IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Petua Untuk Menggembirakan Hati Sedih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua Untuk Menggembirakan Hati Sedih. Papar semua catatan

Rabu, 11 Disember 2013

Tips Nak Handle Rasa Sedih Bila Tengah Frust Menonggeng


Mungkin kau dan aku, terlalu berbeza..
Cintamu di hati, hanya sandiwara..
Kata dan janjimu, mudah kau persia..
Di balik senyum aku sengsara..

Kebanyakkan kita kalau tengah frust bercinta, mesti nak melayan lagu jiwang ja 24jam kan. Kadang-kadang tu keluar drive kereta tanpa arah tujuan sambil buka radio feeling sorang-sorang dengar bait-bait lirik yang kononnya kena dengan masalah hangpa masa tu.

Siksanya mengakui kau teman biasa.. 
Terpaksa ku terima itu hakikatnya..

Tinggalkanku, perlahan-lahanku terima..
Semakinku sakit, semakin kau bahgia..

*Creetttt.. Creetttt..*
(Bunyi kaset lekat. Err.. Gitu ke bunyinya?)




Amboih! Kemain kau feeling kan. Meh sini aku nak bagi tips sikit cara nak handle perasaan hangpa bila tengah frust bercinta.


1. Jangan dengar lagu-lagu jiwang. Nanti lagi bertambah kesedihan di hati tu. Budak tengah nangis, kau pergi tampar dia, lagi kuat la dia meraung sakit. Macam tu jugak dengan hati kita yang terluka. Yang pergi tabur garam dengan perah limau atas luka tu, lagi la pedih oi.

Cuba taruk plaster kat hati yang terluka tu. Dengarlah lagu-lagu yang berkonsepkan ketuhanan dan islamik sikit. Sedikit sebanyak jadi penawar hati. Contohnya, kau dengar lagu zikir taubat ke. InsyaAllah akan rasa tenang je jiwa tu. Ataupun dengar lagu Negaraku ke, lagu kebangsaan Nigeria ke. Asalkan bukan lagu tangkap leleh macam New Boyz dan Anuar Zain. Blerghhh...


2. Kau baca berita dan ambil tahu mengenai penderitaan orang lain. Contohnya kisah saudara seIslam yang ditindas di Palestin, Syria dan lain-lain yang berkenaan. Selami perasaan dan hayati kesusahan dan kesengsaraan hidup mereka. Kau rasa diorang ada masa nak bercinta feeling-feeling bagai? Kau rasa diorang ada masa nak baring dengar lagu-lagu jiwang tu. Hari-hari dengar bunyi letupan je. Diorang kahwin pun sebab nak lahirkan lebih ramai para mujahid. Alahai.. Penderitaan yang diorang lalui lebih menyayat hati la dari kisah cinta kau tu.


3. Istighfar banyak-banyak. Bisik dalam hati, cakap "Dunia ja semua ni. Tak payah nak frust sangat sebab manusia. Nanti mati jugak natang tu." Ok, kurang sopan sebut natang. Ya, lebih baik kita kejar kebahagiaan di akhirat nanti. Dah dia bukan jodoh kita kat dunia ni, nak buat macam mana. Ajal maut dan jodoh kan di tangan Tuhan. Tu kan qada dan qadar. Redha je la. Takkan nak salahkan Tuhan.

Dekatkan diri dengan Tuhan. Bukannya terus jauh dengan Tuhan. Banyakkan solat sunat, berdoa, berzikir, dan baca Al-Quran. InsyaAllah hati kau akan rasa tenang je bila bercinta dengan Tuhan. Sebab Allah takkan pernah sesekali bagi harapan palsu dan kecewakan hamba-Nya. Allah kan Maha Mencintai. Jadilah orang yang soleh dan solehah. InsyaAllah jodoh yang lebih baik akan datang bergolek. Bersangka baik dengan Allah.


4. Jangan menyendiri. Kadang-kadang bila menyendiri akan menjerumuskan kau buat benda-benda bodoh. Keluar bersosial dengan kawan-kawan. Buat aktiviti yang lebih berfaedah daripada melayan perasaan sedih tu. Keluar bermain futsal, mendaki Bukit Broga dan menangkap rama-rama misalnya. Keluar hayati keindahan alam. Jangan keluar merempit atau pergi konsert Metalicca plak. Atau kau sibukkan diri dengan kerjaya.


5. Last sekali, kau buka blog aku. Kau ulang baca tips ni. Jika kau seorang gadis, bisik dalam hati, "Owner blog ni belum kahwin." Sekurang-kurangnya kau akan rasa, rupanya masih ada lelaki single kacak di dunia ni. Jadi, tanpa melengahkan masa, cepat-cepatlah isi borang di SINI!


Sekian dari saya, Dr Love anda. Choy~~


Khamis, 13 September 2012

Amalan Ringan Yang Besar Pahalanya


Alhamdulillah washshalatu wassalaamu 'ala Rasulillah . Kaum muslilmin yang dirahmati Allah, diantara yang diajarkan Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam pada kita adalah rutin mengamalkan amalan soleh walaupun amalan itu sedikit dan ringan, atau dipandang remeh oleh sebahagian orang. Namun ternyata tanpa kita sangka,amalan tersebut mengandungi pahala yang besar.
Berikut adalah beberapa amalan yang mudah dan ringan untuk dilakukan, namun besar pahalanya, berdasarkan hadis yang sahih:
Pertama , membaca: subhaanallaahi wa bihamdihi subhaanallaahil 'adzim
Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Ada dua kalimat yang dicintai oleh Allah, ringan di lisan, dan berat ditimbangan: (iaitu bacaan) subhaanallaahi wa bihamdihi subhaanallaahil 'adzim [Mahasuci Allah dan dengan memujiNya, Mahasuci Allah Yang Maha Agung ] " (HR. Al Bukhari)
Kedua , wudhu dengan sempurna dan membaca doa, sebagaimana hadis berikut:
Dari Umar bin Khattab, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna, kemudian selesai wudlu dia membaca: asyhadu allaa ilaha illallah wa anna muhammadan abdullahi wa rasuuluh [aku bersaksi bahawa tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah, dan bahawasanya Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya], maka akan dibukakan untuknya pintu syurga yang jumlahnya lapan, dan dia boleh masuk dari pintu mana saja yang dia sukai. " (HR. Muslim)
Ketiga , menghadiri solat Jumaat di awal waktu, dengan memperhatikan adabnya.
Dari Aus bin Aus Ats Tsaqafi, bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sesiapa yang membasuh (kepalanya) dan mencuci (seluruh tubuhnya) di hari Jumaat (mandi besar, ed.), lalu berangkat ke masjid pagi-pagi, dan dia mendapatkan khutbah dari awal, dia berjalan dan tidak naik kenderaan, dia mendekat ke khatib, konsentrasi mendengar khutbah dan tidak berbicara maka setiap langkahnya (undian) sebagaimana pahala puasa dan solat malam selama setahun. " (HR. Abu Dawud, At Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan dinilai sahih oleh Al-Albani)
Abu Zur'ah berkata: "Saya tidak pernah menjumpai satu hadis yang menceritakan pahala yang besar dengan amal yang sedikit yang lebih sahih daripada hadis ini."
Keempat , solat dhuha dua rakaat
Dari Abu Dzar, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Setiap ruas tulang kalian wajib disedekahi, setiap tasbih, tahmid, tahlil, dan takbir bernilai sedekah, amar makruf nahi mungkar bernilai sedekah, dan semua kewajipan sedekah itu boleh ditutup dengan dua rakaat solat dhuha. " (HR. Muslim & Abu Daud)
Kelima , berzikir di masjid selepas subuh.
Dari Anas bin Malik, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sesiapa yang solat subuh berjemaah, kemudian tetap duduk di masjid sehingga terbit matahari, kemudian solat dua rakaat, maka dia mendapat pahala haji dan umrah, sempurna, sempurna." (HR. At Tirmidzi dan dinilai hasan oleh Al Albani)
Keenam , membaca Al-Quran.
Dari Abdullah bin Mas'ud, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sesiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka dia mendapat satu pahala kebaikan. Dan setiap satu pahala itu dilipatkan menjadi 10 kali .... " (HR. At Tirmidzi, At Thabrani dan dinilai sahih oleh Al-Albani)
Ketujuh , membaca zikir ketika masuk pasar atau tempat keramaian.
Dari Abdillah bin Amr bin 'Ash, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sesiapa yang masuk pasaran kemudian dia membaca: laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yumiit wa huwa hayyun laa yamuutu, biyadihil khair, wa huwa 'ala kulli syai'in qadiir [tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah tiada sekutu bagiNya, milikNyalah seluruh kerajaan. Dan milikNyalah seluruh pujian, Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dia Mahahidup dan tidak mati, di tangannyalah segala kebaikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu] maka Allah catat untuknya sejuta kebaikan, Allah hapuskan sejuta kesalahan, dan Allah angkat untuknya satu juta darjah. " (HR. At Tirmidzi, Al Hakim, Ad Darimi dan dinilai hasan oleh Al Albani)
Kelapan , solat berjemaah di masjid.
Dari Abu Umamah, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sesiapa yang keluar dalam keadaan suci, menuju masjid untuk melaksanakan solat jemaah, maka pahalanya seperti pahala seperti orang yang sedang haji dalam keadaan ihram." (HR. Abu Daud dan dinilai hasan oleh Al Albani)
Kesembilan , berzikir ketika terbangun dari tidur 
Dari Ubadah bin Shamit, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sesiapa yang terbangun (nglilir) ketika tidur malam kemudian dia membaca: laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai'in qadiir. Alhamdulillah, wa subhanallah, wa laa ilaha illallah wallahu akbar wa laa haula wa laa quwwata illa billah [tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah semata tiada sekutu bagiNya, milikNyalah seluruh kerajaan, milkNyalah segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Segala puji milik Allah, Mahasuci Allah, tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar. Tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah] kemudian dia beristighfar atau berdo'a maka akan dikabulkan. Jika dia berwudhu kemudian solat dua rakaat, maka solatnya diterima. " (HR. Bukhari & Abu Daud)
Kesepuluh , solat sunat dua rakaat sebelum subuh.
Dari 'Aisyah, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Dua rakaat sebelum subuh lebih baik dari pada dunia dan seisinya." (HR. Muslim)
Kesebelas , membaca Selawat.
Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sesiapa yang membaca selawat untukku sekali, maka Allah akan memberikan selawat kepadanya sepuluh kali." (HR. Muslim)
Dalam riwayat lain: "Sesiapa yang membaca selawat untukku sekali, maka Allah akan memberikan selawat kepadanya sepuluh kali, dihapuskan sepuluh kesalahan, dan diangkat sepuluh darjat." (HR. An Nasa'i, sahih)
Kedua-belas , menjawab azan dan membaca doa selepas azan.
Dari Jabir bin Abdillah, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sesiapa yang mendengar azan kemudian dia membaca doa: Allahumma rabba hadzihid da'watittammah washshalatil qa'imah, ati Muhammadanil wasilata wal fadhilah wab'ats-hu maqamam mahmudanilladzi wa ' adtahu [Ya Allah, Tuhan pemilik panggilan yang sempurna dan solat wajib yang ditegakkan, berikanlah kepada Muhammad wasilah dan fadhilah. Bangkitkanlah beliau ke tempat terpuji yang telah Engkau janjikan kepadanya.] Maka dia berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat. " (HR. Bukhari)
Ketiga-belas , membaca zikir setiap pagi dan petang. Diantara zikir yang disyariatkan adalah membaca : ' subahanallah wa bihamdihi ''
Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu , Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Barangsiapa di waktu pagi dan petang membaca: 'subahanallah wa bihamdihi' seratus kali maka tidak ada seorang pun yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala yang lebih baik dari pahala yang dia bawa, kecuali orang yang membaca seperti yang dia baca atau lebih banyak. " (HR. Muslim)
Keempat-belas , mengajak orang lain untuk melakukan kebaikan
Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sesiapa yang mengajak kepada kebaikan, maka dia mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. Dan barangsiapa yang mengajak orang lain untuk melakukan kesesatan dan maksiat, maka dia mendapat dosa sebagaimana dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun. " (HR. Muslim)
Kelima-belas , rajin beristighfar.
Dari Ibn Abbas, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sesiapa yang rajin beristighfar maka Allah akan berikan jalan keluar setiap ada kesulitan, Allah berikan penyelesaian setiap mengalami masalah, dan Allah berikan rezeki yang tidak disangka-sangka." (HR. Abu Dawud , hasan lighairihi)
Selamat mengamalkan.
[Ammi Nur Baits]

( Sumber )



Khamis, 23 Ogos 2012

Petua Untuk Menggembirakan Hati Sedih


1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingati kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin.
Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, ilmu dan rakan-rakan.
Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau.
Ada 2 kesan dari sikap risau. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap. Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Anda ada kawan rapat yang memahami anda.
Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Buat banyak kali dalam sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati).
Seterusnya, meneutralkan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda. Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri anda satu ketika dulu.
Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.
Sumber:PDH/malaysiaria
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik