IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Hadiah Untuk PenZina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadiah Untuk PenZina. Papar semua catatan

Ahad, 16 Disember 2012

Foto Penyakit Sifilis Yang Menyerang Wajah Dan Bahagian Tubuh yang Lain



Loading image...

Sifilis (raja singa) adalah salah satu penyakit bawaan seksual yang sangat menakutkan dan mudah menular. Penyakit ini disebabkan oleh hubungan seks bebas dengan berganti-ganti pasangan. Apabila telah menular dan dijangkiti maka akibatnya sangat mengerikan sebab sifilis boleh menyebar dan menjangkiti dibahagian tubuh lain dan tidak terbatas hanya pada alat kelamin sahaja.


Sifilis yang telah menyebar ke bahagian perut penderita


Ini bukan kusta, tetapi sifilis yang telah menyebar ke wajah


Sebenarnya penyakit ini jika sudah didiagnosis atau sudah diketahui sejak awal, akan lebih mudah untuk diubati sebelum menjangkiti kawasan genital dan menjalar ke bahagian tubuh lainnya.

Sifilis juga boleh  menjalar ke bahagian anus juga.


Sifilis yang telah menyebar ke tangan dan kaki

Pengubatan penyakit ini boleh menggunakan antibiotik penisilin, tetrasiklin dan doksisiklin.

(Telemeds.org, University Erlangen Journal of Medicine)

disunting dari-wisbenbae

Kalau tidak ingin dijangkiti penyakit ini, maka lakukanlah hubungan seks hanya dengan pasangan yang sah!..Nikahlah dulu sahabat..dan setialah pada pasangan kamu.

Jadi kalau tak nak kena macam ni...jangan hampiri zina!




Selasa, 2 Oktober 2012

MONOLOG DARI RAHIM


~BismillaahirRahmaanirRahiim~

Wahai, manusia yang sudi mendengar !
Tahukah engkau bagaimana rasanya...
Dikandung oleh seorang ibu yang membenci kandungannya ?
Apakah rasanya bernyawa di dalam rahim perempuan yang sedang berkira-kira untuk membunuh anaknya ?
Apakah rasanya terbentuk daripada dosa perzinaan yang jelik ?
Apakah rasanya menjadi bayi yang tidak diakui hak keturunannya ?
Aku telah dikeji sejak dalam kandungan.
Aku telah dihina sejak manusia mengetahui kewujudanku.

Hanya Allah Yang Maha Tahu...
Betapa takutnya aku untuk lahir ke bumi.
Akan adakah manusia yang menyayangiku ?
Akan adakah insan yang melindungiku ?
Akan adakah orang yang mengazan dan mengiqamatkan aku ?
Aku tidak bersalah.....salahkah aku untuk mendengar seruan agung daripada adzan dan iqamat ?

Aku akan tetap lahir juga...
Tapi lahirku tidak sama seperti kawan-kawanku yang lain.
Mereka disambut....sedangkan aku amat takut.
Mereka dihias pakaian baru yang comel....sedangkan aku dibungkus dengan plastik hitam.


Mereka tidur di atas tilam empuk yang wangi.....sedang aku akan bakal dihumban ke dalam tandas yang busuk.
Mereka ditunggu dengan nama yang baik-baik....sedang namaku hanyalah sumpah seranah.

Tolong....tolong....tolong....
Dimanakah pembelaku ? Dimanakah pelindungku ? Kemanakah pelarianku ?
Tolonglah manusia.....ada binatang menggigitku, ada anjing merobek kulit dan dagingku!



Sumber-hotlips-yuya


Tolonglah manusia....aku kelemasan dalam ruang yang gelap ini.
Aku amat sejuk ! Aku kehausan ! Aku lapar ! Aku takut !
Aku keseorangan....memang beginikah dunia ini ?

Wahai, Allah ! Ambillah aku kembali....biarkan aku pulang ke hadrat-Mu Ya- Allah....aku tak sanggup tinggal disini.
Menanggung dosa perempuan yang tidak akan sekali-kali ku panggil ibu.
Menanggung dosa lelaki yang aku haramkan lidahku memanggilnya ayah.
Aku ingin pulang ya Allah.....Kasihanilah aku....Wahai Yang Maha Mengasihani.

Kepada yang sudi mendengar,
Kutitipkan kata-kata ini...
Sebelum alam yang menyiksakan ini ku tinggalkan.
Jadikanlah diri kalian pembela dan pelindung.
Penyelamat dan rahmat kepada semua lapisan umat ini.
Jangan biarkan ramai lagi yang senasib denganku.
Ia terlalu pahit dan sukar untuk ditanggung oleh insan selemah aku.
Ia terlalu pahit dan berat untuk dipikul oleh bayi kerdil sepertiku.
Tegakkanlah amar makruf dan nahi mungkar.

Nukilan Rasa: Ustazah Norhafizah Musa.


Dipetik dari Buku Dari Lubuk Hati Ibu.



Sahabat semua boleh mendengar Ceramah Ustazah Norhafizah Musa,  di Radio Ikim.fm  dalam rancangan Usrati , Setiap Jumaat , pada jam 10pagi.




Kredit: KDPC


Sabtu, 22 September 2012

Awek Hamil Ditinggal Kekasih, Diusir Keluarga


Awek hamil ditinggal kekasih, diusir keluarga

Mimi bersama seorang rakan selepas ditemubual.


KULIM - Kerana ditipu kekasih, seorang remaja berusia 16 tahun kini terpaksa menanggung masalah dihadapi sendirian setelah doktor mengesahkannya hamil.

Lebih mengecewakan, kekasihnya berusia 17 tahun yang sebelum ini berjanji akan menikahinya bersikap lepas tangan dan menuduh anak dalam kandungannya itu milik orang lain.

Dia, yang hanya ingin dikenali sebagai Mimi berkata, kejadian berlaku di rumah teman lelakinya apabila kedua-dua mereka bertindak ponteng sekolah.

Katanya, memandangkan tidak ada wang dan tempat untuk pergi, teman lelakinya mempelawa balik ke rumahnya untuk berehat sehingga tamat waktu sekolah.

“Pada mulanya saya memang takut untuk melakukan hubungan seks dengan kekasih saya itu. Saya bimbang sekiranya mengandung, namun termakan dengan pujuk rayunya, saya bersetuju untuk melakukan perbuatan sumbang itu bersamanya.

“Sebagai pelajar sekolah, saya masih tidak tahu apa-apa tentang hamil, walaupun saya sudah tidak datang haid selama empat bulan. Sehinggalah pada bulan kelima, saya rasa seperti ada sesuatu bergerak dalam perut.

“Saya kemudiannya pergi ke klinik untuk menjalani ujian air kencing dan doktor mengesahkan saya hamil. Saya cuba hubungi kekasih saya itu tetapi dia sudah menukar nombor telefon,” katanya.

Memandangkan keadaan perutnya yang semakin membesar, Mimi kemudiannya memaklumkan kejadian yang berlaku kepada keluarganya.

Malangnya, keluarga mengusirnya keluar dari rumah kerana rasa terhina dengan perlakuannya. Mimi kemudiannya pergi berjumpa seorang rakan dan menceritakan masalah dialaminya. Kerana simpati, rakannya itu membenarkan Mimi tinggal di rumah sewanya sehinggalah dia bersalin.

“Ketika dalam pantang, saya didatangi sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak. Mereka meminta kebenaran untuk menjaga anak saya. Saya tidak ada pilihan lain selain menyerahkan bayi perempuan saya kepada mereka.

“Saya tidak berniat untuk menjualnya, tetapi kerana ketiadaan wang, saya terpaksa meminta RM1,500 daripada pasangan itu,” katanya.

Katanya, kerana cinta dia hilang keluarga, anak dan sekolah dan berharap golongan remaja lain menjadikan apa yang berlaku kepadanya sebagai iktibar.

“Kerana terlalu sayang seorang lelaki yang masih mentah dan terlalu taksub pada cinta, akhirnya saya tinggal berseorangan. Ingatlah usia muda hanya datang sekali dan jangan kita sia-siakannya,” katanya.

Sinar harian

P/s: Nabi dah kata ..jangan hampiri zina..kan dah termengandung hmm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik