HUNAN - Gambar menyentuh perasaan ramai warga Internet ini menunjukkan kanak-kanak berumur 10 tahun, di kawasan luar bandar China mendodoi adik lelakinya semasa pembelajaran sedang berjalan di sebuah sekolah rendah.
Menurut jurugambar yang merakamkan detik itu, ibu bapa kanak-kanak perempuan bernama Long Zhanghuan itu bekerja jauh dari kawasan
perumahan mereka, menyebabkan Zhanghuan tidak mempunyai pilihan selain membawa bersama adiknya ke sekolah.
Menurut guru sekolahnya, keadaan seperti itu adalah perkara biasa di perkampungan Jiangshan.
Zhanghuan berkata, biasanya dia akan membawa adiknya ke sekolah dua atau tiga kali seminggu.
Namun, laporan terbaru media China, Khamis lalu menyebut Zhanghuan telah bertukar sekolah dan tidak lagi membawa adik lelakinya kerana jarak yang terlalu jauh./SinarHarian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan