IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Menghina Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menghina Islam. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Disember 2014

`Maaf, Tak Terima Muslim` Papan Restoran Ini Hanya Bertahan 9 jam..

Restoran Maaf, Tak Menerima Muslim Panen Kecaman 
`Maaf, Tak Menerima Muslim` Papan kenyataan di restoran ini yang mendapat kecaman masyarakat Australia.   

'MAAF, Tak Terima Muslim'.  Datuk Bandar Longreach di Queensland, Australia berkata, tulisan di papan sebuah restoran yang mengatakan 'maaf,tidak terima Muslim' itu sangat dikesalkan.

Akibat peristiwa ini, pemilik restoran mendapat kecaman melalui telefon.Papan yang dipasang di luar restoran Eagles Nest Bar and Grill di Longreach
menimbulkan kontroversi, selepas fotonya diupload di laman Facebook restoran itu.

"Sedikit terkejut melihat tulisan 'tidak terima muslim' .. maksudnya apa ?"
komen Helen Day di laman Facebook restoran itu.

Papan itu dipasang dengan tulisan; "2000 tahun yang lalu Isa membuat
heboh semasa mengubah air menjadi anggur .. tradisi berterusan .. Kami 
menukar wang menjadi beer (maaf tidak terima muslim)."

Posting di Facebook itu mencetuskan pelbagai reaksi, sebahagian 
menyokong 
dan sebahagian mengecam. Pemilik restoran John Hawkes mengatakan tanda 
tersebut hanya bertahan 9 jam.

"Sehari selepas, restoran dan rumah saya menerima lebih daripada 200 panggil-an telefon," katanya.

"Walaupun sebahagian menyokong kebebasan dalam bercakap dan sentimen
patriotik, kami juga menerima panggilan yang bernada menghina dan mengan-cam. Atas ketidak selesaan ini, saya minta maaf pada keluarga saya."

Hawkes tidak menyangka tulisan di papan premisnya itu menimbulkan ke-kecohan di media sosial. Tapi dia menganggap akibat dari semua itu hanyalah 
reaksi, bukan aksi.

Datuk Bandar Longreach Joe Owens mengatakan dia yakin papan itu tidak 
mendapat sokongan daripada majoriti rakyat. Owens menambah peristiwa ini 
boleh memberi kesan buruk bagi imej bandar Longreach. Namun ia menegas-kan bahawa Longreach terbuka bagi semua agama.

"Aku sudah memberitahu pemilik restoran dan menunjukkan kesalahan yang 
dibuatnya. Longreach adalah bandar yang terbuka bagi semua bangsa dan 
agama."

Ia kesal kejadian tak menyenangkan ini dilakukan oleh salah satu warganya.

(IH/ Sumber: abc.net.au)/ www.ibnuhasyim.com


Isnin, 24 September 2012

Kita Sendiri Yang Hina Nabi dan Islam Tanpa Disedari


Seluruh dunia Islam sekarang ini kecoh dengan demonstrasi bantahan terhadap filem Innocence of Muslims arahan Sam Bacile, yang berketurunan Israel Amerika yang secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad SAW dengan menggambarkan Rasulullah SAW sebagai seorang yang 'gila perempuan, penipu dan orang gila’. Di dalam trailer filem tersebut juga turut menghina Al–Quran dan para sahabat Nabi.

Tapi kan... Kadang-kadang kita terlalu ekstrim berdemonstrasi sehingga akhlak kita tidak terjaga, emosi tidak terkawal, nafsu menguasai akal. Merujuk kepada pembunuhan duta Amerika Syarikat di Libya sebagai protes terhadap filem tersebut, wajarkah tindakan melulu tersebut? Ibarat abang yang membunuh, adik yang kena hukum gantung. Di manakah keadilan? Islam itu berjalan menggunakan akal fikiran yang wajar. Bukan menurut emosi membabi buta. Kita marah bila orang label umat Islam pengganas, tapi kita sendiri yang bertindak ganas.Tindakan seperti itu hanyalah seperti mengiyakan bahawa Islam itu sememangnya pengganas seperti digambarkan dalam filem tersebut.



Cuba kita sama-sama muhasabah diri kita balik. Kita marah orang hina Nabi. Tapi kita sendiri hina Nabi tanpa kita sedari. Kita sendiri yang hina Islam secara tak langsung.

1. Kita marah, lalu kita maki hamun orang yang hina Islam. Tapi kita terus menerus menjadikan kata carutan dan makian sebagai zikir harian dan bahan gurauan. Kita marah orang cakap Nabi penipu, tapi kita senantiasa berbohong dan menipu diri sendiri.

2. Kita marah bila orang cakap Nabi kasanova dan kaki perempuan. Tapi kita sendiri yang main perempuan, bebas bertukar pasangan. Bergaul bebas dan bersentuhan antara bukan mahram tanpa segan silu. Yang lucah jadi santapan mata.

3. Kita sibuk suruh hackers godam laman web dan video yang hina Islam. Tapi iman kita masih digodam oleh hawa nafsu. Kita masih biarkan nafsu dan akal fikiran kita digodam oleh syaitan.

4. Kita kononnya nak boikot barangan kafir, tapi kita sendiri tidak mahu boikot cara hidup dan budaya orang kafir. Kita masih menjadikan selebriti kafir sebagai idola. Kita masih terikut-ikut dengan fesyen pemakaian mereka.

5. Kita hina, maki hamun dan perlekeh ulamak. Sedangkan ulamak itu pewaris Nabi. Bila nampak orang pakai serban, pakai jubah, simpan janggut panjang, kita perli dan pandang serong terhadap dia. Kita dah hina sunnah Nabi.

6. Kita marah orang hina, ppijak dan bakar Al-Quran tapi kita sendiri tidak mengamalkan apa yang terkandung dalam Al-Quran. Malah kita mempersenda dan memandang ringan hukum yang ada dalam Al-Quran. Sentuh Al-Quran pun jarang-jarang. Kita sendiri dah 'pijak' Al-Quran secara tak langsung.

7. Kita kononnya nak jadi 'gangster beriman' macam Saidina Umar Al-Khattab nak pertahankan Nabi. Sedangkan maksiat di depan mata berlaku pun, tangan dan kaki kita masih kaku. Rambut awek dan bini terjojol pun kita takut nak tegur. Nampak tabligh pun kita lari.

8. Kita melaungkan semangat jihad berkobar-kobar, tapi kita masih bergaduh sesama Islam. Malah kita sibuk mempertahankan golongan yang secara terangan melakukan maksiat. Artis kesayangan kita ditegur, kita sibuk back-up. Team bola feveret kita diejek, kita melenting bertegang urat. Isu remeh yang langsung tidak membawa kepada pembangunan ummah diperbesarkan. Bagaimana Islam nak menang jika umatnya tidak bersatu?

9. Kita sembang besar dah bersedia nak berperang dengan kafir laknatullah, sedangkan solat berjemaah kat masjid pun seminggu sekali saja. Solat pula sengaja dilambatkan. Dah masuk Isyak, baru kita nak kelam kabut solat Maghrib. Subuh pun masih subuh gajah apatah lagi nak bangun qiamullail. Yang tak solat langsung tu lagi berlambak.

Pernah dengar ungkapan yang Islam takkan menang selagi solat fardhu jemaah di masjid tidak seramai solat jumaat? Ini solat jumaat pun masih ramai yang ngelat. 

10. Kita semangat nak langgar orang kafir yang hina Islam, tapi kita sendiri  langgar syariat dan perintah Allah. Apa yang kita buat untuk tegakkan syiar Islam? Kita hanya bersemangat menentang orang yang hina Islam tapi kita longlai dalam beribadah. Kita sebenarnya sudah rebah dan tewas sebelum melangkah ke medan jihad lagi.

Nampak?



Sebenarnya, kita sendiri yang hina Allah s.w.t jika kita melanggar perintah dan larangan-Nya. Kita sendiri yang hina Nabi s.a.w jika kita tak hargai susah payah Nabi berjuang menyebarkan Islam dengan mengabaikan ajaran dan sunnah baginda. Sebenarnya kita sendiri yang hina Islam jika kita tidak menjadikan Islam sebagai panduan hidup. Sebab itu Islam terus menerus dihina dan diperlakukan sedemikian rupa. Kerana mereka tahu kita masih hanya Islam pada nama sahaja.


Bukanlah niat untuk mempersenda usaha orang yang berdemonstrasi menyuarakan bantahan terhadap penghinaan Nabi tersebut. Usaha itu bagus kerana di situ kita dapat lihat dalam diri kita masih ada potensi sebagai pejuang Islam, masih ada rasa sayang terhadap Allah, Rasul dan agama kita, Islam. Cuma untuk sama-sama kita muhasabah diri agar kita dapat serlahkan lagi potensi tersebut untuk melengkapkan diri menjadi pejuang Islam sebenar seperti di zaman kegemilangan Islam dahulu.

Hentikanlah penghinaan terhadap Allah, Rasul dan Islam yang kita telah lakukan secara tidak langsung ini. Amar ma'aruf, nahi mungkar. Allahu Akbar!


 Aku pun sembang ja kencang. Pakat-pakat muhasabah diri la kan.

Isnin, 17 September 2012

Pendedahan Sulung Wajah Pengarah Filem "Innocence of Muslims"--Nakoula Basseley

Ini adalah gambar pertama lelaki dikatakan dalang di sebalik filem anti-Islam yang telah mencetuskan keganasan di seluruh Timur Tengah.

Nakoula Basseley Nakoula juga dikenali sebagai Sam Bacile. Lelaki yang disyaki oleh FBI sebagai pembuat filem bertanggungjawab terhadap filem Innocence Of Muslims yang mencemuh Nabi Muhammad. Salah seorang pelakon filem itu Anna Gurji mengatakan dia telah ditipu oleh pengarah berusia 55 tahun itu.


Nakoula Basseley Nakoula di set filem dengan Cik Gurji yang berambut palsu warna merah 

Nakoula adalah Kristian Koptik kelahiran Mesir . Sekarang tinggal di California, beliauadalah seorang peniaga dadah yang disabitkan kesalahan dan yang terakhir dibebaskan dari penjara pada Jun tahun lepas. 

Filem ini telah menyebabkan tindakbalas anti-AS dari umat Islam seluruh dunia. Tujuh orang telah terbunuh, beribu-ribu cedera dan malam tadi rusuhan telah merebak ke Sydney, Australia. Ia juga melaporkan bahawa Sudan telah menolak permintaan AS untuk menghantar Marin untuk melindungi kedutaan.

Di California,Gurji yang berusia21 tahun, yang melakonkan watak pengantin 
kanak-kanak yang dikahwinia Muhammad dalam filem tersebut meluahkan
rasa kesal kerana dia telah 'dikhianati' oleh Nakoula. Dia juga melahirkan 
rasa takut akan tindak balas umat Islam ke atasanya.

"Saya melakonkan watak pengantin perempuan bongsu kepada watak yang 

bernama George, "katanya. 'Saya tidak tahu George akan ditukar 
kepada Muhammad. Saya mengunci diri di dalam rumah saya. Saya takut 
orang-orang di Timur Tengah akan menyalahkan saya.


"Saya penganut katolik oleh itu mereka 
mungkin fikir saya menentang umat Islam. 
Saya mengambil pil tidur. Saya telah 
menangis selama beberapa hari. 
Saya rasa dikhianati. Muka saya terpapar 
dalam klip filem. 

Apabila orang menonton filem buruk itu 
mereka akan melihat saya."

Gurji berkata dia dan pelakon lain percaya mereka telah membuat sebuah filem aksi yang dipanggil Desert Warrior. 

Nakoula atau 'Sam' tidak pernah menyebut tentang agama.

"Saya diberitahu saya adalah untuk menjadi Hilary,pengantin muda kepada watak yang dipanggil George,"katanya.

'Filem ini adalah tentang sebuah komet yang jatuh ke Bumi di Timur Tengah purba.

Sumber: wasukalu

Ahad, 9 September 2012

Band Death Metal NILE Hina Ayat Al-Quran

Foto -Wikipidia 

Band Technical Death Metal Amerika dari Greenville, South Carolina,Yang ditubuhkan pada tahun 1993. 

Perlu diingat kembali, khususnya bagi kaum Muslimin,walaupun personaliti diorang ni seorang penganut agama agnotisisme dan bukannya orang
timur tengah,tapi pada lagu pembukaan album yang bertajuk "Those Whoms The Good Detest" itu,ada sebuah lagu berunsur Islam yang tajuknya adalah KAFIR!!!!


Apa yang menarik pasal lagu ni berdasarkan penilaian ahli-ahli muzik:

1.Lirik yang tidak normal
 

2.Ada kalimat "Allahuakbar" dengan suara death grunt (deruman maut)

3.ambience(bunyi persekitarana),yang ada dalam ni bukannya satu melodi ataupun breakdown sahaja.,tapi ialah suara azan Mekkah (yaitu potongan "asyhadu anna muhammadurrasullah"2x dan hanya "hayya alashsolah"

4.irama yang tidak sekata

5.breakdown pada lagu ini juga terdapat suara azan mesir (yaitu potongan "asyhadu anlaa ilaaha illallaah") lalu terus disambung dengan lagu kedua yang bertajuk "Hittite Dung Incarnation"

Okey,kalau korang semua tak caya korang tengok lirik kat bawah ni
Quote:korang perhatikan ni liriknya


KAFIR!:

(Intro:blast-beat headbanging)

There is no god but god
There is no god but god
There is no god but the one true god
There is no god but the hidden god
There is no god
There is no god
There is no god
There is no god

Allah Akhbar! (maksudnya Allahu Akbar!)

In the name.. of the unmerciful the unbenevolent
In the name.. of the lord of the worlds
Owner of the day of judgement
Show us the path of those who earn anger
And those who go astray

As for the disbelievers
Whether thou warn them or warn them not
Is all one for them
They believe not
And theirs is an awful doom

Kafir!

(blast-beat headbanging)

O mankind..
Worship the god whom thou hast created
Who hast created thee
And those who came before thee

O mankind..
Thou sons of simian ancestors
Guard yourself against the fire

Prepared for disbelievers..
Whose fuel is of men and stones

(Ambiance: breakdown
headbanging
voices: azan (ash-hadu anna muhammadan rasulullah 2x)
melody
voice: azan (hayya 'alas sala)
melody)

There is no god but god
There is no god but god
There is no god but the one true god
There is no god but the hidden god
There is no god
There is no god
There is no god


lirik ini memang 100 persen berunsur atheisme(rasa tak bertuhan yop)

biasanya di Amerika Syarikat orang2 disana memakai agama Kristian sebagai bahan untuk memberi contoh kepada falsafah atheisma,ok, macam nilah,diorang hanya mem'ban' tuhan kristian aje,

tetapi kumpulan laknatullah Nile ni,memakai agama Kita(islam) sebagai bahan percontohan falsafah teologi atheisma mereka(aku rasa dema ni kesian kot sebab selalu dok kutuk Kristian,nok mengubah angin la gamaknye)

ok ,jom kita bincang pasal lirik yang
sangat kontroversi sangat membahayakan Aqidah umat Islam, mari kita semak huraian lirik-nya:


 

BAR PERTAMA:

There is no god but God (tiada tuhan selain Allah)
There is no god but god (tiada tuhan selain dewa)
There is no god but the one true god (tiada tuhan selain satu-satunya dewa yang benar)
There is no god but the hidden god (tiada tuhan selain dewa yang tersembunyi)
There is no god (tiada tuhan)
There is no god (tiada tuhan)
There is no god (tiada tuhan)
There is no god (tidak ada tuhan)

Kafir! (kafir!)

kalimat "there's no god but god" adalah terjemahan dari kalimat:

لا إله إلا الله
laa ilaaha illallaah (tahlil Islam)

"there's no god but God"

tapi di lirik itu, kata "god" yang kedua, huruf g tak dijadikan h, huruf besar,
jadi boleh diertikan sebagai:

"tidak ada tuhan selain dewa"

kemudian, baris-baris berikutnya hanya tertulis "there's no god"

jadi, dengan kata lain, lagu ini mengisahkan Iblis yang tadinya beriman, terus iman iblis ni goyah, sampai last sekali menjadi kafir


BAR KEDUA:

In the name.. of the unmerciful the unbenevolent (dengan nama yang maha kejam dan maha jahat)


Jelas bertentangan dengan lafaz "Basmallah" (Dengan nama Allah 
yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang) 

In the name.. of the lord of the worlds (dengan nama Penguasa Alam Semesta)
Owner of the day of judgement (Penguasa Hari Pembalasan)
Show us the path of those who earn anger (Tunjukilah kami jalan yang Kau murkai)
And those who go astray (dan jalan mereka yang sesat)



Kalau orang beriman memohon untuk ditunjukkan ke jalan yang 

lurus, dan memohon di jauhkan dari jalan yang dimurkai dan sesat, 

sebagaimana telah dijelaskan dalam Al-Quran 
"Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah 

Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang 

dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat". (Surah

 Al-Fatihah: 6-7) , Jelas-jelas ini sebuah penyimpangan yang nyata.


As for the disbelievers (adapun orang-orang kafir itu)
Whether thou warn them or warn them not (baik kamu beri peringatan atau tidak)
is all one for them (sama saja bagi mereka)
They believe not (mereka tidak akan beriman)
And theirs is an awful doom (dan bagi mereka siksaan yang amat pedih)

Kafir! (kafir!)

pada ritma pertama, itu adalah ambilan dari Surah Al-Fatihah...

yaitu, Iblis yang akhirnya menjadi atheis itu mencela Tuhan, dia bersumpah untuk 2 entiti;

1. setan (The Unmerciful and The Unbenevolent)
2. tuhan-tuhan (The Lords of The Worlds)termasuk di antaranya Allah, YHWH, Brahman, atau dewa-dewi agama lain...

dia mencela Tuhan dan orang beriman, bahwa ketika orang-orang beriman meminta petunjuk jalan yang lurus, dia malah meminta jalan yang dimurkai dan jalan yang sesat...

kemudian, pada ritma kedua, adalah jawapan Tuhan dari soalan celaan si kafir itu, yaitu dari petikan dari Surah Al-Baqarah: 6,

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
innalladziina kafaruu sawaa'un 'alayhim a'andzartahum am lam tundzirhum laa yu'minuun

"Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman"

dan potongan dari ayat 7:

وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
walahum 'adzaabun 'azhiim

"dan bagi mereka siksaan yang amat pedih"


BAR KETIGA:

O mankind.. (hai manusia)
Worship the god whom thou hast created (sembahlah tuhan yang telah kamu ciptakan)

Kata "Created" = Ciptaan, ini sangat berbahaya yang memutarbelit
sebuah ayat "Hai manusia, sembahlah Tuhanmu Yang telah
menciptakanmu dan orang-orang yang sebelum kamu agar kamu
bertakwa. (QS Al-Baqorah: 21)


Who hast created thee (yang telah menciptakanmu)
And those who came before thee (dan orang-orang sebelummu)

O mankind.. (hai manusia)
Thou sons of simian ancestors (kamu anak dari nenek moyang yang seperti kera)


Kalimat ini merupakan Teori Evolusi seorang Kafir Charles Darwin 
yang menyatakan bahawa Manusia berasal dari Monyet. 



Guard yourself against the fire (jagalah dirimu sendiri terhadap neraka)

Kalimat ini juga melintir sebuah ayat "Wahai orang-orang yang 
beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang
bahan bakarnya adalah manusia dan batu ..."(QS. At Tahrim: 6)

Prepared for disbelievers.. (yang disiapkan bagi orang-orang kafir)
Whose fuel is of men and stones (yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu)




Ritma yang pertama adalah godaan Iblis kepada manusia yang beriman,Iblis menyebutkan bahawa Manusia itu
menyembah tuhan yang mereka buat sendiri mengikut fikiran mereka,
tapi godaan iblis ni adalah hasil gubahan mereka sendiri dari surah al-baqarah ayat 21

ritma yang kedua dan ketiga adalah dari firman Tuhan dari potongan surah At-Tahrim :6
ayat "dan keluargamu" diganti oleh mereka dengan "anak dari nenek moyang yang seperti kera"

jadi maknanya disini,manusia dan keluarganya (monyet-monyet)" note:teori charles darwin ke aper ni" harus menjaga
diri mereka dari api neraka



Masihkah yang mengaku Muslim mahu menyaksikan penampilannya?

yang merosakkan Aqidah umat ISLAM dari pemahaman Agnostic (percaya 

Tuhan tapi tidak percaya Agama) yang kemungkinan dianut oleh Band

Metal satu ini "NILE". Untuk itu kita selalu mewaspadai sepak terajang

musuh-musuh Islam terutama melalui jalur muzik.

NILE bukan merupakan satu-satunya band yang menghina Islam, di 

antaranya ada "Taake" band Black Metal asal Norway. Jadi, tunggu apa

lagi, tolak "NILE" Allahu Akbar!

Ramai budak-budak metal di Malaysia dan mungkin juga Indonesia sekarang ni  (Muslim yang masih beriman). hanya beranggapan bahawa lirik ini menyindir teori Charles Darwin,tetapi tidak! tidak sesekali.
korang perhatikanlah banyak-banyak kali, terjemahkan satu persatu,betapa sakitnya hati,

Jadi sekarang ni, korang yang black metal. tu black metal jugak tapi jangan jadi bodoh.

sehubungan dengan itu aku dah wat satu fanpage pasal nak benci benda ni ,

like la kalau boleh kat sini
www.facebook.com


Jom sama2 tengok video kat bawah.mantapkan iman yer
 Rujukkan:
  • Ibnu Subandi  untuk Al-Mustaqbal.net / al-mustaqbal.net 
sedikit disingkatkan oleh nahimunkar.com/diadun semula oleh adanaberkat-pip





Jumaat, 20 Julai 2012

Cikgu cakap kalau kudung macam mana nak bertakbir?

Ermm..

Korang rasa kalau terjun dari KLCC sampai ke bawah mati tak? Aku rasa mesti mati. Dan aku rasa cikgu alias mesti rasa nak panjat KLCC dan terjun kat bawah selepas dia mengeluarkan satu kenyataan yang memalukan dia dan guru2 semalaysia. 

Lihatlah apa yang cikgu alias cakap di facebook nya mengenai perundangan islam ;


Herm.. 

Gambar di atas rasa nya dah cukup untuk menjawab tuduhan serong cikgu alias mengenai perundangan islam khususnya hudud. Tangan orang takan kudung dan cacat disebabkan hudud sewenang2nya. Hudud bukanlah sistem yang mahu mengudungkan tangan umat islam oke.

Kalau tak faham apa yang tersirat melalui hudud pun takpe. Cuma janganlah memperlekehkan hukum Allah swt. Memperlekehkan hukum  Allah swt, sesuatu yang telah Allah swt tetapkan, sesuatu yang telah ulama2 muktabar kaji dan analisis, sebenarnya secara tak langsung kita meragui sistem dan polisi2 yang terkandung dalam islam itu sendiri.

Sama seperti kita mempersoalkan aurat, memperlekehkan pemakaian tudung. Kita kata kita muslim, kita sayangkan islam, sayangkan Allah swt, tapi bila disuruh melaksanakan apa yang Allah swt firmankan, kita ragu2 dan bagi macam2 alasan. Perbuatan kita tak konsisten dengan percakapan kita, boleh ke?

Rasanya masalah umat islam di malaysia neh sebenarnya bukanlah mengenai pelaksanaan hudud sebaliknya penolakkan umat islam terhadap hudud dan hukum Allah swt itu sendiri. Dan ini sangat bahaya. Kalau lah ornag2 bukan islam tolak hudud ada maafnya lagi. At least mereka terang2 mengakui mereka tak percayakan Allah swt.

Tetapi bila orang yang mengakui islam itu sendiri menolaknya sememangnya ini sangat berbahaya geng. Ingatlah munafiq itu terletak di neraka yang paling dalam dan ia bukan sia2 untuk berada disitu beb. /sozcyili
 
Hamba Allah
Cikgu Alias tak faham apa hukum mengangkat takbir (angkat kedua-dua belah tangan) semasa solat. Yang rukunnya adalah Takbiratul Ihram, iaitu melafazkan ucapan Allahuakbar dan kalau tak buat maka tidak sah solat, manakala hukum angkat kedua-dua tangan pula adalah Sunat Haiat. Kalau tak buat, solat itu sah dan tak disunatkan ganti dengan sujud sahwi. Cikgu Alias kena banyak belajar lagi dan jangan sebarang cakap, supaya tidak tergelincir aqidah.
 
 

Selasa, 8 November 2011

Belanda Mahu Haramkan Cara Penyembelihan Halal Dan Kosher



Ketika umat Islam seluruh dunia meraikan Hari Raya Aidiladha, lebih sejuta penganut agama itu di Belanda sudah mula risau tentang bekalan daging halal mereka di negara Eropah tersebut.

Ini kerana, mulai bulan depan, kemungkinan besar pemerintah Belanda akan mengharamkan menyembelihan haiwan mengikut hukum syarak di negara tersebut.

Menurut sebuah laporan laman web British BBC, keputusan itu akan memaksa pembekal daging halal di Belanda untuk tutup kedai sekaligus menjejaskan bekalan kepada komuniti Islam di negara itu.

Ia juga akan memberi kesan kepada masyarakat Yahudi Belanda kerana pengharamanan tersebut juga merangkumi cara penyembelihan secara "kosher".

Walaupun pengumbal undang-undang tersebut berkata tujuan mereka adalah untuk memelihara kebajikan haiwan, organisasi Islam Belanda berkata pengharaman itu mencerminkan sentimen anti-Islam yang semakin menular di Belanda.

Menurut sebuah laporan Pakistan Today, rang undang-undang itu telah luluskan di Parlimen Belanda Jun lalu dan bil itu sedang diteliti oleh dewan Senate.

Jika lulus di Senate dan berkuatkuasa bulan depan, undang-undang tersebut akan menwajibkan setiap operasi pembekal daging di Belanda agar mengunakan kaedah "stun", iaitu menjadikan seekor haiwan itu pengsan atau tidak sedar, sebelum ia disembelih.

Apabila dilaksanakan, peraturan itu dengan efektif akan mengharamkan kaedah penyembelihan yang mewajibkan haiwan itu sedar seperti yang digunakan di dalam agama Islam dan Yahudi.

Pada asalnya, undang-undang tersebut di cadangkan sebuah parti bernama "The Party for the Animals", yang mempunyai dua daripada 146 kerusi di dalam parlimen Belanda.

Mengikut laporan BBC Jun lalu, ketua Party for the Animals Marianne Thieme berkata cadangan mereka adalah untuk menjaga kebajikan haiwan. Tambah beliau, kajian sains menunjukkan bahawa haiwan yang masih sedar sebelum disembeli mengalami kesakitan yang amat perit.

Walaupun Marianne menafikan undang-undang tersebut ditujukan kepada masyarakat Islam dan Yahudi, bil mereka disambut baik dan mendapat sokongan padu dari Ahli Parlimen Freedom Party.

Freedom Party yang diketuai Geert Wilders, terkenal di Eropah dengan platform anti-Islam dan anti-pendatang mereka.

Seorang pemimpin badan Islam di Belanda, Umar Mizra menyifatkan peraturan tersebut sebagai usaha untuk menyisihkan orang Islam di dalam masyarakat Belanda.

"Setengah pihak tidak mahu orang Islam mengamalkan cara penyembelihan mereka. Mereka tidak mahu orang Islam bergerak secara terang di dalam masyarakat dengan logo halal kita pada makanan dan pada tingkap (restoran dan kedai).

"Mereka mahu orang Islam mengamalkan agama hanya di rumah dan bukan didalam kehidupan masyarakat," Umar berkata dipetik daripada BBC./greenboc





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik