IKLAN

Khamis, 10 November 2011

Wangian Perfume Lebih Berbahaya Dari Asap Rokok?



Seperti yang kita ketahui, dan mungkin banyak dari kita semua yang menyukai aroma perfume yang biasanya untuk menyegarkan wangi dari pakaian yang kita gunakan walau bagaimanapun aroma dari perfume itu dikatakan berbahaya!?kerana terdapat 500 lebih bahan kimia yang boleh meracuni tubuh menjadi bahan dasar parfum.

Ketika ini, terdapat larangan menggunakan perfume di pejabat, kelab kesihatan, studio yoga, dan tempat umum dengan peraturan harus bebas wangian. Tidak hanya asap rokok, ternyata tempat-tempat ini juga melarang orang yang masuk memakai parfum dan wewangian lain. Dari hasil kajian, perfume juga boleh menyebabkan pencemaran udara, atau popular dikenali sebagai 'pencemaran parfume'!!!!

Dari hasil kajian tersebut, ramai orang yang menderita asma, gangguan perpanasan lain, penyakit persekitaran, atau keletihan yang disebabkan terdedah dengan wangian perfume.

Penyelidikan menurut ahli gizi holistik dan naturopati, Michelle Schoffro Cook: 

Mengatakan terdapat 500 lebih bahan kimia berbahaya yang menjadi bahan dasar pembuatan wangian di perfume. Kebanyakan berasal dari bahan kimia sintetik yang diperolehi dari bahan petrokimia, dan telah terbukti mengandungi neurotoxin (racun yang boleh merosakkan pembuluh darah atau saraf otak). Dan, terdapat juga kandungan karsinogen (bahan yang dianggap sebagai penyebab kanser).

Penyelidikan ini amat mengejutkan. Bagaimana tidak? Hampir semua wanita, bahkan lelaki memakai perfume. Siapa sangka, banyak bahan kimia yang terkandung dalam perfume atau wewangian lain yang lebih berbahaya berbanding bahaya asap rokok.

Jika anda boleh mencium aroma perfume, itu kerana bahan molekul sintesis yang beracun dari perfume masuk melalui saluran pernafasan, yang langsung memberikan jalan menuju otak. Walaupun tidak mencium aromanya, anda tetap menghirup bahan kimia dari paparan perfume.

Oleh itu, otak atau organ tubuh paling vital ini boleh terganggu akibat aroma perfume ini. Sebenarnya, otak dilindungi oleh mekanisma yang tak boleh ditembusi zat berbahaya. Malangnya, hal ini tidak sepenuhnya boleh melindungi otak. Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan system ini boleh menyebabkan sejumlah racun persekitaran, termasuk yang terkandung dalam perfume dapat masuk ke dalam otak.

Dan, jika sudah masuk ke dalam otak, beberapa racun baru hanya boleh dihilangkan dalam masa yang lama dan dengan rawatan intensif. Kerosakan otak boleh menyebabkan radang dan munculnya plak otak. Kedua-duanya merupakan gangguan paling berbahaya pada otak.

Beberapa bahan kimia yang biasa terkandung dalam parfum:

antara lain ethanol, benzaldehyde, benzyl acetate, a-Pinene, acetone, benzyl alcohol, ethyl acetate, linalool, a-terpinene, methylene chloride, a-terpineol, camphor, dan limonene. Memang, sebahagian dari bahan ini memang tidak berbahaya bagi tubuh. Tapi, sebahagian lagi boleh menyebabkan otot tubuh tegang, lebih mudah marah, asma, sakit sendi, keletihan, tekak gatal, sakit kepala, batuk, dan kerengsaan kulit.

Jadi, aroma perfume atau wangian tubuh yang lain yang dianggap boleh membuatkan pemakainya lebih atraktif, ternyata juga boleh mengganggu kesihatan. Setidaknya, untuk menyeimbangkan racun yang masuk ke dalam tubuh, sebaiknya anda lindungi tubuh dengan pengambilan makanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.(diterjemah dari duniaunik)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik