IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Khasiat Buah Kelapa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khasiat Buah Kelapa. Papar semua catatan

Rabu, 8 Ogos 2012

Khasiat Air Kelapa di Dalam Perubatan Islam dan Terbukti Secara Saintifik

Air Kelapa yang Berkhasiat

Air kelapa muda juga boleh digunakan untuk perubatan kerana sifatnya yang semulajadi dan datang terus dari alam. Seelok-elok air kelapa adalah air kelapa muda yang diambil dari pokoknya.

Air kelapa muda yang telah diruqyah apabila dicampurkan dengan sedikit garam bukit sangat bagus untuk rawatan santau dan batuk berdarah. Lebih-lebih lagi kalau sudah diruqyah dengan ayat-ayat al Quran, selawat dan doa-doa kesembuhan yang warid dari Rasululullah saw.

Air kelapa yang dicampur dengan garam bukit juga sangat bagus untuk rawatan ketagihan dadah, rokok dan seumpama dengannya. Kaedah ruqyah yang sesuai untuk rawatan tersebut adalah membacakan 40 kali al Fatihah kepada campuran tersebut.

Air kelapa mempunyai banyak khasiat yang dibuktikan secara saintifik. Antaranya:

(1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.


(2) Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.


(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.


(4)  Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.


(5) Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.


(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.


(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.


(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.


(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.


(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.


(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.


(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.


(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.


(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.


Buah kelapa yang sudah gugur, tidaklah terjamin airnya masih elok atau tidak.

"Petikan dari buku terbaru KISWAH; RAHSIA AIR RUQYAH..."....

Sumber /www.rawatanislam2u

Rabu, 7 Disember 2011

Buah Kelapa Muda Penawar Racun

Ceritanya, buah kelapa terutama kelapa muda ini adalah ubat dari segala ubat untuk penawar racun, baik untuk keracunan makanan, minuman dan keracunan ubat termasuk ubat serangga.  Tapi,benarkah demikian? Mari kita "kupas" si muda ini.
Kelapa merupakan tanaman yang biasa tumbuh di pantai. Batangnya berbentuk ramping dengan ketinggian boleh mencapai 14 meter. Kelapa adalah tanaman yang tidak bercabang, daunnya berpelepah, buahnya bulat dengan diameter sekitar 25cm. Buahnya mempunyai sabut tebal dan tempurung yang sangat keras berisi air dan isi kelapa.
Kononnya, dalam mitologi Hindu, kelapa merupakan "pokok surgawi".Diriwayatkan, Dewa Wisnu membawa pohon kelapa sebagai sumber kesihatan, panjang usia, ketenangan dan kedamaian. Sebab itu, pohon kelapa dianggap suci dan mempunyai peranan penting dalam upacara keagamaan masyarakat Hindu.
Pengamal herbalis mengatakan bahawa air kelapa muda memang boleh meneutralkan segala macam racun yang ada di tubuh. Tentu saja antara air yang diminum dengan racun yang ada harus dosnya harus sesuai. Biasanya, racun-racun yang dimaksudkan adalah racun-racun yang dibawa oleh minuman beralkohol dan merokok yang masuk ke da tubuh.

Apa yang ada di dalam air kelapa?

Air kelapa ternyata mengandungi unsur makro berupa nitrogen dan karbon.Unsur nitrogennya tersusun dari asid amino (alanin, sistin, arginin, alin dan serin). sementara unsur karbonnya berupa glukosa, sukrosa, fruktosa, sorbitol, inositol dan beberapa unsur kecil lain. Selain unsur makro, air kelapa juga mengandungi unsur mikro berupa mineral yang boleh menukar ion tubuh. Itulah sebabnya jika kita meminum air kelapa muda biasanya badan akan terasa lebih segar, selain pelepas dahaga tentunya.
Selain itu, air kelapa juga mengandungi vitamin C. Beberapa yang dominan adalah asid nikotinat, asid folik, asid pantotenat, biotin dan juga riboflavin.Kerana alasan itulah, beberapa herbalis mengatakan air kelapa boleh digunakan untuk ubat penurun panas dalam, demam berdarah dan disentri.
Itu saja? Masih ada lagi. Air kelapa juga mengandungi potasium (kalium), gula (1.7% - 2.6%) dan protein (0,07% -0,55%). Ditambah pula, sebuah sumber mengatakan air kelapa boleh untuk menghaluskan kulit muka, anti aging dan juga anti uban pada rambut jika digunakan untuk mencuci.

Bagimana dengan isinya?

Isi kelapa merupakan sumber dari zat besi, serat dan asid lemak. Namun hati-hatilah, asid lemak dari isi kelapa 90% merupakan asid lemak tepu yang boleh meningkatkan kadar kolesterol jika diambil berlebihan. 
Isi kelapa juga mengandungi karbohidrat, protein, stigmasterin, fitosterin, kolin, asid undekanoat, asam tridekanoat dan vitamin A, B, C dan E. Isi kelapa juga boleh digunakan untuk mengatasi sembelit, cacingan dan luka.
Berhati-hatilah dalam memilih kelapa muda. Jika tidak berpengalaman, sangat sukar membezakan mana kelapa muda asli alias "kelapa hijau" . Perlu diingat pula bahawa meminum air kelapa terlalu banyak boleh menyebabkan  anda akan susah buang air kecil dan santannya mengandungi lemak tepu yang cukup tinggi dan di dalam tubuh akan diproses menjadi kolesterol./Jadiberita





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik