dilansir Onislam.

"Kemudian Saya mula membaca Al-Quran dan kalimat-kalimat di dalam Al-Quran kelihatan tampak logik dan jelas, daripada dalam Bible di mana mereka cenderung banyak omong kosong," tambahnya.

Gadis yang berasal dari Norway tersebut adalah satu di antara beberapa non-Muslim di seluruh dunia yang turut mengenakan pakaian Muslimah dalam acara Hari Hijab Sedunia pada 1 Februari lalu.

Acara tersebut bermaksud untuk memperkenalkan tudung kepada dunia, bahawa pakaian Muslimah itu bukanlah simbol penindasan tetapi justeru untuk menjaga kehormatan.

Setelah pengalaman memakai tudung itu, Rhodes mula membaca lebih banyak tentang Islam untuk lebih memahami agama yang lurus ini.

"Saya juga melakukan beberapa pemerhatian tentang Islam secara keseluruhan dan merasakan bahawa ini (Islam) adalah sebuah agama yang inklusif yang boleh memberikan saya jawapan-jawapan yang Saya cari-cari," katanya.

Saat memutuskan memeluk Islam, Rhodes menghadapi pelbagai reaksi daripada orang-orang terdekatnya. Ibu bapa tidak suka, walaupun menerimanya.

"Ibu bapa saya tidak senang tetapai mereka menerima keputusan saya. Ipar-ipar saya telah sangat menyokong, "kata Rhodes.

Sebahagian kawan-kawan Rhodes senang atas keputusannya menjadi Muslimah, sebahagian yang lain cuba mendebatnya sementara sebahagian yang lain menjauhi Rhodes, hal yang hampir semua muallaf mengalaminya.

Muallaf di Britain terus meningkat. Menurut kajian terbaru, di Inggeris selama 6 tahun terakhir, jumlah umat Islam telah berkembang sebanyak 37% dan jumlah masjid sudah mencapai hampir 1,500, termasuk banyaknya surau. Berdasarkan data dari British Institute of Gatston, rata-rata, ratusan warga Inggeris masuk Islam setiap bulan, demikian Al Jazeera melaporkan.

Jumlah muallaf sangat mencolok di penjara dan di sekolah-sekolah. Al-Jazeera mendapati bahawa diantara sejumlah muallaf terdapat begitu banyak remaja, termasuk mereka yang berasal dari Brazil, Luxembourg, dan Sweden.

Menurut laporan, setiap tahun sekitar 5000 orang Inggeris masuk Islam. Subhanallah.

helmdahl.blogspot.com


Selasa, 2 April 2013

Kenapa Aurat Wanita Lebih Banyak Dari Aurat Lelaki?

nasihangit

Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka.

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..!

Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?

Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.
Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Artikel iluvislam.com



Selasa, 23 Oktober 2012

Kenapa Wanita Agama Kamu Menutup Aurat ?

justnaim.files

Seorang Lelaki Non Muslim Bertanya Kepada Seorang Lelaki Muslim..

Lelaki Non Muslim : Kenapa wanita agama kamu menutup aurat ?

Lelaki muslim : Tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula² di dalam koceknye, Lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya..kemudian dia melemparkan kedua gula² itu ke atas lantai..lalu ia bertanya kepada lelaki Non Muslim tadi.


"Antara kedua-duanya mana satu yang kamu akan pilih?"

Lelaki Non Muslim : Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan..!

Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa....


Cerita pasal Aurat dan Tudung ni, teringat saya cerita seorang Ustaz 20 tahun yang lalu..Perumpamaan yang di gunakan adalah Buah..

Beza Buah yang mahal dan murah ..


Buah yang mahal biasanya berbungkus dan berbalut cantik ada yang diletakkan dalam kotak yang cantik..di jual di dalam pasaraya, tempatnya berhawa dingin, nak rasa buah tu..beli dulu baru dapat rasa, kalau nak rasa juga kena panggil pekerja di bahagian tu minta kebenarannya,bukan suka-suka aje nak rasa, silap-silap kena maki nanti..ye tak..

Buah yang murah pula..biasanya dijual lambak, dijual ditepi-tepi jalan, pasar pagi dan malam, ditempat yang terbuka berpanas kadangkala berhujan, boleh dipegang-pegang, boleh diraba-raba dan biasanya Penjual tu siap offer ..."Abang! Kakak! mari-mari boleh test rasa..." tidakkah begitu.?! 

Saya harap apa yang tersirat dari cerita diatas dapat difahami oleh adik, kakak, abang, pakcik, makcik, atuk dan nenek semua..

Jadi pilihan ditangan anda, tepuk dada tanyalah Iman jangan tanya selera, tanya nafsu selera serakah semuanya nak di bedalnya,tak dihirau sama ada halal ataupun haram janji kenyang katanya..

Yang baik itu datang dari Allah..yang salah itu dari kejahilan dan kesilapan diri saya sendiri.Maaf saya pinta.Wassalam.


Sabtu, 21 Januari 2012

Dihalang Berenang Sebab Tutup Aurat

Dihalang Renang tutup Aurat

Seorang ayah kecewa apabila hasrat dua anaknya menyertai pertandingan renang dianjurkan Persatuan Renang Amatur Selangor di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Seksyen 13, di sini, terbantut semata-mata pakaian renang berlandaskan syariat Islam.

Muhammad Abdullah, 36, berkata, kekecewaannya turut dikongsi ibu bapa 20 peserta lain berumur antara 8 dan 12 tahun itu yang didakwa penganjur melanggar peraturan ditetapkan Persekutuan Renang Antarabangsa (Fina).

Menurutnya, ketika pertandingan renang Kejohanan Sukan Selangor (Sukses) berlangsung dari 13 hingga 15 Januari lalu, dia bersama isteri, Anis Harnisah Haron, 33, berada di China atas urusan perniagaan.

“Pada hari ketiga pertandingan itu, isteri yang menghubungi anak perempuan Anis Zakiah yang berusia 9 tahun terkejut mendengar tangisan sebelum dimaklumkan bahawa dia dan abangnya Abdullah Fateh berusia 12 tahun tidak dibenarkan menyertai pertandingan.

“Anis dan Fateh sudah menghabiskan banyak masa untuk memberi saingan dalam pertandingan itu, tetapi mereka sangat kecewa apabila tak dibenarkan bertanding hanya atas sebab pakaian renang,” katanya.

Beliau lebih terkenal dengan gelaran Ustaz Amin serta Timbalan Pengerusi Yayasan Al-Ijabah berkata, dia menghubungi jurulatih renang anaknya, Mohd Bukhari Ibrahim, 34, yang kemudian memaklumkan 20 peserta beragama Islam turut mengalami nasib sama.

Ustaz Amin yang kesal dengan perkara itu berkata, dia memang menggalakkan sukan renang kepada 80 anak yatim di bawah jagaan Yayasan Al-Ijabah.

“Mereka selama ini sudah diajar supaya berpakaian mengikut syariat Islam walau di mana pun berada, takkanlah tiba-tiba nak suruh buka aurat pula,” katanya.

Ustaz Amin berkata, beliau sudah mengajukan isu terbabit kepada Pengerusi Majlid Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan pihak Mais berjanji menyelesaikannya.

“Saya juga akan bertemu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid untuk berbincang mengenai perkara ini. Mungkin juga saya akan bawa isu ini untuk perhatian menteri belia (Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek),” katanya./
paapaada.

Selasa, 17 Januari 2012

101 Sebab Kenapa Saya Menutup Aurat

Menutup aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Nauzubillah. Seharusnya kita berbalik kepada niat asal kita kenapa kita wajib menutup aurat.
Firman Allah swt :
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yg diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yg dikerjakannya. (Al-Baqarah 286)
101 Sebab Kenapa Saya Menutup Aurat
  1. Menjalankan syi’ar Islam.
  2. Berniat untuk ibadah.
  3. Menutup aurat terhadap yang bukan muhrim.
  4. Karena saya ingin ta’at kepada Allah yang telah menciptakan saya, menyempurnakan kejadian, memberi rezki, melindungi, dan menolong saya.
  5. Kerana saya ingin ta’at kepada Rasul-Nya, pembimbing ummat dengan risalah beliau.
  6. Untuk memperoleh Redha Allah (InsyaAllah).
  7. Merupakan wujud tanda bersyukur atas nikmat-Nya yang tiada putus.
  8. Seluruh ulama sepakat bahwa hukum mengenakan tudung itu wajib.
  9. Agar kaum wanita lain juga menutup auratnya.
  10. Bukan kerana mahu bergaya.
  11. Bukan kerana mengikut trend.
  12. Bukan kerana berlagak baik.
  13. Bukan kerana mahu menyembunyikan dosa .
  14. Tidak sekadar bermaksud agar berbeza dari yang lain.
  15. Meninggikan darjat wanita dari belenggu kehinaan yang hanya menjadi objek nafsu semata.
  16. Tudung sesuai untuk semua wanita yang mau menjaga dirinya dari objek nafsu semata.
  17. Saya ingin menjadi wanita solehah.
  18. Saya tengah berusaha mencapai darjat taqwa.
  19. Tudung adalah pakaian taqwa.
  20. Tudung adalah identiti wanita muslimah.
  21. Diawali dengan mengenakan tudung, saya ingin menapak jalan ke syurga.
  22. Menjauhkan diri dari azab panasnya api neraka di hari kemudian.
  23. Isteri-isteri Rasulullah berbusana muslimah.
  24. Para sahabiah (sahabat Rasulullah yang wanita) juga berbusana muslimah.
  25. Mereka merupakan anutan seluruh muslimah, begitu juga saya.
  26. Semoga Allah memberikan kepada kita balasan jannah yang sama seperti mereka.
  27. Untuk meninggikan izzah Islam.
  28. Untuk meninggikan izzah (kemuliaan) diri sebagai wanita (muslimah).
  29. Tudung lebih melindungi diri.
  30. Membuat saya lebih merasa aman.
  31. Menjaga diri dari gangguan lelaki gatal.
  32. Menjaga diri dari objek pandangan lelaki yang hanya ingin ‘cuci mata’.
  33. Menjaga diri dari objek syahwat lelaki.
  34. Menjaga diri dari mata lelaki yang bernafsu.
  35. Menjaga diri dari tangan-tangan lelaki yang ingin meraba.
  36. Menghindar dari zina mata dan zina hati.
  37. Merupakan pencegahan dari perbuatan zina itu sendiri.
  38. Tudung dapat menghindari saya dari sikap-sikap yang negatif.
  39. Tudung dapat menghapus keinginan-keinginan yang menyimpang.
  40. Membuat saya lebih bersahaja.
  41. Membuat saya lebih khusyu’.
  42. Mejauhkan saya dari perbuatan dosa (insyaAllah).
  43. Membuat saya malu bila berbuat dosa.
  44. Mendekatkan saya pada Allah.
  45. Mendekatkan saya pada Rasulullah.
  46. Mendekatkan saya pada nabi-nabi-Nya.
  47. Mendekatkan saya pada sesama muslim.
  48. Mendekatkan saya pada ajaran Islam.
  49. Membuat saya tetap ingin belajar tentang Islam.
  50. Membuat saya selalu merasa haus akan ajaran Islam.
  51. Membuat saya tetap ingin menjalankan ajaran Islam.
  52. Ajaran Islam berlaku sepanjang masa, tidak ada yang kuno.
  53. Tudung bukan sesuatu yang kuno.
  54. Mengatakan Tudung itu kuno berarti telah menggugat undang2 Allah.
  55. Allah Yang Maha Mengetahui lebih tahu apa yang terbaik bagi ummat-Nya.
  56. Tudung, berarti menandakan kemajuan penerapan ajaran Islam di masa kini.
  57. Merupakan satu barometer telah terbentuknya suatu lingkungan yang Islami.
  58. Membezakan diri dari penganut agama lain.
  59. Memudahkan dalam mengenali sesama saudari seiman.
  60. Memperkuat tali silaturahmi dan ukhuwah sesama muslimah.
  61. Menghilangkan keraguan saya bila ingin menyapa saudari muslimah.
  62. Memudahkan menanamkan rasa sayang-menyayangi sesama saudara/saudari seiman.
  63. Membuat saya lebih terlihat anggun.
  64. Membuat saya terlihat menyenangkan.
  65. Membuat saya lebih terlihat wanita.
  66. Tidak terlihat seperti laki-laki.
  67. Membuat saya selalu berada dalam lingkungan yang Islami.
  68. Tudung menjaga saya dari pergaulan yang salah.
  69. Memudahkan saya, dengan izin Allah, mengenal lelaki yang soleh.
  70. Wanita yang baik (solehah) dengan lelaki yang baik (soleh) pula.
  71. Mudah-mudahan saya diberi jodoh lelaki yang soleh.
  72. Jodoh merupakan urusan Allah.
  73. Dengan keta’atan pada Allah, Allah akan memberikan kemudahan-Nya.
  74. Memudahkan saya dalam berdakwah..
  75. Membuat lebih mudah bergerak.
  76. Tudung menjagaku sehingga tidak terlihat lekuk-lekuk tubuh
  77. Sangat susah bila memakai pakaian wanita seperti trend saat ini (yang ketat).
  78. Saya tidak suka memakai seluar yang ketat.
  79. Seluar yang ketat dapat menyebabkan kanser rahim karana suhu di sekitar rahim tidak teratur (Panas).
  80. Jimat masa dalam berpakaian.
  81. Jimat masa dalam berhias.
  82. Tidak perlu susah-susah selalu berusaha mengikuti trend moden yang berkembang.
  83. Jimat untuk membeli pakaian yang sedang trend.
  84. Jimat untuk membeli make up.
  85. Melindungi kulit wajah dari make up yang dapat merosak kulit.
  86. Melindungi kulit dari sengatan sinar matahari.
  87. Mengurangkan risiko penyakit kanser kulit.
  88. Pancaran matahari dapat mengurangi kelembaban kulit sehingga kulit jadi kering.
  89. Mengurangkan munculnya bintik-bintik hitam pada permukaan kulit akibat perubahan pigmen di usia tertentu.
  90. Melindungi rambut dari debu-debu yang berterbangan.
  91. Debu-debu itu dapat mengotori rambut dan menyebabkan rambut mudah kotor yang menyebabkan kebotakan.
  92. Membuatkan saya untuk hidup lebih sederhana.
  93. Menghindari hidup yang membazir.
  94. Membuat diri tidak silau dengan kemegahan dunia dan segala perhiasannya.
  95. Membuat saya lebih memikirkan hal lain selain model dan perhiasan.
  96. Menempatkan wanita menjadi subjek dalam proses pembangunan ummat.
  97. Lebih mudah dalam menabung.
  98. Memiliki kesempatan untuk melakukan ibadah haji.
  99. Memiliki kesempatan lebih banyak untuk berinfaq dan sedekah.
  100. Itu bererti lebih banyak beramal untuk bekal di hari kemudian.
  101. Membuat saya merasa menjadi wanita sejati.
Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)

P/s: Tidak semua wanita yang bertudung @ menutup aurat itu baik..tapi biasanya wanita yang bertudung@menutup aurat  itu dari kalangan wanita yang baik-baik.





Sabtu, 7 Januari 2012

Kesalahan Pakaian Lelaki Dalam Islam

shortpants
Biasanya kita membicarakan soal pakaian dan aurat wanita, kali ini kita ingin menyentuh tentang kesalahan pakaian lelaki pula. Orang-orang lelaki sekarang ramai yang tidak endahkan dosa pahala mereka dalam berpakaian. Mungkin kerana kurangnya penekanan sejak dibangku sekolah. Malah seluar pendek yang tidak menutup aurat itu diiktiraf sebagai pakaian sukan yang sah di negara ini.
Ikuti keterangan lanjut tentang kesalahan pakaian lelaki di bawah:
Isbal.
Isbal iaitu menurunkan atau memanjangkan pakaian hingga di bawah tumit. Larangan isbal bersifat umum untuk semua jenis pakaian seperti seluar panjang, kain pelikat, gamis atau pakaian lainnya. Ironinya, larangan ini dianggap remeh oleh kebanyakan umat Islam, padahal dalam pandangan Allah ia merupakan masalah besar.
Rasulullah SAW bersabda:
“Kain yang memanjang hingga di bawah mata kaki tempatnya di Neraka.” (HR. Al-Bukhari, shahih).
Ancaman bagi musbil (orang yang melakukan isbal ) dengan Neraka tersebut sifatnya adalah mutlak dan umum, baik dengan maksud takbur atau tidak. Jika isbal tersebut dilakukan dengan maksud takbur maka ancamannya lebih besar.
Nabi SAW bersabda:
“Pada hari Kiamat, Allah tidak akan melihat kepada orang yang menyeret bajunya (musbil, ketika di dunia) kerana takbur.” (Muttafaq Alaih, shahih).
Dan secara tegas Nabi SAW melarang kita kaum lelaki melakukan isbal. Beliau SAW bersabda:
“Dan tinggikanlah kainmu hingga separuh betis, jika engkau enggan maka hingga mata kaki. Dan jauhilah olehmu memanjangkan kain di bawah mata kaki, kerana ia termasuk kesombongan, dan sungguh Allah tidak menyukai kesombongan.” (HR. Abu Daud dan At-Tirmidzi dengan sanad shahih , At-Tirmidzi berkata, hadits ini hasan shahih).
Hadis di atas memberi kata putus terhadap orang yang beralasan bahawa memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki dibolehkan asal tidak kerana sombong. Ini adalah alasan batil dan dicari-cari untuk membenarkan kebiasaan mereka yang menyalahi sunnah.
Hadis di atas dengan tegas memasukkan perbuatan isbal sebagai sikap sombong, apatah lagi jika memang berniat untuk sombong. Maka jelaslah ancamannya sangat berat. Dan fakta menunjukkan, lelaki yang musbil itu, memanglah pada umumnya untuk bergaya yang di dalamnya ada unsur bangga diri dan sombong. Buktinya kebanyakan mereka menganggap kekampungan, kolot serta melecehkan saudara-saudara mereka yang mengenakan pakaian di atas mata kaki, padahal itulah yang diperintahkan syariat.
Adapun kaum wanita, mereka diwajibkan menutupi tubuhnya hingga di bawah mata kaki, kerana ia termasuk aurat.
Namun hakikatnya, yang dipraktikkan umat Islam di zaman ini adalah sebaliknya.
Lelaki memakai pakaian hingga di bawah tumit, sedang wanita pakaiannya jauh di atas tumit.
Naudzubillah, dan kepada Allah kita memohon keselamatan
Mengenakan pakaian nipis dan ketat.
Dalam kaca mata syariat, jika bahan-bahan pakaian itu sangat nipis sehingga menampakkan aurat, lekuk-lekuk tubuh atau sejenisnya maka pakaian itu tidak boleh dikenakan.
Perkara ini berdasarkan firman Allah Taala:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (Al-A’raf: 26).
Tetapi jika pakaian itu tidak menampakkan aurat dan lekuk-lekuk tubuh maka hal itu tidak mengapa. Namun jika pakaian itu menyerupai dan menunjukkan identiti pakaian orang kafir maka ia tidak dibolehkan.
Dan kebiasaannya lelaki yang body builder, kaki gym memakai baju ketat untuk menunjukkan ototnya yang berketul-ketul itu.
Mengenakan pakaian yang menyerupai pakaian wanita.
Di antara fitrah yang disyariatkan Allah kepada hambaNya iaitu agar lelaki menjaga sifat kelelakiannya dan wanita menjaga sifat kewanitaannya seperti yang telah diciptakan Allah. Jika hal itu dilanggar, maka yang terjadi adalah kerosakan hidup di masyarakat.
Dalam hadis shahih disebutkan:
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (HR. Al-Bukhari).
Sebagian ulama berkata, ‘Yang dimaksud menyerupai dalam hadis tersebut adalah dalam hal pakaian, berdandan, sikap, gerak-geri dan sejenisnya, bukan dalam berbuat kebaikan.’ Kerana itu, termasuk dalam larangan ini adalah larangan mendandan rambut, memakai anting-anting, kalung, gelang kaki dan sejenisnya bagi lelaki, sebab perkara-perkara tersebut adalah kekhususan bagi wanita.
Rasulullah bersabda:
“Allah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.” (HR. Abu Daud, Shahihul Jami’ , 5071) .
Mengenakan pakaian mengikut trend.
Sebahagian umat Islam, terutama remaja sering tergila-gila dengan fesyen pakaian yang sedang menjadi trend atau pakaian yang dikenakan oleh para artis dan idola mereka. Seperti pakaian bergambar penyanyi, kumpulan-kumpulan muzik, botol dan cawan arak, gambar-gambar makhluk hidup, salib atau lambang-lambang kelab-kelab bolasepak dan organisasi-organisasi non Islam, juga slogan-slogan kotor yang tidak hormat dan kebersihan diri, yang biasanya ditulis di belakang t’shirt dengan bahasa Malaysia atau bahasa-bahasa asing.
Pada umumnya para pemakai pakaian-pakaian tersebut merasa bangga dengan pakaiannya, bahkan dengan maksud untuk memperoleh populariti kerana pakaiannya yang aneh tersebut.
Padahal Nabi bersabda:
“Barangsiapa mengenakan pakaian (untuk memperolehi) populariti di dunia, niscaya Allah mengenakan kepadanya pakaian kehinaan pada hari Kiamat.” (HR. Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ibnu Umar, hasan).
Imam Asy-Syaukani berkata, ‘Hadis di atas menunjuk-kan diharamkannya mengenakan pakaian untuk meraih populariti. Dan larangan tersebut tidak khusus terhadap pakaian untuk populariti, tetapi termasuk juga pakaian yang berlawanan dengan pakaian masyarakat pada umumnya (yang bertentangan dengan agama/etika). Jika pakaian itu untuk maksud populariti, maka tidak ada bezanya antara pakaian yang mahal atau murah, sesuai dengan yang dikenakan orang pada umumnya atau tidak, sebab pengharaman tersebut bergantung (niat) populariti.’
Mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat.
Seperti memakai seluar pendek atau pakaian sukan lainnya yang menampakkan peha. Aurat lelaki adalah dari pusat sehingga dua lutut.Oleh itu, peha termasuk aurat. Setiap muslim diperintahkan menutup dan menjaga auratnya kecuali di depan isteri atau hamba sahayanya.
Ketika Rasulullah SAW melihat sahabat Ma’mar tersingkap pehanya, beliau SAW bersabda:
“Wahai Ma’mar, tutupilah pehamu, kerana peha adalah aurat.” (HR. Ahmad).
“Jagalah auratmu kecuali dari isterimu atau hamba sahayamu.” (HR. Imam lima kecuali An-Nasa’i dengan sanad hasan).
Tidak memperhatikan masalah pakaian ketika masuk masjid.
Sebagian orang yang akan menunaikan solat berjemaah tidak peduli dengan pakaian yang dikenakannya. Misalnya masuk masjid dengan mengenakan jenis pakaian sebagaimana disebutkan pada point keempat. Solat adalah untuk menghadap kepada Allah, kerana itu kita harus mengenakan pakaian yang bagus dan indah sebagaimana yang diperintahkan.
Allah berfirman:
“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid.” (Al-A’raf: 31).
Disunahkan pula agar kita memakai wangi-wangian ketika hendak ke masjid dan menghindari bau-bauan yang tidak sedap. Demikianlah yang dituntunkan dan dipraktikkan baginda Nabi SAW dan para sahabatnya yang mulia.
Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa.
Apalagi gambar orang-orang kafir, baik penyanyi, seniman, pembesar atau orang-orang terkenal lainnya. Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa adalah haram, baik gambar manusia atau haiwan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Setiap tukang gambar ada di Neraka, Allah menciptakan untuknya (dari) setiap gambar yang dia bikin sebuah nyawa, lalu mereka menyiksanya di Neraka Jahannam.” (HR. Muslim).
“Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar-gambar.” (HR. Al-Bukhari).
Adapun gambar orang-orang kafir maka memakai atau menggunakannya mudaratnya akan semakin besar, sebab akan mengakibatkan pengagungan terhadap mereka.
lelaki menggunakan perhiasan emas dan kain sutera.
Sekarang banyak kita jumpai barang-barang perhiasan untuk lelaki yang terbuat dari emas. Seperti jam tangan, kaca mata, butang baju, pen, rantai, cincin dan sebagainya.
Dari Ibnu Abbas RA bahawasanya Rasulullah SAW melihat cincin emas di tangan seorang lelaki, serta merta baginda menngambilnya lalu membuangnya, seraya bersabda:
“Salah seorang dari kamu sengaja (pergi) ke bara api, kemudian mengenakannya di tangannya!’ Setelah Rasulullah SAW pergi, kepada lelaki itu dikatakan, ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah!’ Dia menjawab, ‘Demi Allah, selamanya aku tidak akan mengambilnya, kerana Rasulullah SAW telah membuangnya.” (HR. Muslim, 3/1655).
Dan Rasulullah SAW bersabda:
“Dihalalkan emas dan sutera itu untuk kaum wanita dari kaumku dan diharamkan keduanya bagi kaum lelaki dari nya.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi dan An-Nasa’i, shahih)./
wanwma.com.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik