IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Ulasan Buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ulasan Buku. Papar semua catatan

Ahad, 8 Julai 2012

All-American: Mengenali Lelaki Amerika Muslim secara Lebih Dekat



Jihad. Misoginis. Kulit coklat. Berjanggut. Tak bergaya Amerika. Ini adalah istilah dan gambaran yang sering kali dikaitkan dengan para lelaki Muslim Amerika. Sebuah kompilasi esei autobiografi oleh para lelaki Muslim Amerika, All-American: 45 American Muslim Men on Being Muslim, menyuguhkan siri catatan peribadi yang melawan pelbagai andaian dan stereotaip tadi.
Tinjauan dari dekat dan peribadi ke dalam kehidupan orang Amerika Muslim ini adalah bahagian kedua dari seri I Speak for Myself, sekumpulan antologi cerita antara agama dan antarbudaya. Buku pertama menumpukan pada cerita-cerita perempuan Amerika Muslim. 


Zahra Suratwala, koeditor dari kedua-dua buku ini, menjelaskan tentang inspirasi dibuatnya antologi-antologi ini, "Agaknya ada banyak orang yang bicara tentang seperti apa Islam dan Muslim itu, namun tidak banyak dari mereka yang juga Muslim. 


Kami berupaya mengisi apa yang kami lihat sebagai celah nyata dalam dialog mengenai Islam dan Muslim. " Wajahat Ali, koeditor All-American: 45 American Muslim Men on Being Muslim, menulis dalam pendahuluan bahawa mengisahkan cerita peribadi adalah cara terbaik dan paling memberi kesan untuk mengatasi ranah -ranah yang sukar disentuh dialog.


Mengutip ayat Quran, "Wahai orang-orang yang beriman ... Kami telah jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu dapat saling mengenal, "(49: 13), beliau telah mengemukakan bahawa" saling mengenal "sering kali terjadi melalui berkongsi pengalaman peribadi, sesuatu yang dilakukan oleh masing-masing esais di dalam buku ini . 


Para lelaki yang dipaparkan di dalam buku ini termasuk Jason Moy, seorang peguam Kor Peguam Tentera AS; Hasan Minhaj, seorang pelawak; Amer Ahmed, Inspektor bandar Chicago; Mark Gonzales, penyair dan pendidik; Shahed Amanullah, Penasihat Senior Perwakilan Khusus untuk Komunitas Muslim di Kemenlu AS; Kamran Pasha, seorang penulis scenario dan pengarah, Michael Muhammad Knight, seorang novelis dan Suhail Khan, peguam dan Ketua Conservative Inclusion Committee.Mereka yang dipaparkan di dalam buku ini adalah para suami, ayah, saudara laki-laki, dan anak; mereka berkulit coklat, hitam, putih ataupun di antara warna-warna ini. 


Beberapa lelaki menulis tentang pergumulan mereka dengan agama dalam pelbagai babak hidup mereka. Sebahagian lelaki menceritakan perjuangan mereka ketika tumbuh di, atau semasa datang ke Amerika, sementara yang lain merenungkan inspirasi yang mereka dapatkan dari pelbagai aspek saling berkaitan dari identiti mereka selaku orang Amerika Muslim.


Tidak ada yang melihat agama mereka bercanggah dengan kedudukan sebagai orang Amerika. Semua dengan jelas ingin dan tengah bekerja keras untuk mencapai mimpi Amerika mereka sendiri. Misalnya, Khaled Beydoun, seorang peguam Amerika keturunan Arab, menulis tentang mengatasi
ketidakberuntungan dan masa kecilnya tumbuh di Detroit, Michigan, di sebuah rumah dengan orang tua tunggal, sambil bergantung pada bantuan kerajaan. 


Ia menggambarkan bagaimana ia berjuang sebagai pelajar, bagaimana ia gagal di tahun pertamanya di sekolah menengah, yang membuatnya ikut sekolah musim panas dan menjadi titik balik bagi pertumbuhan akademik dan peribadinya. 


Eseinya berdasarkan pada sebuah ceramah yang ia berikan kepada para pelajar di Detroit, yang banyak dari mereka tengah menghadapi perjuangan yang sama sepertinya dulu. "Muslim dipandang sebagai minoriti teladan [di Amerika]," katanya. "Mereka telah berjaya secara ekonomi, untuk sebahagian besar. Cerita saya menyampaikan kisah yang berbeza - bahawa ada orang-orang Amerika Muslim yang harus berjuang, tidak semuanya punya hidup yang mulus. 


" Mohamed Geraldez, seorang pengusaha Amerika keturunan Filipina, juga menulis tentang upaya mengatasi kesulitan kewangan dan personal yang ekstrem untuk tumbuh besar di keluarga pendatang, dan perjuangan spiritualnya untuk mendapatkan penerimaan dari keluarganya setelah ia masuk Islam ketika awal-awal masuk kuliah. 


Ia juga berharap dapat menginspirasi mereka yang membaca ceritanya untuk mengatasi cabaran mereka sendiri dalam kehidupan dan untuk memahami bahawa tidak semua orang Amerika Muslim mempunyai cerita yang sama, seperti anggapan banyak orang. "Saya mahu orang-orang yang membaca ini mengerti bahawa Muslim itu tidak monolitik , "kata Geraldez, yang menambah," Komuniti orang Amerika Muslim cukup warna-warni dan keliru bila kita melukiskan seluruh komuniti ini dengan generalisasi berlebihan. " 


Kekecewaannya dengan anggapan luas bahawa semua Muslim adalah sama juga dimiliki oleh masing-masing penyumbang buku ini. Sudah terlalu lama cerita mereka - cerita lelaki Amerika Muslim - dituturkan oleh orang lain.


Buku ini adalah kesempatan mereka bercakap untuk diri mereka sendiri dan menceritakan kisah mereka kepada yang lain. Arahan All-American tentu tidak boleh merangkumi kepelbagaian kompleks lelaki Amerika Muslim seluruhnya, namun benar-benar menawarkan wawasan unik dan luar biasa mengenai kehidupan lelaki Amerika Muslim di luar pemberitaan. * / Nadia S. Mohammad,Redaksi Asosiat AltMuslimah.com. Artikel ini ditulis untuk Agensi Berita Common Ground (CGNews).


Disunting dari : www.hidayatullah.com

Selasa, 27 Disember 2011

Mengenali Novelis Mistik -Tamar Jalis



SELAMA 30 tahun Ahmad menyembunyikan identiti Tamar Jalis.


Tamar Jalis pinjam nama jin



NOVEL mistik, Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) telah mencetuskan fenomena pada tahun 1980-an.
Sebanyak 284 siri novel itu disiarkan majalah Variasari terbitan Kumpulan Variapop selama lebih 23 tahun bermula dari bulan April 1981 hingga Januari 2005.
Ia adalah siri terpanjang dan paling lama disiarkan dalam majalah di Malaysia. Disebabkan SBDJ, Variasari pernah dicetak sehingga 120,000 naskhah sebulan.
Tetapi penulisnya, Tamar Jalis kekal misteri selama 30 tahun sehinggalah beliau mendedahkan identiti sebenarnya Jun lalu.
Beliau ialah Ahmad@Mohd. Radzi Mahmud, 73, yang berasal dari Beruas, Perak. Menurut Ahmad, nama Tamar Jalis diambil daripada nama jin dalam Hikayat Inderaputera iaitu sebuah kesusasteraan Melayu lama.
Walaupun beliau seorang penulis cerita hantu terkenal, penampilan Ahmad semasa ditemui di sebuah kompleks beli-belah di Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini tidak seaneh yang dibayangkan.
Beliau selesa memakai baju kemeja dan berseluar jean. Di sebalik kedutan pada wajahnya, beliau kelihatan sihat dan kuat.
“Pada mulanya SBDJ cuma cubaan untuk menaikkan jualan Variasari yang agak lembap pada masa itu tetapi tidak sangka pula ia mendapat sambutan hangat pembaca sehingga majalah itu diulang cetak sebanyak beberapa kali,” jelas Ahmad yang pernah bekerja sebagai buruh dan peniaga malah wartawan sebuah akhbar.
Beliau yang kini menetap di Kota Damansara berkata, idea untuk menulis siri novel itu timbul selepas beliau berusia 40 tahun.
“Biasalah orang muda, semasa usia 20 atau 30-an, kita kurang serius terhadap pelbagai perkara termasuk kehidupan.
“Namun, selain untuk melariskan jualan Variasari, saya merasakan pengalaman mengikuti datuk saya perlu diceritakan,” ujarnya mengenai datuknya, Kulup Muhamad Diah atau lebih dikenali dengan panggilan Long Mat Piah.
Long Mat Piah ialah seorang pengamal perubatan tradisional. Ahmad banyak mengikut datuknya itu mengubat orang yang mengalami gangguan jin sehingga membawa beliau ke semua daerah di Perak.
Muncul
Keluarga Ahmad tinggal berdekatan dengan rumah datuknya. Beritahu Ahmad, mungkin disebabkan beliau cucu yang paling disayangi jadi beliau sering diajak oleh datuknya untuk mengubat.
“Pengalaman melihat dan mendengar suara makhluk halus khususnya daripada individu yang dirasuk jin memberi idea untuk saya menulis.
“Pada mulanya saya agak takut tetapi disebabkan ilmu yang ada pada datuk menyebabkan saya yakin dan berani,” kata Ahmad.
Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan Ahmad ialah semasa mengikuti datuknya menghalau hantu seorang wanita yang telah meninggal dunia tetapi tetap mengganggu keluarganya.
“Wanita itu mengamalkan satu ilmu hitam iaitu nasi tangas untuk membuatkan suaminya tunduk dan taat kepadanya.
“Selain itu, wanita itu juga ingin suaminya yang juga seorang kaki judi berubah,” ceritanya.
Ahmad memberitahu, disebabkan mengamalkan ilmu yang salah itu, roh wanita itu sering mengganggu keluarganya.
“Syukur datuk saya berjaya menghalau hantu wanita tersebut daripada terus mengganggu keluarganya,” ujar beliau.
Namun, beliau mengaku tidak pernah dirasuk atau diganggu makhluk halus sehingga sekarang.
Ahmad memberitahu, beliau mampu menyiapkan satu siri novel SBDJ dalam tempoh sehari.
“Saya sendiri pernah melaluinya jadi lebih mudah untuk menulis. Memang ada penambahan cerita tetapi tidak terlalu terpesong daripada cerita sebenar,” katanya.
Namun, mengapa pada usia lebih 70 tahun baru Ahmad terfikir untuk menonjolkan diri?
“Cukuplah, asalkan nama jin Tamar Jalis popular,” ujarnya.
Jelasnya lagi, beliau juga mengetahui artikel penulis bertajuk Tamar Jalis Manusia Misteri yang tersiar dalam Kosmo! Ahad keluaran 24 Januari 2010.
“Saya masih menyimpan artikel itu. Rakan saya A. Jalil Miran (dikatakan juga pemilik nama Tamar Jalis) banyak membantu saya dalam menghasilkan SBDJ.
“Jasanya tidak mampu dibalas walaupun beliau telah meninggal dunia,” jelas Ahmad.
Sebelum beredar, penulis bertanya kepada Ahmad sekiranya beliau mendedahkan identitinya lebih awal, beliau mungkin lebih terkenal dan mampu menjadi lebih kaya berbanding sekarang.
“Tidak mengapa, cukuplah rezeki yang ada,” katanya.
Kini, novel SBDJ bakal diadaptasi ke dalam bentuk drama televisyen.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nafiela, Syamreen Azam Shafei yang sekarang menerbitkan novel SBDJ, usaha itu sedang giat dijalankan termasuk mencari barisan pelakon yang sesuai.
“Saya berharap dengan adanya drama SBDJ, cerita seram ini akan ada kesinambungannya,” ujar Syamreen.
Kosmo!

Sabtu, 17 Disember 2011

Senarai Buku Yang Diharamkan oleh JAKIM

  • 1000 Hikmat (Ali Zulfakar)
  • Methodologi Fiqih Islam Kotemporeri (Dr Ir Muhammad Shahrur)
  • 70 Amalan Benteng Diri, Keluarga dan Kediaman Daripada Manusia dan Jin (Sharhan Shafie
  • Senjata Mukmin (Abu Mazaya Al-Hafiz
  • Detik-detik Pembongkaran Agama (NurKhalik Ridzuan)
  • 1001 Mutiara Hikmah dan Hikmah dan Kata Nasihat (Kasmuri Selamat MA)
  • Sebongkah Batu Di Kuala Berang (Faisal Tehrani)
  • Commentary and Translation of the Holy Quran (Hasrath Kambam P.M Peer Muhammad Baghavy)
  • Islam, Kemordenan dan Keindonesiaan (Dr Nurcholish Madjid)
  • Islam dan Iman: Aturan-aturan Pokok (Dr Ir Muhammad Shahrur).
  • Mengenal Diri: Ilmu Peninggalan Tok Kenali (Mohd Yusof Che Wook)
  • The Teachings of the Quran (H.U. Weltbrecht Stanton)
  • Sabda Rasullah S.A.W:  Mahdi Aku Ada Dua Tanda (Mohd Zain Hassan)
  • Nomad, From Islam to America: A Personal Journey Through the Clash of Civilizations (Ayaan Hirsi Ali).
  • Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going


Pihak JAKIM baru-baru ini telah membuat keputusan mengharamkan beberapa buah buku [lihat senarai penuh di atas] atas beberapa sebab yang tidak dinyatakan dengan jelas. Sebenarnya tidak salah pun JAKIM mengharamkan penjualan dan pembelian buku-buku di atas ini, tetapi kena bagitau sebab yang jelas. Kalau tidak, dengan mudah ia akan disalah sangka oleh mereka bahawa Jakim bertindak atas kepentingan tertentu.

Kalau diperhatikan sekarang ni filem-filem yang mengarut banyak je lepas tanpa apa-apa sekatan tapi buku-buku yang berunsur dakwah pula disekat dan diharamkan. Apa motifnya disini?Buku-buku yang akan merosakkan iman orang islam? Bila tiada sebab yang jelas, orang akan dengan mudah meragui jakim.

Hanya pengharamkan buku LKY [Lew Kuan Yew] sahaja dijelaskan secara terperinci oleh jakim. Buku itu bermotifkan politik tapi ia diharamkan sebab LKY memberikan pandangan nya bahawa umat islam Singapura tidak sepatutnya mengamalkan ajaran islam yang ketat supaya senang membangunkan Singapura.

Pandangan itu mencetuskan rasa tidak senang di kalangan masyarakat Melayu dan umat Islam di Singapura dan juga di Malaysia.

Ekoran protes itu, beliau menarik kenyataannya Mac lalu - beberapa bulan sebelum pilihan raya umum.

Anaknya, Lee Hsien Loong yang kini mengetuai parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) hanya memperoleh undi kurang kurang 60 peratus pada pilihan raya umum tahun ini, keputusan paling buruk dalam sejarah negara itu.

Namun sebuah Blog menyatakan ketidakpuasannya dan bertanya... "Kenapa buku-buku di atas ini haram tapi bukan Majalah MANGGA? Kenapa?", soalnya lagi diantara perenggan akhir artikelnya itu.


P/s: Aku pun musykill juge..



Jumaat, 16 Disember 2011

Rahsia Pembunuh Ekonomi Dunia- Jangan tunggu Buku Ini Dibakar !



SINOPSIS
Mereka dapat menghancurkan kebahagiaan dan segala-galanya yang anda miliki. Bacaan wajib untuk sesiapa yang prihatin kepada diri sendiri, anak-anak, dan keluarga mereka. Anda mampu menghalangnya.
Economic Hit Man atau Penyangak Ekonomi adalah golongan profesional yang dibayar gaji lumayan bagi menipu dan menjatuhkan ekonomi sesebuah negara.
Mereka datang membawa duit dan dengan baik hatinya memberi pinjam kepada kita. Sebaik sahaja kita menerima duit itu, jadilah kita sebagai hamba abdinya. Segala-galanya dikawal oleh mereka. Dan kini, salah seorang daripada mereka mendedahkan konspirasi ini di dalam buku yang sedang dipegang oleh anda.
Banyak negara sudah ditipu hampir bertrilion-trilion ringgit dan kini menjadi boneka yang dikawal sepenuhnya oleh Amerika. Senjata para penyangak ekonomi ini adalah laporan kewangan palsu, manipulasi pilihan raya, ugutan, habuan seks, malah hingga ke peringkat sanggup membunuh.
Mereka meyakinkan negara-negara yang strategik dan ada kepentingan kepada Amerika supaya menerima pinjaman bagi membangunkan projek-projek negara. Mereka memastikan projek-projek mega yang mewah semuanya diberi kontrak kepada Amerika.
Pengakuan berani seorang penyangak ekonomi yang mendedahkan rancangan Amerika menguasai ekonomi dunia secara terperinci.
Membongkar rahsia bagaimana Amerika berubah daripada negara yang dihormati menjadi sebuah empayar yang digeruni.
Buku bestseller yang penuh kontroversi.
Aku dah beli, memang menarik dan meransang minda.Inilah satu buku yang ramai orang Melayu dan rakyat Malaysia kena beli dan baca. Jangan kita percaya sangat dengan wayang yang orang luar buat, jangan cepat sangat kagum dengan puak-puak ini.Buku  ini bagus di baca untuk pengkagum-pengkagum Amerika...Tak salah kita membaca tulisan dan cerita dari seorang yang sudah mengaku kesalahan dan 'bertaubat' dari apa yang telah dilakukannya dahulu ..semoga kita dapat sesuatu darinya..yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan..Wassalam.

Penulis-John Perkins


BAHAGIAN I: 1963 – 1971
1 Kelahiran Seorang Penyangak Ekonomi Antarabangsa - 24
2 ‘Terikat Sepanjang Hayat’ - 38
3 Indonesia: Pengajaran untuk EHM - 49
4 Menyelamatkan Negara Daripada Komunisme - 54
5 Menjual Hati dan Jiwa Saya - 60
BAHAGIAN II: 1971 – 1975
Peranan Saya Sebagai Penyoal - 68
7 Peradaban Diuji - 74
8 Jesus Yang Berbeza - 80
9 Peluang Sekali Seumur Hidup - 86
10 Presiden Panama dan Hero - 95
11 Lanun di Zon Terusan - 102
12 Kisah Askar dan Pelacur - 106
13 Berbual-Bual Dengan Jeneral 112
14 Memasuki Tempoh Baru dan Kejam Dalam Sejarah Ekonomi Dunia - 120
15 Pengubahan Wang Haram Arab Saudi - 126
16 Melayan Kerenah Putera W. dan Membiayai Osama bin Laden - 144
BAHAGIAN III: 1975 - 1981
17 Rundingan Terusan dan Graham Greene - 151
18 Raja Segala Raja, Iran - 161
19 Pengakuan Mangsa Dera - 168
20 Kejatuhan Seorang Raja - 173
21 Colombia: Batu Gerbang Amerika Latin - 177
22 Republik Amerika Melawan Empayar Global - 183
23 Butir-Butir Peribadi yang Mengelirukan - 192
24 Presiden Ecuador memerangi Syarikat-Syarikat Minyak - 208
25 Saya Menarik Diri - 214
BAHAGIAN III: 1981 – Sekarang
26 Kematian Presiden Ecuador - 221
27 Panama: Kematian Omar Torrijos - 227
28 Syarikat Tenaga Saya, Enron dan George W. Bush - 232
29 Saya Ambil Rasuah - 239
30 Amerika Syarikat Menceroboh Panama - 247
31 EHM-EHM Gagal di Iraq - 259
32 Kesan Tragedi 11 September Ke Atas Saya - 269
33 Venezuela: Diselamatkan Oleh Saddam - 279
34 Ecuador Dilawati Semula - 288
35 Mengupas Aising Kek - 299

Untuk membeli Sila Klik Disini



Jumaat, 21 Oktober 2011

Jom! Kita Pergi Ekspo Buku Islam Di Stesen Sentral Kuala Lumpur


 

Klik > www.sinergiilmu.com


PETA TAPAK EKSPO
Tingkat 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur

Senarai penerbit yang mengambil bahagian:
Telaga Biru Sdn. Bhd. ~ Galeri Ilmu Sdn. Bhd. ~  Must Read Sdn. Bhd. ~ Jemari Seni Sdn. Bhd.
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ~ MMP Communications Sdn. Bhd.

PETA KE STESEN SENTRAL KUALA LUMPUR


Sila layari http://www.klsentral.com.my/Conn_Main.aspx untuk maklumat pengangkutan awam untuk ke Stesen Sentral Kuala Lumpur



Rabu, 21 September 2011

Doa Ibu Bapa Diterima Allah SWT Tanpa Hijab

pix_gal0
Judul: Mukjizat dan Keajaiban Doa Ibu Bapa
Penulis: Abd Rahman Mohd Adil
Penerbit: Pustaka Azhar
Pengulas: Hasliza Hassan Harga: RM17

DOA mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah dan Allah menyukai orang yang berdoa kepada-Nya. Doa juga menjadi senjata orang mukmin yang sentiasa mengharapkan reda Allah serta mengimpikan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiga jenis doa yang pasti akan dikabulkan tanpa diragui lagi; doa orang yang sedang musafir dan doa orang tua ke atas anaknya.” (Hadis hasan al-Tirmizi)

Berdasarkan hadis itu, beruntunglah mereka yang ibu bapanya mendoakan kebaikan kepadanya. Rugilah mereka yang menyebabkan ibu bapa murka sehingga mendoakan sesuatu yang buruk.

Berlaku hari ini kejadian anak derhaka kepada ibu bapa hingga sanggup membiarkan mereka ditempatkan di rumah perlindungan. Malah, ada yang sanggup meninggalkan ibu bapa di tepi jalan.
 

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina! Baginda ditanya: Siapakah wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.” (Sahih Muslim)
 

Malangnya, ada anak yang tidak takut dengan balasan terhadap perbuatan mereka membiarkan ibu bapa tanpa penjagaan rapi.

Buku Mukjizat dan Keajaiban Doa Ibu Bapa diharap dapat menyedarkan anak betapa tinggi kedudukan ibu bapa hingga Allah memberi kurnia doa yang mustajab kepada kedua-duanya.

Dahsyatnya doa ibu bapa dirakamkan dalam pertemuan Umar al-Khatab dengan Uwais bin Amar yang meminta Uwais meminta ampun untuknya, maka Uwais meminta ampun untuk Umar.

Umar mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Akan datang kepada kalian Uwais bin Amar bersama pasukan bantuan dari Yaman. (Dia) daripada Murod, kemudian daripada Qarn. Dia dulunya memiliki penyakit belang lalu telah sembuh daripadanya kecuali satu bahagian sebesar satu dirham.

“Dia memiliki seorang ibu yang selalu dia berbakti kepadanya. Jika dia bersumpah dengan nama Allah, nescaya Allah akan makbulkan sumpahnya itu. Jika kamu mampu memintanya dengan memohon ampun untuk kamu, maka lakukanlah.”

Riwayat ini menunjukkan kedudukan ibu bapa terhadap anak dan kepentingan berbuat baik kepada ibu bapa. Doa ibu bapa diterima Allah tanpa sekatan demikian pula besarnya darjat anak yang berbuat baik kepada ibu bapa hingga sumpahnya dibenarkan Allah.

Bagi anak yang tidak menghormati ibu bapa, jangan sampai ibu bapa berdoa keburukan untuk mereka. Ketahuilah, doa ibu bapa memiliki tenaga yang dahsyat sehingga ketaatan kepada Allah dikaitkan dengan ketaatan kepada ibu bapa.



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik