IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Fekah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fekah. Papar semua catatan

Khamis, 4 April 2013

Hukum Memakai Bulu Mata Palsu

hukum memakai bulu mata palsu dan maskara

Soalan
Assalamualaikum,

Apakah hukum memakai bulu mata palsu dan maskara?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Pemakaian bulu mata palsu adalah haram selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakain rambut palsu:

“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934)

Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam.
Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk.
Sebagai peringatan Panel menasihatkan gunakanlah maskara yang tidak menonjol ketebalan bulu mata tersebut sehingga menarik perhatian kaum lelaki. Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan zaman jahiliyyah.
Wallahua’lam

Sumber: http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/www.blogammar.com


Sabtu, 23 Februari 2013

Hukum Mencium Tangan Dan Membongkokkan Badan Ketika Bersalaman




[Pertama] Hukum Mencium Tangan

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) mengatakan yang bermaksud;

“Berkaitan mencium tangan; dalam soal ini terdapat banyak hadis dan atsar dari kalangan salaf yang secara keseluruhan menunjukkan bahawa hadis tersebut sahih dari Nabi. Oleh sebab itu, kami berpendapat dibolehkan mencium tangan seorang ulama (yang ahli sunnah, bukan ahli bid’ah – pent.) jika memenuhi beberapa syarat berikut ini.

1. Perbuatan mencium tangan tersebut tidak dijadikan sebagai kebiasaan. Sehingga ulama tertentu terbiasa menghulurkan tangannya kepada murid-muridnya. Demikian juga para murid terbiasa mengambil barakah dengan mencium tangan gurunya. Ini kerana Nabi sendiri jarang sekali tangannya dicium oleh para shahabat. Jika demikian maka tidak boleh menjadikannya sebagai kebiasaan yang dilakukan terus-menerus sebagaimana kita ketahui dalam perbahasan kaedah-kaedah fiqh.

2. Perbuatan mencium tangan tersebut tidaklah menyebabkan ulama tersebut merasa sombong dan merasa lebih baik daripada yang lain serta menganggap dirinyalah yang paling hebat berbanding yang lain.

3. Perbuatan mencium tangan tersebut tidak menyebabkan hilangnya sunnah Nabi yang sudah diketahui seperti sunnah bersalaman. Bersalam atau berjabat tangan adalah satu amal yang dianjurkan berdasarkan perbuatan dan sabda Nabi. Bersalaman tangan adalah salah satu sebab gugurnya dosa-dosa orang yang melakukannya sebagaimana terdapat dalam beberapa hadis. Oleh itu, tidak sepatutnya sunnah berjabat tangan ini ditinggalkan kerana mengejar suatu amalan yang hanya berstatus mubah (dibolehkan).” (Silsilah al-Ahaadits ash-Shahihah 1/159, Maktabah Syamilah)

[Kedua] Membongkokkan atau menundukkan badan sebagai penghormatan

Hadis daripada Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu, Kami bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَنْحَنِي بَعْضُنَا لِبَعْضٍ قَالَ لَا قُلْنَا أَيُعَانِقُ بَعْضُنَا بَعْضًا قَالَ لَا وَلَكِنْ تَصَافَحُوا

“Wahai Rasulullah, adakah sebahagian kami boleh membongkokkan (atau menundukkan) badan kepada sebahagian yang lain (yang ditemui)?” Rasulullah bersabda, “Tidak boleh.” Kami bertanya lagi, “Adakah kami boleh berpelukan jika saling bertemu?” Beliau bersabda, “Tidak boleh. Yang benar hendaklah kalian saling bersalaman.” (Sunan Ibnu Majah, no. 3692. Dinilai hasan oleh al-Albani)

Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu berkata:

قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ الرَّجُلُ مِنَّا يَلْقَى أَخَاهُ أَوْ صَدِيقَهُ أَيَنْحَنِي لَهُ قَالَ لَا قَالَ أَفَيَلْتَزِمُهُ وَيُقَبِّلُهُ قَالَ لَا قَالَ أَفَيَأْخُذُ بِيَدِهِ وَيُصَافِحُهُ قَالَ نَعَمْ

“Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, adakah kami boleh saling menundukkan (atau membongkokkan) badan apabila salah seorang dari kami bertemu dengan saudaranya atau sahabatnya?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Lelaki tersebut bertanya lagi, “Adakah boleh mendakapnya (memeluknya) dan menciumnya?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Lelaki itu bertanya lagi, “Adakah boleh mengambil tangannya dan bersalaman dengannya?” Rasulullah menjawab, “Ya.”.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 2728. Dinilai hasan oleh at-Tirmidzi dan al-Albani)

Imam al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) berkara:

وَرَوَى أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ: قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَنْحَنِي بَعْضُنَا إِلَى بَعْضٍ إِذَا الْتَقَيْنَا؟ قَالَ:" لَا"، قُلْنَا: أَفَيَعْتَنِقُ بَعْضُنَا بَعْضًا؟ قَالَ" لَا". قُلْنَا: أَفَيُصَافِحُ بَعْضُنَا بَعْضًا؟ قَالَ" نَعَمْ"

Diriwayatkan daripada Anas B. Malik, beliau berkata, “Kami bertanya:

“Wahai Rasulullah bolehkah kami saling membongkokkan (menundukkan) badan apabila kami bertemu?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Anas bertanya, “Untuk saling berpelukan di antara satu dengan lain?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Anas bertanya lagi, “Dengan saling bersalaman di antara satu dengan yang lain?” Rasulullah menjawab, “Ya.” (Tafsir al-Qurthubi, 9/265)

Imam al-Qurthubi mengatakan:

وَإِذَا سَلَّمَ فَإِنَّهُ لَا يَنْحَنِي، وَلَا أَنْ يُقَبِّلَ مَعَ السَّلَامِ يَدَهُ، وَلِأَنَّ الِانْحِنَاءَ عَلَى مَعْنَى التَّوَاضُعِ لَا يَنْبَغِي إِلَّا لِلَّهِ. وَأَمَّا تَقْبِيلُ الْيَدِ فَإِنَّهُ مِنْ فِعْلِ الْأَعَاجِمِ، وَلَا يُتَّبَعُونَ عَلَى أَفْعَالِهِمُ الَّتِي أَحْدَثُوهَا تَعْظِيمًا مِنْهُمْ لِكُبَرَائِهِمْ

“Tidak boleh bersalaman (atau menghulur tangan) diiringi dengan membongkokkan badan dan mencium tangan. Membongkokkan badan dalam maksud atau tujuan kerendahan hati hanya boleh ditujukan kepada Allah (Subhanahu wa Ta’ala). Adapun mencium tangan, itu adalah perbuatan orang-orang ajam (selain ‘Arab) yang dilakukan dengan maksud memuliakan orang-orang tuanya.” (Tafsir al-Qurthubi, 9/266)

Makanala Syaikh al-Albani rahimahullah dalam ash-Shahihah, tentang perbuatan mencium tangan (tanpa menundukkan kepala), beliau mengatakan (secara ringkas):

Dibolehkan mencium tangan dari kalangan ulama (orang-orang soleh dan berilmu) dengan beberapa syarat. (Ulama yang dimaksudkan adalah ulama Ahlu Sunnah wal-Jama’ah). [Pertama] Antaranya tidak dijadikan sebagai kebiasaan, kerana para sahabat Nabi sendiri tidak biasa mencium tangan Nabi. Dan orang yang dicium tangannya tersebut tidak menghulurkan tangannya supaya dicium.

[Kedua] Tidak menjadikan orang yang dicium tangannya tersebut riya’, sombong, dan merasa lebih baik dari yang lain.

[Ketiga] Tidak menghilangkan sunnah bersalaman tangan sebagaimana biasa yang dianjurkan oleh Sunnah Rasulullah. (Rujuk Silsilah al-Ahaadits ash-Shahihah, 1/159)

Adapun perbuatan saling berpelukan (berdakapan) dibenarkan apabila pulang dari musafir atau setelah lama tidak bertemu. Tetapi jika menjadikan ianya sebagai kebiasaan (selain dari ketika balik safar), maka tidak dibolehkan (makruh). Ini sebagaimana diriwayatkan dari amalan para sahabat Nabi.

كان أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم إذا تلاقوا تصافحوا، و إذا قدموا من سفر تعانقوا

“Bahawasanya para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila bertemu mereka saling bersalaman, dan apabila pulang dari safar (bermusafir), mereka saling berpelukan.” (Majma’ az-Zawa’id, 8/75. Kata al-Haitsami, “Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam al-Ausath dan para perawinya adalah perawi kitab ash-Shahih.” Dinilai sahih oleh al-Albani)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا

“Tidaklah dua orang muslim yang bertemu kemudian saling bersalaman melainkan dosa keduanya akan diampunkan (oleh Allah) sebelum ia berpisah.” (Musnad Ahmad, no. 18547. Sunan Abu Daud, no. 5212. Sunan at-Tirmidzi, no. 2727. Sunan Ibnu Majah, no. 3693. Dinilai sahih oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth)



Selasa, 12 Jun 2012

Kenapa Wanita Dan Lelaki Perlu Cukur Bulu Kemaluan ?


pisau cukur Kenapa Wanita Dan Lelaki Perlu Cukur Bulu Kemaluan ?Ada seorang budak perempuan berumur 8 tahun memanjat pokok rambutan ditepi jalan. Lalu Pak Haji dan terpandang budak diatas pokok rambutan yang tidak memakai seluar dalam. Dipanggil budak itu turun dan diberikan RM5.
“Nah ambil duit ini,balik rumah tak payah panjat lagi!”
Apabila sampai dirumah, ditunjukkan kepada ibunya duit yang telah diberi oleh Pak Haji itu kerana memanjat pokok rambutan. Jadi si ibu terfikir, jika anak boleh dapat RM 5 mungkin dia akan dapat RM10. Keesokkan hari si Ibunya pula panjat pokok rambutan sambil memetik buah rambutan dan menunggu Pak Haji yang kebiasaan akan lalu kearah situ.
Maka lalulah Pak Haji dan terpandang si ibu memanjat pokok dengan berbaju t-shirt dan kain batik lalu dipanggil si ibu turun.
“Nah Jah, ambil 50 sen ni!”…tercenggang si ibu dan bertanya kepada Pak Haji kenapa dia hanya dapat 50 sen sahaja sedangkan anaknya dapat RM5. “Ambil duit ini beli pisau cukur!”… Pak Haji suruh beli pisau cukur kerana si ibu tak pernah cukur pun…?%$.
“Moral of the story”…kita tak pernah kisah untuk bercukur. Ada kakcik dan Makcik yang selalu mengaji kat ustaz. Bab lain-lain tekun mengaji. Tapi bab cukur tak pernah ambil kisah. Berbalik kepada tajuk.
Istihdad ialah mencukur bulu ari-ari, dilakukan dengan mempergunakan pisau, iaitu pisau cukur. Al-Aanah ialah rambut yang tumbuh sebelah atas zakar lelaki dan tumbuh disekitar faraj perempuan.
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa: 
“Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama empat puloh hari, supaya tidak lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu ari”. (HR Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad,Tirmidzi,Nasai dan Abu Daud) .
Bermaknanya paling lama 40 hari kenalah kita servis bahagian-bahagan tersebut. Adakah kita berbuat demikian wahai pembaca?. Jangan kata orang yang tak tahu memang tak buat, Yang dah tahu pun tak buat. Ada yang tak pernah bercukur sampai bertahun-tahun lamanya. Tebal macam hutan belantara. Selepas ni belilah pisau cukur dan mulalah cukur hutan belantara ini.

Dan dialog Rasulullah SAW dengan Iblis,
Pertanyaan Nabi: 
“Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?”
Jawab Iblis: 
“Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.” 
Didalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Jabir larangan mendatangi isteri tengah malam sebelum bersisir lebih dahulu dan mencukur bulu ari-ari bagi orang yang baru pulang dari perjalanan jauh.
Kerana itu tidak diragukan lagi, mencukur bulu ari-ari dan membersihkannya termasuk perbuatan mustahabbah (Disunatkan) untuk mencegah kutu (kupan) dan bau yang tidak enak.
Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari) 
Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.
Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah ??? ?????? (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)
Al-Nawawi berkata: 
“al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).
Perbuatan ini adalah sunnah, dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan manusia itu sendiri. Ini dapat difahami dari segi logic akal fikiran manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim (Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian tentang orang yang suka kepada kebersihan.
 Sumber : HomeFamilySite

Sabtu, 24 September 2011

Masuk Pawagam Ikut Cara Islam

AL-QARDHAWI: MENONTON FILEM DI PAWAGAM MENURUT PERTIMBANGAN FEQAH
Tarikh Edaran: 21 Mei 2011

Peranan dan pengaruh pawagam (tempat penayangan filem) telah tersebar secara meluas sejak akhir-akhir ini. Sesetengah pihak masih lagi berpegang kepada pengharaman (secara mutlak) menonton apa sahaja filem di sana, manakala didapati kebanyakan remaja meragui hal ini, dan sentiasa berkunjung ke sana dengan merasakan tiada apa-apa masalah pun yang perlu dirisaukan dalam hal ini. 

Oleh hal yang demikian, pihak manakah paling tepat dan benar dalam hal ini, sama ada semua pawagam perlu ditutup atau tiada masalahnya untuk menonton filem di sana? Dan apakah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian sekiranya dibolehkan menonton filem di pawagam?

Hukum menonton filem di pawagam adalah tertakluk sepenuh kepada apa yang ditayangkan, dan secara hukum umumnya, adalah harus, dengan syarat; filem-filem yang ditayangkan tidak mengandungi unsur-unsur dosa, maksiat dan kemungkaran, di samping tidak menyebabkan kelalaian dari ibadah atau apa sahaja kewajipan agama, dan mestilah tidak bercampur antara lelaki dan wanita (yang bukan mahram).

Semua yang diterangkan di atas adalah ringkasan kesimpulan daripada apa yang dikatakan oleh Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi, dan di bawah ini, dinyatakan teks asal daripada fatwa beliau:

“Tidak syak lagi bahawa pawagam dan apa sahaja yang lebih kurang sama dengannya adalah satu alatan untuk menghiburkan diri, dan keadaannya adalah sama sebagaimana alat-alat lain yang sedia ada, sama ada digunakan dengan sebaiknya untuk kebaikan, atau digunakan untuk keburukan (kemaksiatan). Alatan ini tiada sedikit pun masalah padanya, yang dititik beratkan dari segi hukum, adalah melalui pelaksanaannya dan cara ia diaplikasi.”

“Demikianlah, kami (Al-Qardhawi) melihat kepada pawagam, ia adalah halal dan baik, dan berkemungkinan ia sesuatu yang dianjurkan jika memenuhi syarat-syarat berikut (sebaiknya):

Pertama
: Setiap filem yang ditayangkan mestilah bersih daripada sebarang unsur-unsur dosa, maksiat dan kemungkaran, serta apa sahaja yang melibatkan ancaman kepada aqidah, syari’ah dan adab-adab Islam. Oleh itu, filem-filem yang berunsurkan keghairahan dunia (semata-mata), menggalakkan kepada dosa atau mempromosikan jenayah atau membawa pemikiran sesat atau menyeru kepada aqidah batil, atau apa sahaja yang kita sedia maklum (daripada kerosakan dan keburukan yang ditayangkan), maka ia (pawagam atau menonton wayang) menjadi haram kepada semua Muslimin.

Kedua
: Tidak melalaikan daripada kewajipan agama dan dunia. Sebagai contoh; waktu solat lima waktu, setiap muslim tidak boleh sengaja melewatkan solat (seperti; solat maghrib) kerana filem yang disaksikannya. Allah berfirman: ((Celakalah orang-orang yang solat, yang mana sentiasa mengabaikan solatnya)), Surah Al-Ma’un, ayat 4-5, ditafsirkan “Pengabaian solat” adalah melewat-lewatkan solat sehingga terlepas waktunya. Inilah yang menjadi salah satu sebab, Al-Quran mengharamkan arak dan judi, kerana ia menjadi penghalang kepada mengingati Allah SWT dan juga penyebab kepada terhalangnya solat.

Ketiga
: Perlu dijauhkan setiap penonton daripada bercampur gaul antara lelaki dan perempuan (bukan mahram), sebagai penghalang kepada sebarang fitnah, penyekat kepada sebarang kemaksiatan, terutama tayangan filem di pawagam yang hanya berlaku di dalam keadaan sangat gelap. Disebut di dalam hadis: “Seseorang yang mencucuk jarum besi di kepalanya lebih baik daripada dia memegang seseorang wanita yang tidak halal baginya”.

Wallahu’alam.

Artikel asal di dalam bahasa Arab, diterjemah daripada link ini:

http://www.qaradawi.net/site/topics/printArticle.asp?cu_no=2&item_no=3589&version=1&template_id=232&parent_id=17

-Dikongsi daripada terjemahan Ahmad Zaki Amiruddin yang dikongsi didalam facebook-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik