IKLAN

Isnin, 7 November 2011

Kelebihan Hari Jumaat Dan Kelebihan Meninggal Dunia Pada Hari Itu




HARI Jumaat adalah penghulu segala hari atau disebut ‘sayyidul aiyyam’ kerana mempunyai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah SWT. Bagi umat Islam, hari itu amat berharga dan hari untuk beramal ibadat bagi merebut kelebihan penghulu segala hari.


Berdasarkan penjelasan hadis, hari Jumaat adalah hari pertama kemunculan matahari di dunia, pada hari itu Allah SWT menciptakan Nabi Adam, berlakunya hari Kiamat dan Allah SWT mengizinkan ahli syurga untuk memasuki syurga.
Manakala malaikat pula menamakan hari Jumaat sebagai hari penambahan disebabkan banyaknya pintu rahmat dibuka dan Allah SWT akan melimpahkan kurnia-Nya serta menabur kebaikan-Nya.

Hakikatnya, menjadi tetamu Allah SWT pada penghulu segala hari adalah saat istimewa kerana memberi peluang menilai ketakwaan dan membersihkan dosa.
Kita perlu insaf walaupun pada zahirnya penampilan diri kelihatan cemerlang tetapi dari segi batin orang yang melakukan dosa seperti rasuah, menzalimi, menganiaya, memfitnah, minum arak, berzina dan sebagainya bagaikan berada di tempat kotor diselaputi najis.

Malah, apa yang menakutkan kita ialah meninggal dunia dalam keadaan berdosa dan tidak sempat bertaubat. Oleh itu, insaf dan sedarlah bahawa untuk keluar dari tempat bernajis atau kotor, caranya ialah meninggalkan, menjauhi tempat itu serta mencari tempat yang suci.

Kemuncak ibadat bagi tetamu Allah di masjid ialah mendengar dua khutbah dan solat fardu Jumaat. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (Surah al-Jumaah, ayat 9)

Perjumpaan tetamu Allah setiap minggu di rumah Allah mampu membaiki keimanan, meningkatkan persaudaraan sesama Muslim dan perpaduan ummah. Oleh kerana besar pengaruh perjumpaan tetamu Allah ini, maka sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur dibenarkan syarak, mereka dikira sebagai orang yang lalai.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur, Allah akan menutup mata hatinya.” (Hadis riwayat al-Nasa’ie)


Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumudin, pada malam dan siang hari Jumaat ada sesaat yang mulia di mana segala permohonan doa akan dimakbulkan dan saat itu dirahsiakan.

Amalan sunat hari Jumaat seperti qiamulail, sujud syukur, berzikir, beriktikaf dan membaca al-Quran seperti surah al-Kahfi, Yaasin, Sajjadah dan al-Mulk.
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya Allah menerangi cahaya yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Hari Jumaat adalah hari penuh keberkatan. Bagi mengambil peluang keemasan ini, mari kita membudayakan bersama keluarga dan anak memuliakan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.
Mudah-mudahan dengan cara ini ia mampu memperkukuhkan institusi keluarga dan memantapkan keimanan anak kita. Ini amalan nabi, wali dan orang salih. Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, kerana kesibukan dunia dan pengaruh sosial menyebabkan kita lupa kemuliaan hari Jumaat.
Malah apa yang menyedihkan, ada kalangan umat Islam menjalankan aktiviti pada malam dan hari Jumaat yang menyemarakkan lagi gejala sosial.
Rebutlah peluang untuk membersihkan diri dan bertaubat pada penghulu segala hari. Marilah bersama merenung firman Allah SWT yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.” (Surah al-Jumaat, ayat 10)


Kelebihan Meninggal Dunia Pada Hari Jumaat




Satu Soalan yang diajukan kepada Islamweb:
Adakah benar barangsiapa yang meninggal dunia pada hari jumaat maka dia akan dihisab pada hari Sabtu?
Fatwa: Kami tidak mendapati mana-mana hadis yang sahih yang menyatakan barangsiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat maka dia akan dihisab pada hari sabtu, tetapi terdapat hadis yang menyatakan apabila seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari Jumaat maka dia aman dari azab kubur.
Diriwayatkan dari Imam at-Turmuzi dalam himpunan hadis dari Abdullah Bin A'mru telah berkata: Bersabda Nabi Sallahu Alaihi Wasallam:
Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur.
(Berkata al-Albani dalam Ahkam Janaiz, hadis yang dihimpunkan dari pelbagai toriq adalah hasan atau sohih).
Jelaslah hadis ini menunjukkan kelebihan bagi sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat menunjukkan baiknya pengakhiran seseorang itu (Husnul Khotimah).
Mudahan-mudahan kita juga terpilih untuk mengakhiri nafas ini dengan pengakhiran yang terbaik. Amin Ya Robb.



14 ulasan:

  1. RAMAI DARI RAKAN KELUARGA SAYA YANG KAFIR LAKNAT MENINGGAL PADA HARI JUMAAT.MENURUT ANDA BAGAIMANA KEDUDUKAN MEREKA ITU?

    BalasPadam
  2. kafir dan murtad tak termasuk dalam hal ini sahabat..

    BalasPadam
  3. Kita dilarang membuka aib seseorang umat....kita tk duduk dengan seseorang yg buruk perangai dia dan kita tk tau ape doa dia dan ape dlm hati dia....kita tk tau malam di akhir hayat dia,dia bertaubat pada tuhan...ingat yg tuhan kite sembah itu maha penyayang lagi mengasihani...

    BalasPadam
  4. Betol nazu.hari ini jumat 05-04-2013 adlah ini titik ahir bagi abang ku yg hidup di dunia fana ni....dia telah menghembuskan nafas terakir kali tanpa saye sbgai adiknya di sisi almarhumah.sanagt sakit dan sesak nafss ku bila aku dlm perantauan. Dan saya tidak akan bisa bejumapa dia selamanya bila pilang nati.....?semoga ALLOH A.W.T.mengampunkan segala dosa dan menerima amalan ya.. Amin2.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah sekiranya meninggal pd mlm n hari jumaat mdpt pgakhiran yg baik (Husnul Khotimah) dan aman dari azab kubur. . syukur alhamdulillah ya allah... amoga arwah ayah mdapat keampunan. amin...al fatiha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah.mak saya pun kembali kerahmatullah hari jumaat 29.11.2013..semoga mak tenang dah aman di sana..

      Padam
  6. Salam...kakak yg sy sayangi telah kembali ke rahmatullah pagi tadi..adakah dia juga terlepas dari azab kubur?adakah syurga pasti untuknya?sy sangat menyayanginya..

    BalasPadam
  7. Ibubapa saya meninggal dunia pada hari jumaat nabi muhammad wafat hari isnin kasihan nabi kita tak wafat hari jumaat.

    Nabi Muhammad meninggal hari isnin renung renungkan.


    BalasPadam
  8. salam..
    Nabi mhamad tlh trpilih n kcualikan dr sgala yg x baik dri sgala segi trmasuk akhlak dll srta tlah d janjikan syurga tratas buatnya..x tmbul soal bgnda wafat pda hari apa..sgalanya Allah tlh pelihara...kita sbg ummat nya cuba cari akn "rahsia" hari n tarikh kewafatan bginda..bgmna ptanda n situasi alam smsta pada ktika kewafatan Nabi...tntu byk keistimewaan yg tlh trjadi..anugerah dri Allah sbhnahuwataala...wlhklam

    BalasPadam
  9. As Salam, sila kaji betul2 riwayat atau hadis ttg mati pd hari jumaat samada sahih atau tidak. dari kuliah2 yg saya dgr ataupun kajian dari beberapa laman hadis sahih berkenaan isu ni, belum pun saya jumpa kelebihan mati jumaat melainkan kelebihan hari jumaat bg mereka yg hidup. dalilnya, nabi sendiri pun mati hari isnin, apatah lg para sahabat yg dijanjikan syurga ada yg mati pd hari selain jumaat. kita tidak verkuasautk memilih hari mati kita melainkan Allah Taala saja yg mengetahui. kelebihan mati (khusnul khatimah) terletak pd amalan ketika hidup. apa pula kesudahannya, seorg islam yg kurang amalnya yg mati pd hari jumaat?
    hadis yg sahih ttg penangguhan siksa kubur hanya berlaku pd bulan ramadhan & pengamal surah al-mulk. minta penulis mengkaji ttg riwayat2 sahih sblm posting dikhuatiri boleh menjejaskan akidah. al maklumlah byk perosak2 akidah mengedit hadis2 & menyebarkan riwayat2 palsu. yg jadi mangsa ialah kita apabila kurangnya ilmu & tidak mengkaji seluasnya sesuatu syariat. bahaya copy paste, takut kita tergolong dlm golongan yg menfitnah nabi, para sahabat & ulama2 apabila menyampaikan/menyebarkan sesuatu yg kurang tepat.

    BalasPadam
  10. Alhamdulilah.org yg tsyg jgk mningl hri jumaat 290814.smoga die tenang d sne .ya ALLAH pelihara die d sna amin. Alfatihah

    BalasPadam
  11. Mati hari jumaat tak kena azab kubur ada ulama kata diringankan azab kubur, tapi bukan bererti dia akan terlepas dr azab seterusnya kalau dia berdosa..disebabkan kemulian hari jumaat dia terlepas azab kubur sahaja,kat padang mahsyar tak termasuk,dia akan terima balasan kalau dia ada dosa..والله أعلم

    BalasPadam
  12. Semoga arwah mak aman disana stelh 4thun menanggung derita kanser paru2 tahp4..beliau sgt bruntg krna djemput menghdap sang pencipta pd ari jumaat..al fatihah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik