IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Video Muzik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Video Muzik. Papar semua catatan

Khamis, 12 Disember 2013

Anti Rasis…Antara Mandella dan Paul Mc Cartney


Siapa tak kenal Mandella?

1386689173365991962

"Saya paling benci diskriminasi perkauman. Saya akan berjuang  untuk menghapuskan najis perkauman sehingga saat-saat terakhir !" - Nelson Mandella

Tokoh anti apartheid ini telah meninggalkan dunia beberapa hari lalu. Dan, kini banyak ketua negara telah tiba di Johannesburg untuk menghadiri pemakamannya. Menilik perjalanan dan perjuangan beliau, kita harus angkat topi setinggi-tingginya. 

Betapa…..beberapa penjara adalah makanannya selama 27 tahun. Di mulai dari tahun 1960an hingga 1990an. Perjuangan beliau mencapai puncaknya saat beliau menjadi Presiden Afrika Selatan di tahun 1994 diiringi tumbangnya rejim apartheid. Penerima Nobel Perdamaian tahun 1993 ini sungguh banyak menginspirasi dengan gerakan kemanusiaannya iaitu ANTI RASIS. Bahawa, manusia saat dilahirkan tidak pernah memohon dan meminta dia dilahirkan dengan warna kulit yang diinginkannya. Inilah yang saya yakini menginspirasi sebuah karya besar di bidang muzik.

Pernahkah anda mendengar lagu EBONY AND IVORY? Ya…lagu di tahun 1980an ini merupakan karya cipta pentolan The Beatles Paul Mc Cartney. Lalu, apa hubungan lagu ini dengan Mandella? Dari judul lagu saja sudah terlihat bahawa lagu ini adalah ANTI RASIS. Ebony artinya kayu HITAM sedangkan Ivory adalah Gading Gajah (yang berwarna PUTIH). Sebuah pertentangan yang dipelihara dengan subur oleh Rejim kulit putih di Afsel sebelum Mandella. Bagaimana syairnya?

Ebony And Ivory Live Together In Perfect Harmony
Side By Side On My Piano Keyboard, Oh Lord, Why Don’t We?
We All Know That People Are The Same Where Ever We Go
There Is Good And Bad In Ev’ryone,
We Learn To Live, We Learn To Give
Each Other What We Need To Survive Together Alive.
Ebony And Ivory Live Together In Perfect Harmony
Side By Side On My Piano Keyboard, Oh Lord Why Don’t We?


Gambar dari google.

Bila hitam dan putih bersatu dan bersama barulah tercipta nada nan indah..

Sebuah lagu yang sangat menyindir kita . Bagaimana si Hitam (Ebony) dan si Putih boleh berdampingan hidup secara harmonis. Dan, Paul Mc Cartney pun menggambarkan keduanya dalam tuts-tuts PIANO yang terdiri dari HITAM dan PUTIH serta berdampingan menciptakan keharmonian nada. Namun, Mengapa kita tidak boleh (Why Won’t We?)

Bahkan pada bait berikutnya, Paul kian menyerang kita dengan mengatakan pada diri tiap orang ada sisi positif dan negatif…ini harus kita terima agar dapat hidup berdampingan. Bagaimana di Kompasiana kita tercinta? Hmmm…..kadangkala ada debat yang tiada akhirnya, hanya kerana perbezaan, beza bendera, beza parti, beza pemimpin bahkan beza kesebelasan @ pasukan.

Dan, Paul Mc Cartney pun untuk mewujudkan anti racistnya menyanyikan lagu nan indah ini bersama penyanyi kulit Hitam, Stevie Wonder.

1386689096237735414

Ingin tahu lagunya? LIHAT BAWAH


Kalau Mandella dan Paul boleh menyatukan perbezaan, WHY WON’T WE?

Salam anti Rasis dan perbezaan……

Cause we all live under the same sun

Di terjemah dan di sunting dari: kompasiana.com

Jumaat, 15 Mac 2013

(Video) Ustaz Haslin Baharim (Ustaz Bollywood) Dah Jadi Artis, Rakamkan Album Pertama.. Best Giler!!!


Haslin Baharin (kiri) dan Syed Abdull Kadir Al Joofre semasa pelancaran album mereka.
KUALA LUMPUR: Pendakwah, Haslin Baharim atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Bollywood berjaya merakamkan album pertamanya yang mengandungi 19 buah lagu hanya dalam masa separuh hari.

Haslin, 44, berkata, kelebihan itu terjadi selepas dia melakukan solat hajat yang secara seterusnya memudahkan proses rakaman album Zikir Zindagi itu.
"Bukan saya nak riak atau pun meninggi diri tetapi sekadar berkongsi pengalaman mengenai kelebihan yang Allah berikan itu telah melancarkan proses rakaman album saya. Ia berlangsung dari pukul 10 pagi dan tamat kira-kira 5 petang.

"Alhamdulillahlah semuanya berjalan lancar dan saya berharap zikir yang ditampilkan dapat membantu masyarakat Islam untuk mengingati, memuji dan mengagungkan kebesaran Allah," katanya.
Haslin ditemui pada majlis pelancaran album Zikir Zandagi dan Ratib Al Hadad di Restoran Hadramawt di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Haslin berkata, beliau pada mulanya enggan merakamkan album tersebut kerana malu dan tidak yakin dapat menyanyi dengan baik.
Namun apabila memikirkan tujuan asal penerbitan album adalah untuk berdakwah, beliau mengubah fikiran.
"Album ini menampilkan zikir-zikir yang berunsurkan inspirasi sebagai taruhan utama buat para pendengar. Di samping itu ia dapat mendekatkan pendengar kepada Allah," jelasnya.
Menurut Haslin, album tersebut mengalunkan zikir dan doa menggunakan lenggok seakan-akan lagu hindustan.
Penyanyi nasyid lulusan Universiti Islam Abu Bakar, Karachi, Pakistan ini turut menyelitkan bahasa Urdu dalam album tersebut.
"Zikir Munajat, doa dan bacaan ayat suci al-Quran bakal membawa perbezaan ketara kerana ia dibacakan dengan lenggok berlagu dan bermelodi Hindustan selain menampilkan penggunaan bahasa Urdu dalam beberapa zikir pilihan," jelasnya.
Sementara itu, pendakwah Syed Abdull Kadir Al Joofre pula memilih memuatkan himpunan doa dan zikir susunan Imam Abdullah Alawi Al Haddad menerusi album Ratib Al Hadad.
"Istimewanya mengenai album ini zikir yang diperdengarkan mempunyai sejarah tersendiri yang mana merupakan zikir dan doa daripada al-Quran dan hadis yang kemudiannya disusun oleh Imam Abdullah Alawi Al Hadad berdasarkan inspirasi pada malam Lailatul Qadar, 27 Ramadan 1071 Hijrah," katanya.
Kedua-dua album tersebut edaran Unicdotmy Pro Sdn Bhd dan telah pun berada di pasaran.


Isnin, 2 April 2012

Album Terbaru Maher Zain akan Lebih Universal



Maher Zain, penyanyi yang berasal dari Sweden ini melancarkan album keduanya yang berjudul "Forgive Me". Ia berharap album kedua ini berjaya seperti album pertamanya. 

"Alhamdulillah, i'm done," ujarnya dalam sidang akhbar di Jakarta, Isnin. Maher mengaku merasa lega album keduanya ini telah selesai pengeluarannya. Penyanyi berdarah Lebanon ini memerlukan masa satu tahun untuk menyelesaikan album yang mengandungi 14 lagu, dua diantaranya dinyanyikan dalam Bahasa Indonesia. 

"Album ini mengalami banyak perkembangan dari album pertama. Tentunya lebih berkualiti dan elemen pengeluaran ditambah, alat muziknya juga bertambah," katanya dipetik Antara . Maher mengungkapkan single pertama dalam album ini berjudul "Number One For Me" bercerita tentang ibu. Bagi Maher, ibu adalah orang nombor satu yang sangat dihormati dan dikagumi.


"Melalui lagu ini saya ingin menyampaikan mesej universal, bahawa kita mempunyai satu ibu. Orang yang selalu menjadi nombor satu. Orang yang selalu menyokong kita dan sangat pemaaf," katanya. Peter Hendarwin Sony Muzik Entertainment Indonesia berharap album kedua Maher Zain ini boleh diterima awam dan penjualannya melampaui rekod dari album pertama.


"Penjualan CD, DVD, dan RBT lagu Maher Zain dalam album pertama meraih pensijilan 20 kali platinum, kami berharap tahun ini dengan album barunya boleh mencapai lebih tinggi lagi, "katanya. Lebih universal Sebelumnya siaran akhbar Sony Music Entertainment Indonesia menyebutkan Maher Zain menghadirkan karya lagu berirama pop dengan mesej positif yang lebih universal, tidak hanya boleh dinikmati umat Islam saja. 


Dengan tema yang universal ini, Maher berharap akan lebih banyak orang yang menerima mesej-mesej positif dalam lagu-lagunya. Managing Director Sony Music Entertainment Indonesia, Toto Widjojo mendedahkan Maher Zain adalah penyanyi yang telah membawa harum dunia lagu pop Muslim di dunia. Album perdananya yang berjudul 'Thank You Allah' mencatat prestasi sebagai album antarabangsa terlaris sepanjang 2011 dengan pensijilan 20 kali Platinum. 


"Di Indonesia, kehadirannya juga diterima secara meluas oleh masyarakat," katanya. Buktinya, Maher Zain tercatat sebagai artis antarabangsa dengan penjualan album terbanyak pada 2011 di Indonesia. Dalam Album "Forgive Me", Maher akan menghadirkan 14 lagu. Dua lagu diantaranya berbahasa Indonesia dan dalam salah satu lagunya Maher menghadirkan suara bayinya.


Selain promosi album baru, Maher juga akan membintangi sebuah siri TV berjudul "Insha Allah - Find My Way".Siri TV ini merupakan kerjasama Sony Music Entertainment Indonesia dengan DNA Production .Rencananya siri ini akan ditayangkan pada Ramadhan tahun ini di salah satu stesen TV swasta. *


diterjemah dari : www.hidayatullah.com


Isnin, 2 Januari 2012

Ust Azhar Idrus & Zizan Tunjuk Skill Main Gitar Elektrik Di Malam Tahun Baru



Berpuluh-ribu Banjiri Sambutan Tahun Baru Bercirikan Islam Selangor

SHAH ALAM, 1 JAN: Program Jom Santai Bersama GeMS kelolaan Kerajaan Negeri sempena sambutan tahun baru 2012 di Dataran Kemerdekaan di sini malam tadi berlangsung meriah dengan kehadiran hampir 100,000 orang terutama golongan muda.

Program GeMS - Generasi Idaman Selangor, itu diadakan dengan pendekatan menyambut tahun baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai. Ia ternyata mendapat sambutan hebat dan ianya memberi nafas baru kepada penganjuran majlis.

Gabungan golongan agama dari generasi lama dan baru dan artis popular berjaya menarik perhatian pengunjung untuk mengikuti majlis dari awal hingga akhir.

Antara celebriti agama yang hadir adalah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Akhil Hay, Imam Muda Asyraf dan Syed Hisham dan artis popular, Sham dan Dakmie Kamikaze, Shahir dan Zizan Raja Lawak.

Malah detik sambutan tahun baru ketika jam tepat 12 tengah malam amat bermakna dalam suasana baru apabila semua hadirin termasuk tetamu kehormat, Exco Kerajaan Negeri, Dr Halimah Ali, Dr Yaakop Sapari dan Rodziah Ismail serta Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad bersama-sama mengalunkan nyanyian memuji kebesaran Allah dengan lagu 'Asma Ul Husna'. Ini disusuli doa penutup oleh Ustaz Azhar.

Program malam tadi bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan Forum Maghrib dihoskan Ustaz Syed Hisham dan Asraf sebagai moderator dikuti solat Isyak berjemaah.

Ceramah Perdana menampilkan Ustaz Azhar dan Zizan mendapat sambutan hebat orang ramai kerana penyampaian ceramah agama secara santai dan lawak menerusi sesi soal jawab agama.

Persembahan artis seperti Sham dan Dakmie Kamikaze, Shahir dan Ustaz Akhil Hay dengan dengan lagu moden, nasyid dan bertema keagamaan sebelum jam 12 tengah malam turut menghiburkan.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali ketika ditemui selepas majlis berkata Kerajaan Negeri mempraktikkan pendekatan itu kerana menyedari dan memahami akan minat dan citarasa golongan muda yang menyukai hiburan dan selebriti muda.

Dengan memasukkan elemen hiburan, katanya, pihaknya turut menyelitkan unsur keagamaan sebagai pendidikan supaya ianya berjalan serentak serta dapat diterima semua pengunjung yang hadir.

Katanya, berdasarkan sambutan diterima, pihaknya berpuas hati terutama kehadiran golongan muda sebagai golongan majoriti dalam program berkenaan.

"Ini adalah antara sebahagian daripada program anti- zina jadi kalau Kerajan Negeri tidak menguruskan keperluan, minat, citarasa, ciri-ciri orang muda itu kepada program yang bersifat positif maka mereka akan tertarik kepada program yang negatif dan seterusnya terjebak di dalam gejala sosial.

Jadi bila kita buatkan satu program seperti ini ianya agak santai, agak relaks dan mereka datang bersama keluarga dengan majoritinya orang muda maka mereka mendapat pendidikan yang membangunkan mereka dan mereka faham apa ertinya sambutan tahun baru," katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri memang menjangkakan saingan daripada pihak lain yang turut menganjurkan program sambutan tahun baru dan pihaknya berbesar hati dengan sambutan hebat diterima terhadap majlis itu dan ianya terbukti berjaya.

"Saya rasa ini di antara tanda positif sokongan kepada Kerajaan Selangor, keyakinan kepada program yang dianjurkan oleh Kerajaan Selangor yang dilihat bersifat pembangunan, membangunkan manusia," katanya lagi.







Tentu lepas ni Rocker @ Metaller akan cari T-Shirt macam bawah ni hehe..
tshirt jom gi kuliah
Contoh T Shirt Jom Gi Kuliah

Gambar Dari Yastro


P/s : Cayalah Ustaz Azhar.. Seorang Insan yang serba boleh..



Ahad, 25 Disember 2011

Lawak Ahad, Louis Armstrong - Berus Gigi..



Louis Armstrong - Berus Gigi 

Aku nak beli berus gigi,
ade yang biru, purple ade, 
ade-ade dimana saje,
boleh la beli berus gigi....

Hari ni saya perlu...,
hilangkan kuman,
bakteria-baktera digigi,
syoknye pada hari ini,
haih saya dah malas nak cakap,
bolehlah beli berus gigi...

Ingat kamu semua, 
semua gigi saya ini,
ada 20 bijik,
tambah 44,
I see friend,
yang takde gigi,
gigi yang bushuk,
di sini, saya menyanyi,
khas for you,

hari ini memang sesuai,
I buat sup telur, (tibe2)
lirik dah berterabur,
amboih...

Farady ni macam-macam...
buat lawak untuk semua....
gigi, gigi, gigi saya...
comel gile, gile...

Boleh belanja berus gigi?...

Kredit :sajanakcerita

P/s: Adik-adik kalau nak gigi macam atok rajin-rajinlah berus gigi oh..yeah.. haha



Khamis, 15 Disember 2011

Polis Aceh Botakkan Kepala 60 Peminat Muzik Punk


KEPALA dua pemuda punk Aceh dibotakkan oleh dua anggota polis.


BANDA ACEH, Indonesia - Polis memulihkan akhlak lebih 60 peminat muzik punk rock yang terdiri daripada golongan belia di wilayah Aceh, Sumatera dengan alasan mereka mencemarkan imej wilayah berkenaan.
Sejak ditangkap pada satu konsert di sini pada malam Sabtu lepas, seramai 59 peminat punk rock lelaki dan lima peminat perempuan dipaksa memotong rambut, menukar pakaian dan bersolat.
"Kami khuatir undang-undang syariah yang dilaksanakan di wilayah ini akan tercemar akibat aktiviti mereka," kata Timbalan Datuk Bandar Banda Aceh, Illiza Sa'aduddin Djamal semalam.
"Kami harap dengan menghantar mereka ke program pemulihan akhlak, mereka akhirnya akan bertaubat," tambahnya.
Beratus-ratus peminat punk rock Indonesia tiba di Aceh untuk menonton konsert itu bagi mengumpul derma anak yatim.
Polis kemudian menyerbu tempat konsert tersebut dan menangkap sejumlah peminat yang menyimpan gaya rambut mohawks dan bertatu, memakai seluar jeans ketat serta rantai.
Mereka dibawa ke sebuah kem berdekatan kelmarin bagi menjalani program pemulihan akhlak selama 10 hari yang dikendalikan oleh pihak polis.
Koresponden agensi berita AFP memberitahu, seorang gadis menangis apabila beberapa wanita bertudung memotong pendek rambutnya manakala beberapa lelaki mengeluh semasa kepala mereka dibotakkan.
"Kenapa mereka menangkap kami? Mereka tidak memberikan sebarang alasan," kata seorang pemuda, Fauzal, 20.
"Kami tidak mencuri, kami tidak mengganggu sesiapa. Kami berhak untuk menonton konsert," tambahnya.
Seorang lelaki berusia 22 tahun dari Medan yang ditahan di kem berkenaan berkata, dia bimbang akan kelilangan pekerjaannya selepas ditahan selama 10 hari.
"Saya baru mula bekerja di sebuah bank di Medan. Saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan kepada mereka (polis) kerana saya tidak tahu mengapa kami ditangkap," katanya.
Polis sebaliknya menyatakan, penangkapan tersebut dibuat bagi mengelakkan golongan belia daripada berkelakuan menyimpang agama.
"Mereka tidak pernah mandi, mereka tinggal di jalanan, tidak pernah solat," kata Ketua Polis Aceh, Iskandar Hasan.
"Kami perlu memulihkan mereka supaya mereka berkelakuan baik dan berakhlak. Mereka perlukan layanan keras bagi memulihkan mental mereka," tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan seorang aktivis hak asasi manusia Indonesia, Evi Narti Zain berkata, penangkapan anak-anak muda itu melanggar hak asasi manusia. - AFP/Kosmo




Jumaat, 2 Disember 2011

Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia Terus Merudum



Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini, menurut Transparency International Malaysia (TI-M).

Bercakap pada majlis mengumumkan keputusan itu di Subang Jaya pagi ini, Timbalan Presiden TI-M Mohamad Ali Hasan berkata, Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.


Katanya, walaupun kejatuhan itu hanya membabitkan 0.1 mata tahun ini, namun ia masih membimbangkan kerana kerajaan telah berusaha memulakan beberapa usaha-usaha anti-rasuah.

"Mengapa ia harus jatuh? Kerajaan telah menganjurkan beberapa program (anti-rasuah). Persepsinya adalah bahawa program itu tidak berkesan," katanya.


Pada tahun 2003, Malaysia berada pada kedudukan 37 dalam kaji selidik yang membabitkan 146 negara. Bagi 2010, kaji selidik itu melibatkan 178 negara.-
malaysiakini.

azlan


Manakala Bernama melaporkan...Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, Malaysia yang menduduki tempat ketiga di kalangan negara Asia Tenggara selepas Singapura dan Brunei, memungut 4.4 mata daripada 10 mata untuk berada di depan Thailand yang mendapat 3.5 mata (tempat ke-78) dan Indonesia dengan 2.8 mata (tempat ke-110).

“Denmark, New Zealand dan Singapura terikat pada kedudukan pertama dengan memungut 9.3 mata. Statistik Malaysia tidaklah merosot malah kekal. Negara kini berada di tengah-tengah (antara baik dan tidak baik). 






One Buck Short - Kelibat Korupsi

Bertapa hebatnya kita membeli isu terkini
Fakir miskin terpedaya
Orang kaya semakin kaya
Bagaimana kita nak maju asyik mereka rembatkan
AP senang didapat
Projek besar diorang rembat
45 hitam biru mencari-cari
tujuan
Aku dia kita mangsa
Hal kecil menjadi besar
Apa lagi yang kita semua perlu lakukan
Bangsa kita keluar malam
Maruah bangsa semakin curam
(Korus)
Ingat kita takut?!
Apa mengarut?!
Kita tunjukkan!
RAKYAT KEDEPAN!
Bertahun-tahun akan kita merasai sengsara
Peperangan yang tak sudah!
Cari harta mengambil tanah!
Walau sekarang kita hidup hidup dah cukup mudah
Tak cukup tamak harta
Cari makan mereka kata
(Dikir Barat)
Bak Kata
Cerita pendek
Kita harus
Kerja sama
Jaga jaga
Jaga nama
Kalau jatuh
Depa pijak
Kerja sama
Boleh maju
Jangan malas
Jangan tipu
Makan rasuah
Tikam belakang
Semua ini
Buat rosak
Tukar cara
Kita fikir
Baru hapus
KORUPSI!!!!
Tukar cara
Kita fikir
Baru hapus
KORUPSI!!!!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik