IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Bentuk Tahi Bintang atau Meteor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bentuk Tahi Bintang atau Meteor. Papar semua catatan

Ahad, 11 Ogos 2013

Saksikan Hujan Meteor di Malaysia Malam Esok

Saksikan, hujan meteor akan melintasi langit Kamis subuh   

meteor shower. © Environmentalgraffiti.com

Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa Malaysia malam esok sehingga subuh pada hari Selasa.
Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mhd Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang. 

“Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.
“Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.

“Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar,” katanya.
Beliau berkata, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. – BERNAMA @http://www.utusan.com.my

Rabu, 20 Februari 2013

Inilah Bentuk Pecahan Batu 'Meteor Rusia'


detail berita
Batu pecahan meteor Rusia (Gambar: Mirror)

Moscow - Meteor yang jatuh ke tanah besar Rusia pada Jumaat 
(15/2),  melanda berhampiran timbunan salji dekat sebuah Tasik.  

Serpihan hasil ledakan meteor tersebut ditemui oleh saintis.Mirror melaporkan , Selasa (19/2/2013), butiran hitam yang berasal dari meteor dahsyat meluncur di atas Ural Mountains Rusia pada pagi Jumaat itu. 

Para saintis telah menjelajahi kawasan pedalaman di sekitar bandar Chelyabinsk, Rusia untuk mencari tanda-tanda batuan dari luar angkasa itu. Fragmen atau pecahan meteor berbentuk kecil adalah yang pertama kali ditemui.

Sementara potongan yang lebih besar dianggarkan telah tersebar di sebahagian kawasan industri. Anggota penyelidik dari Russian Academy of Sciences melakukan ujian kimia pada beberapa batu yang tidak biasa yang ditemui disana. 

Mereka mengatakan bahawa potongan benda ini berasal dari luar angkasa. "Kami mengesahkan bahawa zarah ini dijumpai oleh ekspedisi dekat Danau Chebarkul yang mempunyai komposisi sebuah meteorit," ujar penyelidik Viktor Grokhovsky dari Russian Academy of Sciences. 

Melalui bantuan mikroskop, diketahui bahawa serpihan meteor ini mengandungi besi sebanyak 10 peratus. "Meteorit ini mempunyai kelas chondrites biasa," tambahnya. Lebih banyak Grokhovsky mengatakan, batu tersebut terdiri daripada sebahagian besi metalik serta Chrysolite dan sulfite ."Kemungkinan besar, batu ini akan dinamakan meteorit Chebarkul," jelasnya. (amr)

Kredit: Ahmad Luthfi - Okezone


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik