IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Akibat Dadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akibat Dadah. Papar semua catatan

Rabu, 16 April 2014

Inilah Gambar-Gambar Bunuh Diri Kurt Cobain ‘Terbaru’ Dikeluarkan Oleh Polis Seattle!


Polis bandar Seattle baru saja mengeluarkan beberapa foto bunuh diri vokalis Nirvana 20 tahun lalu, Kurt Cobain, yang belum pernah diterbitkan sama sekali di media.
Polis mempelajari kembali kes kematian Cobain pada 5 April 1994 lalu, melalui foto-foto yang pernah diambil di kediaman Cobain 3 hari setelah ditemui kepalanya ditembusi peluru pistolnya sendiri.
Salah satu dari dua foto yang dikeluarkan oleh polis Seattle hari khamis pagi (3/4/2014) lalu menunjukkan gambar-gambar dalam jarak dekat kedudukan tangan Kurt Cobain masih terkulai, dan beberapa gambar lainnya menunjukkan satu kotak peluru tidak jauh dari kaki Cobain yang pada masa itu yang masih memakai kasut Converse sneaker.
Ketua band grunge Seattle ini mati dengan tembakannya sendiri, yang sebelum itu menggunakan ubat bius jenis heroin yang bukti-buktinya itu ditemui berdekatan tempat tubuhnya ditemui.*[Underground Tauhid]


P/s: Wahai sahabatku setiap masalah ada jalan keluar,bunuh diri bukan jalannya... sebagai muslim atau non muslim kembalilah kepada Allah S.W.T, bersyukurlah apa yang ada pada kita, carilah rakan yang baik2 dan berubatlah pada yang pakar ...Wallahu A'lam.
kurtcobaindeathscene9
kurtcobaindeathscene6
kurtcobaindeathscene5
kurtcobaindeathscene4
kurtcobaindeathscene3
kurtcobaindeathscene2
kurtcobaindeathscene1

Diterjemah & Edit dari Underground Tauhid


Rabu, 12 Oktober 2011

Ramalan Tepat Tarikh Kematian Sendiri

LAMAN Twitter Mikey Welsh yang meramalkan kematiannya.

Ramalan bekas pemain gitar bes kumpulan rock Weezer, Mikey Welsh bahawa dia bakal menemui ajal pada 9 Oktober lalu menjadi kenyataan apabila dia itu ditemui mati di bilik hotel penginapannya kelmarin, lapor beberapa buah akhbar semalam.


Welsh meninggal dunia dipercayai kerana mengambil dadah secara berlebihan pada usia 40 tahun. Dia menginap di hotel berkenaan di sini kerana mahu menonton persembahan Weezer.


Selebriti itu meramalkan dengan tepat lokasi dan masa kematiannya di laman perkongsian sosial, Twitter pada 26 September lalu.


"Saya bermimpi saya mati di Chicago pada hujung minggu depan kerana diserang sakit jantung semasa tidur. Saya perlu menulis wasiat saya sekarang," kata Welsh dalam akaun Twitter miliknya.


Kemudian dia berkata: "Pembetulan, saya akan mati pada hujung minggu satu lagi."


Selain ramalan tepat itu, pemuzik berkenaan turut membuat beberapa ramalan berhubung peristiwa yang akan berlaku dalam akaun Facebooknya. - Agensi/paapaada




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik