Assalamualaikum semua!
Sakit
tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan
kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan
batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan
dikenali sebagai demam selesema di kalangan orang ramai.
1) Menggunakan habbatul barakah / habbatus sawda' yang merupakan ubat segala penyakit kecuali as saam; mati: Ambil secubit- tiga cubit habbatul barakah atau as sannut di dalam hadis yang lain juga lalu digigit perlahan2 lantas dikepat lama2. Insya Allah anda akan dapati kahak anda mula cair dan penderitaan anda perlahan2 berakhir... amalkan dua kali sehari.
2) Seperti yang diaja oleh guru kami di dalam kitabnya sufi healing / di dalam bahasa Arab: Al Ilaju at Tabie: sila ambil setengah biji lemon dan satu sudu madu asli lalu dilarutkan di dalam segelas air suam... Sila minum sehingga benar2 lega.... Minumlah 2 - 3 kali sehari.
Selamat mencuba wahai para pencinta perubatan Islam...
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!/www.rawatanislam2u.com
Petua Orang-Orang Tua@ Tradisional untuk Sakit Tekak
Masa kecik2 dulu, kalau sakit tekak selalunya ada petua2yang mak kita selalu amalkan untuk anak2 dia macam akan buat air asam jawa yang diembun semalaman dan esok nya minum.
Dibawah ini ada Petua lain yang boleh diamalkan bila kena sakit tekak ok...
Merawat Sakit Tekak
Jika
anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam
keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus.
Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu
sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan
sembuh seperti sediakala.
Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong.Cubalah mengikut petua ini:
- Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam.Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
- Rebus beberapa biji buah pisang masak.Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila.Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula.
- Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat.Campurkan dengan gula danembunkan selama satu malam.Minum dua kali seminggu.
- Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.
Rawatan Lain
1. Rawatan umum termasuklah mengekalkan pengambilan cecair (minum air) dan kumur dengan air suam.
2. Pengambilan Paracetamol adalah efektif dan selamat segi analgesic dan antipyretic.Ia merupakan pilihan ubat untuk analgesia dalam sakit tekak. Pengambilan aspirin tidak digalakkan untuk kegunaan umum terutamanya untuk kanak-kanak kerana berisiko untuk sindrom Reye’s.
3. Agen Anti-Inflammatory Bukan Steriod (NSAIDs) Ibuprofen (NSAID) telah meningkat penggunaannya sekarang untuk rawatan kesakitan dan demam di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami sakit tekak.
4. Lozenges (ubat kemam) untuk tekak dan ubat kumur kerap digunakan, dan ianya boleh membantu meredakan sakit tekak dan melegakan rasa ketidakselesaan tekak.
( info from healthportal)
Rujukan:
www.rawatanislam2u.com/ jajazack.blogspot.com.

