IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Buah Anti Kanser. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buah Anti Kanser. Papar semua catatan

Khamis, 14 Mac 2013

Fakta menarik tentang Durian Belanda



Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu? 

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser. 

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus. 

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik. 

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup. 

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini : 

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo. 

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan. 

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan. 

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik. 

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah : 

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas. 

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan! 

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat. 

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan! 

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. 

Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan ! 

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa? 

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan. 

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka. 

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini. 

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar. 

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan. 

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan. 

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza. 

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo! 

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru. 

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu. Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. 

Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi. 

[Sumber] sajanakcerita

Rabu, 24 Ogos 2011

Buah Passion, Markisa atau Susu Pembunuh Kanser

Kredit mr. google.. 

Assalamualaikum dan salam ramadan... Sahabat semua kenal dengan buah ini? Oh yes... rasanya ramai dikalangan rakyat Malaysia memang kenal dengan gelaran buah susu atau nama glamournya passion atau markisa. Dulu aku ada kongsikan tentang darimana datangnya buah passion ini. Kali ini kita ambil tahu pula apa kebaikan dan kelebihan buah passion ini. 

Semasa aku tinggal di Tanzania, buah passion atau markisa ini memang terkenal di negara Afrika. Pergi sajalah di restoran mana2 pun akan ada FRESH PASSION atau ice cream passion dalam menu mereka. Sebab itu kita boleh lihat kulit2 mereka walaupun nampak gelap tetapi cantik dan tahan lasak. Jika di negara Barat mereka lebih gemar membuat kek dan dessert kerana rasanya yang masam dan aroma.

Vitamin dalam buah passion
Buah passion sangat tinggi kandungan vitamin C, zat besi, kalium A dan diet serat. Kebaikan vitamin C (antioksidan) dan vitamin A dapat membantu melindungi/menghalang/melawan badan kita daripada mendapat penyakit jantung dan KANSER.

Kalium dan serat yang ada dalam buah ini merupakan eletrolit yang dapat membantu mengekalkan tahap bendalir badan kita dan juga membantu merendahkan tekanan darah, mengekalkan ketegangan otot, sakit kepala dan penyakit imsomnia (susah tidur), penyakit artritis (sakit otot), sawan dan sakit kepala, mempercepatkan penyembuhan luka, sembelit, mengurangkan kolestrol dan lemak dalam darah yang berlebihan.

Zat besi pula membantu meningkatkan tenaga, tidur yang lebih baik, meningkatkan imuniti dan membekalkan oksigen dalam darah.

Daun dan bunga passion mengandungi alkaloid yang boleh mengurangkan tekanan darah. Pesakit kanser tidak boleh tension, terlalu tertekan dalam siatuasi tegang atau memikirkan masalah sehingga boleh membawa presure dan kurang tidur. Jadi pastikan pesakit KANSER tiada tekanan dan banyakkan berzikir dan istighfar agar hati sentiasa tenang.. 

Ekstrak buah passion berkulit ungu boleh membunuh sel2 kanser dalam vitro. Phytochemical yang ditemui dalam buah passion sumber utama anti kanser iaitu karotenoid dan polifenol. Sebab itu pesakit KANSER harus banyak memakan buah2an yang tinggi kandungan vitamin C selain passion iaitu nenas, durian belanda (soursop), anggur yang mempunyai biji dan dikunyah (jangan di buang bijinya), betik, berries, orange, aprikot termasuk bijinya B17 dan banyak lagi.

Penambahan... 
Passion juga membantu mengurangkan alahan dan radang serta asma. Pastikan semasa mengambil jus passion/markisa tidak dicampur dengan ketulan ais atau sejuk. Kalau free boleh baca tentang asal buah markisa/passion dan cara membuat jus. Hala SINI. Pemilihan buah passion berkulit ungu atau seperti warna kecoklatan khasiatnya lebih baik dan jika terdapat kulit sedikit kecut atau terlalu kering tidak mengapa kerana rasanya tetap sama dan lebih sedap. Jika tiada ungu, warna kuning juga bagus.

Aku tak jumpa lagi buah passion kat sini. Jadi beli dari kotak jenama CERES juga kira bolehlah dari tak der. 100% pure blend juice dan tiada campuran gula.

Nota
Di Malaysia kebanyakkan buah markisa/passion/susu ini hanya terdapat yang bewarna kuning sahaja. Untuk mendapatkan passion kulit bewarna ungu amat payah dan rasanya lebih sedap dari yang berkulit kuning. Di Afrika kalau mr. hubby balik out station mengikut jalan kampung, sure dia akan beli sebaldi buah passion ungu (lebih kurang 3 kilo) yang harganya cuma RM3.... lebih jer. Murahkan. Cubalah.. rasanya memang sangat masam dan sedikit manis tetapi khasiatnya tersangatlah terbaik..

P.S. Kalau dah buat jus yang dicampurkan dengan ais kiub dan gula, ohhhhh!!!! sure memang terangkat tetapi untuk pesakit KANSER, gantikan gula dengan madu kerana gula adalah penyebab KANSER membiak dengan mudah. Aku lebih gemar membuat jus passion dengan blend sekali biji2nya kerana khasiat dalam biji passion mungkin lebih baik dari isinya.. Selepas itu tapislah.. Sedap diminum sejuk tanpa ais kiub.

Sumber : kongsibersamanora

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik