IKLAN

Memaparkan catatan dengan label ‎Pesawat MAS MH370‬. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ‎Pesawat MAS MH370‬. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Mac 2014

6 Maut, 3 Masih Koma Ketika 'Berseronok' Dalam Future Music Festival Di Bukit Jalil



6 mati 3 koma kerana berhibur di Bukit Jalil


 


Apa sudah jadi... 


Festival Future Music Bukit Jalil - Kematian Akibat Penyalahgunaan Dadah


Pada 13-15 MAC 2014 jam 1800 hingga 0030, Syarikat Live Scape Sdn Bhd menganjurkan Konsert Festival Future Music. Namun begitu, konsert tersebut telah dicemari dengan penyalahgunaan dadah dan minuman alkohol secara berlebihan.

Kronologi Insiden

Pada hari pertama 13 MAC 2014 jam 2000 hingga 0030, semasa konsert dijalankan, pihak Narkotik IPD Cheras telah membuat tangkapan 3 penonton yg sedang berhibur kerana positif dadah. Berkait Bukit Jalil Rpt 1202, 1205, 1209, 1210/2014. Tiada insiden pada hari pertama.

Pada hari kedua 14 MAC 2014 jam 0130, telah berlaku insiden 6 kematian (1 lelaki Melayu, 1 lelaki India, 1 lelaki Cina, 2 perempuan Melayu+ terbaru- seorang lagi =3) Sementara 3 orang yang masih koma/kritikal kesan drp pengambilan dadah dan alkhohol. Semua mangsa dibawa ke hospital PPUM dan PPUKM untuk rawatan lanjut. Bukit Jalil Rpt : 1250, 1261, 1273, 1274, 1278
 dan 1279/2014.

MasyaAllah, ketika Negara dilanda dukacita kehilangan pesawat MH370 , ketika Negara dalam kesusahan cuaca kering dan kemarau, ketika Negara diuji dengan kebakaran demi kebakaran, ketika Negara ditimpa jerebu dan ketika Negara dimalukan oleh aksi sesat 'raja bomoh', ketika itulah berita yang sangat mengejutkan kita.


  • Berita lima orang kerana mengambil dadah berlebihan ketikaFuture Music Festival ASIA (FMFA) dianjurkan di Negara kita. Tak jauh, di Bukit Jalil sahaja.
Mangsa-mangsa adalah...



P/s: Petang tadi hujan turun dengan lebatnya di Rawang, Selangor...Alhamdulillah harap esok ada air keluar dari paip..ini kerana doa dari orang alim, musafir, solat hajat dan amal soleh yang lain dan terpecahlah juga rahsia tentang adanya konsert dengan kematian  6 orang remaja dan 4 antaranya anak melayu Islam..apa nak dikatakan lagi..Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..,anjuran...dengarnya konsert seterusnya sudah dibatalkan. Marilah kita terus berdoa semoga kehilangan pesawat MH370 yang penuh misteri, berselirat, terhijab itu di rungkaikan oleh Allah S.W.T. Teringat aku akan kata mantan juruterbang itu ," Apabila sains buntu, di situlah kekuasaan Allah jawabnya... ".Dimanakah anak-anak kita sekarang ini..Wallahu A'lam, Wassalam.
                               

Jumaat, 14 Mac 2014

MH370 berjaya di kesan pengurus IT USA




Seorang pengurus IT dari Chicago, Amerika Syarikat, mungkin sudah dapat mengesan pesawat penerbangan Malaysia MH370 yang hilang – hanya dengan melayari Internet.

Laporan dalam akhbar Mirror berkata Mike Seberger mungkin menemui lokasi pesawat yang hilang itu selepas meneliti imej satelit beresolusi tinggi yang diambil dari atas laut di mana pesawat tersebut hilang pada pagi Sabtu.

Imej yang dijumpai Mike menunjukkan objek berupa kapal terbang di bawah gumpalan awan di Teluk Thailand.

Seberger, 47 tahun, terjumpa objek itu selepas memasuki laman Tomnod yang memuat naik imej satelit seluas 1,000 batu persegi sehari selepas pesawat itu hilang.

Lebih kurang setengah juta sukarelawan mendaftar untuk misi dalam talian itu pada hari pertama, dan sebanyak 100,000 orang menggunakan laman web itu dalam masa seminit. Laman web ini juga sering tergendala kerana trafik yang sesak.

Laman web ini berfungsi dengan memberi setiap pengguna sepetak kecil daripada kawasan pencarian itu.

Pengguna kemudiannya meneliti imej tersebut dengan terperinci – dalam kaedah ini yang dinamakan sebagai 'crowdsourcing'.

Gambar satelit tersebut diambil dari 400 batu dari atas bumi pada 9 Mac dan berupaya merakam butiran sekecil kawasan penalti di padang bola sepak, kata laporan Mirror.

Jika pengguna dapat melihat sesuatu yang penting, mereka akan menanda butiran itu untuk pengurus laman web tersebut.

The Mirror memetik Seberger berkata ia hanya mengambil masa beberapa minit untuk menjumpai imej itu, yang ukuran dan dimensinya konsisten dengan sebuah Boeing 777.

"Pada mulanya saya selang sahaja objek itu kerana saya terfikir tidak mungkin saya dapat menjumpainya begitu cepat.

"Tetapi saya asyik kembali melihat objek itu dan terfikir, 'Memang nampak seperti pesawat.'"

Pencarian pesawat MH370 kini semakin bertambah sejak ia hilang Sabtu lepas.

Sebanyak sembilan orang mengatakan mereka nampak pesawat itu sebelum ia hilang.

Satu daripada mereka berasal dari New Zealand di pelantar minyak sekitar Vung Tau di selatan Vietnam yang berkata dia terlihat sebuah 'objek terbakar' kira-kira 200 batu dari lautan.

Pekerja pelantar minyak, Michael McKay mendakwa melihatnya berlaku dan menghantar emel tentangnya kepada majikannya.

Wartawan ABC News Bob Woodruff mendapat salinan emel yang dihantar itu. McKay menulis dia percaya apa yang dilihatnya adalah pesawat MAS sedang terhempas.

"Masanya juga tepat. Saya cuba menghubungi Malaysia dan pegawai dari Vietnam beberapa hari lalu, tetapi saya tidak tahu jika mesej saya diterima,"katanya.

McKay juga menggambarkan apa yang dipercayainya sebuah kapal terbang yang terbakar di altitud yang tinggi kira-kira 50-70 kilometer dari lokasinya di pelantar minyak Songa Mercur sekitar Vung Tau.

Dia berkata apabila "melihat objek terbakar itu, ia nampak seperti kapal terbang itu masih sempurna (bentuk)."

"Daripada pertama saya nampak kapal terbang terbakar itu sehingga api terpadam (di mana altitud masih tinggi) saya kira lebih kurang 10 ke 15 saat." tulisnya.

"Tiada pergerakan lateral dapat dilihat, jadi ia sama ada menuju ke arah lokasi kita, tidak bergerak (dan jatuh) atau menuju bertentangan dengan arah lokasi kita."

Pekerja pelantar minyak itu juga memberikan koordinat GPS lokasinya dan lokasi anggaran di mana dia terlihat pesawat itu.

Globalnews melaporkan bahawa Woodruff mengatakan pegawa Vietnam mengesahkan mereka menerima emel McKay. /www.lusuka.com


Matlamat Tidak Menghalalkan Cara...




Ceritara 1
Malaysia dan Islam dimalukan ke serata dunia sampai ke dunia Arab.

Terjemahan: 

Sihir jalan terakhir Malaysia untuk selesaikan misteri kehilangan pesawat.

 Malaysia dan Islam dimalukan ke serata dunia sampai ke dunia Arab.

Terjemahan: 


"Sihir jalan terakhir Malaysia untuk selesaikan misteri kehilangan pesawat."


Ceritara 2

Bila dunia dibiarkan melihat kebodohan dan kesyirikan di Malaysia. Semoga Allah merahmati kita semua.
P.Obama: Apa benda yang dia orang bertiga buat tu..?! 


Pembantu: Entahlah Tuan...nampak gaya macam nak membubu ikan, tapi apasal pulak dekat lapangan terbang... mungkin ada makna yang mendalam tu tuan..

P.Obama: Mmm..Ok! aku tengah cuba  fahamkan apa yang kau maksudkan dengan lebih mendalam...







Ceritara 3

Media Korea melaporkan, "Malaysia dapatkan khidmat bomoh untuk cari MH370."


Media Korea melaporkan, "Malaysia dapatkan khidmat bomoh untuk cari MH370."

Berita daripada pelajar Malaysia di Mesir.

"Baik di kuliyyah, talaqqi dan di Masjid Azhar org tertawakan kami bila cerita pasal Sihir MH370. Mereka gelar kami, Sihrun Thoirun.

Tadi ke Tahrir nak cop VISA. Bila dia minta passport, dia ketawakan budak Malaysia. Dia kata kami pandai sihir dan jampi. 

Nasi sudah menjadi bubur. Maruah negara dan umat Islam Malaysia diperlekehkan.


Ceritara 4

Berita daripada pelajar Malaysia di Mesir.

"Baik di kuliyyah, talaqqi dan di Masjid Azhar orang tertawakan kami bila cerita pasal Sihir MH370. Mereka gelar kami, Sihrun Thoirun.

Tadi ke Tahrir nak cop VISA. Bila dia minta passport, dia ketawakan budak Malaysia. Dia kata kami pandai sihir dan jampi.

Nasi sudah menjadi bubur. Maruah negara dan umat Islam Malaysia diperlekehkan.


Ceritara 4 dan Nasihat

Untuk pengetahuan sahabat non Muslim, ini BUKAN ajaran Islam. 


@

Haa..mahu tiru ka haa..

 Sama tapi tak serupa,

Matlamat tidak menghalalkan cara...





..Beliau berniat murni akan tetapi undang-undang jalanraya perlu dipatuhi..

...Beliau berniat murni akan tetapi undang-undang jalanraya perlu dipatuhi..

#PRAYFORMH370

‪#‎prayforMH370‬
‪#‎doakanMH370‬



Sumber: Fb, Blog Rakan-rakan, O tak sendiri



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik