Iktibar daripada dakwah ala Kanoute
TATKALA bola sepak Malaysia gempar lagi dengan skandal rasuah yang menimbulkan syak wasangka masyarakat terhadap pengamal sukan itu, penulis mahu mengajak pembaca dan peminat merenung seketika kerjaya dan kehidupan penyerang Seville, Frederic Oumar Kanoute.
Secara kebetulan, penulis berkesempatan beramah mesra dengan Kanoute dalam Masjidil Haram, baru-baru ini. Biarpun pertemuan itu hanya seketika, ia membawa makna yang cukup mendalam buat penulis.
Mengambil kesempatan daripada cuti musim panas, bekas penyerang Spurs dan West Ham itu menunai ibadah umrah bersama seorang sahabat.
Sebagaimana ramai penganut agama Islam yang mencari rezeki di Eropah, Kanoute bergelut dengan budaya dan kebiasaan yang banyak bertentangan dengan prinsip hidup seorang Muslim.
Apalagi dalam dunia bola sepak, satu bidang paling popular, glamor, bergaya dan mewah hingga memberi ruang kepada kebebasan duniawi. Persekitaran dan eko-sistemnya boleh membuat orang lupa akan nilai-nilai agama.
Kanoute mendirikan solat di dalam bilik persalinan sudah jadi satu senario biasa di Seville. Tindakannya menunaikan solat setiap kali masuk waktu biarpun ketika latihan pada awalnya sukar difahami jurulatih dan rakan-rakan sepasukannya namun akhirnya mereka akur dengan tuntutan agama dan komitmen Kanoute.
Uniknya Kanoute cekal menzahirkan iman di bumi yang majoritinya bukan Islam tetapi satu ketika dahulu dikenali sebagai Al-Andalus, pusat pemerintahan kegemilangan Islam.
Berdakwah dengan caranya tersendiri, Kanoute berkongsi rasa perihatin dan simpatinya terhadap saudara seiman dan ribuan rakyat Palestin yang syahid di Gaza, dengan menyelak jersinya untuk memperlihatkan baju dalam yang bertuliskan “Palestina” ketika meraikan jaringan.
Perkataan Palestina itu ditulis juga dalam beberapa bahasa lain. Itu dia lakukan dalam pertemuan La Liga di antara Sevilla dan Deportivo La Coruna pada Januari 2009. Kad kuning, disusuli denda 3,000 euro dan penggantungan bukanlah sesuatu yang besar dibanding nilai manifestasi satu kecintaan. Baju itu kemudian dijual menerusi ebay dengan harga 205 pound dan diderma kepada sebuah pertubuhan amal di Gaza.
Juga bukan mengejutkan daripada seorang individu yang enggan memakai jersi tertera nama penaja Seville, sebuah syarikat judi atas talian, hingga kelab itu bersetuju menyumbang kepada pusat kebajikan Islam, sedangkan ramai anak muda Islam di Malaysia yang tidak segan silu menyarung jersi yang menayang nama pengeluar arak dan syarikat judi lain.
Kanoute yang turut mendirikan yayasan anak-anak yatim di tanah air moyangnya di Mali, harus mengingatkan kita mengenai iman yang wujud dalam pelbagai bentuk. Manifestasi utama iman adalah amal.
Di saat pemain bola sepak negara disyaki terbabit dalam gejala rasuah, amalan paling minimum yang dituntut ialah keikhlasan dan kejujuran tanpa perlu berkorban wang ringgit untuk membeli masjid.
Yang diminta peminat ialah pemain kita berjihad menolak godaan, melawan gejolak nafsu dan tidak rakus mengejar duniawi.
Salam hormat,
Rizal.Sumber
Mari Berkenalan dengannya
Nama penuh | Frédéric Kanouté | |
Tarikh lahir | 2 September 1977 (umur 33) | |
Tempat lahir | Sainte-Foy-lès-Lyon, Perancis | |
Ketinggian | 1.92 m (6 ka 35⁄8 in) | |
Posisi | Penyerang | |
Maklumat kelab | ||
Kelab semasa | Sevilla | |
Nombor | 12 | |
Kelab senior 1 | ||
Tahun | Kelab | App (Gol)* |
1997–2000 2000 2000–2003 2003–2005 2005– | Olympique Lyon → West Ham United (pinjaman) West Ham United Tottenham Hotspur Sevilla | 40 (9) 8 (2) 76 (27) 60 (14) 101 (47) |
Pasukan kebangsaan | ||
1998 2004– | Perancis B21 Mali | 1 (0) 18 (8) |
PERSONALITI
"Jika tidak ada Kanoute, kami tidak akan beribadah pada hari Jumaat lagi, di mana itu adalah hari yang suci bagi umat Islam," tegas wakil dari komuniti Islam Sepanyol, sesaat setelah Kanoute membeli Masjid tersebut, seperti dilaporkan oleh AFP.
Frédéric Kanouté telah pun berkahwin dengan gadis pilihannya yang bernama Fatima dan telah dikurniakan dua orang anak, Ibrahim dan Imam.
Penghargaan
Perseorangan
- Pemain Terbaik Afrika - 2007
- Piala UEFA - 2006
- Piala Super Eropa - 2007
- Piala UEFA - 2007
- Piala Raja - 2007
- Piala Super Sepanyol - 2007
Siapa kata ‘Practising Muslim’ tak boleh berjaya dalam arena
bolasepak?
Frederick Kanoute adalah salah seorang contoh
terbaik yang patut diikuti oleh kita. Semoga kita dapat
melihat lebih ramai Muslim yang berjaya dalam arena sukan
antarabangsa seperti Frederick kanoute, InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan