As salam,Kali ni aku nak cerita pulak bagaimana nak hilangkan tatu pada tubuh badan bagi sesiapa yang rasa nak bertaubat dan nak buang tatu tu.. baca sampai habis ok..
Pemilik tatu kekal umumnya sedar bahawa 'lukisan' tersebut akan melekat di kulitnya sepanjang hayat. Namun ada juga yang menyesal atau kurang puas, lalu ingin memadamnya. Caranya bermula dari menghiris kulit hingga menggunakan laser. Risiko menghilangkan tatu umumnya adalah bekas luka, yang kadang-kadang lebih mengganggu penampilan berbanding tatu itu sendiri.Kerana itu, bagi sesiapa yang ingin membuat tatu, fikirkan betul-betul segala risikonya agar tak menyesal di kemudian hari.Teknik menghilangkan tatu dan pelbagai risikonya adalah seperti berikut, seperti dikutip dari WebMD.
1. Dermabrasi
Teknik ini memakai sejenis amplas atau butiran pasir untuk menggosok kulit hingga lapisan paling luarnya mengelupas.Tinta tatu yang terletak di bawah lapisan tersebut kemudian tinggal dikikis dengan pisau bedah oleh seorang doktor kulit. Meskipun mudah dan relatif murah, cara ini mempunyai kerugian yakni rasa sakit yang luar biasa terutama jika saiz tatunya cukup besar. Teknik ini berisiko menyebabkan luka, bahkan sering meninggalkan bekas parut yang lebih tidak menarik berbanding tatu itu sendiri.
2.Mengiris Kulit
Teknik lain yang cukup mudah meski tetap harus dilakukan oleh doktor adalah menghiris kulit yang ada tatunya.Risiko terbentuknya jaringan parut pada teknik ini lebih besar berbanding dermabrasi, sehingga hanya dilakukan pada jenis tatu yang tidak terlalu besar. Mengiris kulit hanya dilakukan pada tatu berukuran besar jika teknik lain tidak berjaya menghilangkannya. Misalnya kerana tintanya terlalu dalam meresap ke dalam kulit atau jenis tintanya memang sukar untuk dihilangkan dengan cara lain.
3. Cryotherapy
4. Krim Anti-Tato
Serupa dengan cryotherapy, krim anti-tato juga bekerja dengan cara menghancurkan tinta tato agar boleh luruh dari permukaan kulit. Krim seperti ini umumnya mengandungi larutan trichloroacetic acid (TCA) yang akan bertindak balas dengan tinta namun lebih selamat bagi kulit.Kerugiannya tak lain adalah harganya yang sangat mahal, iaitu sekitar US $ 100 untuk kegunaan rutin selama 2 bulan. Selain itu, keberkesanannya relatif rendah sehingga lebih tepat disebut menyamarkan tatu dan tidak dijamin akan hilang 100 peratus.
5.Laser
Teknologi terkini untuk menghilangkan tatu adalah laser, yang cukup berkesan sekali gus paling selamat bagi kulit. Prinsipnya adalah mengurai partikel dakwat di bawah permukaan kulit, agar dapat dihancurkan oleh sistem kekebalan tubuh alami manusia.Meskipun selamat, teknologi ini cukup mahal dan memerlukan waktu lebih lama untuk menghilangkan warna tertentu misalnya warna hijau, oren dan putih. Beberapa orang yang kulitnya sensitif juga dianjurkan memakai tabir suria selepas menjalani prosedur ini. semoga tips@petua ini berguna buat kita semua yang ingin menghilangkan tatunya...
Terimakasih atas informasinya, saya harap tulisan ini bermanfaat buat siapa saja yang membacanya.
BalasPadamDi Sarawak di mana ada jual krim membuang tatu
BalasPadam