Beberapa waktu lalu ribut soal TELUR ayam palsu dari China, sekarang lebih parah lagi mereka boleh memalsukan beras yang diperbuat dari plastik. China Membuat Beras dari Plastik? media Singapura melaporkan bahawa China sedang menghasilkan beras palsu.
Sejumlah syarikat China telah terlibat selama bertahun-tahun di pelbagai skandal yang melibatkan barang palsu atau tercemar. Mungkin yang paling berbahaya dari semua yang melibatkan makanan, termasuk skandal susu pada tahun 2008, sebagaimana kita ketahui di mana susu buatan China ditemui mengandungi racun melamin.Dan akhirnya 290,000 kanak-kanak menjadi korban, jatuh sakit dan 11 kes disyaki lagi menyebabkan kematian .
Sekarang ada pula laporan dari media Singapura bahawa China sedang menghasilkan beras palsu, yang berpotensi dan sangat berbahaya. Menurut akhbar Korea " Mingguan Hong Kong" (juga boleh dirujuk pada Vietnamwebsite ), Media Singapura menyatakan bahawa beras palsu sedang diedarkan di bandar China Taiyuan, di wilayah Shaanxi.
"Nasi" ini merupakan gabungan dari ubi kentang, ubi keledek, dan plastik. Hal ini dibentuk dengan mencampurkan kentang dan ubi keledek ke dalam bentuk biji beras, kemudian menambah resin sintetik industri. Resin sintetik tersebut juga sangat berbahaya jika diambil.
Seorang pegawai Restoran China Association mengatakan bahawa makan tiga mangkuk nasi palsu ini seperti makan satu beg plastik. Kerana keseriusan masalah ini, ia menambah bahawa akan ada penyelidikan dikilang-kilang yang disyaki menghasilkan beras ini. Sementara itu, oleh kerana kos untuk menghasilkan beras palsu ini agak rendah, ini membolehkan kilang-kilang membuat keuntungan yang besar darinya.
Vietnam Semakin Prihatin atas Keselamatan Makanan
Di Vietnam, telah ada pelbagai laporan di media dalam negeri tentang makanan yang tercemar, sehingga banyak orang bimbang tentang keselamatan bekalan makanan mereka.
Disunting dari: http://forum.vivanews.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan