IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Babi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Babi. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Mei 2013

SENARAI MAKHLUK HALUS MENGGELIKAN DAN MENGERIKAN YANG TERDAPAT DI DALAM BADAN BABI@KHINZIR


Inilah Makhluk-Makhluk Halus Dalam Tubuh Babi Yang Mengerikan. Inilah di antara sebab-sebab babi diharamkan di dalam Islam. Mari buka fikiran, buka mata dan hati dan lihatlah makhluk-makhluk halus yangg bersarang dalam tubuh babi.

Babi adalah gedung (tempat menyimpan) penyakit. 

DNA babi mirip dengan manusia, sehingga sifat buruk babi dapat menular kepada manusia. Antara beberapa sifat buruk babi:

1. Binatang paling rakus, kotor, dan hina di kelasnya.

2. Kerakusannya tidak tertandingi oleh haiwan lain.

3. Suka memakan bangkai dan kotorannya sendiri.

4. Kotoran manusia pun dimakannya. 

5. Sangat suka berada di tempat yang basah dan kotor.

6. Untuk memuaskan sifat rakusnya, bila tidak ada lagi yang boleh dimakan, ia muntahkan isi perutnya, lalu dimakan kembali.

7. Kadang-kadang ia mengencingkan dulu makanannya terlebih dahulu sebelum dimakan. 

Inilah rupa bentuk makhluk-makhluk halus yang terkandung di dalam badan seekor babi sihat.

1. Cacing pita Taenia solium
Spoiler for Taenia solium:
2. Cacing spiral Trichinella spiralis
Spoiler for cacing:
3. Cacing tambang Ancylostoma duodenale
Spoiler for Ancylostoma duodenale:
4. Cacing paru Paragonimus pulmonaris
Spoiler for Paragonimus pulmonaris:

5. Cacing usus Fasciolopsis buski
Spoiler for Fasciolopsis buski:

6. Cacing Schistosoma japonicum
Spoiler for Schistosoma japonicum:
7. Bakteri Tuberculosis (TBC)
Spoiler for Tuberculosis:
8. Bakteri kolera Salmonella choleraesuis
Spoiler for Salmonella choleraesuis:
9. Bakteri Brucellosis suis
Spoiler for Brucellosis suis:

10. Virus cacar ( Small pox)
Spoiler for Small pox:


Penyakitnya seperti ini:
Spoiler for cacar:
11. Virus kudis ( Scabies)
Spoiler for Scabies:
penyakitnya seperti ini
Spoiler for kudis: 
12. Parasit protozoa Balantidium coli
Spoiler for Balantidium coli: 

Sumber : info-fm-station

Jumaat, 9 Mac 2012

CIRI-CIRI BULU BABI DALAM KEGUNAAN HARIAN KITA

Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu BABI…hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu BABI:

1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu BABI atau BABI hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain.Mungkin ada hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi,berhati-hatilah..Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi..

w.terapi.imamuda.com

Ahad, 15 Januari 2012

Bukti ilmiah Terbaru Berkaitan Daging Babi

Pembenaran Bukti Ilmiah Haramnya Daging Babi

Sebuah hasil kajian dalam British Journal of Cancer dari penyelidik Sweden menyebutkan pengambilan 14 auns daging babi diproses boleh menyebabkan peningkatan 19 peratus risiko kanser pankreas.

Kajian ini semakin memperkuat kebenaran agama yang melarang penggunaan daging babi.

Menurut National Cancer Institute, potensi kanser pankreas boleh berlaku dengan perbandingan satu daripada 65 orang. "Apabila anda mengambil daging babi tersebut setiap hari, risiko anda akan meningkat menjadi 1.7 peratus. Itu memang masih sangat kecil, "ujar penyelidik dari National Cancer Institute, Dr Richard Besser, kepada ABC News, Sabtu (14 / 1).

Makanan yang berasal dari babi sekurang-kurangnya dilarang oleh dua agama besar dunia, Islam dan Yahudi. Dalam Al-Quran, larangan tersebut tertulis "Diharamkan kepada kamu daging dari bangkai haiwan, darah, dan daging babi, dan setiap (makanan) yang disembelih selain dari nama Allah.''

Sedangkan, larangan babi di Yahudi tertulis di dalam Alkitab di dalam Perjanjian Lama. "Dan babi, meskipun itu berkuku dan berkaki belah, dia adalah haram untukmu. Daging mereka janganlah kamu makan, bangkai mereka janganlah kamu sentuh. Mereka haram bagimu.''

Menurut sebuah laporan di Los Angeles Times, orang Cina tercatat sebagai pelanggan babi terbesar di dunia. Masyarakat Cina rata-rata mengambil 50 kg daging babi satu tahun atau dua kali ganda daripada orang Amerika. China juga merupakan pengeluar daging babi terbesar di dunia dengan 460 juta ekor babi atau setengah daripada jumlah keseluruhan pengambilan babi global.

Padahal dalam beberapa teks Cina kuno, amalan mengambil babi ini sebenarnya dilarang. Kitab Konfusian dari Scottish yang berumur 3000 tahun lalu berkata: "Seorang lelaki tidak boleh makan daging babi dan anjing." Pelarangan babi terdapat juga dalam sebahagian kumpulan Hindu dan Kristian seperti Advent Hari Ketujuh dan Gereja Ortodoks Ethiopia.




Jumaat, 19 Ogos 2011

Sos Ada Dna Babi - Sijil Halal INFANCA Atau JAKIM


IPOH: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), bertindak menghantar notis pemberitahuan kepada Persatuan Hotel Malaysia dan syarikat makanan segera berhubung penemuan Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam sos jenama HP Souce dan Tabasco, sejak bulan lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff, yang dihubungi wartawan Harian Metro berkata, pihaknya sudah menghantar notis peringatan memaklumkan kepada pengamal industri makanan yang menggunakan sos jenama berkenaan baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, aspek penguatkuasaan belum dijalankan berikutan pihaknya sedang melakukan beberapa siasatan terakhir sebelum menguatkuasakan larangan penggunaan dua jenis sos jenama terkenal itu. 
 
“Kami belum memuktamadkan penguat kuasaan larangan itu, namun surat makluman mengenai penemuan DNA babi itu sudah diedar kepada pihak terbabit termasuk rangkaian hotel dan restoran makanan segera.

“Kami sedang menunggu arahan pihak atasan Jakim mengenai tindakan selanjutnya bakal diambil terutama dalam menguat kuasakan larangan itu,” katanya. Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan sidang media khas sebaik segala siasatan berhubung larangan penggunaan sos jenama berkenaan selesai kelak.

Difahamkan, Jakim sudah mengambil sampel produk berkenaan untuk dihantar sebanyak dua kali ke Jabatan Kimia Malaysia sebelum ia disahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

Persoalan timbul apabila pemilik jenama HP Sauce and Tabasco, HJ Heinz and Mclhenny Company, menyangkal dakwaan kedua-dua jenama itu tidak disahkan halal.

Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata, kedua-dua jenama itu mematuhi sepenuhnya garis panduan kawal selia oleh badan pensijilan masing-masing.


HP Sauce disahkan halal oleh HAC (Halal Audit Company), iaitu pihak berkuasa pensijilan Islam di Belanda, di mana terletaknya kilang itu.

Manakala, Tabasco disahkan halal oleh INFANCA (Majlis Nutrisi dan Makanan Islam Amerika) yang juga pihak berkuasa Islam di Amerika Syarikat dan mendapat akreditasi Jakim bagi mengesahkan produk itu bagi pihaknya. /HM

Jumaat, 12 Ogos 2011

The Star mengajak umat Islam berbuka puasa dengan masakan daging khinzir

star pork photo report 110811
Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbarThe Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir. 

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata dalam sisipan semalam, akhbar itu telah menyiarkan artikel bertajuk 'Ramadan Delights' yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.

Katanya KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.

"Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk 'Ramadan Delights' itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.
-Bernama-/ Gk

Khamis, 4 Ogos 2011

Mentega 'Golden Churn' ada DNA babi


KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.

Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi. 

Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.-Bharian
 


Sesiapa yang telah termakan kek lapis Sarawak yang menggunakan mentega ini. banyak-banyakkan beristighfar kepada Allah....  KS
 
 
 
 
 
Kesan DNA babi

TAK HALAL... sosej pulut dan kepingan ayam yang diimport dari Thailand.


KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.

Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.


“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya. -HM (gb)

Ahad, 19 Jun 2011

Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk
daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di
negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai
lebih dari 42,000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan
haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari
lemak-lemak tersebut.

Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak
babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di
tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan
yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak
yang su dah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu,
lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut .
Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut
dan ternyata itu berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa
dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan
aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,
ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama
Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang su dah tinggal
di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk kenegara-negara 
Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan
bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara,
anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara.
Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan
benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan
hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya
mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi.
Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu
sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan
sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian
(orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak
berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan
penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan.
Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara
Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak
tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian
lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan
ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk
dengan label baru tersebut dilarang ma su k ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan
yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan
menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara
Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya
diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod
tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak
produk perusahaan multinasional termasuk ubat gigi, sejenis permen karet,
coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa
multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di kon su msi[penggunaan
barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim
, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah
penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih
dahulu bahan-bahan produk yang akan kita kon su msi dan mencocokkannya
dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini
dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari
karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431,
E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477,
E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti
syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada
saudara kita


90 Jenis UBat Mengandungi Babi
LAPORAN PERCUMA
 Untuk maklumat lanjut sila klik disini

Khamis, 16 Jun 2011

AMARAN!!!JANGAN BELI TABASCO SAUCE & HP SAUCE SEBAB ADA DNA BABI




Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

"Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.

Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu. - Utusan

Ulasan 

Tak bolehkah produk yang didapati "haram" oleh JAKIM walaupun diberi pengakuan "halal" oleh syarikat terbabit dihentikan terus dari berada di pasaran atau diberi tempoh yang munasabah, sebelum boleh memasarkan semula produk tersebut.Jangan Dok main-main dengan babi ni....sensitif ooooooo...

Rabu, 1 Jun 2011

Penjelasan Sains : Seks, Babi & Janggut


Berikut ini adalah petikan temubual dengan Dr. Jamal Al-Din Ibrahim, seorang professor toksikologi dari California University, yang disiarkan dalam TV Al-Rahman/Al-Rawdha, pada Disember 2, 2010:




Pengacara: Seperti yang kita tahu, Barat mahu mengubah wanita jauh dari kesuciannya, kewanitaannya, dan kemulian yang dianugerahkan oleh Islam kepadanya, kepada kehidupan Barat, kepada lesbianism, kepada "Kenapa wanita tidak boleh memiliki ramai suami?", kepada "Kenapa wanita tidak boleh menikmati seks bebas sebelum kahwin?", kepada "Kenapa tidak boeh difokuskan pada wanita sahaja, seperti di Barat – supaya wanita boleh bersama wanita, tanpa memerlukan lelaki, dan lelaki boleh bersama lelaki, tanpa memerlukan wanita?" Ini adalah isu-isu yang merbahaya. Adakah sains mempunyai penjelasan dalam hal-hal seperti ini?

Jamal Al-Din Ibrahim: Berhubung dengan persoalan wanita, masyarakat Amerika sendiri mengakui bahawa wanita di Amerika mempunyai kurangnya hak-hak berbanding lelaki. Sebagai contoh: Apabila seorang wanita itu berkahwin, beliau akan menggunakan nama keluarga suaminya, dan membuang nama keluarganya sendiri. Jika dia mengahwini A, dia akan menjadi Mrs. A. Sebelum revolusi saintifik, dan sebelum adanya mesin-mesin, seorang wanita itu akan menjadi hamba kepada suaminya. Beliau tidak mempunyai apa-apa hak langsung. Ini berlaku kurang dari 250 tahun yang lampau.

Situasi ini berkembang apabila wanita diperlukan untuk membantu lelaki dalam kehidupan moden. Akibatnya, wanita menjadi semakin maju dalam banyak aspek, tetapi masih ketinggalan dalam hal tentang perlunya nama keluarga mereka dibuang.

Keduanya, wanita di Amerika dipergunakan seperti barangan. Wanita dilihat sebagai barang. Jika seorang wanita itu cantik, maka beliau mempunyai harga dan status tertentu dalam masyarakat. Di universiti pun, professor akan memberi markah yang lebih baik kepada yang cantik berbanding yang biasa. Dalam pengiklanan, wanita yang mempunyai susuk badan yang lebih menawan akan memenangi harga yang lebih tinggi.

[...]

Sewaktu saya masih menuntut di sebuah universiti, sekitar tahun 1975-1977, mereka menjalankan kaji selidik yang menunjukkan pelajar wanita Amerika, yang secara puratanya menghabiskan masa empat tahun di universiti, telah melakukan hubungan seks dengan 200-300 pasangan lelaki dalam tempoh empat tahun.
Apabila seorang wanita mengadakan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki, ia akan menjejaskan kesihatannya, kerana hubungan seperti itu melemahkan sistem immunisasinya. 

Pengacara: Bagaimana sebenarnya?

Jamal Al-Din Ibrahim: Apabila seorang wanita itu melakukan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki... Bila dia melakukannya dengan lelaki pertama, tubuhnya cuba menentukan identiti sperma lelaki tersebut.

Interviewer: Sebelum siaran ini, awak dah jelaskan tentang proses identifikasi kepada saya.

Jamal Al-Din Ibrahim: Ya, terdapat satu proses identifikasi, dan sperma itu didaftarkan dalam tubuhnya. Ianya seperti apabila seorang itu memasuki rumah seseorang, beliau akan dikenali, dan sama seperti kad pengenalan dihasilkan... Lelaki ini sekarang mempunyai kedudukan istimewa. Proses ini dikendalikan oleh sistem immunisasi. Ianya seperti apabila seorang lelaki bekerja untuk syarikat tertentu, maka pihak syarikat ini akan berusaha mengenali lelaki tersebut, dan memberi beliau jawatan yang betul. Selepas itu, tubuh wanita tadi dengan mudah mengenalpasti sperma lelaki itu, yang kini menjadi sebahagian dari wanita tersebut. Kemudian datang lelaki lain dan mengadakan seks dengan beliau. Sekarang sistem immunisasi terpaksa mengulangi semula proses tadi.

Pengacara: Sistem immunisasi melakukan banyak kerja untuk mengenalpasti lelaki baru tersebut.

Jamal Al-Din Ibrahim: Ianya menjadi lebih sukar apabila terdapat dua lelaki dalam satu masa. Wanita-wanita di sana biasa melakukannya. Mereka ada seorang, dua, atau tiga kekasih, dan kawan lelaki. Walaupun tidak rapat, wanita ini tetap melakukan hubungan intim dengan kawan-kawannya. Ini akan melemahkan sistem immunisasi. 

Pengacara: Kerana terpaksa melalui terlalu banyak proses identifikasi... 

Jamal Al-Din Ibrahim: Ia sibuk dengan identifikasi sepanjang masa akibat hubungan seks dengan teman yang pelbagai. Apabila usia wanita itu mencecah 30an atau 40an, dan selepas 15 tahun terlibat dengan seks, beliau mula dihinggapi penyakit barah payudara dan barah rahim, yang mana sudah menjadi kebiasaan di Amerika. 

Pengacara: Apakah sebabnya?

Jamal Al-Din Ibrahim: Hubungan seks dengan pasangan-pasangan berbeza akan menyebabkan sistem immunisasi wanita berkenaan rosak dan menjadi lemah.

[...]

Makan daging babi boleh menyebabkan seseorang itu bekerja kuat, tapi tidak boleh berfikir. Pemikirannya akan menjadi lemah, kerana perutnya terpaksa bekerja keras untuk memecahkan molekul-molekul kompleks.

[...]

Tabiat makan daging babi didapati boleh melemahkan keupayaaan seseorang untuk berfikir, dan juga melemahkan keinginannya untuk mempunyai perasaan bangga dengan dirinya sendiri. Ia menghilangkan semangatnya.

Pengacara: Adakah ini satu fakta? 

Jamal Al-Din Ibrahim: Ianya memang benar. 

Pengacara: Pemakan babi tidak mempunyai semangat patriotik? 

Jamal Al-Din Ibrahim: Ini telah dibuktikan secara saintifik. Ia merendahkan kandungan serotonin dalam badan, yang berfungsi melancarkan aktiviti dan meningkatkan perasaan banggga seseorang, dan mungkin juga menambah keceriaan seseorang. Apabila hormon ini berada dalam badan, seseorang itu akan menjadi ceria, tetapi daging babi pula mengurangkan kandungan serotonin ini. Seorang pemakan babi boleh menggunakan otot-ototnya untuk bekerja, tetapi bukan otaknya.

[...]

Beberapa orang doktor telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam mengubati masalah impoten dengan hanya menyuruh pasakit-pesakit menyimpan jambang dan janggut yang panjang.

Pengacara: Subhanallah!

Jamal Al-Din Ibrahim: Menyimpan jambang dan janggut menggalakkan penghasilan testosteron. Apabila seseorang yang menderitai masalah impoten dan ereksi menyimpan janggut dan jambang, kandungan testosterone akan bertambah... Mereka mengukurnya dalam ukuran mikrogram, dan mendapati tahap testosteron meningkat di kalangan lelaki yang menyimpan janggut dan jambang. 

Interviewer: Subhanallah!

[...]

Al-Rahma TV (Egypt) - Duration: 07:50 - December 2, 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik