IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Alfatihah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alfatihah. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Mac 2014

6 Maut, 3 Masih Koma Ketika 'Berseronok' Dalam Future Music Festival Di Bukit Jalil



6 mati 3 koma kerana berhibur di Bukit Jalil


 


Apa sudah jadi... 


Festival Future Music Bukit Jalil - Kematian Akibat Penyalahgunaan Dadah


Pada 13-15 MAC 2014 jam 1800 hingga 0030, Syarikat Live Scape Sdn Bhd menganjurkan Konsert Festival Future Music. Namun begitu, konsert tersebut telah dicemari dengan penyalahgunaan dadah dan minuman alkohol secara berlebihan.

Kronologi Insiden

Pada hari pertama 13 MAC 2014 jam 2000 hingga 0030, semasa konsert dijalankan, pihak Narkotik IPD Cheras telah membuat tangkapan 3 penonton yg sedang berhibur kerana positif dadah. Berkait Bukit Jalil Rpt 1202, 1205, 1209, 1210/2014. Tiada insiden pada hari pertama.

Pada hari kedua 14 MAC 2014 jam 0130, telah berlaku insiden 6 kematian (1 lelaki Melayu, 1 lelaki India, 1 lelaki Cina, 2 perempuan Melayu+ terbaru- seorang lagi =3) Sementara 3 orang yang masih koma/kritikal kesan drp pengambilan dadah dan alkhohol. Semua mangsa dibawa ke hospital PPUM dan PPUKM untuk rawatan lanjut. Bukit Jalil Rpt : 1250, 1261, 1273, 1274, 1278
 dan 1279/2014.

MasyaAllah, ketika Negara dilanda dukacita kehilangan pesawat MH370 , ketika Negara dalam kesusahan cuaca kering dan kemarau, ketika Negara diuji dengan kebakaran demi kebakaran, ketika Negara ditimpa jerebu dan ketika Negara dimalukan oleh aksi sesat 'raja bomoh', ketika itulah berita yang sangat mengejutkan kita.


  • Berita lima orang kerana mengambil dadah berlebihan ketikaFuture Music Festival ASIA (FMFA) dianjurkan di Negara kita. Tak jauh, di Bukit Jalil sahaja.
Mangsa-mangsa adalah...



P/s: Petang tadi hujan turun dengan lebatnya di Rawang, Selangor...Alhamdulillah harap esok ada air keluar dari paip..ini kerana doa dari orang alim, musafir, solat hajat dan amal soleh yang lain dan terpecahlah juga rahsia tentang adanya konsert dengan kematian  6 orang remaja dan 4 antaranya anak melayu Islam..apa nak dikatakan lagi..Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..,anjuran...dengarnya konsert seterusnya sudah dibatalkan. Marilah kita terus berdoa semoga kehilangan pesawat MH370 yang penuh misteri, berselirat, terhijab itu di rungkaikan oleh Allah S.W.T. Teringat aku akan kata mantan juruterbang itu ," Apabila sains buntu, di situlah kekuasaan Allah jawabnya... ".Dimanakah anak-anak kita sekarang ini..Wallahu A'lam, Wassalam.
                               

Khamis, 24 Oktober 2013

Suami Allahyarhamah Norazita Rayu Henti Sebar Gambar Ngeri Arwah


Rayuan buat sekian kalinya. Bila orang sudah minta delete, delete la. Masih terdapat page dan blog yang menyiarkan video rakaman rompakan dan bunuh juga gambar mangsa..

Tak boleh bertolenrasi ke?

Orang minta delete cara baik. Orang minta tolong. Delete aje la. Marila kita menjadi lebih memahami..


Suami kepada pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib yang mati ditembak pengawal keselamatan bank itu sendiri merayu orang ramai agar berhenti menyebarkan gambar arwah isterinya selepas kejadian itu di Internet.

Irwan Kamarudin, 37, berkata, tindakan pihak-pihak terbabit yang menyebarkan gambar tersebut menerusi laman-laman sosial bukan sahaja tidak menghormati sensitiviti malah menambah kesedihan beliau sekeluarga.

"Saya meminta jasa baik pihak-pihak yang menyebarkan gambar isteri saya supaya mengeluarkannya kerana ia hanya menambahkan keperitan kami sekeluarga yang sedang bersedih dengan pemergian arwah," katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mayat Hospital Serdang di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang semalam, Norazita maut akibat ditembak di bahagian kepalanya oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri di Jalan USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari bilik kebal bank tersebut.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama suspek serta empat lagi kakitangan sedang membuka sebuah peti besi berisi wang sebelum suspek tiba-tiba melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun sejurus pintunya dibuka.

Beberapa jam kemudian gambar di tempat kejadian yang menunjukkan keadaan mangsa yang berpakaian baju kurung merah terbaring dengan keadaan wajah yang mengerikan akibat terkena tembakan itu tersebar di laman-laman sosial.

Malahan hari ini rakaman video kejadian itu pula tersebar.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131024/je_14/Suami-Norazita-rayu-henti-sebar-gambar-ngeri-arwah#ixzz2idsFQTWY

Hukum Sebarkan Gambar Mangsa Jenayah.

Gambar-gambar yang menakutkan, men-ngerikan serta mengaibkan.

Dalam konteks apa yang dialami oleh mangsa jenayah. Lebih2 mangsa jenayah yang mati.  Berikut pendapat yang dikemukakan oleh Dr. Mazlee Malik.

Perhatikan ;

Dari Dr Mazlee Malik ;
Oleh kerana para mufti dan ustaz-ustaz soal jawab agama tidak bersuara, maka saya ingin berfatwa.

HARAM hukumnya menyebarkan gambar mangsa kecelakaan, kemalangan, rompakan, dan yg seumpamanya melalui media sosial dan apa jua medium untuk tatapan umum.

Ia melibatkan aib, aurat dan juga maruah mangsa. Keluarga mangsa akan menjadi trauma, terutamanya anak-anak yang masih kecil jika ada. Keluarga juga akan menanggung malu. Ia melibatkan maruah ramai pihak. Bagi yg menyebarkan, bayangkan jika anda ataupun ibu, bapa, isteri atau keluarga anda di tempat mangsa.

Dari sudut etika dan moral ianya juga mencabuli hak peribadi dan maruah mangsa dan keluarga mangsa.

Gambar mangsa hanya dibolehkan digunakan untuk tujuan forensik, pengecaman identiti ataupun perubatan bagi pihak yang terlibat sahaja dan buka untuk konsumsi umum.

Bagi yang telah menyebarkan mana-mana gambar sebelum ini, silalah bertaubat dan memohon maaf dari keluarga mangsa....

wallahua'lam.

Semoga selepas ini kita ber-ahti2 dalam penyebaran tersebut. Jika telah dikaburkan seperti yang seringkali dilakukan oleh wartawan mungkin itu berbeza dari apa yang sedang disampaikan di atas.

Terima Kasih.
Kredit:sozcyili

P/s: Aku dah tenguk gambar dan video allahyarhamah tu,memang trajis, dan ngeri dari h.phone seorang kawan, katanya anggota yang kongsi dalam wchat, tah betul tah tidak... Ada baiknya para blogger semua padamkan gambar dan video Allahyarhamah tu, cuba bayangkan jika keluarga kita yang kena (minta berlindung dari Allah) baru nak sentap! Al-Fatihah buat Arwah Norazita Abu Talib, semoga Suami,anak2nya dan keluarganya tabah menerima ujian ini, Wassalam.

Khamis, 22 Ogos 2013

Surat Pemimpin Ikhwan Beltagy Untuk Pembunuh Puterinya Asma

Cairo -Pemimpin Ikhwanul Muslimin Mohamad al-Beltagy menulis surat kepada puterinya Asmaa yang tewas oleh penembak tepat di Rabaa al-Adawiya Square, Rabu, 21/8/2013

Surat disiarkan di akaun al Beltagy mengungkapkan perasaannya kepada puterinya sebagai berikut:

 
"Puteriku terkasih dan guru yang tak ternilai ...

 
Ayahmu tidak mengucapkan kata perpisahan untukmu, sebaliknya ayahmu mengatakan "besok" akan bertemu. Engkau dengan teguh hati berjalan mencabar kekejaman. Menghadapi segala kesulitan dan rintangan, dan menolak semua hambatan, kerana cinta kebebasan. Engkau sedang mencari cakrawala baru secara diam-diam, dan dalam rangka untuk menghidupkan serta membina kembali umat. Sehingga dapat mengambil tempat yang layak dalam perjalanan peradaban. Engkau tetap sibuk bersama dengan teman-teman dalam perjuangan. Engkau belajar dan mencari pengetahuan, tanpa mengenal lelah, walaupun engkau selalu yang terbaik di sekolah.

 
Dalam masa hidup yang pendek ini, ayahmu tidak mempunyai cukup masa untuk bercakap denganmu. Ayahmu tidak punya cukup waktu boleh berbahagia dan menikmati hidup. Ketika kami akhirnya berkumpul di Rabaa al-Adawiya, engkau membincangkan bahawa "Engkau berada jauh dari kita, dan bahkan ketika kita bersama-sama." Ayahmu katakan bahawa "hidup ini tidak selama kita boleh mempunyai cukup waktu satu sama lain, ayahmu berdoa kepada Allah, semoga menganugerahkan kita dengan perbualan ini di Syurga nanti, supaya kita boleh mempunyai cukup waktu satu sama lain".


Ayahmu melihat engkau memakai gaun pengantin dalam mimpi dua hari sebelum engkau mati syahid. Peristiwa ini belum pernah terjadi sebelumnya, dan begitu indah. Ketika engkau duduk di sampingku, dan ayahmu bertanya "Apakah pernikahanmu malam ini?" "Pernikahanku tidak di malam hari, tetapi akan berlangsung di siang hari," ucapmu. Ayahmu mengerti apa yang telah engkau katakan sekarang. 


 
Sekarang menjadi kenyataan, ketika ayahmu mendengar bahawa engkau telah syahid pada Rabu siang. Ayahmu berdoa kepada Allah Azza Wa Jalla untuk menerimamu sebagai syuhada. Kesyahidanmu mengukuhkan keyakinan kita bahawa kita berada di jalan yang benar dan musuh kita berada dalam kehampaan dan tidak berguna.
 
Ayahmu sangat menyesal bahawa bapa tidak boleh bersamamu pada perpisahan terakhir. Ayahmu tidak boleh melihatmu dan mencium dahimu terakhir kalinya dan mendapat kehormatan melakukan doa dipemakaman untukmu anakku. Hal yang membuat ayahmu tidak boleh melakukan, bukan takut mati atau penjara, melainkan untuk mempertahankan cita-cita perjuangan yang menyebabkan engkau mati.


 
Peluru kejam menembak di dada saat engkau menolak kekejaman. Tekad yang besar dan jiwa yang besar engkau miliki. Ayahmu percaya bahawa engkau setia pada janjimu kepada Allah dan Dia setia kepada janji-Nya kepadamu. Itulah mengapa Allah berikan kepadamu keksyahidan.
 
Terakhir Puteri terkasih dan guru tak ternilai ...
 
Ayahmu tidak mengucapkan kata perpisahan untukmu, sebaliknya ayahmu katakan besok ... Pertemuan kami akan berada di tepi kolam renang di Syurga Kausar dengan Nabi Shallahu alaihi wassalam, dan para sahabatnya, dalam kedudukan terhormat dekat dengan kuasa dan syariat Allah, ketika pertemuan kita mempunyai harapan dan cukup masa untuk satu sama lain selamanya ". Ratna m / wb


Diterjemah dari: voa-islam.com

Ahad, 18 Ogos 2013

Kisah BENAR Memilukan Seorang Rakyat MESIR Mencari Jenazah Bapa


Berdasarkan cerita dari anaknya (anak si syahid biiznillah) Sarah Muahammad Ali Muhammad Ibrahim :

Sesungguhnya bilangan para jenazah terlampau tinggi, dan para jenazah ini telah dibahagikan ke banyak hospital, kami yang ingin mencari jenazah Ayah terdiri daripada saya, Umar, Dr Ahmad kawan ayah saya dan Rasya sahabat kami, kami tidak tahu bagaimana mahu memulakan pencarian kecuali dengan mengagihkan setiap seorang ke satu tempat.
Ahhhhh, bertapa hancur luluhnya perasaan dan sakitnya hati saya apabila terhidu bau kematian dan saya berseorangan mencari dan membelek setiap satu jenazah dan cuba untuk mengenal pasti tanpa ada pertolongan dari sesiapa.

Sesudah itu kami menelefon antara satu sama lain bertanyakan hasil pencarian :

"Awak sudah jumpa dia?"

"Belum lagi, awak?"

"Belum"

"Ok, awak dah tengok elok-elok?"

"Ya, saya sudah tengok elok-elok, saya dah belek-belek setiap satu dari mereka, awak dah tengok elok-elok?"

"Sudah"

"Awak pasti?"

"Ya"

"Ok, kalau begitu cari lagi, mana tahu kalau awak terlepas pandang, dan saya juga akan cari sekali lagi"

"Baiklah"

Kemudian selepas beberapa minit kami bercakap di telefon sekali lagi.

"Sarah, awak sudah jumpa ke belum?"

"Belum lagi wahai Umar"

"Ok, berdekatan awak ada tak mayat yang terbakar (rentung)?"

"Ya"

"Baik, awak tengok elok-elok andai awak terjumpa apa-apa barang milik si mati yang boleh menentukan identitinya"

"Baik"


Selepas beberapa minit..


"Umar, mana beg ayah yang ada kesan darah tu?"

"Saya dah bawa balik rumah"

"Ok, letak dalam plastik dan ikat elok-elok"

"Kenapa"

"Sebab ada empat mayat rentung secara total dan tanpa apa-apa identiti, dan hanya satu cara untuk kenal pasti adalah dengan ujian DNA , dan saksi mengatakan ayah berada di tempat yang terbakar."

"Baiklah wahai Sarah, tetapi ni maknanya kita hanya akan tahu keputusannya selepas sebulan"

"Kita nak cakap apa pada ibu? Ibu mesti tidak dapat mengawal dirinya"

"Kita terpaksa membohonginya"

"Maksudnya kita nak cakap apa?"

"Awak fikirkan, dan saya juga akan fikir kemudian kita akan bercakap dengannya"

Maka perbualan kami menyusuri 48 jam ini hanyalah berkaitan kematian dan jenazah, mangsa cedera dan mangsa terbakar. Hati-hati kami perit, terus berdiri di atas kedua kaki kami dengan kekuatan yang tidak tahu dari mana datangnya.

Seumur hidup kami tidak pernah terbayang bahawa kami akan terpaksa berjalan di dalam lautan darah di antara jenazah-jenazah, dan itu hanyalah kerana kami mencari jenazah ayah kami yang sudah meninggal, bukan yang hidup.

Kemudian,

Selepas 48 jam berada di antara para jenazah, 600 jenazah, 40 jenazah yang rentung.

Kami berpusing-pusing di antara rumah-rumah mayat dan hospital-hospital, meneliti wajah-wajah, memeriksa jenazah-jenazah dan mendekatkan muka kami pada setiap wajah, sehingga kami tidak tahu apa perasaan yang sewajarnya kami rasa, sama ada untuk bersedih setelah menjumpainya atau merasa lega kerana telah menemui jenazahnya.

Kami terpaksa melangkah jenazah-jenazah kerana tiada ruang untuk bergerak, kaki kami berulang-alik di dalam darah, kami dekatkan wajah untuk mengecam, tapi kecederaan menyukarkan pengecaman.

Kami periksa jenazah yang rentung dan meneliti sebaik mungkin, mungkin kami akan menemui sebarang tanda pengenalan ayah.

Bau jenazah menyelubungi persekitaran kami.
Darah telah membasahi tudung-tudung kami.
Tembakan sentiasa dilepaskan kemana saja kami pergi,
Kami tetap yakin kami akan menemuinya.

Selepas kami hampir putus harapan, ada seseorang menghubungi kami dan mengatakan bahawa jenazah ayah telah dibuang dari kenderaan di tepi jalan berhampiran rumah mayat, saya terus berlari.

Akhirnya kami menemuinya..

Satu peluru menembusi lehernya,
dan satu peluru menembusi pipi ke belakang telinganya.

Kami gembira menemuinya seolah-olah kami telah menemui jenazah ayah dalam keadaan hidup,

Ayah telah pergi...

Sumber : محمد مرسي رئيساً للجمهورية
Kredit:www.mohamadazhan.com
 

Jumaat, 1 Mac 2013

Alfatihah,Senarai Komando PDRM Yang Cedera dan Maut Dalam Insiden Lahad Datu

Alfatihah kita ucapkan kepada mereka yang terkorban dalam insiden pertempuran antara unit komando PDRM dan pasukan penceroboh kesultanan Sulu yang berlaku di Lahad Datu sebentar tadi.

Berikut adalah mereka2 yang maut dan cedera dalam pertempuran tersebut ;

WAJAH PEJUANG NEGARA @ ASY-SYAHID | Allahyarham Insp Zulkifli yang terkorban di Lahad Datu 1 MAC 2013...

 

Al-fatihah...Semoga keluarga beliau tabah dan sabar..

*UPDATE: Berikut adalah senarai anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan mortar dalam krisis Lahad Datu :

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)

3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

4. Koperal 135383 Azman B. Ampong (cedera di punggung/peha) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).

Semoga rakyat Malaysia terus tabah dan memberikan sokongan kepada anggota kita yang bertugas.

SUMBER: Sabahan.FM
 /sozcyili


Jumaat, 8 Februari 2013

Al Fatihah-Pakar ICT Azli Paat meninggal dunia



Pakar ICT Azli Paat meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 7 Feb — Pemenang Anugerah Perdana Menteri “Best of the Best” APICTA 2012, Azli Paat, meninggal dunia akibat demam panas di rumahnya di Bukit Segambut, di sini, malam tadi.
Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun.
Anak kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada kira-kira pukul 7 malam.
Katanya bapanya mengalami demam panas sejak semalam dan hanya mendapatkan rawatan biasa di klinik berdekatan rumahnya.
Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan.
Ahmad Naim berkata jenazah akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, pagi nanti.
Azli merupakan pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain.
Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi.
Beliau juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi panel penceramah Bernama Radio 24.
Penerbit Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata Allahyarham menjadi panel penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah, seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat bermula pukul 7.30 pagi setiap hari.
Menurutnya, Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007.
“Allahyarham seorang yang ceria, bijak dan merendah diri,” katanya.
Pada majlis Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) tahun lepas, Allahyarham menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. — Bernama

P/s: Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman,Amin.


Selasa, 11 September 2012

Mengenang Pemergian Blogger Remaja, Yasmin Hunwik



Siapakah Yasmin Hunwik? 
Penulis terlihat namanya itu di dalam salah satu blog…mungkin ia gadis berdarah campuran.. Terus penulis membuat carian di Google.

Rupanya ada kisah tragis yang berlaku di sebalik gadis berusia 17 tahun ini.

 Apabila pertama kali membaca kisah mengenainya, hati berdebar-debar dan mata mula bergenang.

Kesian sungguh! Berdarah kacukan Inggeris dan Melayu, Yasmin Hunwik atau nama sebenarnya Yasmin Johan Eusoffe telah kembali ke Rahmatullah sejak 3 Jun lalu dan kebetulan pada hari ini genaplah pemergiaannya yang ke 100 hari.  

Al-Fatihah buat Yasmin.

 Beberapa minggu sebelum meninggal dunia, arwah Yasmin seolah-olah sudah mendapat tahu yang dia akan kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya.

 Kebiasaanya kita sebagai orang yang berada di sekeliling tidak akan perasan mengenai apa yang berlaku, selepas seseorang itu tiada di muka Bumi ini, barulah kita tersedar.

Itulah kuasa Allah. Antaranya perkara yang berlaku adalah, arwah Yasmin telah memuat naik gambar buku bertajuk ‘Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur’ melalui Intagram. 


Selain itu, melalui Twitternya pula dia menulis takut untuk tidur kerana sering bermimpi buruk. 

Dia adalah pemilik dan penulis blogwww.misschronicz.blogspot.com, walaupun namanya tidaklah sepopular Hanis Zalikha namun dia pernah menjadi ‘trending’ topik diTwitter.

 Sejurus mendapat berita mengenai ketiadaan arwah, ramai rakyat Malaysia yang tak putus-putus menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya.

 Melihat daripada keadaan itu, ibu Yasmin melalui laman web Facebook telah menyampaikan pesanan ini:

 “Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan (bapa kepada Yasmin) tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012. Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain. Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi. 

 We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember her childhood, school days and as a daughter she made us proud. Semoga roh beliau berada disisi orang yg beriman.”

 Mengimbas kembali kejadiaan yang telah menimpa Yasmin, ia berlaku sekitar 12 tengah malam di mana dia bersama dua lagi rakannya maut di tempat kejadian semasa hendak membuat pusingan ‘U’ di Padang Gaung, Langkawi.

 Mereka telah dirempuh oleh van pelancong yang datang dari arah Ulu Melaka. Ketika itu, mereka tidak memakai topi keledar malah menunggang motosikal tiga orang sekali gus.

 Hari ini, ibunya telah menulis di blog yang arwah telah mendapat markah tertinggi dalam ujian piano gred 4.

Ibunya turut memberitahu yang mereka sekeluarga amat merinduinya. Malah, arwah Yasmin sangat berbakat dan comel. Dia disenangi oleh semua guru dan rakan-rakan. Oleh kerana itu, sehingga saat ini tidak hairanlah masih ada guru dan rakannya yang sering bermimpi mengenai arwah.

 Bagi yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Yasmin, anda boleh ke blog miliknya itu.

 Takziah penulis ucapakan kepada keluarga arwah Yasmin. Semoga roh Yasmin dan 
rakannya berada disisi orang yang beriman. Insyallah..

 Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN(Mynewshub)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik