Pertanyaan:Jika kita dihadang orang, perompak atau pencuri, doa apa yang boleh kita baca agar boleh selamat dari kejahatannya. Terima kasih pencerahanya.
Jawab:
Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du,
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan tentang kisah ashabul ukhdud dan perjalanan perjalanan pemuda soleh bersama raja yang zalim. Dalam kisah itu, sang pemuda soleh ini berkali-kali diancam oleh raja agar meninggalkan ajaran islam dan hendak dibunuh oleh sang raja dengan beraneka macam cara, namun semuanya gagal.
Yang pertama, raja menyuruh prajuritnya untuk membawa pemuda ini ke puncak gunung. Setelah sampai di puncak, lemparkan dia jika tidak mau keluar dari islam. Sesampainya di puncak gunung, pemuda soleh ini berdoa,
اللهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ
Ya Allah, cukupkanlah aku dari kejahatan mereka dengan cara sesuai yang Engkau kehendaki.
Gunung itupun bergoncang, hingga para prajurit itu berjatuhan. Sang pemuda selamat dan dia mendatangi raja sendirian. Kemudian sang raja menyuruh beberapa prajuritnya untuk membawa anak ini di atas perahu dan dibawa ke tangah lautan. Jika sampai di tengah, ceburkan dia ke laut.
Setelah sampai di tengah laut, sang pemuda ini berdoa dengan doa yang sama,
اللهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ
Ya Allah, cukupkanlah aku dari kejahatan mereka dengan cara sesuai yang Engkau kehendaki.
Perahu itupun terbalik dan semua tenggelam, namun Allah selamatkan pemuda ini.
(HR. Muslim 3005).
Diantara pelajaran yang boleh kita ambil dari hadis di atas adalah doa ketika kita dihadang orang jahat atau mendapat ancaman dari orang yang hendak bertindak jahat kepada kita.
اللهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ
ALLAHUMMA IKFINIIHIM BIMA SYI’TA
Ya Allah, cukupkanlah aku dari kejahatan mereka dengan cara sesuai yang Engkau kehendaki.
Kisah Ulama dan Perompak
Diceritakan oleh Ummul Malik bintu Hisyam,
Suatu ketika Imam Atha’ al-Azraq keluar menuju tanah lapang dan melakukan shalat malam. Tiba-tiba dia dihadang perompak. Beliaupun berdoa,
اللهم اكفنيه
Ya Allah, cukupkanlah aku dari kejahatannya.
Tiba-tiba tangan dan kaki perompak itu menjadi kaku. Diapun menangis dan berteriak, ’Demi Allah, saya tidak akan merompak lagi.’
Kemudian Imam Atha’ mendoakannya, sehingga dia boleh lepas. Ketika beliau pergi, perompak itu selalu ikut.
’Saya mohon sangat, siapakah nama tuan?’ tanya perompak.
’Saya Atha’.’ Jawab sang imam.
Kemudian keduanya berpisah. Sementara perompak itu belum mengenali wajah sang Imam Atha al-Azraq.
Di pagi harinya, perompak taubat itu bertanya-tanya kepada masyarakat sekitar.
’Kalian tahu, siapa orang soleh yang keluar ke tanah lapang melakukan sholat malam?’
’Kami tahu, dia Atha’ as-Sulami.’ Jawab penduduk.
Orang ini pun segera menemui Atha as-Sulami.
’Aku menemui anda untuk bertaubat dari perbuatan burukku.’ Bekas perompak itu mulai cerita kejadiannya.
Kemudian Atha as-Sulami mengangkat tangannya ke atas dan berdoa. Beliau menangis, kemudian menyampaikan kepada si mantan perompak itu,
’Kamu salah. Itu bukan saya. Itu Atha al-Azraq.’
Sumber: kitab at-Tawwabin, Ibnu Qudamah, hlm. 167
Allahu a’lam.
Dijawab oleh Ustadz Ammi Nur Baits (Dewan Pembina KonsultasiSyariah.com)
PENGARAH FILEM HINA NABI MENANGIS MOHON KEAMPUNAN ALLAH
Pengarah filem hina Nabi menitis air mata semasa haji Arnold Van Doorn, bekas penerbit filem yang menghina Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjadi tetamu Allah menunaikan kewajiban haji pada tahun ini, air matanya tidak henti-henti saat tiba di Mekah. Dia mencari saat yang paling bahagia ketika ini. Van Doorn akan menghasilkan filem yang bertentangan dengan filemnya yang terdahulu bertajuk Sayyidul Basyar (Penguhulu Manusia).
Melalui kenyataan kepada harian Saudi Okaz, dia mencari apa yang dia cita-citakan dalam Islam. Dia mengingatkan masa lalunya yang memerangi Islam dan seperti orang yang menangkap angin. Dia datang ke baitullah untuk meminta ampun dan meminta kepada Allah untuk menghapuskan kesalahannya di masa lalu.
Setelah kepulangannya dari haji, dia bertekad berkhidmat untuk Islam dan muslimin dengan mengerjakan suatu projek besar pembuatan filem yang menggambarkan Nabi adalah Nabi yang rahmat. btmmari.blogspot.com
Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.
Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana...
Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau tntg seorang banduan yg bernama AMIN....
iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong.
Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini.
Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.
Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.
Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum.
Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.
Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.
Dia digantung pada subuh pagi jumaat.
Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.
Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.
Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.
Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.
Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.
Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.
Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.
Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.
Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung.
Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.
Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...
Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.
Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.
Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.
P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.
Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”
Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.
WALLAHU A'LAM,
SHARE KEPADA DUNIA BETAPA ALLAH SANGAT MENYAYANGI HAMBANYA YANG SOLEH! suraual-ikhwan.
Al-kisah seorang pemuda yang berjaya pulang ke kampungnya dengan kereta barunya Mercedes yang baru dibelinya.
Pemuda tersebut memandu agak cepat untuk jalan di kampung.
Namun pemuda itu berhati-hati melihat samada ada kanak-kanak yang tetiba lari keluar daripada tepi jalan dan memperlahankan kereta jika ternampak sesuatu.
Ketika kereta pemuda melalui jalan kampung yang cerun itu, tiada kanak-kanak yang keluar.
Tetiba, ada sekeping bata yang terbaling ke pintu kereta Mercedes barunya.
Pemuda terus menekan brek dan gostan ke tempat di mana bata tersebut dibaling.
Pemuda yang marah tersebut terus keluar dan menolak seorang kanak-kanak 12 tahun ke arah keretanya dan terus menjerit marah.
“Apa ini? Siapa kamu? Apa yang kamu buat? Ini kereta baru TAHU? Dan bata yang kau BALING ITU AKAN menyebabkan hilang banyak wang!!! MENGAPA kamu buat DEMIKIAN?? JAWAB!!!”
Budak tersebut memohon maaf….
“Abang… sorry… jangan marah… Saya minta maaf tapi saya tak tahu apa nak buat,” budak tersebut merayu.
“Saya membaling bata tersebut kerana tiada kereta lain yang hendak berhenti,” kata budak itu sambil menangis-ngangis teresak-esak…
Jari budak itu menunjukkan ke arah bawah cerun jalan tidak jauh daripada tempat kereta Mercedes pemuda itu dipark.
“Itu abang saya,” kata budak itu. “Abang saya termasuk cerun dan terhempas daripada kereta rodanya… dan saya tidak dapat mengangkat abang saya,” tambahnya dengan nada teresak-esak.
Sambil pipinya dipenuhi air mata dan hidung berhingus, budak itu merayu pemuda kaya tersebut, “Boleh abang tolong angkat abang saya naik ke kerusi rodanya. Abang saya sangat sakit tapi dia terlalu berat untuk saya angkat.”
Pemuda itu tersergam, terdiam dan tersentuh.
Menelan air liur dan meredakan bengkak tekak akibat menjerit, pemuda itu cepat-cepat pergi membantu abang budak yang cacat itu ke kerusi roda semula.
Pemuda kemudian mengeluarkan kain sapunya untuk mengelap luka abang budak tersebut dan memberitahu dia, “Jangan bimbang, semuanya ok.”
Budak yang dimarahinya tadi berkata, “Terima kasih abang… semoga Allah membalas hati baik abang.”
Terlalu terkejut dengan situasi tersebut, pemuda itu tidak berkata apa-apa sambil melihat budak itu menolak abangnya balik ke rumah.
Pemuda itu berjalan ke arah kereta Mercedesnya. Kesan kerosakan tampak jelas, tapi pemuda itu berkata pada dirinya, ia akan membiarkan kerosakan itu kekal di pintunya sebagai mesej mengingatkan diri – “Jangan lalu kehidupan dengan cepat sangat sehingga ada orang yang terpaksa membaling bata untuk mendapatkan perhatian kita!”
Allah sentiasa berada di sisi kita dan mendidik dan membisik ke jiwa dan hati kita. Apabila kita tiada masa untuk mendengarnya, Allah terpaksa membaling bata ke arah kita – supaya kita sedar dan berfikir.
Ayu Raudhah mulai selesa dengan imejnya bertudung.
PETALING JAYA: Pelakon Ayu Raudhah pernah diuji apabila hatinya terdetik untuk kembali ke imej lamanya apabila melihat ramai wanita tidak bertudung bergaya dengan fesyen rambut masing-masing.
Bagaimanapun kata Ayu, 27, perasaan itu terus dibuang jauh selepas memikirkan penghijrahannya yang mula bertudung pada Ramadan lalu adalah kerana mengikut tuntutan Allah.
"Biasalah, mungkin ini satu ujian Allah untuk melihat sejauh mana kekuatan iman seseorang. Saya mengaku, sejak bertudung, hati saya pernah terdetik untuk membukanya apabila melihat wanita-wanita di luar sana tampil dengan pelbagai gaya rambut.
"Bagaimanapun syukurlah ketika perasaan tidak baik itu datang, saya dapat menolaknya. Saya berkata kepada diri saya sendiri semua gaya rambut yang saya lihat itu sudah pernah saya gayakan dulu. Sekarang saya perlu menjadi wanita muslimah yang ingin menuju ke jalan Allah," katanya.
Tambah Ayu lagi, perubahannya menutup aurat juga adalah salah satu cara untuk menjaga nama baik suaminya, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak sebagai ketua rumah tangga.
Sementara itu, bercerita mengenai imej barunya itu, Ayu bersyukur kerana dia semakin selesa tampil sedemikian walaupun terpaksa melalui rasa panas dan menganggap perkara itu adalah satu ujian yang harus ditempuhinya.
"Saya percaya, mana-mana wanita yang mula bertudung akan mengalami perasaan yang lebih kurang sama seperti saya. Namun, apabila niat kita untuk ke arah kebaikan, kita akan lebih selesa.
"Malah saya semakin seronok ketika ini apabila dapat membuat eksperimen gaya tudung yang sesuai dengan wajah saya.
"Lebih senang lagi apabila kita tidak perlu berfikir tentang masalah 'bad hair day' seperti yang dilalui sebelum bertudung," selorohnya./mstar
MAKKAH - Seorang lelaki Arab Saudi dijatuhi hukuman empat bulan penjara dan 70 kali hukum sebat.
Hukuman itu diterima seorang lelaki berumur 52 tahun tersebut lantaran ia terkejut apabila ditahan oleh polis syariah kerana memeluk perempuan yang bukan mahramnya di dekan Kaabah.
Lelaki itu nekad melakukan perbuatan tercela tersebut berhampiran kiblat umat Islam. Tidak dapat tidak, dia segera diheret sebelum beratus-ratus jemaah mendekati Masjidil Haram.
Pada awalnya, lelaki itu mendakwa perempuan yang dipeluknya itu adalah tunangannya. Walau bagaimanapun, mereka belum sah menjadi mahram.
"Mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah setelah perempuan itu memberi
keterangan mereka berdua sedang menjalin hubungan. Kelihatan dari mesej
mesra di telefon mereka, dilontarkan keduanya," seperti dilaporkan oleh emirates247.com, Jumaat (14/9).
Selepas didapati bersalah, lelaki itu akhirnya mengakui perbuatan
tersebut salah dan meminta keringanan hukuman dari mahkamah.
Sedang penulis melayari internet, tiba-tiba ternampak satu article bertajuk ‘Paris Hilton Converts To Islam’. Biar benar!
Ia bukan sesuatu yang pelik jika seseorang artis itu masuk Islam, tapi bila nama Paris Hilton yang muncul memanglah terkejut beruk.
Siapa yang tak kenal dengan sikapnya yang sering menimbulkan kontroversi murahan untuk mempopularkan diri.
Menerusi kenyataan yang di keluarkan oleh www.dailysquib.co.uk, Paris Hilton menerusi jurucakapnya, Ian Brinkham, adalah orang yang bertanggungjawab mendedahkan berita itu.
Tambahnya lagi, Paris akan kembali ke Los Angeles pada minggu depan untuk membuka sekolah Islamnya sendiri.
Paris juga bercadang untuk menukar nama kepada ‘Tahirah’ yang bermaksud suci dan tulen dalam bahasa Arab.
Jika benar baguslah. Jangan sekadar membuat gimik kerana agama Islam tidak boleh dibuat main.
Interview Bersama Megat ACAB (disember 2009) - "Ana Sudah Berubah!!" - pedoman untuk skinhead dan semua!!
OI! OI! ANDA INGAT LAGI BAND INI??
HAH! KALAU INGAT, MESTI KENAL BRADER NI!!
mastika/ disember/ 2009
“Fitnah! Itu Fitnah! Wallahi ana tak
pernah hina Nabi Muhammad”
Oleh: Mohd. Nazirul Afiq Ismail
“GENG, kalau lu nak tau most of skinhead kat Malaysia ni rata-ratanya memang influence dengan band ACAB. Megat ACAB antara orang awal yang jadi pelopor skinheadni. Carilah Megat!”
Begitulah antara suara-suara yang sering saya dengar semasa dalam proses menyiapkan artikel tentang skinhead untuk dimuatkan dalam Mastika pada bulan lepas.
Agak sukar sebenarnya untuk mendapat contact Megat.
Menurut sumber kenalan, Megat menghilangkan diri. Ramai kenalan penulis
menyatakan Megat sudah tidak mahu bergelumang dengan dunia skinhead lagi.
Yang
paling menarik lagi ada yang menyatakan Megat sudah berubah. Berubah
menjadi ‘Pak Arab’. Megat sudah memakai jubah dan serban. Penulis tepuk
dahi. Benarkah dakwaan mereka ini?
Setelah melakukan carian dalam talian Google dalam Internet, dakwaan ini benar! Megat pernah ditemu bual oleh wartawan Melodi, Michelle Yeoh. Memang jelas Megat sudah berjubah. Alhamdulillah!
Dengan keizinan Tuhan, pada suatu petang di bulan Syawal penulis dapat menemu bual Megat Hafiz, 30, penyanyi utama kumpulan streetrock ataupun Oi! ini.
Lokasinya
di sebuah restoran Arab yang terletak di tengah bandar raya Kuala
Lumpur. Megat datang lengkap berjubah dan berserban.
Wah, penulis sekali lagi tertanya-tanya adakah transformasi Megat ini sekadar imej luaran sahaja?
Bukan
setakat berjubah sahaja, lokasi yang ditetapkan untuk berjumpa
membangkitkan persoalan tersebut. Tak mengapa. Biarlah persoalan ini
menjadi kesimpulan selepas habis sesi temu bual nanti.
Penulis terus bertanya pada Megat sejak bila berubah? Pastinya masyarakat di luar sana mahu mengetahui.
..kalau dia mention Mags atau Max
memang ana dah saman!” - Megat ACAB
“Ana
berubah sebab terlalu banyak sangat fitnah dan tohmahan yang ana
terima. Macam-macam fitnah sampai kata ana murtadlah, antiagamalah dan
macam-macam lagi.
“You tahu, ana nyaris saman Mastika bila keluar artikel pasal ana pertengahan 2006. Nasib baik reporter tu letak Mads, kalau dia mention Mags atau Max memang ana dah saman!” ujar Megat bersungguh-sungguh.
Namun, Megat bersyukur, disebabkan segala tohmahan dan fitnah inilah dia berubah. Sebenarnya
ada satu peristiwa yang berlaku membawa Megat kembali ke pangkal jalan.
Kejadian itu berlaku pada tahun 2007. Suatu hari Megat diajak seorang
rakannya bersembahyang di sebuah masjid.
“Kemudian kawan ana ini sudah baca satu ayat. Rupa-rupanya ayat ini adalah ayat dari kitab Al-Attaz
di mana sudah menjadi amalan keluarga ana sejak beratus tahun yang
lalu. Sejak dari situ ana sedar. Mengapa ana tidak ikut ajaran Islam
yang menjadi ikutan keluarga ana beratus tahun?” cerita Megat.
Satu lagi kejadian menginsafkan berlaku ke atas diri Megat. Suatu
hari
seorang kenalan Megat menghadiri majlis ilmu tasawuf di Jenderam Hilir
membawa pulang poster beberapa gambar ilmuwan Islam.
“Ana terkejut, antara gambar poster itu adalah datuk saudara ana sendiri,” beritahu Megat.
Selepas dua peristiwa itulah, Megat mula berminat mahu mendalami ilmu agama.
“Semenjak
dari hari itu hinggalah sekarang ana sudah mula belajar kembali
mengenal Tuhan dan diri ana…” cerita Megat bersungguh-sungguh.
Bagaimana pula dengan skinhead?
Penulis terus mengasak soalan. Bagaimana dengan budaya yang pernah
‘dibawa’ Megat sehingga menjadi fenomena remaja kita suatu ketika dulu
dan menjadi permainan media sehingga dikatakan budaya skinhead ini menjadi racun terutama remaja Melayu kita.
“Skinhead dah tidak ada apa-apa lagi perjuangan yang relevan dengan ‘working class’. It is more worthy jihadfor our religion eitherthan anything else.
“Pada ana, skinhead kini sudah menjadi fesyen. Ramai teman ana sudah tidak lagi bersama skinhead. Ada tu memang ada. Tapi pakaian sudah casual.
“Macam ana sendiri sekiranya The ACAB ada invitation ana main juga, but tetap pakai, tapi jubah pakai jugalah. Secara personal semangat skinhead ana masih ada, mana boleh hilang setelah ana adalah antara orang terawal yang bawa ke sini.
..Ana sudah buang tatu,
di tangan, dada." - Megat ACAB
“Bayangkan selama 13 tahun, skinhead sudah pasti menjadi sebahagian diri ana. Tapi segala prinsip yang syirik dan bertentang dengan agama telah ana tinggalkan! Of course skinhead is a cult, but skinhead is not a religion. Tatu pun ana sudah buang!” jelas Megat lagi.
Megat mengakui dia takut apabila suatu hari kelak dipertanggungjawabkan kerana pernah membawa pengaruh skinhead pada budak-budak remaja di Malaysia.
“Pernah ada seseorang menuding jari pada ana memberitahu dia menjadi skinhead sebab ana. Ana mengaku kesilapan ana,” ujar Megat lagi.
Menurut Megat, dia menjadi budak skinhead ketika masih berumur belasan tahun.
“Ketika itu budak-budak lagi, umur 14-15 tahun jadi skinhead. Pada peringkat umur ana begini, apa sangatlah yang ana fikir. Kami mencari imej.
“Dari sudut muzik, pada zaman tu rock kapak dah jadi rock leleh, banyak kumpulan muzik yang jiwang muncul. Nak ikut scene itu dah tak boleh. Leleh!
“Kami sebagai remaja pada zaman itu dahagakan rock bertenaga, dari situlah sebenarnya sejarah ACAB bermula. Kami berjuang untuk lifestyle baru, desperately wanting something new for that time. To create and build a new scene, skinhead,” terang Megat.
MEGAT HAFIZ bersama ACAB long years ago!! No.2 dari kanan.
Ketika itu ACAB yang dipelopori Megat membawa banyak anjakan pada industri hiburan.
“Dalam situasi yang amat lembap di pasaran, kami boleh jual album standing artis-artis arus perdana seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi. Mana ada artis skinhead di luar sana macam kita. Malaysianskinhead is a rock scene,” katanya.
Bagaimana pula dengan budaya skinhead yang suka bergaduh? Mengapa ada tergamak sampai membu…
“Ana tak nafikan pada zaman ana memang ada pergaduhan. Cara kami bergaduh gentle, pakai tangan saja. Tapi lepas ideologi Nazi datang, makin banyak pula kes bergaduh sampai tikam-tikam ni. Mengapa?
“Skinhead bukan dipecahkan dengan banyak cabang TRAD, S.H.A.R.P (Skinhead Anti Rasis), Nazi ataupun R.A.S.H. (Skinhead Anarki Merah). Skinhead adalah satu.
“Ana tak nafikan kami pernah meletakkan logo SHARP dalam album kami. Tujuan kami adalah untuk memberitahu yang kami bukanlah skinhead yang rasis, kerana rata-ratanya mengaitkan skinhead dengan white power.
“Kalau di Malaysia sudah tentu Malay power.
Disebabkan terlalu banyak kekalutan itu yang menyebabkan pergaduhan
yang sia-sia. Kerana terlampau banyak sangat pergaduhan yang
kadang-kadang membawa kematian menyebabkan ana tinggalkan scene. Kerana disebabkan suatu ideologi yang tak cukup kuat,” jelas Megat kesal.
Penulis
hanya mengangguk tanda setuju. Penulis terus mengasak persoalan pada
Megat yang kononnya dahulu dikatakan pernah membuat kenyataan
anti-Rasulullah s.a.w. Ada juga spekulasi mengatakan Megat melakar
tulisan No Muhammad untuk ditatukan pada tangannya.
Ternyata Megat amat terkejut dengan spekulasi ini dan menurutnya itulah suatu pembohongan yang besar.
“Fitnah! Ini fitnah! Wallahi ana tak pernah membuat kenyataan sedemikian. Nak buat apa ana membenci datuk ana sendiri? I think you are talking about someone else... tipu semua tu.” Megat dengan tegas menyangkal dakwaan tersebut.
Tak
mengapa Megat, bila seseorang ada nama sudah tentu ada pihak yang tak
berpuas hati dan membuat macam-macam spekulasi. Tapi bagaimana pula
pandangan Megat bila melihat dunia skinhead ini setelah ditinggalkan? Bagaimana dengan pengikut Megat yang ditinggalkan ini?
Megat terfana sebentar apabila penulis bertanyakan soalan sedemikian. Beberapa ketika kemudian Megat memandang penulis.
“Seperti
yang ana nyatakan tadi, ana melakukan kesilapan. Ana tersilap apabila
terlalu dedahkan perkara yang negatif pada mereka. Ana shoot gambar ana dengan tatu.
“Penyudahnya
ramai yang mencacah tatu. Ada yang mencacah tatu penuh satu badan. Ada
juga yang minum arak dengan selamba di tempat terbuka. I admit, I make mistake!
“Melalui Mestika, dengan ini ana menyeru pada skinhead teruskanlah berskinhead, skinheadlah selagi mau, tetapi tinggalkanlah perkara-perkara yang syirik.
“Perjuangan di sisi Islam itu lebih bermakna. Sudah tiada apa lagi perjuangan dalam skinhead. Ana juga sedang dalam pembikinan untuk menerbitkan album qasidah (syair dalam bahasa Arab).
“Tapi
projek ini baru saja bermula. Mungkin ini salah satu cara ana dapat
menebus kembali kesilapan ana kerana ana bermula semuanya dengan muzik,”
terang Megat.
Baguslah
begitu Megat, sekurang-kurangnya ada juga usaha daripada anda untuk
menjernihkan kembali perkara yang keruh. Sebelum menamatkan pertemuan
kami petang tersebut, penulis bertanyakan padanya bagaimana kehidupannya
sehari-hari selepas berubah.
Megat
menyatakan secara rohani kehidupannya lebih tenang, damai.
Alhamdulillah, Megat juga mengajak rakan-rakan yang mahu menyertainya
menghadiri majlis zikir setiap hari Ahad di Masjid al-Bukhary, Bukit
Bintang.
Sebelum berpisah, Megat turut berpesan pada penulis: “Tulis benda baik-baik ya…”
Insya-Allah Megat, kami dari meja Mastika
juga mendoakan agar Megat teruskan usaha mengenal Allah s.w.t. dan
menjadi hamba-Nya yang soleh. Insya-Allah… marilah bersama-sama kita
berdoa semoga remaja kita yang tersesat di hujung jalan, berpatah balik
ke pangkal jalan.
penulis bersama Megat..
(garang sangat muka tu bro!! :P)
KLthugs:
Ini artikel koleksi arkib penulis pada tahun 2009. Lama tak contact
Megat, apa cerita The ACAB? Dengar cerita kawan-kawan yang join tabligh,
Megat dah sampai Syria sebar dakwah?? Wahh...!!
Beliau adalah seorang yang terpelajar, graduan Universiti, tetapi
banyak perasaan marah terhadap kerajaan England, marah terhadap orang
sekeliling dan disebabkan perasaan marah tu, beliau menjadi pemuzik
'Punk Rock' dan beliau sendiri mengaku beliau semasa zaman jahilnya,
adalah seperti Iblis, begitu hina beliau rasa semasa beliau jahil kerana
cara kehidupan beliau.
Rakaman ini, sebenarnya membuatkan kita rasa sangat malu dengan diri
sendiri. Malu dengan brother Abdul Malik (walaupun tak pernah
berjumpa).Kenapa kita patut malu? Sebab kita dilahirkan Islam,
dilahirkan di dalam keluarga Islam; agama yang SEBENAR-BENAR AGAMA.
Akan
tetapi apabila nak belajar tentang bab ilmu agama, kita ambil sambil
lewa. Bukan tidak dihantar belajar agama, akan tetapi, tidak ada rasa
'nikmat' dan 'manis' dalam agama sendiri. Masa kecik, kita solat sebab
takut dipukul, mengaji sebab mak/ayah paksa kita mengaji. Seolah-olah
tidak diberi penerangan KENAPA kita mesti mengaji, KENAPA manisnya
beribadah, KENAPA kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam.
Bila diberi penerangan tentang dosa dan pahala, tidak dapat digambarkan
ngerinya neraka dan indahnya syurga.Brother Abdul Malik kata di dalam
rakaman di atas, "There's only 'revert' in Islam, there's no room for
convert".Kenapa beliau cakap macam tu? Revert bermaksud berbalik.
Convert bermaksud mengubah.
Jadi pada beliau, oleh kerana Islam adalah
agama yang sebenar, semua yang bukan beragama Islam sepatutnya BERBALIK
kepada Islam.Kalau yang diluar agama dia berkata supaya BERBALIK, apa
lagi kita yang memang sudah Islam? Bila masa kita nak 'berbalik' ke
Al-Quran dan Sunnah?10 malam terakhir Ramadhan kali ini, jangan
sia-siakan. Kejarlah Lailatul Qadar seolah-olah ini adalah Ramadhan
terakhir mu wahai sahabat. ~info
Merasa
bersalah kerana telah berbuat curang terhadap isterinya, seorang lelaki
di China rela merangkak sejauh 1000 meter untuk meminta maaf. Setiap
beberapa langkah, lelaki ini bersujud di atas jalan raya bandar Putian,
Wilayah Fujian.
Lelaki
itu lalu menjelaskan bahawa dirinya sengaja melakukan perkara tersebut
kerana merasa bersalah terhadap isterinya. Ia berniat merangkak seperti
itu hingga ke Zhengrong Times Square yang terletak sekitar 1000 meter
dari lokasi awal ia merangkak. Namun baru seperlima dari jarak yang
seharusnya ditempuh, terlihat seorang wanita turun dari motor, memanggil
teksi dan membawa si lelaki pergi dari sana./kudinstory.
Assalamualaikum,Maha suci Allah dari segala sekutu. Tempat manusia berserah dan
berwala’ kepadaNya. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW
diatas rahmat yang dicurahkan baginda ke seluruh alam.
1. Bukankah Allah itu Maha Penerima Taubat. Mereka bertaubat. Mereka
berazam betul-betul untuk tidak buat lagi perbuatan yang sia-sia dan
berdosa. Insya Allah, mereka akan masuk Syurga.
2. Jumlah mat rempit di Malaysia sahaja sudah mencecah ribuan orang.
Daripada mereka kamikaze di jalan raya, baik mereka melakukan ‘amali
istisyhadiah’ atau dihantar jihad di Palestin. Berdasarkan pengetahuan
penulis, peperangan di Palestin adalah perang jihad kerana mempertahan
hak, nyawa dan harta orang Islam.
3. Menghantar pesakit ke hospital. Ini mungkin tidak sesuai untuk
pesakit yang tidak sedarkan diri. Antara ‘basic knowledge’ bagi seorang
Mat Rempit ialah, CILOK. Penulis kadang-kadang kesian melihatkan
ambulan yang tersekat di dalam kesesakan jalan raya. Dengan bantuan Mat
Rempit, insya Allah lebih ramai nyawa yang akan diselamatkan.Kalau
pesakit tak boleh nak dibawa, Mat Rempit akan ke hospital
berhampiran dan akan membawa doktor dan petugas perubatan ke tempat kejadian dengan sepantas kilat.
4. Berlumba-lumba untuk solat berjemaah. Walau sibuk macam mana
sekalipun, Mat Rempit tidak akan meninggalkan solat berjemaah. Dengan
penguasaan track (jalan2) yang tinggi, mereka dapat mengetahui di mana
kedudukan masjid dan surau dengan tepat.Itu tidak lagi ditambah dengan
pahala memboncengkan pakcik yang ditemui ditepi jalan untuk ke masjid.
5. Qiamulail. Seorang mat rempit telah terdidik untuk selalu berjaga
tengah malam sehingga pagi buta. Terutama malam-malam minggu. Masjid dan
surau-surau akan penuh dengan motor 125, RXZ dan lain-lain.
Motor-motor ini tidak lain dan tidak bukan adalah milik Mat Rempit yang
berqiamullail. Mereka menangis dalam solat tahajjud dan taubat.
Bersungguh-sungguh meminta dari Allah dalam solat hajat. Khusyu’ dalam
berzikir dan beristighfar.
6. Bincang masalah umat. Kebiasaan mat rempit adalah berkumpul dahulu
sebelum merempit. Semasa dalam kumpulan ini, mereka akan membincagkan
masalah-masalah umat Islam, isu politik, berbincang mengenai kekuasaan
Tuhan dan banyak lagi. Perbincangan mereka adalah perbincangan yang
tidak sia-sia.
7. Berkawal malam. Ada sebuah hadith nabi yang mafhumnya, seorang yang
‘ribat’ ditengah malam adalah lebih baik daripada seluruh dunia dan
isinya. Yang dimaksudkan dengan ribat ialah berkawal di tengah malam.
Mat Rempit akan bekerjasama dengan polis untuk mengawal masalah jenayah
yang sering berlaku pada tengah malam. Macam super hero lah kiranya Mat
Rempit ni.
8. Menghiburkan isteri dan keluarga. Jika dulu, Mat Rempit adalah
sinonim dengan Bohsia dan Bohjan. Sekarang, Mat Rempit bukan seperti
yang dulu. Mat Rempit selalu meluangkan masa membawa isteri dan
kadang-kadang anak-anak berjalan-jalan menaiki motor.Pada hujung minggu,
Mat Rempit akan berpiknik dan mengeratkan silatur rahim dengan Mat
Rempit yang lain.Mafhum Hadith ‘Sebaik-baik kamu adalah yang melakukan
kebaikan kepada keluarganya‘.
9. Menangkap peragut. Jiwa Mat Rempit yang suka menolong orang dalam
kesusahan telah sebati. Dalam apa jua keadaanpun, seorang mat rempit
selalu ‘alert’ dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya. Kes ragut
yang disiarkan di dalam TV tidak akan berlaku jika Mat Rempit ada di
tempat kejadian, kerana merekalah orang yang pertama akan menangkap
penjenayah itu.Selain daripada itu, seorang Mat Rempit dikurniakan Allah
satu ’sense’ yang istimewa. (sixth sense lah ni). Mat Rempit dapat
menghidu jenayah dari jauh dan dapat juga mengetahui niat jahat
seseorang itu. Jadi, sebelum jenayah berlaku, seorang Mat Rempit mungkin
akan mengalihkan perhatian orang yang berniat jahat tadi.
10. Tawakkal yang tinggi. Sentiasa bezikir. Sentiasa mengingati
kematian. Membaca doa keselamatan sebelum memulakan perjalanan. Ini
semua adalah perkara-perkara yang seorang Mat Rempit akan lakukan ketika
mula menghidupkan enjin motor hingga kembali mematikannya.Mat Rempit
sedar bahawa ajal dan maut di tangan Allah. Nyawanya boleh ditarik Allah
bila-bila masa sahaja. Justeru, Mat Rempit selalu mempersiapkan
dirinya menghadap Yang Maha Esa