IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Sham Kamikaze. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sham Kamikaze. Papar semua catatan

Selasa, 15 November 2011

Fitrah Manusia Suka Hiburan - Sham Kamikaze


TELUK INTAN, 15 Nov: Walaupun fitrah manusia suka kepada hiburan namun biarlah hiburan yang mengikut syariat dan bertujuan semata-mata menyampaikan mesej dakwah, kata Sham Kamikaze.

Beliau menyatakan demikian dalam majlis ceramah di Kampung Padang Tembak, dekat sini.

Oleh itu menurut beliau, adalah amat wajar pihak tertentu menyediakan hiburan alternatif kepada golongan remaja.

Katanya, hiburan perlu digunakan untuk menyampaikan mesej Islam terutamanya kepada golongan muda.

Menurut Sham, setiap orang Islam adalah bertanggungjawab untuk berdakwah dan akan dipertanggungjawabkan akan usaha amar maaruf dan nahi mungkar.

“Tidak kira sama ada kita seorang ustaz atau bukan,” katanya yang nama sebenar Shamril Mohd Salleh.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa taufik dan hidayah Allah tidak memilih bulu.

Justeru, ujarnya sesiapa sahaja boleh diberi hidayah oleh Allah pada bila-bila masa tetapi yang penting ialah menanamkan sikap kasih sayang kepada setiap manusia.

Beliau juga menyentuh tentang kaedah dakwah terkini dengan menggunakan teknologi maklumat seperti facebook yang mana jika digunakan dengan cara yang betul dapat memberikan pahala yang banyak kepada penggunanya.

"Gunakanlah facebook untuk kita menyampaikan dakwah. Jika sehari satu ayat Quran atau hadith kita masukkan, cuba bayangkan berapa banyak pahala yang kita dapat apabila ia disebarkan dan dapat dibaca oleh setiap orang.

"Kesemua ini ibarat multi level marketing yang menjaminkan keuntungan di dunia dan di akhirat," ujarnya. /harakahdaily



Selasa, 25 Oktober 2011

Apa Kata Isteri Sham Kamikaze Tentang Perubahan Suaminya


SUDAH LAMA SAYA IDAMKAN PERUBAHAN INI - FARAZILA


Makbul doa isteri
"SUDAH lama saya idamkan perubahan ini sejak kami bernikah kira-kira tiga tahun yang lalu. Akhirnya, ini adalah hidayah yang diberi kepada kami berdua."

Begitulah luahan hati Farazila yang sudah lama mengimpikan perubahan suaminya. Penghijrahan adalah sesuatu yang menjadi impian semua, apatah lagi jika ia mampu membawa perubahan ke arah kebaikan.

Jika dulu Sham Kamikaze terkenal dengan imej bersubang, pemuzik handalan, hebat memetik gitar dan sentiasa memberikan komen sinis dan pedas, kini segala-galanya hilang dan perlahan-lahan imej dirinya juga berubah. Kini Sham dan isteri lebih selesa dengan imej sederhana dan menutup aurat.
Farazila berkata, pertama kali melihat perubahan suaminya itu, beliau tidak berhenti bersyukur ke hadrat Ilahi kerana membuka hati Sham.

“Ramai yang meminta dan mengharapkan perubahan, tapi tidak semua dapat. Apabila suami saya mendapat hidayah begini dan berubah, saya amat bersyukur.
“Saya berharap hidayah yang diberi ini terus kekal dan perubahan ini sudah lama saya impikan. Alhamdulillah dalam usia 35 tahun, Sham mendapat hidayah dan berubah ke arah kebaikan,” luahan hatinya.
Farazila berkata, beberapa bulan sebelum perubahan ke atas diri Sham, beliau dan keluarga sempat menunaikan umrah dan di Tanah Suci, Farazila tidak henti-henti menadah tangan berdoa untuk kebaikan suaminya.
Malah, mungkin ramai tidak tahu, sebelum perubahan Sham, Farazila terlebih dulu membuat penghijrahan dalam dirinya.

Namun, ketika itu, beliau tidak memaksa suaminya mengikut jejak langkah dan hanya berdoa agar pintu hati suaminya itu terbuka.
“Perubahan yang berlaku kepada Sham sangat drastik dan saya sendiri tidak menyangka beliau akan berubah begini sekali. Ini bagus untuk perkahwinan kami dan memberikan lebih cahaya kebahagiaan dalam kehidupan kami suami isteri,” katanya.


INFO: Sham Kamikaze

·  Pernah menganggotai Kumpulan Kamikaze sebagai pemain gitar utama.
·  Banyak terbabit sebagai komposer, pengarah muzik dan penerbit.
·  Pensyarah muzik di Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA).
·  Empat bulan mendapat hidayah dan berubah ke arah kebaikan.
·  Pernah menjadi pengkritik dan tenaga pengajar di rancangan realiti Akademi Fantasia (AF).
·  Mula belajar bermain gitar pada usia 12 tahun sebelum menubuhkan kumpulan muziknya sendiri pada usia 14 tahun.
·  Dikenali sebagai salah seorang pemain gitar handalan di negara kita.
·  Kerjaya kini sebagai pendakwah, memberi motivasi selain banyak terbabit dalam penerbitan lagu berunsur dakwah.
Sumber



"Salahkah Gua Nak Jadi Rocker Yang Beriman..."


KEHIDUPAN SAYA LEBIH TENANG, BERUBAH DEMI KEBAIKAN - SHAM KAMIKAZE


RAMAI orang bercakap mengenai perubahan diri komposer dan pemuzik, Shamril Mohamed Salleh atau lebih popular sebagai, Sham Kamikaze sejak beberapa bulan lalu. Jika orang ramai terkejut, rupa-rupanya Sham juga terperanjat dengan reaksi orang ramai terutama kelompok peminatnya. Ini kerana secara tiba-tiba namanya menjadi sebutan ramai - baik di kalangan penggiat industri hiburan dan kelompok masyarakat lain yang mengikuti perkembangan empunya diri ini. 

Segala-galanya bertitik tolak daripada pertemuannya dengan Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman as-Sudais yang ternyata memberi kesan mendalam kepada dirinya hingga membawa kepada perubahan hakiki seperti yang dilihat hari ini. 

Perubahan yang berlaku ke atas diri saya ibarat bom jangka. Bukan saja memberi kebaikan kepada diri sendiri, malah saya kini mampu memberi dorongan dan semangat kepada masyarakat luar. - Sham Kamikaze 

Lebih selesa dengan berkopiah dan mengenakan pakaian santai, Sham tenang memulakan cerita perubahan dirinya yang menurutnya, bukan saja memberi kebahagiaan dalam kehidupannya suami isteri, malah mencetus inspirasi dan dorongan kepada masyarakat.

“Perubahan yang berlaku ke atas diri saya ibarat bom jangka. Bukan saja memberi kebaikan kepada diri sendiri, malah saya kini mampu memberi dorongan dan semangat kepada masyarakat luar.


“Inilah yang selalu dikatakan, hijrah dalam kehidupan bukan hanya untuk diri sendiri tapi ia memberi juga sinar kepada semua orang sekeliling kita,” katanya dalam sesi temuramah dan fotografi bersama Inspirasi di studio Balai Berita, minggu lalu. Pada sesi itu, Sham ditemani isteri tersayang, Farazila Abdul Jabar yang sporting memberi pelbagai aksi bersama suami di hadapan lensa jurugambar Khairunisah Lokman.


Sham berkata, jika difikirkan secara logik akal, perubahan dirinya ini berkat doa keluarga dan isteri yang tidak pernah henti mendoakan agar dirinya berubah ke arah kebaikan. 

Ini kerana, tidak berapa lama selepas isteri dan ibu bapanya pulang dari mengerjakan umrah, Sham mula merasakan perubahan dalam dirinya.


“Ketika itu, saya mula merasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah dan dalam pencarian ini, banyak yang saya temui. Jika dulu liat bangun menunaikan solat subuh, tapi kini tidak perlu disuruh saya akan bangun secara tiba-tiba.


“Malah saya merasakan perjalanan hidup seharian lebih teratur berbanding dulu. Jika dulu bangun tengahari dan segala perkara dijalankan agak lewat, tapi kini tidak lagi,” katanya.

Sham yang kini sibuk mendalami dan memperbaiki ilmu agama menyatakan, jika diberi hidayah Allah kepada hamba-Nya, setiap perkara yang dilakukan akan menjadi senang.


Akui Sham, ketika zaman muda, segala-galanya ingin dicubanya. Malah, jika orang melihat caranya berpakaian, mungkin ada yang mengucap panjang. Aksesori mengalahkan wanita, malah di rumah, beliau menyediakan tempat simpanan khas untuk aksesori.


Malah solat yang dilakukan hanyalah sebagai syarat dan jika terlepas, ia dibiarkan berlalu tanpa rasa sesal. Namun, kini Sham mengakui, jika terlewat sedikit pun dalam menunaikan solat, beliau akan berasa bersalah dan menyesal.


Kata Sham, bukanlah bermaksud ingin menunjukkan diri alim, tapi inilah perasaan yang sering muncul tatkala tidak menunaikan perintah Allah.


“Saya memanjat rasa syukur kerana Tuhan memberikan hidayah ketika saya masih muda. Masih sihat dan senang, bukan ketika saya dihimpit kesusahan. Saya sedar jika Allah SAW mahu memberikan petunjuk, Dia tidak kira siapa dan di mana. 


“Aktiviti saya juga berbeza sekarang. Dulu, sentiasa sibuk membuat rakaman, menggubah lagu dan bermain gitar, kini aktiviti saya banyak dihabiskan di masjid dan surau di seluruh negara,” katanya.

Ini kerana Sham banyak menerima undangan menyampaikan ceramah dan motivasi mengenai perubahan drastik yang berlaku ke atas dirinya.


“Ada yang bertanya kepada saya, sudah cukupkah ilmu di dada untuk memberi ceramah. Tapi saya tegaskan, saya bukan memberi ceramah agama tapi lebih kepada berkongsi pengalaman dan motivasi diri.


“Malah ramai yang menjemput saya kerana mereka merasakan kehadiran saya mampu menarik minat golongan remaja berkunjung ke surau dan masjid sekali gus mengimarahkan lagi majlis,” katanya.



Kehadiran Ramadan lepas sangat dinantikan Sham kerana jika selama ini pengertian Ramadan pada dirinya hanya menahan lapar dan dahaga semata-mata, kali ini beliau ingin menghayati pengertian bulan Ramadan dan kelebihannya. Sehubungan itu, banyak masa dihabiskan di surau dan masjid kerana menerima undangan memberikan ceramah dan jemputan berbuka puasa.


“Boleh dikatakan kami jarang berbuka puasa di rumah. Jika ada pun hanya bersahur itu pun bergantung kepada keadaan. Mujur isteri saya memahami dan jika undangan sekitar Lembah Klang dan Selangor, saya akan membawa isteri saya bersama.


“Jika jauh dan memerlukan masa beberapa hari, saya tidak membawa isteri kerana rumah tangga juga perlu dijaga dan jika kami berdua keluar, khuatir rumah tidak terjaga pula,” katanya.



(BAGAIMANA PULA PENDAPAT ISTERI SHAM..?) 
Ikuti kisah seterusnya Klik




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik