IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Kisah Muammar Gaddafi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Muammar Gaddafi. Papar semua catatan

Isnin, 1 Oktober 2012

Itali: Qadaffi sebenarnya Dibunuh oleh Agen Perancis Bukan Pemberontak


Sebuah laporan baru yang cukup mengejutkan menyebutkan tuntutan bahawa agen perisikan rahsia Perancis, yang bertindak atas arahan Nicolas Sarkozy bertanggungjawab atas pembunuhan bekas diktator Libya Kolonel Qaddafi.

Qaddafi terbunuh pada 20 Oktober 2011 lalu dalam serangan terhadap bandar kelahirannya, Sirte, setelah ia terbaring di satu paip pelupusan sambil melambaikan pistol emasnya.

  Surat khabar Itali, Corriere della Serra, telah melaporkan, memetik sumber-sumber diplomatik di ibu negara Tripoli, bahawa seorang pembunuh asing membunuh Qaddafi, dan bahawa pembunuh itu mungkin orang Perancis, demikian sebagaimana disiarkan oleh alarabiya.net, pada Isnin 1 Oktober.

Menurut sumber yang boleh dipercayai di Libya, seorang warga Perancis masuk dan menangkap Qaddafi lalu menembaknya di kepala.

Ben Omran Shaaban sang pemuda itu dikatakan telah dipukul oleh loyalis Qaddafi pada bulan Julai, sebelum ditembak dua kali. Ia diterbangkan ke Perancis bagi rawatan, tetapi meninggal kerana kecederaan parah di hospital.

Mantan perdana menteri interim, Mahmoud Jibril, mengatakan kepada televisyen Mesir bahawa "pemuda itu adalah agen asing yang bercampur dengan brigade revolusioner bagi membunuh Qaddafi."

Motivasi jelas bagi pembunuhan itu bagi menghentikan Qaddafi dari mendedahkan maklumat mengenai hubungannya dengan mantan Presiden Perancis Nicolas Sarkozy, yang dikatakan telah menerima berjuta-juta dolar dari bekas pemimpin Libya bagi membiayai pilihan raya Perancis dalam kempennya tahun 2007.

Berita ini jika benar, akan menyebabkan kehebohan di dalam dan luar Perancis.



Jumaat, 28 Oktober 2011

Rakaman Video Solat Jenazah Muammar Gaddafi


Satu clip video amatur yg menggunakan telefon Bimbit telahpun beredar dan disiarkan television Dubai, Al Alaan.


Dalam clip tersebut juga kelihatan 4 orang yg menyembahyangkan jenazah Gadaffi, Mutassim anaknya dan Abu Bakar Younis. Orang-orang yang menyembahyangkan itu diyakini adalah Khaled Tantoush, ustaz peribadi kepada Gadaffi, juga dua pupu Gadaffi, Mansour Dhao Ibrahim dan Ahmed Ibrahim.


Setelah solat jenazah itu tidak kelihatan kemana jenazah itu dibawa, hanya dimaklumkan ianya dibawa ke gurun dan pihak terbabit dikatakan bersumpah janji untuk merahsiakan tempat sebenar 3 jenazah  itu dimakamkan.Mari kita saksikan:





Rabu, 26 Oktober 2011

Akhirnya Jenazah Gaddafi dikebumikan Juga


SEORANG jurugambar semalam merakamkan tempat mayat Muammar Gaddafi diletakkan di dalam sebuah bilik sejuk beku di Misrata sebelum ia dipindahkan untuk dikebumikan di gurun Sahara.

Jenazah Gaddafi dikebumikan
MISRATA - Jenazah bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah dikebumikan di sebuah lokasi rahsia di gurun Sahara semalam bersama dengan seorang anak lelakinya, Motassim, kata seorang pegawai kerajaan sementara.
"Jenazah itu telah dibawa pada awal pagi dan baru dikebumikan di gurun bersama dengan anaknya," kata pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) itu, Abdel Majid Mlegta.
Menurutnya, hanya dua orang yang amanah diberikan kepercayaan untuk melakukan misi rahsia itu.
"Mereka itu bukannya pengawal tetapi orang amat dipercayai NTC," katanya.
"Apa yang boleh saya katakan adalah proses pengebumian itu memakan masa dan dilakukan jauh daripada pihak media," tambahnya.
Solat jenazah dua beranak itu dilakukan oleh guru agama peribadi Gaddafi, Khaled Tantoush.


SEORANG wanita melihat jenazah Muammar Gaddafi di sebuah bilik sejuk beku di Misrata kelmarin.


Khaled ditangkap bersama dengan Gaddafi sebelum mereka berpindah dari Misrata.
Dua sepupu Gaddafi, Mansour Dhao Ibrahim dan Ahmed Ibrahim yang ditangkap bersama Gaddafi selepas konvoi dinaiki mereka diserang jet Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dekat Sirte, bandar kelahiran Gaddafi, turut menghadiri penghormatan terakhir untuknya.
Jenazah itu dikebumikan pada waktu subuh.
Gaddafi, 69, mati akibat kecederaan ditembak di bandar kelahirannya selepas dia ditemui dalam saluran pembetungan di bawah sebuah lebuh raya pada Khamis lalu.
Anaknya, Motassim turut mati ditembak dekat leher selepas ditangkap oleh para pejuang NTC.
Mayatnya itu kemudian dipamerkan kepada orang ramai di dalam sebuah bilik sejuk di sebuah pasar di Misrata.
Sebelum dikebumikan, pemerintah sementara Libya telah bertindak melarang orang ramai daripada melihat jenazah Gaddafi, anak lelakinya, Mutassim dan seorang ketua tenteranya, Abu Bakr Younis.

JENAZAH Motassim Gaddafi yang dipamerkan kepada orang ramai di sebuah bilik sejuk beku di Misrata kelmarin.









Keputusan itu dibuat selepas ribuan  penduduk Libya melihat sendiri jenazah bekas pemimpin Libya itu.
Beberapa pengawal mengunci pintu pagar yang menempatkan bilik sejuk beku tempat jenazah Gaddafi bersama dua yang lain disimpan di Misrata.
Pintu peti sejuk beku itu yang 
kerap dibuka bagi membolehkan orang ramai masuk menyebabkan ketiga-tiga jenazah tersebut cepat mereput dan berbau busuk.                                                                Pengawal-pengawal memberikan topeng bedah kepada pelawat untuk melindungi mereka daripada bau busuk. Mereka juga menyembur bahan pembasmi kuman pada jenazah tersebut.Menurut beberapa pengawal di pintu pasar tersebut, satu konvoi empat hingga lima buah kenderaan terlibat dalam proses membawa jenazah berkenaan pada lewat malam kelmarin ke sebuah lokasi rahsia. Kerajaan sementara Libya akan menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat kematian Gaddafi.
Menurut seorang pengawal di pasar itu, dia melihat permit pengebumian tersebut yang menyatakan terdapat dua tembakan, satu di kepala dan satu lagi di dada Gaddafi. - Agensi
 Sumber: Kosmo


Masjid Muammar Qaddafi dibiayai Qaddafi di Jawa Barat Indonesia dan Bangunan Perkim di Malaysia

Masjid ini diberi nama Masjid Muammar Qaddafi diambil sempena nama Presiden Libya Muammar Qaddafi yang membantu membiayai pembangunan masjid ini. Masjid ini dibina di sentul Selatan, Bogor Jawa Barat Indonesia. Masjid ini juga merupakan Islamic center dengan nama Qaddafi Islamic Center disingkat qic sebagaimana tertulis dengan tulisan besar di fasad muka masjid.

Bangunan Perkim (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) yang terletak di Jalan Ipoh dibiayai oleh kerajaan Gaddafi.

Keseluruhan biaya pembangunan masjid ini ditanggung oleh World Islamic Call Society (WICS) organisasi dakwah Islam dunia yang berpusat di Tripoli, Libya.



Muammar Qaddafi
7 Jun 1942 - 20 Oktober 2011

Isnin, 24 Oktober 2011

Gambar Mayat Gaddafi Didalam Peti Sejuk Dipertonton Kepada Orang Ramai Tanpa Diurus Sebaiknya

Hazrilhafiz.Walaupun mungkin Gaddafi ini dianggap kejam dan tak berperikemanusiaan semasa pemerintahannya, tapi tak bermakna manusia yang masih hidup nak bersikap tidak berperikemanusiaan dengan membiarkan mayat Gaddafi menjadi tontonan rakyat. Sepetutnya mayat tak boleh disimpan lama sebab akan membusuk. Isyyy tak patut la buat macam ni. pakat beratur nak tengok mayat Gadddafi macam beratur nak beli nasi kandar.Wahai saudara seagamaku..yang sudah tu sudahlah kebumikanlah Ia usahlah siksa mayatnya lagi...





Inilah Kata-kata Terakhir Qaddafi Sebelum Peluru Tembus Kepalanya



Makin jelas, sebab kematian pemimpin Libya, Muammar Qaddafi yang ditangkap hidup-hidup tetapi meninggal dunia dengan berlumuran darah beberapa minit kemudian.

Siri gambar yang diambil melalui telefon menunjukkan, dia ditembak dengan jarak sangat dekat, beberapa sentimeter saja.

Beberapa saat kemudian, diktator yang bercakap tergagap itu tidak boleh lagi didengar. Adegan seterusnya memaparkan tubuh tak bernyawa sang tiran di tanah.Matanya tertutup dan dia tidak bernafas. Orang-orang bersorak.

Sesaat sebelum menemui ajal, dalam rakaman itu Qaddafi bertanya terbata-bata, "Apa yang anda lakukan? Ini tidak dibenarkan dalam undang-undang Islam. Apa yang anda lakukan adalah dilarang? ' ujarnya.

Dengan suara tersekat, ia mengulangi, "" Apa yang anda lakukan adalah salah, nak.Adakah anda tahu apa yang benar atau salah? '

Para pemuda berteriak 'Muammar, anda anjing! "

Saat itu, darah mengalir di sebelah kiri kepala, leher, dan bahunya.

Gaddafi kata kepada orang-orang muda itu untuk bersabar, dan berkata "Apa yang terjadi?" saat ia menyeka darah segar dari pelipisnya dan melirik telapak tangannya.

Seorang anak muda yang lain kemudian datang membawa boot dan berteriak, 'Ini adalah kasut Muammar! Ini adalah kasut Muammar! Kemenangan! Kemenangan! "

"Buat dia hidup, buat dia tetap hidup!" seseorang berteriak. "Ini untuk Misrata, anda anjing," kata seorang lelaki menampar aruah Gaddafi.

Pemberontak lain berteriak, "Allah Maha Besar. Allah Maha Kuasa."

Dan saat Qaddafi memohon belas kasihan, seorang pejuang berkata, "Diam, kau anjing!"

Suara Qaddafi juga terdengar dalam satu video mengatakan 'Allah melarang ini' beberapa kali. Ia ditampar di atas kepalanya.

Gambar selanjutnya beberapa saat kemudian menunjukkan Qaddafi tergeletak di tanah. Orang-orang bersorak.

Pemandu ambulans, Ali Jaghdoun, menyatakan Qaddafi sudah meninggal dunia ketika ia mengangkatnya dan membawa jenazahnya ke bandar Misrata. "Aku tidak cuba untuk memberikan pertolongan kembali, kerana ia sudah mati," ujarnya.


sumber


Wasiat Gaddafi Tiga Hari Sebelum Meninggal Dunia


Surat wasiat Muammar Gaddafi beredar di internet. Dalam wasiat tersebut, Gaddafi meminta dikebumikan di kampung halamannya di Sirte dengan pakaian yang dia kenakan ketika tewas dan tidak dimandikan. Dalam wasiat tersebut, Gaddafi meminta agar keluarganya dilayan dengan baik sepeninggalnya. Dia juga menyeru kepada seluruh rakyat Libya untuk meneruskan penentangan terhadap negara-negara lain yang ingin menguasai Libya.

wasiat khadafi

Surat wasiat ini dilaporkan diserahkan Gaddafi kepada tiga orang kerabatnya. Salah satu daripada mereka mati tertembak, seorang lagi ditangkap, seorang lagi berjaya melarikan diri saat serangan di Sirte.

Demikian isi Wasiat Gaddafi:

"Ini adalah wasiatku. Saya, Muammar bin Mohammad bin Adussalam bin Humayd bin Abu Manyar bin Humayd bin Nayil al Fuhsi Khadafi, bersumpah tidak ada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya. Saya bersumpah bahawa saya akan mati sebagai seorang Muslim.

Jika saya terbunuh, saya ingin dikuburkan, sesuai dengan ritual Islam, dengan pakaian yang saya kenakan pada kematian saya dan badan saya tidak dimandikan, di pemakaman di Sirte, di samping keluarga dan kerabat.

Saya ingin agar keluarga saya, terutama wanita dan kanak-kanak, dilayan dengan baik sepeninggal saya. Rakyat Libya mesti melindungi identiti, pencapaian, sejarah dan citra membanggakan dari nenek moyang dan pahlawannya. Rakyat Libya jangan melupakan pengorbanan manusia-manusia terbaik itu.

Saya menyeru kepada para penyokong saya untuk meneruskan perjuangan, dan melawan setiap negara asing yang melawan Libya, hari ini, esok dan selamanya.

Biarkan rakyat merdeka di seluruh dunia tahu bahawa kita boleh saja memberikan tawaran dan menjual tujuan kita demi keselamatan peribadi dan kehidupan yang stabil. Kami menerima banyak tawaran untuk itu, tapi kita memilih berada di barisan depan konfrontasi yang merupakan tugas dan kehormatan kami.

Walaupun kita belum menang, tapi kita memberikan pelajaran kepada generasi di masa depan bahawa melindungi negara adalah kehormatan dan menjualnya adalah pengkhianatan besar yang akan selalu diingat oleh sejarah. "



Tahukah Anda Siapa Muammar Gaddafi ?



( Siapa pun dia sebenarnya dia lebih baik dari Pemimpin kita...Itulah sebab dibenci Amerika dan Yahudi...)


Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!


Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!


Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:


1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!


2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;


3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';


4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;


5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;


6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;


7. Tidak ada bil elektrik di Libya;


8. Pendidikan adalah percuma;


9. Kemudahan perubatan adalah percuma;


10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;


11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;


12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;


13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;


14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.


15 Kebanyakan skim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.


16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;


17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);


18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;


19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;


Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamadun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!


Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.


Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!


Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.


Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik../CinaIslam 





Ahad, 23 Oktober 2011

Pendapat Lain Disebalik Pembunuhan Muamar Gaddafi



Berjaya Barat dan Yahudi membunuh Gaddafi dan tawan Libya

TANGGAL 21.10. 2011, lenyap satu negara Arab dan Islam dibumi Afrika LIBYA. Tentera NATO dengan kerjasama penduduk Libya yang menyokong demokrasi meyerang tentera gaddafi sehinggga Gaddafi dibunuh dengan kejam oleh rakyat Libya sendiri.

Hampir 43 tahun Gaddafi berkuasa di Libya, rakyat bangkit dengan kerjasama kaum Yahudi dan barat berperang dengan tentera Gaddafi di bantu oleh pakatan tentera NATO dan Amerika.

Hancur sebuah negara yanb berdaulat. Rakyat Libya yang berpaling tadah telah bantu dengan kelengkapan dan logistik yang canggih oleh pehak barat dan NATO.

Rakyat Libya sudah tertipu oleh pihak yang mahu demokrasi ala barat dan ala Amerika. Untuk rekod Amerika dan barat telah lama mahu menjatuhkan gaddafi dan menawan Libya dengan kata kunci mahu menyelamatkan penduduk Libya yang diserang oleh tentera Gaddafi.

Namun perang suadara di Libya dibantu sepenuhnya oleh Barat dan Nato. Amerika menjadi dalang utama yang berselindung dibawah panji Nato. Rakyat Libya sekali ditipu oleh barat dan Nato.

Rakyat Libya mungkin melakukan satu kesilapan yang besar membenarkan tentera Nato membunuh rakyat Libya dan tentera Libya. Sekali pandang nampak Gaddafi yang bersalah.

Namun kisah sebenarnya Amerika dan yahudi mahu menwan Libya dan mengambil hasil negara Libya secara perang demokrasi. Rakyat Libya amat malang dan melakukan satu kesilapan besar.

Kita menyokong jika rakyat Libya sendiri membunuh dan menjatuhkan kerajaan Gaddafi tanpa bantuan tentera NATO dan Amerika. Rakyat Libya tertipu dan di tipu oleh kumpulan rakyat Libya yang pro Yahudi dan Amerika serta barat.

Maka tanggal 21.10. 2011 lenyap satu negara berdaulat dan majorinya umatnya berugama Islan hancur dan berkubur. namun rakyat Libya akan jadi Amerika dan barat sebagai tuhan dan tuan. Rakyat yang membunuh dan menjatuhkan kerajaan Gaddafi tersilap langkah dan tergadai marauah negara dan Islam.

Namun jika kejatuhan dan tumbang Gaddafi, rakyat yang bangkit berperang menjatuhkan regim Gaddafi membina negara Libya di atas Islam, kita sokong 100 peratus. Hakikatnya tidak terjadi sedemikian.

*****uh masih releven tentera bersama Amerika menyerang Iraq, sehingga kini ketua kerajaan dan hasil bumi Iraq dikuasai oleh Amerika dengan wajah orang Iraq.

Libya tumbang maka penduduk Libya menjadikan Amerika dan barat sebagai pentunjuk kehidupan dan segala hasil bumi Libya terutama minyak dan gas bakal dikuasai oleh Perancis, pelabur Amerika yang bangsa Yahudi. Lalu Libya me;opong dan terkedu.

Kematian Gaddafi dan tamat kerajaan Libya dibawah gaddafi maka tamat perang mulut Amerika dan Barat. Dan yang paling suka dan gembira ialah yahudi dan kuncu kuncunya.

Kesilapan rakyat Libya dalam kebangkitan menentang kerajaan Gaddafi ialah bersengkokol dengan tentera Nato/Amerika/Perancis dan negara eropah yang lain bagi menjatuhkan kerajaan Gaddafi. Rakyat Libya silap perhitungan. Mulut buaya sentiasa menanti rakyat Libya dan mulut singa menanti hasil bumi Libya. Yahudi juga amat suka dan gembira.


Kami tetap sokong Gaddafi walaupun mati dibunuh oleh rakyat Libya sendiri dengan kerjasama NATO/Amerika /Perancis. Semuanya kerja kaum Yahudi, mahukan hasil minyak dan menjajah negara atas nama demokrasi kononya./Kerengge



Jumaat, 21 Oktober 2011

Video Dan Foto-Foto Mayat Ghadaffi Terbunuh Di Libya...

IMEJ yang dirakam menunjukkan bekas pemimpin diktator Libya, Muammar Gaddafi cedera parah sebelum disahkan terbunuh dalam serangan pejuang revolusi di bandar kelahirannya, Sirte, Tripoli, hari ini. 

berpuluh tahun berkuasa, berpuluh tahun menikmati nikmat di dunia manusia, berpuluh tahun berhutang dengan rakyatnya..tapi hanya sekelip mata hilang dari dunia fana..maka dulu engkau raja di dunia sendiri, sekarang engkau kembali bertemu Raja engkau pula..maka di kala itu, perhitungan antara engkau dan Raja engkau sahaja..kembalilah wahai Muammar Ghadafi ke dunia abadi, di situ hanya engkau dan Dia sahaja beraksi..dan di kala itu, segala sudut urusan yang pernah engkau lakukan, hanya Dia sahaja bisa menerima dan menolak..moga sebelum engkau menutup mata buat selamanya, engkau sempat mengetahui bahawa engkau hanyalah hamba di hadapanNya..alFaatihah.."


Sirte (Libya): Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarkan Pejuang Revolusi negara itu, sebentar tadi.

Menteri Penerangan Libya, Mahmoud Shammam, berkata beliau mengesahkan Gaddafi terbunuh selepas mendapat maklumat daripada Pejuang Revolusi yang melihat sendiri mayat bekas pemimpin negara itu.

“Anggota kami di Sirte sudah melihat mayatnya.... Mustafa Abdul-Jalil (Pengerusi NTC) akan mengesahkan perkembangan terbaru itu tidak lama lagi. Pejuang Revolusi memberitahu bahawa Gaddafi kelihatan menyertai satu konvoi dan mereka menyerang konvoi berkenaan,” katanya di sini, sebentar tadi.

Jurucakap operasi ibu pejabat NATO di Naples, Itali, Kolonel Roland Lavoie, berkata pesawat bersekutu melancarkan serangan ke atas dua kenderaan pasukan keselamatan pro-Gaddafi awal pagi tadi, di mana mereka terpisah daripada kumpulan itu sebelum menuju ke Sirte.

Bagaimanapun, pihak berkuasa NATO yang enggan namanya didedahkan berikutan syarat yang ditetapkan dalam undang-undang pasukan keselamatan bersekutu, berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada Gaddafi terbunuh atau ditangkap.

Semua pihak mengambil langkah berhati-hati untuk mengumumkan kematian Gaddafi apabila laporan yang diterbitkan sebelum ini (merujuk kepada kematian ahli keluarga Gaddafi atau penangkapannya) disahkan tidak tepat.

Sementara itu, satu daripada kumpulan Majlis Ketenteraan Misrata, berkata pejuang mereka berjaya menangkap Gaddafi.

Manakala, Komander bagi kumpulan lain dalam Majlis Ketenteraan Misrata pula, Abdel-Basit Haroun, berkata Gaddafi terbunuh dalam serangan udara yang disasarkan ke atas konvoi yang sedang melarikan diri. - AP/BH/SK





Ahad, 28 Ogos 2011

Muammar Gaddafi Ada Simpanan 25 Tan Emas

TRIPOLI - Perang di Libya berlanjut hingga Kamis (25/8/2011). Namun, Moammar Khadafy semakin tersudut. Hanya Presiden Venezuela Hugo Chavez yang kukuh membela walau makin banyak negara mendukung oposisi. Kabar terbaru, Khadafy berniat menjual emas untuk membiayai pelarian. Menurut mantan Gubernur Bank Sentral Libya Farhat Bengdara, emas yang hendak dijual adalah milik negara. "Hasilnya untuk membiayai perlindungan diri dan biaya untuk melahirkan kekacauan di antara kelompok suku di Libya," kata Bengdara kepada harian Italia, Corriere della Sera, edisi Kamis, di Milan.


Bengdara mendapatkan informasi itu dari rekan nonwarga Libya. Dia menyarankan agar niat Khadafy yang disampaikan orang dekat Khadafy itu ditolak. Ada sekitar 25 ton emas dengan nilai sekitar 10 miliar dollar AS. "Tampaknya Khadafy tidak lagi di Tripoli dan sedang mengarah ke wilayah Aljazair," katanya.


Pencarian Khadafy masih menjadi fokus. Agen intelijen Perancis, Inggris, dan AS juga dikerahkan untuk itu. Pertempuran pada Kamis berlangsung di Sabha, kota dekat Aljazair. Pertempuran tidak saja terjadi di Tripoli, tetapi juga di beberapa titik di Libya, yang sudah lebih dari 95 persen dikuasai oposisi.


"Masih ada para penembak jitu berkeliaran," kata seorang anggota pasukan oposisi. Karena itu, Menteri Luar Negeri Inggris William Hague mengatakan, pertempuran belum usai walau frekuensi serangan loyalis Khadafy mulai menurun.

Dua petinggi membelot


Kelemahan posisi Khadafy juga makin nyata. Menteri Kesehatan Libya Mohammad Hijazi membelot ke kubu oposisi bersama Wakil Direktur Divisi Luar Negeri Intelijen Libya Jenderal Khalifah Mohammed Ali. "Saya ingin melayani negara dan meminta para jenderal dan tentara melayani negara," kata Ali kepada stasiun televisi Arabiya.


Hijazi mengatakan, ia memutuskan membelot sejak oposisi memasuki Libya pada hari Minggu, tetapi sudah berpikir sejak lama soal pembelotan. Ia menambahkan, keadaan tidak akan mudah meski oposisi menguasai Tripoli. "Rezim Khadafy punya banyak taktik dan bisa melakukan apa saja yang tak terduga," katanya.


Kepada stasiun televisi Al Jazeera, Abdel Salam Jalloud, tangan kanan Khadafy yang sudah membelot, mengatakan, Khadafy mengira rakyat tetap mendukungnya. Jalloud, yang turut membantu kudeta tahun 1969, menyatakan, Khadafy masih mungkin ada di Tripoli walau kompleks huniannya di Bab al-Aziziya sudah dikuasai oposisi dan rumahnya serta hunian putra dan putrinya dijarah.


Jalloud menyarankan oposisi agar membuka jalan-jalan di Tripoli. "Jika jalan dibuka, Khadafy mungkin tampil berpakaian wanita untuk meninggalkan Tripoli menuju perbatasan Chad atau Aljazair," ujar Jalloud yang mengatakan Khadafy haus akan kekuasaan.


Dalam perkembangan lain di lapangan, Libya mengalami kekacauan logistik, terutama pasokan untuk rumah sakit, tempat para anggota pasukan oposisi mendapatkan perawatan. Kepala pemerintahan oposisi Libya, Mahmoud Jibril, di Milan, seusai pertemuan dengan PM Italia Silvio Berlusconi, mengingatkan bahwa Libya memerlukan bantuan segera.


"Jika tidak, akan terjadi destabilisasi. Hal mendasar adalah perlunya Dewan Transisi Nasional membiayai semua operasional pemerintahan lewat pengadaan dana segera," ujarnya.Sementara itu, Hugo Chavez menuduh Barat hanya ingin mengincar minyak Libya dan melancarkan serangan penjungkalan pemimpin di negara lain. "Target mereka selanjutnya adalah Suriah," kata Chavez./kompas/addin

Kataku : Mereka tahu akan kepentingan menyimpan Emas itu.Anda bila lagi ..Agaknya berapa  banyak pula pemimpin kita menyimpan emas yaa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik