IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Kisah Mesir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Mesir. Papar semua catatan

Khamis, 12 Disember 2013

( KISAH BENAR ) Uskup Dedahkan Ikhwanul Muslimin Selalu Lindungi Gereja


Kaherah - Uskup Wilayah Almenya di Mesir bernama Makarius, menyatakan bahawa para demonstran yang menentang kudeta selalu membentuk jawatankuasa sosial bagi melindungi gereja-gereja, terutama jika jalan-jalan berhampiran gereja tersebut sering dilalui oleh konvoi-konvoi demonstran, dipetik dari portal dakwatuna .
Hal itu dinyatakannya ketika beliau diwawancarai oleh lamanweb masralarabia.com, Jumaat (6/12/2013) minggu lepas.

Beliau mengatakan bahawa jika Ikhwanul Muslimin yang menyelenggarakan demonstrasi, maka mereka akan melindungi gereja.

Sebaliknya, Makarius menyatakan pihak polis yang telah mengabaikan tugas utamanya yang di antaranya melindungi gereja. Bahkan terdapat individu-individu tertentu dalam polis yang mempunyai hubungan erat dengan mereka yang selalu melanggar undang-undang, atau preman.

Sedangkan ketua pejabat polis wilayah lansung sama sekali tidak mengetahui peta keadaan wilayah provinsi Almenya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Makarius itu sekaligus menolak propaganda yang dikeluarkan oleh pihak kudeta yang menyatakan Ikhwanul Muslimin bertindak ganas menyerang gereja-gereja semasa berlakunya demonstrasi di Mesir.

Hal yang sama turut berlaku bilamana para demonstran beragama Islam menunaikan solat, maka umat Kristian akan membantu mengadakan kawalan supaya mereka tidak diganggu dan umat Islam dapat menyempurnakan solat mereka dengan aman, lapor akhbar thedailymail.
greenboc

Khamis, 22 Ogos 2013

Surat Pemimpin Ikhwan Beltagy Untuk Pembunuh Puterinya Asma

Cairo -Pemimpin Ikhwanul Muslimin Mohamad al-Beltagy menulis surat kepada puterinya Asmaa yang tewas oleh penembak tepat di Rabaa al-Adawiya Square, Rabu, 21/8/2013

Surat disiarkan di akaun al Beltagy mengungkapkan perasaannya kepada puterinya sebagai berikut:

 
"Puteriku terkasih dan guru yang tak ternilai ...

 
Ayahmu tidak mengucapkan kata perpisahan untukmu, sebaliknya ayahmu mengatakan "besok" akan bertemu. Engkau dengan teguh hati berjalan mencabar kekejaman. Menghadapi segala kesulitan dan rintangan, dan menolak semua hambatan, kerana cinta kebebasan. Engkau sedang mencari cakrawala baru secara diam-diam, dan dalam rangka untuk menghidupkan serta membina kembali umat. Sehingga dapat mengambil tempat yang layak dalam perjalanan peradaban. Engkau tetap sibuk bersama dengan teman-teman dalam perjuangan. Engkau belajar dan mencari pengetahuan, tanpa mengenal lelah, walaupun engkau selalu yang terbaik di sekolah.

 
Dalam masa hidup yang pendek ini, ayahmu tidak mempunyai cukup masa untuk bercakap denganmu. Ayahmu tidak punya cukup waktu boleh berbahagia dan menikmati hidup. Ketika kami akhirnya berkumpul di Rabaa al-Adawiya, engkau membincangkan bahawa "Engkau berada jauh dari kita, dan bahkan ketika kita bersama-sama." Ayahmu katakan bahawa "hidup ini tidak selama kita boleh mempunyai cukup waktu satu sama lain, ayahmu berdoa kepada Allah, semoga menganugerahkan kita dengan perbualan ini di Syurga nanti, supaya kita boleh mempunyai cukup waktu satu sama lain".


Ayahmu melihat engkau memakai gaun pengantin dalam mimpi dua hari sebelum engkau mati syahid. Peristiwa ini belum pernah terjadi sebelumnya, dan begitu indah. Ketika engkau duduk di sampingku, dan ayahmu bertanya "Apakah pernikahanmu malam ini?" "Pernikahanku tidak di malam hari, tetapi akan berlangsung di siang hari," ucapmu. Ayahmu mengerti apa yang telah engkau katakan sekarang. 


 
Sekarang menjadi kenyataan, ketika ayahmu mendengar bahawa engkau telah syahid pada Rabu siang. Ayahmu berdoa kepada Allah Azza Wa Jalla untuk menerimamu sebagai syuhada. Kesyahidanmu mengukuhkan keyakinan kita bahawa kita berada di jalan yang benar dan musuh kita berada dalam kehampaan dan tidak berguna.
 
Ayahmu sangat menyesal bahawa bapa tidak boleh bersamamu pada perpisahan terakhir. Ayahmu tidak boleh melihatmu dan mencium dahimu terakhir kalinya dan mendapat kehormatan melakukan doa dipemakaman untukmu anakku. Hal yang membuat ayahmu tidak boleh melakukan, bukan takut mati atau penjara, melainkan untuk mempertahankan cita-cita perjuangan yang menyebabkan engkau mati.


 
Peluru kejam menembak di dada saat engkau menolak kekejaman. Tekad yang besar dan jiwa yang besar engkau miliki. Ayahmu percaya bahawa engkau setia pada janjimu kepada Allah dan Dia setia kepada janji-Nya kepadamu. Itulah mengapa Allah berikan kepadamu keksyahidan.
 
Terakhir Puteri terkasih dan guru tak ternilai ...
 
Ayahmu tidak mengucapkan kata perpisahan untukmu, sebaliknya ayahmu katakan besok ... Pertemuan kami akan berada di tepi kolam renang di Syurga Kausar dengan Nabi Shallahu alaihi wassalam, dan para sahabatnya, dalam kedudukan terhormat dekat dengan kuasa dan syariat Allah, ketika pertemuan kita mempunyai harapan dan cukup masa untuk satu sama lain selamanya ". Ratna m / wb


Diterjemah dari: voa-islam.com

Ahad, 18 Ogos 2013

Kisah BENAR Memilukan Seorang Rakyat MESIR Mencari Jenazah Bapa


Berdasarkan cerita dari anaknya (anak si syahid biiznillah) Sarah Muahammad Ali Muhammad Ibrahim :

Sesungguhnya bilangan para jenazah terlampau tinggi, dan para jenazah ini telah dibahagikan ke banyak hospital, kami yang ingin mencari jenazah Ayah terdiri daripada saya, Umar, Dr Ahmad kawan ayah saya dan Rasya sahabat kami, kami tidak tahu bagaimana mahu memulakan pencarian kecuali dengan mengagihkan setiap seorang ke satu tempat.
Ahhhhh, bertapa hancur luluhnya perasaan dan sakitnya hati saya apabila terhidu bau kematian dan saya berseorangan mencari dan membelek setiap satu jenazah dan cuba untuk mengenal pasti tanpa ada pertolongan dari sesiapa.

Sesudah itu kami menelefon antara satu sama lain bertanyakan hasil pencarian :

"Awak sudah jumpa dia?"

"Belum lagi, awak?"

"Belum"

"Ok, awak dah tengok elok-elok?"

"Ya, saya sudah tengok elok-elok, saya dah belek-belek setiap satu dari mereka, awak dah tengok elok-elok?"

"Sudah"

"Awak pasti?"

"Ya"

"Ok, kalau begitu cari lagi, mana tahu kalau awak terlepas pandang, dan saya juga akan cari sekali lagi"

"Baiklah"

Kemudian selepas beberapa minit kami bercakap di telefon sekali lagi.

"Sarah, awak sudah jumpa ke belum?"

"Belum lagi wahai Umar"

"Ok, berdekatan awak ada tak mayat yang terbakar (rentung)?"

"Ya"

"Baik, awak tengok elok-elok andai awak terjumpa apa-apa barang milik si mati yang boleh menentukan identitinya"

"Baik"


Selepas beberapa minit..


"Umar, mana beg ayah yang ada kesan darah tu?"

"Saya dah bawa balik rumah"

"Ok, letak dalam plastik dan ikat elok-elok"

"Kenapa"

"Sebab ada empat mayat rentung secara total dan tanpa apa-apa identiti, dan hanya satu cara untuk kenal pasti adalah dengan ujian DNA , dan saksi mengatakan ayah berada di tempat yang terbakar."

"Baiklah wahai Sarah, tetapi ni maknanya kita hanya akan tahu keputusannya selepas sebulan"

"Kita nak cakap apa pada ibu? Ibu mesti tidak dapat mengawal dirinya"

"Kita terpaksa membohonginya"

"Maksudnya kita nak cakap apa?"

"Awak fikirkan, dan saya juga akan fikir kemudian kita akan bercakap dengannya"

Maka perbualan kami menyusuri 48 jam ini hanyalah berkaitan kematian dan jenazah, mangsa cedera dan mangsa terbakar. Hati-hati kami perit, terus berdiri di atas kedua kaki kami dengan kekuatan yang tidak tahu dari mana datangnya.

Seumur hidup kami tidak pernah terbayang bahawa kami akan terpaksa berjalan di dalam lautan darah di antara jenazah-jenazah, dan itu hanyalah kerana kami mencari jenazah ayah kami yang sudah meninggal, bukan yang hidup.

Kemudian,

Selepas 48 jam berada di antara para jenazah, 600 jenazah, 40 jenazah yang rentung.

Kami berpusing-pusing di antara rumah-rumah mayat dan hospital-hospital, meneliti wajah-wajah, memeriksa jenazah-jenazah dan mendekatkan muka kami pada setiap wajah, sehingga kami tidak tahu apa perasaan yang sewajarnya kami rasa, sama ada untuk bersedih setelah menjumpainya atau merasa lega kerana telah menemui jenazahnya.

Kami terpaksa melangkah jenazah-jenazah kerana tiada ruang untuk bergerak, kaki kami berulang-alik di dalam darah, kami dekatkan wajah untuk mengecam, tapi kecederaan menyukarkan pengecaman.

Kami periksa jenazah yang rentung dan meneliti sebaik mungkin, mungkin kami akan menemui sebarang tanda pengenalan ayah.

Bau jenazah menyelubungi persekitaran kami.
Darah telah membasahi tudung-tudung kami.
Tembakan sentiasa dilepaskan kemana saja kami pergi,
Kami tetap yakin kami akan menemuinya.

Selepas kami hampir putus harapan, ada seseorang menghubungi kami dan mengatakan bahawa jenazah ayah telah dibuang dari kenderaan di tepi jalan berhampiran rumah mayat, saya terus berlari.

Akhirnya kami menemuinya..

Satu peluru menembusi lehernya,
dan satu peluru menembusi pipi ke belakang telinganya.

Kami gembira menemuinya seolah-olah kami telah menemui jenazah ayah dalam keadaan hidup,

Ayah telah pergi...

Sumber : محمد مرسي رئيساً للجمهورية
Kredit:www.mohamadazhan.com
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik