IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Sakit Kepala. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sakit Kepala. Papar semua catatan

Ahad, 13 Oktober 2013

10 Jenis Ubat Dari Limau Kasturi



1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih 

2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

Sumber: BB Mania World/bersihjiwahati.blogspot.com/OM.

Ahad, 7 Ogos 2011

Rawatan Sakit Kepala


Assalamualaikum semua...

Jika terdapat pesakit pening kepala datang ke pusat rawatan saya biasanya nasihatkan:


1) RUQYAH: takut ada gangguan dalam badan yang menyebabkan sakit kepala


2) Baca al Fatihah sendiri: hujung telujuk dan ibu jari diletak di tepi dahi dan tangan dirapatkan di dahi.. baca al Fatihah 7 kali.. niat semasa baca "Iyyaka na;budu"


3) Pegang di tempat yang sama atau atas kepala lalu dibaca ruqyah: AL BAQARAH ayat 178 ;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالأُنثَى بِالأُنثَى فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاء إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ ذَلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ فَمَنِ اعْتَدَى بَعْدَ ذَلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qisas berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pema'afan dari saudaranya, hendaklah (yang mema'afkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi ma'af) membayar (diat) kepada yang memberi ma'af dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih."

4) ..atau baca ayat 19 Surah AL WAQIAH; ayat menceritakan tentang penghuni syurga yang tidak pening dan pusing...




5) Jika berpunca dari angin dari perut; maka digalakkan makan 1) cuka kurma / epal b) Minyak zaitun sesudu c) madu .. sejam sebelum makan apa2 pada waktu pagi dan sebelum tidur..


6) Boleh juga ketika pening yang teramat; minum madu bersama setengah biji lemon atau limau nipis.... supaya kasi potong pening tu...


7) Jadikan minyak zaitun ruqyah sebagai minyak rambut utama.. kerana di dalam kitab Syamail Muhammadiyyah Imam Tirmizi meriwayatkan bahawa antara sifat nabi sering kelihatan rambutnya berminyak dengan ; Minyak Zaitun... boleh juga sapu di tengkok dan perut...


8) Berbekam 3 bulan sekali di kepala dan tengkok serta di belakang badan.


9) Mandi air ruqyah plus air batu dan garam selama 7 petang...


... Selamat mencuba!!!!

( sumber )

Ahad, 30 Januari 2011

Petua Merawat Sakit Kepala



JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya...

"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol... Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik ( Munira,100plus dll ) campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Ia pun sesuai untuk pesakit dehidrasi @ cirit birit. diambil dengan roti berserat @ biskut tawar yang di sapu jem strawberi (bukan majerin @ kaya)

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.

Selagi kita boleh elak kan untuk memakan panadol, elakkan.. jika tidak dapat di elak kan, makan lah dengan dos yang berkurangan dan minum banyak air.. sekurang kurangnya, sebiji panadol dengan segelas air jarang hangat...
cuba dapat rawatn altenetif dahulu...

Namun, kalau Anda merasa masih risaukan untuk meminum minum-minuman berisotonik, Anda boleh membuatnya sendiri di rumah. Dan dijamin jauh lebih baik  daripada isotonik di luar. Berikut resepinya :

Bahan-bahannya:
* 1 liter air putih
* 200 ml sari atau pati limau kasturi atau lemon
* 1 gram garam

Cara membuatnya :
* Campur 1 liter air dengan dengan sari limau atau lemon. Kacau sampai sebati .
* Tambahkan garam, lalu kacau hingga garam larut.
* Sejukkankan, dan siap diminum.

Cukup mudah bukan pembuatannya. Sayangnya, minuman ini tidak tahan berhari-hari seperti minuman sedia ada diluar kerana ia tidak ada pengawet.

p/s: Saya dah cuba petua minum minuman isotonik tu bila sakit kepala. Alhamdulillah,berkesan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik