IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Selamat Tahun Baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selamat Tahun Baru. Papar semua catatan

Khamis, 2 Januari 2014

Topi Tahun Baru Sanbenito (bentuk kon) dan Murtadnya Orang Islam Andalusia


Setiap pergantian tahun baru Masehi, trompet dan topi kon tidak boleh ditinggalkan. Di balik semua itu, ada sejarah yang tersimpan berkaitan dengan umat Muslim di masa lalu.
Topi Sanbenito
Dalam kajian Kristologi yang disampaikan Irena Handono, semasa Raja Ferdinand dan Ratu Isabela (keduanya penganut Kristian) berkuasa di Andalusia, ketika itu kaum Muslimin dibunuh tetapi memberi jaminan hidup kepada orang Islam dengan satu syarat, yakni keluar dari Islam.

Maka untuk membezakan yang mana sudah murtad dan yang mana belum keluar dari Islam adalah dengan mengenal pasti seseorang muslim itu memakai baju seragam dan topi berbentuk kon dengan nama Sanbenito. Jadi, Sanbenito adalah sebuah tanda berupa pakaian khusus untuk membezakan individu yang telah keluar dari agama Islam ( murtad ).

Ketika itu umat Islam di Andalusia dibunuh, kecuali bagi mereka yang memakai topi Sanbenito. Topi itu digunakan semasa keluar rumah termasuk ketika ke pasar. Dengan menggunakan sanbenito, mereka selamat dan tidak akan dibunuh.

Selepas pembunuhan selesai, agenda Ratu Isabela selanjutnya adalah mengejar orang Islam yang lari dan bersembunyi ke Amerika Selatan. Orang Islam yang ditangkap lalu diseret ke lembaga inkuisi (penyeksaan) yang dilaksanakan oleh orang gereja. Adapun paderi pertama yang dilantik Ferdinand dan Isabela untuk melaksanakan penyeksaan tersebut adalah paderi bernama Torquemada. Dia adalah Pengarah Yahudi yang dikenali sebagai pembunuh umat Islam Andalusia.

Bukan hanya orang Islam sahaja yang diseret ke lembaga penyiasatan, tapi juga orang Yahudi yang menolak masuk Kristian. Di tanah lapang, ada yang dibakar hidup-hidup, ada pula yang diseksa dengan kayu yang diruncingkan sehingga punggungnya akan tertusuk. Penyeksaan lain seperti mematahkan tulang kaki berlaku.

Selepas enam abad peristiwa kejam tersebut, berjuta-juta umat Muslim di dunia mengenakan topi kon Sanbenito ketika menyambut tahun baru Masehi. Ketika pergantian tahun, mereka dengan wajah gembira membunyikan trompet, teeeeet ! dan sama sekali tidak faham makna topi di kepalanya itu.

Kredit: DuniaIslam
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com / Gambar sumber dari Google


PS: Opps..Dah terbuat ? Tahun depan tinggalkanlah...usah tertipu lagi. Aceh pun dah haramkan Sambut tahun baru,baik kita isi dengan amalan yang mendekatkan diri dan keluarga kepada Agama.Wallahu A'lam.



Rabu, 2 Januari 2013

Bezanya Ambang 2013 Di Shah Alam | i-City Dan Dataran Shah Alam


Blog ini tidak mewakili mana mana parti politik. Entry ini hanya sekadar untuk tontonan anda . Anda sendiri boleh menilai man baik dan mana buruk. Perayaan Ambang Tahun Baru 2013 di Shah Alam seperti tahun lepas dibuat di dua tempat berbeza yang jauhnya cuma 10minit perjalanan. Satu di i-City kelolaan kerajaan persekutuan dan satu lagi di Dataran Shah Alam (Belakang Masjid Shah Alam) kelolaan Pakatan Rakyat.

Dan suasanya amat berbeza. Satu dengan perayaan penuh gilang gemilang diiringi konsert dan tarian dan satu lagi penuh keamanan dan keberkatan dengan tetamu jemputan seperti tahun lalu iaitu Ustaz Azhar Idrus. Berikut adalah beberapa keping gambar kedua dua majlis tersebut .

AMBANG MERDEKA DI DATARAN SHAH ALAM

AMBANG MERDEKA DI i-CITY (KARNIVAL #SAYANGI SELANGOR)
semangat 1 malaysia katanya.
**Alhamdulillah seperti tahun lepas, kebanyakan dari penduduk Shah Alam sendiri memilih untuk bersama UAI pada malam tahun baru. Tapi ramai jugak yang memilih i-City sampaikan Shah Alam jammed teruk semalam. Nak tengok bunga api katanya. Apapun masing masing punya pilihan sendiri untuk memilih bukan?
Apa pilihan anda??


Kredit: hazrilhafiz


Sabtu, 31 Disember 2011

Boikot Perayaan Tahun Baru, Muslim Bosnia Matikan Lampu

Boikot Perayaan Tahun Baru, Muslim Bosnia Matikan Lampu
Komuniti Muslim Bosnia-Herzegovina menyeru kepada umat Islam untuk tidak merayakan pergantian tahun. Caranya dengan mematikan lampu.

"Dengan mematikan lampu, anda telah komited untuk tidak melanggar apa yang dilarang Allah SWT," demikian bunyi mesej komuniti Muslim seperti dilaporkan alarabiya.net, Jumaat (30/12).

Imbauan komuniti Muslim adalah inspirasi dari sebuah buku berjudul "Mutiara Sunnah dalam Perjalanan Waktu" karya Almir Dumica.

"Pada malam itu, mulakan dengan mematikan lampu dan biarkan semua orang melihat anda memboikot segala sesuatu yang terjadi pada malam itu. Jangan takut munculnya kesusahan sebab anda mempunyai hak untuk memilih,''tulis Dumica dalam bukunya.''Jangan katakan bagaimana saya boleh melakukan itu. Sedang, saya akan dinyatakan sebagai kambing hitam tapi saya akan menukar apa-apa. "

Komuniti Muslim juga berpesan kepada umat Islam Bosnia untuk menjadikan pergantian tahun sebagai kitaran kehidupan normal. Kitaran yang harusnya lebih banyak diisi dengan ungkapan rasa syukur kepada Allah SWT atas nikmat dan anugerah-Nya. "Fikirkan kesihatan anda dan keluarga, keamanan dan keselamatan yang anda nikmati. Dengan demikian, anda akan sedar setiap malam rahmat Allah SWT akan menyertai jiwa dan raga anda," demikian kandungan mesej yang lain.

Bosnia Herzegovina merupakan negara balkan dengan penduduk Muslim terbesar. Islam masuk ke Bosnia Herzegovina setelah negara ini pernah ditakluk oleh kerajaan Turki Ustmani. Ketika ini jumlah Muslim Bosnia mencapai 1.8 juta. Diterjemah dari republika



P/s: Yang penting bagaimana kita mengisinya ...pergi surau,masjid,majlis-majlis zikir ke,dengar ceramah,buat artikel yang berfaedah dalam blog ke..dll.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik