IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Doa Amalan Murah Rezeki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Doa Amalan Murah Rezeki. Papar semua catatan

Rabu, 13 Februari 2013

Rahsia Al-Qur'an Untuk Mendapatkan Rezeki Yang Luas

sharecrite.blogspot.com

Bismillah: Assalamu 'Ala Man ittaba'aa al-Huda.

Untuk rencana kali ini, saya berikan untuk sahabat dan rakan-rakan Rahsia al-Qur'an untuk mendapatkan rezeki yang luas dan berlimpah-limpah. Mudah-mudahan bermanfaat. Aaamiiin.

 
Rencana ini dipetik dari blog As-Syifa' Melaka,

Kehidupan ini bergantung sepenuhnya kepada-Nya kerana Dialah Tuhan yang Maha Kaya. Apa jua yang dimiliki oleh hamba-Nya hanyalah semata-mata pinjaman daripada-Nya. Hambanya tetap fakir kepada-Nya. Moga dengan keberkatan amalan yang diamalkan oleh mereka yang terdahulu akan memperolehi limpahan rezeki melalui kaedah-kaedah diakui keberkesanannya.


“Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki”. (Ar-Ra’d:26)


AMALAN 1.

Setelah mendirikan solat Tahiyatul Masjid, hendaklah ia membaca Bismillah

(بسم الله الرحمن الرحيم ) 

sebanyak 112 kali. Bacaan perlu dihabiskan sebelum azan pertama solat jumaat. Ketika khatib memulakan bacaan doa di khutbah yang kedua, hendaklah ia membaca Bismillah sekali lagi dan berdoa dengan apa yang dihajatkannya; antaranya agar dimurahkan rezeki. Cara kedua pula dengan membaca sebanyak 113 kali BIsmillah dan berdoa ketika khatib sedang duduk antara dua khutbah.


AMALAN 2

Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 300 kali semasa matahari mula terbit dengan menghala muka ke arahnya sambil berselawat 300 kali ke atas Nabi Muhammad, insyaAllah direzekikan kepadanya oleh Allah Ta’ala dengan tidak terkira pada hari tu.


AMALAN 3

Apabila dibaca sebanyak 41 kali Al-Fatihah beserta Bismillah sesudah mengerjakan solat sunat Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh, insyaAllah akan dimurahkan rezeki, hutang dapat dilangsaikan dan sakit akan disembuhkan.


AMALAN 4

Sesiapa yang membiasakan membaca surah Al-Fatihah beserta Bismillah sebanyak 7 kali sesudah mengerjakan solat Fardhu lima waktu maka Allah Ta’ala akan membukakan untuknya pintu-pintu kebaikan selama masih terus beristiqamah mengamalkannya.


…siri 1 : Petikan dari buku sahabat baikku Ust.Hanif Hj.Ghazali, Mudir Madrasah Zubaidiyah Merbok Kedah bertajuk “ 101 Amalan Pemurah Rezeki & Pelaris”.


Sumber: rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com



Jumaat, 8 Jun 2012

Tidak Bimbang terhadap Kesempitan Rezeki


Nasi Lemak
foto-tiffinbiru


Pernah sekali, Mamoon Rasheed, Khalifah Kota Baghdad, mempelawa Hazrat Hudba bin Khalid r.a seorang Muhaddith yang sangat ternama keahliannya tentang Hadith. Setelah selesai makan, Hazrat Hudba bin Khalid r.a mula mengutip sakibaki makanan yang telah jatuh ke atas lantai lalu dia memakannya.


Mamoon bertanya dengan terkejut, “Wahai Shaikh, adakah kamu masih kelaparan?” Dia menjawab, “Tidak.


Sebenarnya, Hazrat Hammad bin Salamah r.a menceritakan kepada saya bahawa menurut sebuah Hadith,


"Orang yang mengutip sakibaki makanan yang terjatuh lalu memakannya, dia tidak perlu bimbang terhadap Kesempitan Rezeki.”  


(Ithaf Saadat-ul- Mutaqeen, Jilid 5, MS 597, Dar-ul-Kutub-ul-Ilmiyya Beroot)


Sumber

Harta Kekayaan dengan Sebanyak-Banyaknya


Hazrat Sahal bin Sad r.a menceritakan tentang seorang dengan merendah diri mengadu kepada Rasulullah Junjungan Mulia s.a.w tentang nasibnya yang Kesempitan Rezeki. 


Baginda s.a.w bersabda, “Apabila kamu memasuki rumahmu, ucapkanlah Salam kepada penghuni-penghuninya dan jika tiada sesiapa di dalamnya,maka ucapkanlah Salam kepadaku dan bacalah Surah Al-Ikhlas satu kali. 


Orang berkenaan pun melakukan demikian, maka Allah mengurniakan ke atasnya harta kekayaan dengan sebanyak-banyaknya hingga dia membantu urusan kewangan jiran-jiran serta saudara-maranya.


(Al-Jamiul-Quran, lil-Qur@ubi, Jilid 20, MS 231 Peshawar)

renungan-islam.

Selasa, 29 Mei 2012

Kisah Imam Ahmad Bin Hanbal dengan Pembuat Roti

Pada suatu hari, Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah ingin menghabiskan malamnya di sebuah masjid, tetapi penjaga masjid tidak membenarkannya (mungkin kerana dia tidak mengenali Imam Ahmad bin Hanbal). Puas Imam Ahmad bin Hanbal memujuk penjaga masjid tersebut, namun tidak berhasil.

Sehingga Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku akan tidur di atas kakiku sendiri (yakni tidur berdiri).” Dan sememangnya Imam Ahmad bin Hanbal tidur dalam keadaan tersebut. Melihatkan keadaan itu, penjaga masjid tersebut tetap tidak berpuas hati, lalu dihalaunya Imam Ahmad bin Hanbal keluar dari masjid tersebut.

Keadaan ini telah diperhatikan oleh seorang pembuat roti, membuatkan timbul rasa belas kasihan terhadap Imam Ahmad bin Hanbal yang agak lanjut usianya pada ketika itu. Lalu beliau mempelawa Imam Ahmad bin Hanbal untuk bermalam di rumahnya pada malam itu. Kedua-duanya tidak mengenali antara satu sama lain.
Apabila tiba di rumah si pembuat roti, Imam Ahmad dilayani dengan baik sekali dan dimuliakan sebagai seorang tetamu.
Apabila si pembuat roti beredar untuk membuat roti, Imam Ahmad bin Hanbal mengekori sambil memerhatikannya. Imam Ahmad bin Hanbal kagum dan terkejut melihat si pembuat roti yang sentiasa beristighfar walaupun sibuk dengan kerja-kerjanya.
Pada pagi keesokannya, Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti tentang keadaannya yang sentiasa beristighfar walaupun sedang sibuk melakukan kerja.
“Alhamdulillah, saya sering beristighfar walau di manapun saya berada dan walau keadaan apa sekalipun yang saya hadapi,” jawab si pembuat roti jujur.
Lalu Imam Ahmad bertanya: “Adakah anda dapati apa-apa kebaikan dari perbuatanmu itu?”
Maka si pembuat roti menjawab: “Tidak ada satu doa pun yang aku pohon kecuali Allah SWT akan memperkenankan doaku itu.” Beliau terdiam seketika lalu menyambung: “Kecuali satu doa...”
“Apakah doa itu?” tanya Imam Ahmad bin Hanbal.
Jawab si pembuat roti: “Doa untuk aku melihat Imam Ahmad bin Hanbal.”
SUBHANALLAH...
Wallahua'lam.
Sumber: tigosotigo

P/s: Dari kisah diatas dapatlah kita gambaran jelas kelebihan Beristighfar ,selain dapat menghapuskan dosa ,ia juga dapat menambah rezeki,Allah menunaikan hajat seseorang, menhilangkan keluh-kesah dalam diri dan banyak lagi InsyaAllah ..WallahuA'lam. Jom Istifar.

Selasa, 23 Ogos 2011

Doa dan Amalan Murah Rezeki

Assalamualaikum,sahabat satu dunia.Dalam hidup sehari-hari ini ramai yang gelisah kerana kekurangan rezeki atau bisnes yang kurang menjadi dan lain-lain perkara lagi.Ada baiknya kita membaca doa dan amalan  yang disyorkan oleh Nabi S.a.w. ini, Insya-Allah akan termakbul segala apa yang dihajati.

  • Membaca surah Al-Waqiah setiap malam.


  • Membaca Surah Al-Ikhlas



- Sabda Rasulullah SAW: Barang siap yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkankefakiran dari ahli rumahnya serta jirannya. (Daripada Jarir Bin Abdullah: Kanzu al 'Ummal, Mu'jam Al-Tabarani, daripada Ibn Mas'ud: Muj'ma al- Zawaid









Sabda Rasulullah SAW: " Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa itu suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga." Kemudian Baginda membaca ayat di atas.(Riwayat daripada Mu'azbin Jabal: Maj'ma al- Zawaid, Kanz al-Ummal)



Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: Aku mahu mengajar kamu kalimah yang Rasulullah telah ajarkan kepada ku. Jika kau menanggung segunung hutang tentu Allah akan menunaikannya. Bacalah: (Doa di atas)... (Riwayat daripada Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib)







Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu
terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu
Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada
waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita
dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab
Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan
jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa
dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu
Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda
bersabda: “Apabila tiba waktu pada dan petang
bacalah: (Doa di atas). Kata
Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah
menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan
hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-
Khudri).



Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA katanya: “Abu Bakar
datang kepadaku lalu berkata: Adakah engkau telah
mendengar daripada Rasulullah SAW sebuah doa
Baginda ajarkan kepada. Aku bertanya: Apakah doa
itu? Jawab beliau: Pada waktu dahulu, Isa Ibn Maryam
mengajar sahabat-sahabat baginda: Seandainya sesiapa
di kalangan kamu yang berhutang sejumlah emas satu
bukit lalu ia berdoa dengan doa ini nescaya Allah
tunaikan untuknya.” Kata Abu Bakar: “Aku telah
berdoa dengan doa tersebut lalu Allah memberikan aku
suatu ganjaran sehingga aku dapat melangsaikan
hutang aku.” Kata ‘Aisyah: Aku pernah menanggung
hutang lalu aku mengamalkan tersebut, tidak lama
kemudian Allah memberi rezeki kepadaku sehingga aku
dapat bersedekah dan mewariskan harta.” (Riwayat al-
Bazzar, al-Hakim dan al-Asbahani)


Sabda Nabi SAW: “Doa saudaraku Yunus amat
menakjubkan; permulaannya tahlil, pertengahannya
tasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa.
Sesiapa yang berdukacita, berada dalam kekusutan,
ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatu
hari, lalu ia membacanya sebanyak tiga kali, nescaya
dimakbulkan untuknya.”

Doa ini yang sering kali saya baca selepas solat. Dan setiap kali itu saya akan nangis.. (Nangis lagi.. Biasalah ratu air mata. Mak saya selalu pesan, kalau doa minta sesungguh hati. ) Jadi setiap kali saya baca doa berserta maknanya, saya akan nangis. Dalam hati berkata, hanya kepada engkau aku memohon pertolongan, sesungguhnya engkau lebih tahu apa yang terbaik buatku. Lebih memahami masalah ku. Tiada yang lebih mengetahui.

Dan tidak sampai sebulan, saya mendapat jawapan. Dibukakan jalan. Tidak semena-mena tawaran untuk memulakan perniagaan ini bermula. Tawaran yang tak pernah terlintas dalam fikiran.

Kini, alhamdulilah, rezeki datang tanpa disangka. Saya sendiri tidak pernah terfikir akan jadi begini. :) Jauh terpesong dari apa yang saya pelajari. Tapi saya kini lebih tenang, lebih gembira, lebih banyak masa untuk DIA.

Moga-moga amalan ini dapat diamalkan juga oleh sahabat semua. Ingat, jika ada rezeki lebih nanti, jangan lupa menunaikan tanggung jawab kita. Jangan lupa bagi kepada yang berhak- (Zakat, ayah ibu). Insya allah rezeki akan lebih diberkati dan melimpah ruah. Amin



 ( Sumber )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik