IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Rusia Menuju Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rusia Menuju Islam. Papar semua catatan

Khamis, 23 Ogos 2012

Malulah Kita Dengan Umat Islam Minoriti Rusia yang Tidak Berputus Asa Menegakkan Khilafah




Rusia, 20 Ogos 2012 - Sepanduk di atas bukan dikibarkan di Palestin, bukan juga di Tunisia, bukan juga di Indonesia dan Malaysia atau Negara-Negara Arab lainnya yang majoritinya adalah penduduk Islam.
Sebaliknya sepanduk tersebut dikibarkan di negara kufur iaitu di Rusia yang majoritinya adalah penduduk kafir.

Oleh kerana itu, jika anda tinggal dan berjuang di negara yang majoritinya penduduk Islam.

Maka, malulah, malulah, malulah anda kepada mereka!

Apabila kita membincangkan tentang ‘Negara Islam’ yang wajib didirikan ini, maka kita sesungguhnya berbincang mengenai ‘Khilafah’ kerana Negara Islam itu hakikatnya adalah Khilafah dan bukannya Negara Republik, Negara Monarki, Negara Demokrasi, Negara Berkebajikan dan seumpamanya.

Kewajipan menegakkan Khilafah adalah diambil dari Al-Quran, Al-Hadis dan juga Ijma’ Sahabat. Selain itu, kewajipannya juga ditarik dari kaedah syarak yang masyhur, malah jumhur ulama mengakui akan kewajipan dan kepentingan Khilafah.

Malangnya, masih ada segelintir dari umat Islam, termasuklah mereka yang mendapat jolokan ulama, menyatakan bahawa usaha untuk menegakkan Khilafah ini hanyalah suatu yang utopia (khayalan). Alangkah beraninya mereka mengeluarkan pendapat begini, tanpa memikirkan tentang Allah dan Rasul dalam kenyataan mereka!

Dalam rangka menegakkan Khilafah sebagai kewajiban syariah, sikap seorang Mukmin sepatutnya tunduk dan patuh kepada Allah dan Rasul dan berusaha menunaikan kewajiban ini dengan bersungguh-sungguh. Tidak sayugia bagi seorang Mukmin untuk memperlekehkan, mempersoalkan, meragui, mengelak atau menghalang orang lain dari melakukan kewajiban agung ini, apatah lagi menganggapnya sebagai utopia.

Sebaliknya, dia wajib menerimanya dengan sepenuh keimanan dan kepasrahan kepada Allah. Ini kerana, kewajiban menegakkan Khilafah tidak ada bezanya dengan kewajipan-kewajipan lain yang difardhukan oleh Allah seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya.

Ingkar terhadap kewajiban menegakkan Khilafah, tidak ubahnya seperti ingkar terhadap kewajipan solat, zakat dan kewajiban-kewajiban syariat lainnya.

Bagi mereka yang menganggap usaha mendirikan Negara Islam ini sebagai sebuah utopia, hal ini tidak lain sama ada kerana kejahilan mereka, atau kerana adanya kedengkian dalam hati-hati mereka terhadap gerakan Islam yang berjuang ke arah tersebut atau kerana adanya sikap suka merendah-rendahkan sesama Muslim.

Bagi mereka, usaha ini tidak realistik dan tidak berpijak di bumi nyata, apatah lagi dalam konteks dunia sekarang. Kita akui bahawa usaha untuk menegakkan Khilafah adalah suatu usaha yang sangat sulit dan global, namun hal ini bukanlah khayalan atau mustahil. Ini kerana, Khilafah adalah kewajipan dan sekaligus merupakan janji Allah SWT ke atas mereka yang beriman dan beramal soleh.

Justeru, mustahil Allah SWT memerintahkan kepada kita suatu kewajipan yang kita tidak boleh melaksanakannya atau yang bersifat khayalan! Sikap seorang Mukmin apabila diperintahkan Allah SWT dan RasulNya untuk menjalankan suatu kewajipan, adalah mereka berkata “kami dengar dan taat” bukannya mengingkari, meragui, mencemuh atau menganggapnya sebagai suatu utopia.

Sikap merendah-rendahkan, mengejek atau mencemuh dan menganggap utopia usaha menegakkan Khilafah merupakan bentuk pelangggaran dan kemaksiatan terhadap perintah Allah SWT dan boleh merosakkan keimanan seseorang. [abuidris/arryah.info]


Sumber: www.arrayah.info

Selasa, 14 Ogos 2012

Muslim di Rusia Sama Banyak dengan Malaysia


Hidayatullah.com - Negeri komunis Rusia ternyata mempunyai jumlah penduduk muslim yang sama besarnya dengan Malaysia dan hampir sama dengan Saudi Arabia. Demikian juga ternyata Islam di Rusia lebih dahulu ada berbanding agama Kristian Ortodok.

Semua itu terungkap dalam buku berjudul "Geliat Islam di Rusia" karangan diplomat RI di Rusia, Aji Sdn. Isnin (13/8/2012), buku tersebut dilancarkan di Hotel Grand Hyatt,
Jakarta. .

Buku dengan cover warna biru dan dikemas cukup apik itu mengandungi segala hal tentang pernak-pernik perkembangan Islam di Rusia, mulai dari sejarah masuknya Islam pada abad ke 7, Islam di bawah tekanan Kesatuan Soviet, hingga era kebangkitan Islam yang membuat pertumbuhan mereka mencapai 25 juta jiwa.


Buku tentang Islam di Rusia ini akan membuat terkejut setiap orang yang membacanya, kerana gambaran gelap Kesatuan Soviet di masa lalu dengan paham komunis akan menjadi sirna dan bahagia ketika mengetahui semangat perkembangan Islam di negeri Beruang Putih itu.


Moscow dengan 2 juta penduduk muslimnya adalah bandar berpenduduk muslim terbesar di Eropah. Hampir di seluruh bandar di Rusia, Islam bagaikan cendawan di musim hujan dengan jumlah masjid sekitar tujuh ribu.


"Dengan perkembangan agama Islam di Rusia dalam hal demografi dan kehidupan masyarakatnya, sangatlah mungkin dalam 50 tahun ke depan Islam akan menjadi majoriti. Wallahu a'lam bisawab," kata Aji Surya, seperti diberitakan Rakyat Merdeka Online.


Sementara itu Timbalan Menteri Agama, Nasarudin Umar, berkata, hubungan muslim Indonesia dan Rusia akan semakin berpengaruh kuat untuk mencipta dunia yang aman dan damai.


"Langkah pertama untuk ke sana adalah saling mengenal melalui buku karangan Aji Surya ini sehingga menjadi salah satu jambatan emas dalam mempererat hubungan kedua bangsa," tulis Nasarudin Umar di halaman pertama buku Aji.


Dalam halaman yang sama, Pemimpin Redaksi Rakyat Merdeka Online, Teguh Santosa mengatakan bahawa dalam sepuluh tahun pertama selepas Kesatuan Soviet bubar, negeri-negeri Islam di Asia Tengah menggali kembali peradaban Islam yang membentuk mereka sejak abad awal kelahiran Islam hingga keruntuhan Uthmaniyyah Turki di penghujung Perang Dunia Pertama dan di tahun ke 20. Rusia pun tidak ketinggalan mengalami hal yang sama.


"Manuskrip karib saya ini adalah sebahagian daripada rakaman dinamika peradaban Islam di Rusia dan negeri-negeri di sekitarnya yang bertautan dengan unsur-unsur lain yang membentuk indentiti Rusia di tengah kumpulan-kumpulan dunia yang terus berubah," tulis Teguh Santosa menanggapi tulisan Aji Sdn. *

Diterjemah dari-Hidayatullah.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik