IKLAN

Rabu, 23 November 2011

Masjid Quba Adalah Masjid Pertama Dibina Di Dunia.


 

Masjid Quba 'merupakan masjid pertama yang dibina di dunia dalam sejarah Islam Syariat Nabi Muhammad SAW yang dibina oleh Baginda Nabi SAW sendiri bersama-sama Hadzrat Abu Bakar RA dan penduduk madinah sebaik Nabi Muhammad SAW tiba, ini bermakna sehingga hari ini ( 1432 H ) adalah bersamaan usia masjid berkenaan 1432 tahun Hijrah.


Masjid Quba dengan persekitaran terpencil Madinah di Arab Saudi, merupakan masjid tertua di dunia. batu asas pertamanya yang di laksankan oleh Nabi Muhammad SAW pada waktu tiba Hijrah dari Kota Mekah ke Madinah, Masjid Quba di bina oleh Baginda SAW dengan Hadzrat Abu Bakar RA bersama-sama Para Sahabat RA Madinah atau kaum Ansar.

Nabi Muhammad SAW dipercayai berada di masjid Quba lebih dari 20 malam selepas tiba dari berhijrah dan sambil menunggu ketibaan Hadzrat Ali RA dari Makkah membawa berita dari sana. 



Sebahgian dari riwayat bahawa Nabi Muhammad SAW menjadikan masjid Quba sebagai masjid yang aman dan selalu bedoa pada satu sudut di dalamnya yang menjadi bahagian kediaman Atban Bin Malik RA. Masjid Quba terletak kira-kira 60 metre dari Masjid Nabawi.


Imej lama Masjid Quba.



Pintu masuk Masjid Quba, gambaran pada tahun 1325 Hijrah.

Imej lama Masjid Quba'.


Pintu Kota Madinah ( Pintu Gerbang ) masuk ke Kota Madinah.



Jabal Abu Tsaur @ Gunung Tsaur.


Qar Al Tsaur. Gua Al Tsaur.

Nabi Muhammad SAW bersama Hadzrat Abu Bakar RA, sebelum sampai ke Yatrib ( Madinah ) membina Masjdi Quba, terlebih dahulu melalui peristiwa sedih bersembunyi di Gua Al Tsaur dan Gunung Tsaur kerana mengelak dari di khianati oleh Musyrikin Quaisy Makkah.



Imej Masjid Quba setelah lebih seribu tahun.


Menurut sejarah, Nabi Muhammad SAW telah sampai di suatu penempatan tidak jauh dari Madinah bernama Quba pada hari Isnin 8 Rabiul Awwal bersamaan 23 September 622 Masehi.
Ketika mula sampai di Quba, Baginda SAW telah diberikan layanan baik yang benar oleh masyarakat Madinah. Nabi Muhammad SAW telah tinggal awalnya bersama Khulthum Ibn Al Hadm, ketua suku kaum Amr bin Auf RA yang budiman selama empat hari. 


Pada tempuh itulah Baginda SAW telah meletakan batu asas membina Masjid Quba dengan sokongan Para Sahabat RA yang mengasihi Nabi SAW dengan ketaqwaan yang sejati. 


Dari riwayat As Syimus binti An Nu'man, Baginda SAW memikul batu-bata sendiri sehingga bongkok tubuhnya disamping tubuh baginda dipenuhi debu dan pasir, Nabi SAW tidak mahu Para Sahabat RA mengambil beban yang baginda SAW bawa dan menyukai Para Sahabat RA bekerjasama membawa bahan-bahan bangunan yang lain.

Dengan kudratNya, Baginda Nabi Muhammad SAW sendiri yang turut mencurah tenaga memulai kerja asas pertama pembinaannya sehingga membolehkan Masjid Quba di gunakan dimana bahan binaannya adalah termasuk berasaskan dari batang dan pelepah kurma.

Apabila siap, inilah masjid pertama yang terbina setelah Masjidilharam Makkah. Di masjid inilah Nabi SAW dan Para Sahabat RA menunaikan solat Jumaat yang pertama sekali berlaku di muka bumi, ia itu pada hari Jumaat bersamaan 27 September 622 Masehi.
Wallahu A'lam.


Sumber







3 ulasan:

  1. Masjid Quba= masjid yang dibina nabi bersama sahabat.Masjid al-Aqsa -bukan dibina oaleh nabi Muhd s.a.w-sahabat boleh cari di Google:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam tuan.. sy student degree thn akhir UTM skudai.. buat tesis tentang masjid.. so sy ada mengambil sedikit sumber drpd blog tuan utk penulisan jurnal sy.. so nak tau nama sebenar tuan boleh? utk masukkan dlm rujukan.. jzkk

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik