IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Artis Bertudung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis Bertudung. Papar semua catatan

Rabu, 2 Januari 2013

EZLISA LOY BERTUDUNG SELEPAS MIMPI HARI KIAMAT




Ezlisa Loy Bertudung Selepas Mimpi Hari Kiamat | Adik Elfira Loy


PETALING JAYA: Pelakon remaja Ezlisa Loy mendakwa dia menerima hidayah untuk bertudung mulai awal Disember lalu selepas beberapa kali mengalami mimpi mengenai hari kiamat.

Pelakon muda Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri yang baru berusia 17 tahun ini berkata,perkara itu sudah lama dipertimbangkan sejak setahun yang lalu dan dia bertekad untuk berhijrah kerana berasa takut akan kekuasaan Allah selepas didatangi mimpi serupa yang dialaminya secara berulang-kali.
“Baru-baru ni saya bermimpi lagi mengenai hari kiamat. Dalam mimpi itu, saya sedang menuju ke masjid dan secara tiba-tiba ada banyak batu jatuh dari langit.
“Ketika itu, saya amat takut dan terus mencari mama tetapi mama tiada. Ahli keluarga yang lain juga tidak ada. Apabila tersedar saya terus mencari mama dan menangis.
“Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis. Saya beritahu yang saya mimpi mengenai hari kiamat,” luahnya kepada wartawan.
Adik kepada pelakon Elfira Loy ini bersyukur, kerana diberi hidayah menerusi mimpi demikian dan tidak mengalami sebarang kejanggalan dengan penghijrahan itu walaupun ia adalah perkara baru dalam kehidupannya.
“Syukur alhamdulillah, saya tidak hadapi sebarang masalah untuk menyesuaikan diri walaupun imej bertudung masih baru buat saya.
“Soal penampilan ala muslimah bukan masalah besar bagi saya, kerana kebetulan pula kakak (Elfira) banyak memberikan panduan dalam berfesyen ala Muslimah,” ceritanya lagi.
Ditanya adakah penghijrahan itu akan membuatkan dia lebih selektif pada tawaran lakonan, Ezlisa berkata, dia akan hanya berlakon watak yang sesuai untuk gadis yang bertudung sahaja selepas ini.
“Saya akan terima tawaran jika watak bertudung sahaja. Lagipun buat masa ini, lakonan bukanlah keutamaan, kerana saya masih di bangku sekolah.
“Apatah lagi, bermula sesi persekolahan 2013 ini, saya telahpun menduduki kerusi Tingkatan 5 dan perlu beri tumpuan sebagai persiapan menjelang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Andai ada kerja (tawaran), saya ambil namun jika tiada, saya akan fokus pada pelajaran sahaja,” jelasnya yang baru menamatkan penggambaran telefilem berjudul Puteri & Putera Hodoh
azizulhakim91

Rabu, 3 Oktober 2012

Alhamdulillah, Penyanyi Top Ini Berhijab




Melanie Georgiades memeluk Islam dan memakai hijab.

PARIS - Bukan rahsia bahawa Diam s merupakan salah satu penyanyi top Eropah yang telah memeluk Islam. Saat ini, penyanyi bernama  Melanie Georgiades ini tidak lagi segan menunjukkan keyakinannya dengan tampil memakai hijab di televisyen.
Dalam wawancara eksklusif dengan televisyen nasional Perancis, TF1, Diam 's menceritakan bagaimana ia memilih Islam. 
Wanita 32 tahun ini mengaku, pencariannya bermula ketika ia mengalami kemurungan. "Di puncak kejayaan kerjaya, saya menderita depresi yang berat. Saya telah berjumpa ramai ahli psikologi, tapi tidak satu pun dari mereka yang boleh membantu saya," kata pemenang MTV Europe Music Awards 2006 itu seperti dilaporkan dalam Press TV, Ahad (1/10).
Diams mengaku mula mencari jawapan atas segala kegundahan hatinya ketika melihat seorang rakan Muslim-nya menunaikan solat. Sejak saat itu, ia mulai mempelajari Islam melalui membaca kitab suci Al-Quran.
"Memeluk Islam adalah hasil renungan peribadi saya setelah mempelajari agama ini dan membaca Al-Quran," ujar diva yang telah menghasilkan lima album ini. Diams memeluk Islam pada tahun 2008 yang lalu di Pulau Mauritus. 
Setelah masuk Islam, ia lebih fokus pada kegiatan-kegiatan sosial seperti membantu anak-anak yatim piatu. 
Disunting dari:  REPUBLIKA.CO.ID

Isnin, 27 Ogos 2012

ARTIS BERHIJRAH: Gambar Siti Saleha, Kini Gilirannya Pula Bertudung...



Seorang demi seorang selebriti tanah air berhijrah kepada lebih positif tahun ini. Abby Abadi, Shila Amzah, Nurul Syuhada dan kini tiba pula masa untuk Siti Saleha untuk bertudung. Alhamdulillah...
“Saya sebenarnya tiada masalah untuk bertudung kerana sudah terbiasa memakainya ketika bersekolah iaitu semenjak di tingkatan dua lagi. Malah, saya juga sudah beberapa kali menjayakan watak berhijab seperti dalam filem ‘Pencinta’, drama ‘Ustaz Amirul’ dan ‘7 Hari Di Neraka’.

Setiap kali mengenakan hijab, saya tidak pernah merungut atau mengeluh kerana tidak selesa atau berasa panas. Saya boleh melakukannya. Cuma, belum sampai masanya untuk saya kekal dengan imej muslimah. Saya perlukan masa kerana tidak mahu berubah semata-mata terikut dengan perubahan orang lain atau didesak oleh sesiapa. Biarlah perubahan itu benar-benar ikhlas ” ujar Siti Saleha.

WWW.QUEACHMAD.COM 


Sabtu, 11 Februari 2012

Ana Raffali Bertudung,Terbuka Hati Di Hari Maulidur Rasul


"Semasa sambutan Maulidur Rasul tempoh hari, Ana terasa satu keinginan, dorongan... Susah sebenarnya Ana nak jelaskan tetapi pada hari itu, Ana nak sangat-sangat pakai tudung," kongsi Ana Raffali mengenai keputusannya untuk bertudung.

"Ketika Ana bersiap nak keluar, Ana pun pakai. 'It felt right.' Ana tak berbincang dengan sesiapa. Cuma dengan Naim (bakal suami), Ana ada beritahu, hari ini Ana nak pakai tudung. Dia kata 'Alhamdullilah'.

Ana Raffali bertudung

Ibu bapa Ana turut gembira melihat anak perempuan mereka berubah menjadi lebih baik. Sebelum ini, Ana biasanya memakai tudung untuk majlis-majlis keagamaan dan sepanjang zaman persekolahannya. 

"Ana membuat keputusan ini atas kehendak dan keinginan Ana sendiri. Ana gembira dan bagi Ana, ini jawapan kepada doa-doa mereka di luar sana. Sebelum ini bila ada yang bertanya (bila Ana nak bertudung), Ana tak pernah ada jawapan. Ana cuma minta mereka doa-doakanlah.

"Ana berasa lebih tenang sekarang dan dengan penghijrahan ini, Ana mengharapkan yang terbaik. Ana masih seperti yang anda semua kenali dulu cuma Ana melihat diri Ana kini mempunyai kehidupan yang lebih sempurna."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik