Menurut undang-undang Keluarga Islam, maskahwin ialah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, samada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak dapat dinilai dengan wang.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nisaa’ ayat 4 yang bermaksud : ” Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka.” Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadith riwayat Bukhari yang bermaksud : “Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .”
Kadar maskahwin telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri adalah seperti
berikut :
BIL | NEGERI | NILAI | ||
ANAK DARA | ||||
A | B | C | ||
1 | JOHOR | RM 22.50 | ||
2 | MELAKA | RM 40.00 | ||
3 | NEGERI SEMBILAN | |||
a. Bukan Waris | RM 24.00 | |||
b. Ahli Waris | RM 48.00 | |||
c. Kerabat Diraja di Wilayah | RM 725.00 | |||
Datuk Kelana& Kerabat | ||||
4 | SELANGOR | |||
i. Puteri Sultan | RM 2,500.00 | |||
ii. Puteri Raja Muda atau Puteri | RM 2,000.00 | |||
kpd Putera Sultan yg bergelar | ||||
iii. Puteri Kerabat | RM 1,000.00 | |||
iv. Puteri Anak Raja (Waris) | RM 550.00 | |||
Puteri Anak Raja (yang lain) | RM 300.00 | |||
v. Anak Perempuan org-org besar | RM 300.00 | |||
vi. Cucu orang besar | RM 200.00 | |||
vii. Orang Kebanyakkan | RM 80.00 | |||
5 | KUALA LUMPUR | RM 80.00 | ||
6 | PERAK | RM 101.00 | ||
7 | PULAU PINANG | RM 24.00 | ||
8 | KEDAH | |||
9 | PERLIS | |||
10 | PAHANG | RM 22.50 | ||
11 | TERENGGANU | |||
12 | KELANTAN | |||
13 | SABAH | RM 100.00 | ||
14 | SARAWAK | RM 120.00 | ||
15 | W.P LABUAN | RM 80.00 |
BIL | NEGERI | NILAI | ||
JANDA | ||||
A | B | C | ||
1 | JOHOR | RM 22.50 | ||
2 | MELAKA | RM 40.00 | ||
3 | NEGERI SEMBILAN | |||
a. Bukan Waris | RM 12.00 | |||
b. Ahli Waris | RM 24.00 | |||
c. Kerabat Diraja di Wilayah | ||||
Datuk Kelana& Kerabat | ||||
4 | SELANGOR | |||
i. Puteri Sultan | RM 625.00 | |||
ii. Puteri Raja Muda atau Puteri | RM 500.00 | |||
kpd Putera Sultan yg bergelar | ||||
iii. Puteri Kerabat | RM 250.00 | |||
iv. Puteri Anak Raja (Waris) | RM 137.50 | |||
Puteri Anak Raja (yang lain) | RM 75.00 | |||
v. Anak Perempuan org-org besar | RM 75.00 | |||
vi. Cucu orang besar | RM 50.00 | |||
vii. Orang Kebanyakkan | RM 40.00 | |||
5 | KUALA LUMPUR | RM 40.00 | ||
6 | PERAK | |||
7 | PULAU PINANG | RM 24.00 | ||
8 | KEDAH | |||
9 | PERLIS | |||
10 | PAHANG | RM 22.50 | ||
11 | TERENGGANU | |||
12 | KELANTAN | |||
13 | SABAH | RM 80.00 | ||
14 | SARAWAK | RM120.00 | ||
15 | W.P LABUAN | RM 80.00 |
Maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanafaat. Dalam hadith riwayat Ahmad Ibnu Majah, Tarmizi bahawa Rasulullah pernah menikahkan seorang perempuan dengan maskahwin sepasang sepatu wanita dengan persetujuan wanita itu.
Dalam hadith yang lain riwayat Bukhari dan Muslim, Baginda s.a.w juga pernah menikahkan seorang lelaki dengan seorang wanita dengan maskahwin lelaki itu mengajarkan kepada wanita itu beberapa hafazan surah dalam Al-Qur’an, kerana lelaki itu tidak mempunyai apa-apa harta yang boleh dijadikan maskahwin.

Maskahwin wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut semasa akad nikah. Jika maskahwin disebut dalam akad akan dibayar secara tunai oleh suami, isteri berhak menghalang suami dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwinnya itu. Sekiranya isteri diceraikan sebelum berlaku persetubuhan, maka gugurlah separuh maskahwin sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud
“Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum persetubuhan sedangkan kamu telah menentukan kepada perempuan tersebut akan maskahwinnya, maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu”.
Kadar maskahwin juga akan diambilkira untuk Hakim semasa menentukan kadar tebus talak sekiranya pihak-pihak itu ditakdirkan kemudiannya bercerai secara tebuk talak. Apabila maskahwin tidak dibayar dan tidak dihalalkan oleh isteri, isteri berhak mendapat maskahwin itu walaupun setelah bercerai.
Sumber

Tiada ulasan:
Catat Ulasan