IKLAN

Selasa, 8 November 2011

Belanda Mahu Haramkan Cara Penyembelihan Halal Dan Kosher



Ketika umat Islam seluruh dunia meraikan Hari Raya Aidiladha, lebih sejuta penganut agama itu di Belanda sudah mula risau tentang bekalan daging halal mereka di negara Eropah tersebut.

Ini kerana, mulai bulan depan, kemungkinan besar pemerintah Belanda akan mengharamkan menyembelihan haiwan mengikut hukum syarak di negara tersebut.

Menurut sebuah laporan laman web British BBC, keputusan itu akan memaksa pembekal daging halal di Belanda untuk tutup kedai sekaligus menjejaskan bekalan kepada komuniti Islam di negara itu.

Ia juga akan memberi kesan kepada masyarakat Yahudi Belanda kerana pengharamanan tersebut juga merangkumi cara penyembelihan secara "kosher".

Walaupun pengumbal undang-undang tersebut berkata tujuan mereka adalah untuk memelihara kebajikan haiwan, organisasi Islam Belanda berkata pengharaman itu mencerminkan sentimen anti-Islam yang semakin menular di Belanda.

Menurut sebuah laporan Pakistan Today, rang undang-undang itu telah luluskan di Parlimen Belanda Jun lalu dan bil itu sedang diteliti oleh dewan Senate.

Jika lulus di Senate dan berkuatkuasa bulan depan, undang-undang tersebut akan menwajibkan setiap operasi pembekal daging di Belanda agar mengunakan kaedah "stun", iaitu menjadikan seekor haiwan itu pengsan atau tidak sedar, sebelum ia disembelih.

Apabila dilaksanakan, peraturan itu dengan efektif akan mengharamkan kaedah penyembelihan yang mewajibkan haiwan itu sedar seperti yang digunakan di dalam agama Islam dan Yahudi.

Pada asalnya, undang-undang tersebut di cadangkan sebuah parti bernama "The Party for the Animals", yang mempunyai dua daripada 146 kerusi di dalam parlimen Belanda.

Mengikut laporan BBC Jun lalu, ketua Party for the Animals Marianne Thieme berkata cadangan mereka adalah untuk menjaga kebajikan haiwan. Tambah beliau, kajian sains menunjukkan bahawa haiwan yang masih sedar sebelum disembeli mengalami kesakitan yang amat perit.

Walaupun Marianne menafikan undang-undang tersebut ditujukan kepada masyarakat Islam dan Yahudi, bil mereka disambut baik dan mendapat sokongan padu dari Ahli Parlimen Freedom Party.

Freedom Party yang diketuai Geert Wilders, terkenal di Eropah dengan platform anti-Islam dan anti-pendatang mereka.

Seorang pemimpin badan Islam di Belanda, Umar Mizra menyifatkan peraturan tersebut sebagai usaha untuk menyisihkan orang Islam di dalam masyarakat Belanda.

"Setengah pihak tidak mahu orang Islam mengamalkan cara penyembelihan mereka. Mereka tidak mahu orang Islam bergerak secara terang di dalam masyarakat dengan logo halal kita pada makanan dan pada tingkap (restoran dan kedai).

"Mereka mahu orang Islam mengamalkan agama hanya di rumah dan bukan didalam kehidupan masyarakat," Umar berkata dipetik daripada BBC./greenboc





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik