IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Cristiano Ronaldo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cristiano Ronaldo. Papar semua catatan

Khamis, 12 September 2013

Cristiano Ronaldo - Penjualan Ozil adalah berita buruk bagi saya


Adakah terdapat tangan ghaib yang tidak berasa senang melihat keadaan dua pemain bintang yang berlainan agama begitu akrab? adakah tindakan Ronaldo tidak bersalaman dengan pemain Israel ketika perlawanan persahabatan ketika dahulu atau kemurahan hati Cristiano Ronaldo mendermakan jutaan dollar kepada rakyat Palestine merupakan kisah yang tidak menyenangkan bagi mereka? Mungkin mereka menganggap bahawa tindakan itu adalah pengaruh hidup Ozil sebagai seorang Islam yang kita sudah tahu beliau seorang pemain muslim yang taat kepada suruhan agama. 

Banyak khabar angin yang tersebar luas mengatakan Ozil menjadi mangsa kepada Estadio Santiago Bernabeu. Ramai pihak tertanya-tanya, kenapa Ozil dikorbankan?

Sememangnya, ramai yang kecewa dengan perpindahan Ozil ke Arsenal. Ozil seorang pemain yang konsisten dan sering memberi sumbangan besar kepada kejayaan Madrid setakat ini. Selama tiga tahun menyarung jersi Los Blancos sejak 2010/2011, Ozil telah menjaringkan 19 gol dalam 104 penampilan.

Individu yang sangat merasai kehilangan Ozil adalah Ronaldo. Setakat ini, Ozil sentiasa membantu Cristiano Ronaldo dengan hantaran tepat yang dapat menghasilkan 168 gol dalam tiga musim di Madrid.

Bukan itu sahaja yang membuat Cristiano Ronaldo merasai kehilangan sahabatnya itu,  Ozil dikenali sebagai seorang Muslim yang taat yang tidak teragak-agak untuk menjelaskan kepada Ronaldo tentang kandungan al-Quran yang diamalkannya.

"Ozil membaca ayat al-Quran sebelum permainan, dan dia juga mengajar ayat-ayat kitab suci Islam kepada bekas rakan sepasukan Ronaldo," Dilaporkan Daily Mail, Khamis lalu (5 September 2013).

"Penjualan Ozil adalah berita buruk bagi saya," kata Ronaldo.

Bagi Ronaldo, Ozil adalah rakan sekerja, kawan dan guru rohani yang terus memberikan sokongan di dalam dan di luar lapangan hijau.
 
 azizulhakim91
 

Jumaat, 23 November 2012

( Video ) Ada Tulisan Allah Tertera di Kepala Cristiano Ronaldo

Ada Lafaz Allah di Kepala Cristiano Ronaldo?



VALENCIA - Ada kejadian menarik yang luput dari sorotan media diperlawanan diantara Levante dan Real Madrid di Estadio Ciudad de Valencia, Sabtu (12/11). Los Blancos atau Real Madrid memenangani perlawanan itu dengan skor 2-1 melalui gol Alvaro Morata pada minit ke-84.
Kejadian unik itu bermula dari sikuan David Navarro yang mengenai pelipis Cristiano Ronaldo. Peristiwa pada minit ketiga itu membuat CR7 harus mendapat rawatan lantaran mengucur darah dari pelipisnya.
Saat menjalani rawatan perubatan di pinggir lapangan, Aljazeera yang menyiarkan pertandingan itu menyoroti gaya model rambut Ronaldo. Entah kebetulan atau tidak, kamera televisyen mendapati potongan Pemain Terbaik Dunia itu bertuliskan lafaz Allah dalam bahasa Arab. 
Video yang dimuat naik ke youtube itu seketika menarik perhatian. Dalam video berjudul "Allah (Ø § Ù" Ù "Ù ‡) writte in Arabic on Cristiano Ronaldo s head?", Kita boleh melihat sendiri tentang kejadian unik itu.
Ada yang menganggap bahawa tulisan lafaz itu palsu dan merupakan kejuruteraan digital, namun banyak pula yang percaya model rambut Ronaldo dibuat seperti itu.
Sebagaimana kita ketahui, bekas penggawa Manchester United itu sering bersentuhan dengan dunia Islam. Ia pernah berkunjung ke Jalur Gaza dan menghadiri acara yang diadakan pemerintahan Palestin.
Namun yang pasti, Ronaldo selama ini dikenali sebagai pemain bola yang gemar menukar penampilan rambutnya. Ia juga selalu mengikuti trend terkini dalam pemilihan model rambut yang unik.
Lihat videonya:



Disunting dari: http://www.republika.co.id
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik