Dialog yang diungkapkan oleh Rashidi sebagai Zafrin kepada Vanidah sebagai Ujie dalam filem tersebut berbunyi,
IKLAN
Memaparkan catatan dengan label Video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Video. Papar semua catatan
Sabtu, 17 Ogos 2013
Jumaat, 23 November 2012
( Video ) Ada Tulisan Allah Tertera di Kepala Cristiano Ronaldo

VALENCIA - Ada kejadian menarik yang luput dari sorotan media diperlawanan diantara Levante dan Real Madrid di Estadio Ciudad de Valencia, Sabtu (12/11). Los Blancos atau Real Madrid memenangani perlawanan itu dengan skor 2-1 melalui gol Alvaro Morata pada minit ke-84.
Kejadian unik itu bermula dari sikuan David Navarro yang mengenai pelipis Cristiano Ronaldo. Peristiwa pada minit ketiga itu membuat CR7 harus mendapat rawatan lantaran mengucur darah dari pelipisnya.
Saat menjalani rawatan perubatan di pinggir lapangan, Aljazeera yang menyiarkan pertandingan itu menyoroti gaya model rambut Ronaldo. Entah kebetulan atau tidak, kamera televisyen mendapati potongan Pemain Terbaik Dunia itu bertuliskan lafaz Allah dalam bahasa Arab.
Video yang dimuat naik ke youtube itu seketika menarik perhatian. Dalam video berjudul "Allah (Ø § Ù" Ù "Ù ‡) writte in Arabic on Cristiano Ronaldo s head?", Kita boleh melihat sendiri tentang kejadian unik itu.
Ada yang menganggap bahawa tulisan lafaz itu palsu dan merupakan kejuruteraan digital, namun banyak pula yang percaya model rambut Ronaldo dibuat seperti itu.
Sebagaimana kita ketahui, bekas penggawa Manchester United itu sering bersentuhan dengan dunia Islam. Ia pernah berkunjung ke Jalur Gaza dan menghadiri acara yang diadakan pemerintahan Palestin.
Namun yang pasti, Ronaldo selama ini dikenali sebagai pemain bola yang gemar menukar penampilan rambutnya. Ia juga selalu mengikuti trend terkini dalam pemilihan model rambut yang unik.
Lihat videonya:
Selasa, 25 September 2012
Vanidah Imran Tegaskan Tiada Talak Yang ‘Jatuh’
Kecoh seharian dengan berita mengenai dialog diantara Vanidah Imran dan Rashidi Ishak didalam filem “Untuk Tiga Hari”. Timbul pelbagai spekulasi mengatakan bahawa terdapat dialog lafaz cerai didalam filem “Untuk Tiga Hari” yang diucapkan oleh Rashidi kepada Vanidah.
Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai.”
Dialog ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan Mufti Perak iaitu Tan Sri Harussani Zakaria menjelaskan,
Ia umpama menjadikan sebuah perkahwinan itu seperti kahwin muta’ah. Justeru saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera. Umat Islam tidak harus mempermainkan hukum-hakam meskipun dalam soal lakonan. Jangan menggambarkan seolah-olah pernikahan itu satu permainan. Tidak betul untuk kita menjadikan tindakan-tindakan seumpama itu sebagai budaya meskipun dalam lakonan kerana ia akan menggalakkan perpecahan dalam rumahtangga. – dipetik dari Utusan Online.
Persoalannya, jatuhkah lafaz cerai didalam dialog ini? Menurut laporan mStar Online, Vanidah menjelaskan tidak ada talak yang ‘jatuh’ didalam filem ini meskipun dia dan suaminya berlakon bersama.
“Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya? Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri.” – Vanidah Imran.
Vanidah turut memberitahu bahawa sebagai pelakon dan juga bergelar pasangan selebriti, dia sedar tentang hukum-hakam Islam.
“Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku.”
Vanidah berpendapat bahawa ulasan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak hanyalah ulasannya sebagai pihak ketiga tanpa menonton filem tersebut.
“Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain. Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan,”
Untuk yang tidak tahu apakah maksud kahwin mut’ah ataupun nikah mut’ah, anda boleh rujuk di wikipedia, Nikah Mut’ah.
Anda boleh dengar dialog yang menjadi bualan ini dalam trailer filem “Untuk Tiga Hari”. Jom!
Sabtu, 1 September 2012
Video..Kenapa Jenazah Pemuda ini Dicium Berkali-kali
Rakyat Idlib mengantarkan pemakaman 2 mujahid Libya yang gugur dalam serangan ke bandara militer Taftanaz
IDLIB - Dua orang mujahid gugur dalam pertempuran pada Rabu dini hari (29/8/2012) di lapangan terbang tentera Taftanaz, wilayah Idlib.Kedua-duanya adalah Muhammad Dahrubi dan Ali Muhammad Al-Aujali, warga muslim Libya yang berangkat ke Syria untuk membela nasib saudara seiman.
Muhammad Dahrubi adalah seorang mahasiswa Fakulti Perubatan di Libya. Ia rela meninggalkan bangku kuliahnya demi berjihad bersama kaum muslimin di Syria. Warga Libya lain yang gugur adalah Ali Muhammad Al-Aujali dikenal dengan nama panggilan Abu Nashir.
Keduanya bertempur di barisan hadapan bersama mujahidin kelompok Liwaul Ummah dan gugur oleh peluru tentera rejim Syria. Warga Idlib mengantarkan perkuburan kedua mujahid yang syahid tersebut pada Khamis (30/8/2012).
Pada Rabu dini hari Tentera Kebebasan Syria dari kelompok mujahidin Kataib Ahrar As-Sham bekerjasama dengan mujahidin Liwaul Ummah dan mujahidin Katibah Asy-Syahid Ahmad Al-Assaf melakukan serangan gabungan terhadap lapangan terbang tentera Taftanaz di wilayah Idlib.Pertempuran sengit berlaku di pangkalan helikopter tentera terpenting di Idlib itu.
Dalam serangan itu mujahidin berjaya menghancurkan beberapa kereta kebal tentera dan sekurang-kurangnya 10 helikopter tempur dari sekitar 20 helikopter tentera rejim. Lapangan terbang tentera terpenting di Idlib itu mengalami kerosakan teruk. Mujahidin sendiri berjaya berundur dengan selamat sebelum bantuan besar tentera rejim berdatangan.
Mujahidin kelompok Liwaul Ummah Syria dibentuk oleh syaikh Mahdi Al-Harati, pemimpin Brigade Jihad Tripoli, Libya. Syaikh Mahdi Al-Harati sendiri yang memimpin training tentera kelompoknya di Idlib dan sejumlah wilayah Syria yang lain. Selain para pemuda Libya, banyak pemuda muslim Syria juga bergabung dengan kelompok ini.
(Muhib almajdi / arrahmah.com )/ustazcyber
Rabu, 13 Jun 2012
Video - Remaja Biadap Melempang Pengemis.
Remaja Melayu melempang pengemis.
Owh! konon glamer lah tu merakam sambil melempang pengemis. Oke memang glamer pun. Tahniah diucapkan.
Video penuh saksikan kat bawah neh ;
Lain kali kalau ada mana2 remaja nak lakukan aksi bodoh, boleh lah rakam dan upload di internet. Anda pasti akan popular. Jangan risau kerana kami akan bantu anda meraih populariti. Tahniah ye di atas keberanian anda melempang orang tue. Mesti mak bapak anda bangga dengan kejayaan anda.
Well done.
kREdit: sozcyili
P/s: Anak siapalah ni...Kesian Mak bapak dia orang..
Selasa, 12 Jun 2012
Bagaimana Diri Kita Bila Roh Keluar dari Jasad - Mesti Tengok!
Saintis telah merumuskan bahawa mereka yang sentiasa mengingati kematian mampu berubah menjadi manusia yang baik. Salah satu cara mengingatkan diri kita kepada kematian adalah dengan menziarahi saudara atau kenalan yang meninggal dunia, atau menziarahi kubur, atau menyaksikan kawan atau saudara yang sedang nazak. Semua itu membawa diri kita pasrah dan menerima hakikat bahawa kita juga akan mengalami nasib yang sama samada selepas ini, esok atau entah bila, yang pastinya ia tetap akan berlaku. Mati itu pasti, hidup itu Insyallah!.
Dengan sentiasa ingat mati kita akan menjadi orang baik, kita akan ringan tulang, kita akan elakkan buang masa, kita akan buat perkara berfaedah, kita akan tawar pada ketamakan harta benda, kita akan berfikir masak-masak sebelum buat jahat, kita akan pastikan hidup kita bermakna. Bayangkan keadaan kita selepas mati. Kita sudah pasti tak akan kembali lagi. Penyesalan setinggi manapun tak akan dapat membuatkan kita hidup semula. Apa yang kita lakukan, telah berlaku dan apa yang kita tidak lakukan tak akan dapat kita lakukan lagi. Tinggallah semua, tinggallah saudara, tinggal anak, tinggal isteri, kain kapan membalut badan, tinggal harta tinggal kuasa, sekujur badan kaku tidak bernyawa kita berada di ambang menerima balasan terhadap apa yang kita lakukan.
Tengok video ini dan bayangkan diri itu adalah anda........
wartashubhi
Jumaat, 13 Januari 2012
Video Lucu Bila Bayi Merasai Lemon Untuk Pertama Kalinya
Ketika bayi J menrasai lemon untuk pertama kalinya, ia langsung menyedari bahawa tidak semua di dunia ini adalah manis.
Namun, yang membuat video ini begitu lucu adalah ekspresi bayi J yang diantara benci dan suka pada waktu menghisap lemon tersebut.
Sejak diposting di YouTube pada hari Isnin (09/01) video ini telah ditonton lebih dari 157,273 kali setakat ini.
Kredit: www.borakkosong.com
Isnin, 9 Januari 2012
(Video) Kehebatan Iguana @ Sesumpah, Menyesuaikan Diri Mengikut Persekitaran.
Chameleon ataupun selalu orang kita sebut sebagai Sumpah-sumpah @ Sesumpah.
Ianya sejenis reptilia yang paling hebat dalam penyamaran. Reptilia ini akan bertukar warna badannya mengikut keadaan sekeliling dan ianya bergantung kepada mood, cahaya dan suhu sekitar.Kalau cicak dan ular orang kata LIDAH BERCABANG,manakala Chameleon @ Sesumpah mempunyai Lidah 2 kali ganda badannya...panjangnya hebat-hebat..huh. Orang yang berperangai seperti Sesumpah juga amat merbahaya, sikit-sikit nak sumpah...menyatakan dan membenarkan kelentongnya itu benar padahal sebaliknya dan manakala orang yang suka Sumpah-seranah orang juga amat di takuti...banyak pulak cerita, Jom layan video ni.
K-wowberita
Sabtu, 7 Januari 2012
Langgan:
Catatan (Atom)







