IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Sejarah Hijrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah Hijrah. Papar semua catatan

Rabu, 23 November 2011

Masjid Quba Adalah Masjid Pertama Dibina Di Dunia.


 

Masjid Quba 'merupakan masjid pertama yang dibina di dunia dalam sejarah Islam Syariat Nabi Muhammad SAW yang dibina oleh Baginda Nabi SAW sendiri bersama-sama Hadzrat Abu Bakar RA dan penduduk madinah sebaik Nabi Muhammad SAW tiba, ini bermakna sehingga hari ini ( 1432 H ) adalah bersamaan usia masjid berkenaan 1432 tahun Hijrah.


Masjid Quba dengan persekitaran terpencil Madinah di Arab Saudi, merupakan masjid tertua di dunia. batu asas pertamanya yang di laksankan oleh Nabi Muhammad SAW pada waktu tiba Hijrah dari Kota Mekah ke Madinah, Masjid Quba di bina oleh Baginda SAW dengan Hadzrat Abu Bakar RA bersama-sama Para Sahabat RA Madinah atau kaum Ansar.

Nabi Muhammad SAW dipercayai berada di masjid Quba lebih dari 20 malam selepas tiba dari berhijrah dan sambil menunggu ketibaan Hadzrat Ali RA dari Makkah membawa berita dari sana. 



Sebahgian dari riwayat bahawa Nabi Muhammad SAW menjadikan masjid Quba sebagai masjid yang aman dan selalu bedoa pada satu sudut di dalamnya yang menjadi bahagian kediaman Atban Bin Malik RA. Masjid Quba terletak kira-kira 60 metre dari Masjid Nabawi.


Imej lama Masjid Quba.



Pintu masuk Masjid Quba, gambaran pada tahun 1325 Hijrah.

Imej lama Masjid Quba'.


Pintu Kota Madinah ( Pintu Gerbang ) masuk ke Kota Madinah.



Jabal Abu Tsaur @ Gunung Tsaur.


Qar Al Tsaur. Gua Al Tsaur.

Nabi Muhammad SAW bersama Hadzrat Abu Bakar RA, sebelum sampai ke Yatrib ( Madinah ) membina Masjdi Quba, terlebih dahulu melalui peristiwa sedih bersembunyi di Gua Al Tsaur dan Gunung Tsaur kerana mengelak dari di khianati oleh Musyrikin Quaisy Makkah.



Imej Masjid Quba setelah lebih seribu tahun.


Menurut sejarah, Nabi Muhammad SAW telah sampai di suatu penempatan tidak jauh dari Madinah bernama Quba pada hari Isnin 8 Rabiul Awwal bersamaan 23 September 622 Masehi.
Ketika mula sampai di Quba, Baginda SAW telah diberikan layanan baik yang benar oleh masyarakat Madinah. Nabi Muhammad SAW telah tinggal awalnya bersama Khulthum Ibn Al Hadm, ketua suku kaum Amr bin Auf RA yang budiman selama empat hari. 


Pada tempuh itulah Baginda SAW telah meletakan batu asas membina Masjid Quba dengan sokongan Para Sahabat RA yang mengasihi Nabi SAW dengan ketaqwaan yang sejati. 


Dari riwayat As Syimus binti An Nu'man, Baginda SAW memikul batu-bata sendiri sehingga bongkok tubuhnya disamping tubuh baginda dipenuhi debu dan pasir, Nabi SAW tidak mahu Para Sahabat RA mengambil beban yang baginda SAW bawa dan menyukai Para Sahabat RA bekerjasama membawa bahan-bahan bangunan yang lain.

Dengan kudratNya, Baginda Nabi Muhammad SAW sendiri yang turut mencurah tenaga memulai kerja asas pertama pembinaannya sehingga membolehkan Masjid Quba di gunakan dimana bahan binaannya adalah termasuk berasaskan dari batang dan pelepah kurma.

Apabila siap, inilah masjid pertama yang terbina setelah Masjidilharam Makkah. Di masjid inilah Nabi SAW dan Para Sahabat RA menunaikan solat Jumaat yang pertama sekali berlaku di muka bumi, ia itu pada hari Jumaat bersamaan 27 September 622 Masehi.
Wallahu A'lam.


Sumber







Selasa, 22 November 2011

Kepentingan Hijrah Bagi Umat Islam

Wajah Masjid Quba terdahulu/lama.

Panorama Masjid Quba yang mengkagumkan kebesaranNya.

Masjid Quba adalah penanda Hijrah pertama Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah dan disambut dengan kasih sayang penduduk Madinah atas kehendakNya.


Bermulanya satu era, tamadun, budaya dan sejarah baru umat manusia
Oleh: Dr Muzammil H.Siddiqi
Dalam Al-Quran, Allah yang Maha Tinggi, berfirman:
“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripada-Nya, keredhaan dan syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang kekal.” (Surat At Taubah: 20-22).
Beberapa hari lagi kita akan memasuki Tahun Baru Hijrah. Tahun dalam agama kita adalah Tuhan Hijrah. Maka itu adalah penting untuk kita mengingati makna dan kepentingan Hijrah itu sendiri. Hijrah adalah salah satu peristiwa yang penting dalam sejarah Islam. Maka itu tidak hairanlah jika Khalifah Umar (ra) memilih Hijrah untuk menjadikannya kalender atau tahun Islam.
Secara fizikal, Hijrah adalah perjalanan dari satu bandar ke bandar lain yang jaraknya 300 batu. Bagaimanapun, apa yang lebih penting ialah ia juga menandakan permulaan satu era, satu tamadun, satu budaya dan satu sejarah baru bagi umat manusia.
Islam berkembang bukan sahaja kerana Hijrah secara fizikal, tetapi juga kerana umat Islam memandang serius terhadap semua aspek dan dimensi Hijrah.
Apabila Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Madinah, baginda tidak sahaja berpindah tempat tinggal atau bermastautin di sebuah kota baru, malah baginda juga merubah segala aspek kehidupan di kota yang didatanginya itu.
Adalah penting untuk kita mempelajari dan merenung perubahan yang terjadi di Madinah sejak berlakunya penghijrahan Rasulullah SAW itu.
Banyak pelajaran yang boleh kita pelajari dan menjadikannya panduan dalam hidup kita.
Masjid:Tindakan pertama yang dilakukan Rasulullah SAW sebaik sahaja tiba di Madinah ialah mendirikan masjid sebagai tempat bersolat. Beliau terlibat secara langsung dalam mendirikan bagunan yang kecil tetapi mempunyai struktur yang kukuh itu. Tidak lama kemudian beberapa masjid turut didirikan di Madinah.
Madrasah:Sekolah dan institusi pengajian Islam bagi masyarakat juga didirikan. Sekolah pertama di bawah penyeliaan Rasulullah SAW adalah ‘sekolah’ Suffah. Menyusul kemudian terbinanya beberapa sekolah lain.
Menurut Maulana Shibli Numani sebanyak sembilan sekolah dibuka di Madinah semasa zaman Nabi sahaja.
Muwakhat:Beliau menjalinkan ikatan persaudaraan antara Muhajirun (orang-orang Islam yang berhijrah bersama Rasulullah SAW) dengan Ansar (penduduk Madinah yang membantu Nabi dan sahabat-sahabatnya).
Ketika itu jumlah masjid dan madrasah tidak mencukupi. Perkara yang tidak kurang pentingnya ialah mewujudkan persaudaraan di kalangan orang-orang Islam. Persaudaraan mereka terjalin atas dasar keimanan, bukan atas dasar puak atau suku kaum seperti sebelum kedatangan Islam.
Hubungan antara masyarakat dan agama:Rasulullah SAW juga menjalin hubungan yang baik dengan masyarakat-masyarakat lain di Madinah. Ketika itu terdapat masyarakat Yahudi dan puak-puak Arab lain yang belum menerima Islam.
Rasulullah SAW melakarkan mithaq (satu perjanjian atau perlembagaan) mengenai hubungan antara masyarakat-masyarakat di kota Madinah.
Membersihkan
Kota Yathrib:
Yathrib (nama kota Madinah sebelum kedatangan Islam) merupakan sebuah kota yang kotor. Apabila sahabat-sahabat Rasulullah SAW tiba di Madinah dari Makkah, ramai yang diserang penyakit dan tidak sukakan kota tersebut.
Rasulullah SAW menyuruh para penduduk membersihkan kota mereka daripada sampah sarap dan kekotoran. Aishah ra berkata: “Kami datang ke Madinah dan ia merupakan kawasan paling tercemar di bumi Allah. Air di tempat itu berbau busuk.” (Riwayat Bukhari).
Membina sistem air:Rasulullah SAW menyuruh sahabat-sahabatnya menggali perigi di beberapa tempat di kota itu. Dikatakan lebih 50 perigi digali di kota Madinah dan terdapat air yang mencukupi bagi setiap penduduk.
Pertanian dan perkebunan:Rasulullah SAW menggalakkan para sahabat mengusahakan tanah dan berkebun. Baginda memberitahu mereka sesiapa sahaja yang mengusahakan tanah, tanah tersebut akan menjadi miliknya. Ramai penduduk menyahut seruan Rasulullah dan akhirnya Madinah tidak menghadapi masalah kekurangan makanan.
Menghapuskan kemiskinan:Dalam masa yang singkat kemiskinan dapat dihapuskan. Setiap penduduk mempunyai makanan yang mencukupi dan kadangkala Rasulullah SAW memberikan hadiah kepada delegasi yang datang ke Madinah.
Memulihkan keselamatan dan undang-undang:Madinah menjadi bandar yang paling selamat di dunia. Hanya terdapat segelintir kejadian mencuri, merogol, orang-orang mabuk atau pembunuhan.
Tindakan segera diambil bagi memastikan keamanan Madinah jika berlaku sebarang kejadian jenayah. Kesimpulannya, Hijrah mengajar kita di mana saja Muslim pergi, mereka seharusnya membawa kesejahteraan di tempat yang mereka tuju. Orang-orang Islam harus bekerja bagi kesejahteraan rohani dan material masyarakat. – Dipetik dari www.pakistanlink.com
Cara rai Tahun Baru Islam
SOALAN: Bagaimanakah cara seseuai untuk merayakan ketibaan Tahun Baru Islam?
JAWAPAN: Dalam Islam tidak ada upacara agama yang istimewa untuk merayakan Tahun Baru. Sungguhpun begitu, oleh kerana kalendar agama kita adalah kalendar Hijrah, adalah baik jika kita mengingatkan diri kita mengenai makna dan apa istimewanya hijrah itu pada masa ini.(Doa Tahun Baru Hijrah)
Kita perlu memperkatakan tentang hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah pada tahun 622. Kita harus memperkatakan tentang makna dan kepentingannya dan kita juga perlu memperkatakan tentang konsep hijrah dalam Islam.
Hijrah dalam bahasa Arab bermakna “pembuangan, pengasing, pemergian keluar secara beramai-ramai, melarikan diri atau berpindah”. Bagaimanapun, maknanya lebih dinamik. Ia bererti “meninggalkan, berpindah, mengelak”.
Ia bermaksud meninggalkan tempat kediaman dengan sengaja, tetapi dalam Al-Quran, ia juga bermakna meninggalkan sesuatu keadaan yang buruk dan berpindah kepada sesuatu keadaan yang lebih baik, walaupun ia menimbulkan beberapa masalah. Dan ini merupakan konsep keimanan.
Dalam konteks ini, Allah berfirman (yang bermaksud): “Maka Lut membenarkan (kenabian)nya. Dan berkatalah Ibrahim: ‘Sesungguhnya aku akan berpindah ke (tempat) yang diperintahkan Tuhanku; sesungguhnya Dialah Yang Maha Perkara Lagi Maha Bijaksana.” (Al-Ankabut: 26)
Hijrah memerlukan penerimaan Allah dan menolak kepalsuan. Ia bermakna pemindahan menyeluruh dan radikal kepada satu cara baru bagi individu dan masyarakat.
- Hijrah melibatkan:
Pemindahan daripada kepercayaan kepada banyak tuhan kepada satu Tuhan
Pemindahan daripada sifat jahil dan kepercayaan karut kepada ilmu pengetahuan dan kebenaran
Pemindahan daripada memperhambakan diri kepada orang lain kepada Allah
Pemindahan daripada dosa dan rasuah kepada berbuat baik dan adil
Pemindahan daripada berpecah belah dan perselisihan kepada harmoni dan perpaduan
Pemindahan daripada kesesatan kepada kepada petunjuk dan jalan yang lurus
Pemindahan daripa kemurkaan Allah kepada penerimaan dan rahmat-Nya
Pemindahan daripada neraka kepada keselamatan di akhirat nanti.
- Hijrah adalah satu dasar yang sebati dalam Islam. Ia menjadikan Mukmin seorang yang hanya percaya kepada Islam kepada Mujahid, orang yang berjuang demi keimanannya. Oleh sebab itulah Al-Quran menggunakan banyak perkataan iman, hijrah dan jihad bersama-sama.
Sumber: IslamOnline



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik