IKLAN

Ahad, 9 Januari 2011

Petua Merawat Buasir

 APA ITU PENYAKIT BUASIR




As-Salam,Seluruh dunia . Kali ini aku nak memberi info mengenai Buasir. Penyakit buasir ni atau Hemmoroid iaitu penyakit yang boleh terjadi dibahagian dubur. Ia terjadi bila saluran darah venus (veins) yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus). Ada dua jenis buasir yang utama iaitu :

Buasir Luar. Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan). Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna purple.

Buasir Dalam. Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.
Sesetengah pesakit mengalami buasir dan luka (anal fissures) manakala sesetengahnya hanyamenderita akibat anal fissures tersebut. Thrombotic haemorrhoids (sekiranya darah di dalam saluran venus yang membengkak ini menjadi beku), pesakit mungkin akan mengalami pendarahan (tidak kira sama ada buasir dari jenis dalaman atau luaran). Sakit yang dialami oleh penderita thrombotic haemorrhoids ini selalunya menjadi semakin teruk bila adanya irritasi atau pertambahan tekanan (contohnya bila batuk).

Kebiasaan tanda-tanda awal ia sewaktu kita meneran ataupun  korang bagi tekanan semasa membuang air besar. Sehinggakan rasa sangat sakit kalau nk keluar. Jadi, buasir ni adalah pembengkakan sel-sel pada melapisi saluran dubur itu. jadi, bila sudah membengkak, tahi nak keluar akan bergesel dengan buasir ni. jadi, memang sakit dan perit yg amat sangat.Buasir ni ada 4 peringkat, jika ada tanda-tanda macam kat bawah ni, korang boleh jumpa Doktor cepat-cepat untuk mengelakkan berlarutan ;
 
Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
Tahap 2
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik kat dubur tu.
Tahap 3
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya korang kena la tolak guna jari,memang sakitlah sikit.sebaiknya gunakan Minyak But but  keluaran HPA dan lain- lain. 
Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Memang sakit dan perlu  dibedah kalau dah macam nie.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB BUASIR

1. Regangan yg optimum/terlampau semasa pergerakan usus atau dalam bahasa mudahnya perut korang rasa macam dipulas-pulas.
2. Cirit birit kronik. memang selalu keluar masuk tandas.
3. Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian seperti sayur dan buah-buahan dan antara faktor- faktor lain adalah;


Tekanan (pressure)

Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.

Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.

Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama


Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar. Sila lihat di atas.


Sembelit

Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.

Berat badan berlebihan

Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.


Mengandung

Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih "relax", dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.

Simptom-simptom penyakit buasir ini pula ;

1. Rasa sakit yang berdenyut-denyut , rasa gatal pada lubang dubur.

2. Pendarahan  berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ.
3.Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.

4.Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.
 5. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
  6. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.

7. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.

Jika ada tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit perlu memahami keadaan penyakit jika ingin mendapatkan ubat bagi merawat buasir. Namun demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang terjadi berulangkali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar. Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:

1.  Nanah di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.

2.  Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor.

3.  Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur.

4.  Ketumbuhan pada kawasan dubur.


KOMPLIKASI
Komplikasi yang terjadi akibat dari buasir jarang dilihat tetapi ia boleh terjadi dan ia merangkumi:
  1. Anemia : Kehilangan darah yang sangat banyak akan menyebabkan anemia(kurang darah merah).Oleh sebab itu kita akan cepat merasa letih dan lemah-lemah badan .
  2. Dalam sesetengah keadaan pesakit mengalami sakit yang teruk hingga menyebabkan tisu mati atau rosak(gangrene) .
Adakah buasir penyakit keturunan ?

Tidak ada bukti yang sahih menyatakan bahawa buasir adalah penyakit yang diwarisi. Bagaimanapun ada keluarga yang nampaknya lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding keluarga lain. Ini berlaku mungkin kerana pemakanan yang diamalkan oleh sesebuah keluarga tersebut.

Adakah buasir akan menyebabkan kanser ?

Buasir tidak menyebabkan kanser atau bertukar menjadi kanser. Haruslah diingat bahawa pendarahan di bahagian dubur mungkin bukan disebabkan oleh buasir sahaja. Pendarahan mungkin adalah sebagai tanda awal penyakit kanser usus. Adalah sangat mustahak untuk anda membuat pemeriksaan lanjut sekiranya berlaku pendarahan di bahagian dubur anda, atau bila anda mendapati najis anda menjadi merah atau hitam (darah telah bercampur dengan najis).


Pencegahan


Pemakanan yang sihat


Pemakanan yang sihat terutamanya yang mengandungi serat yang tinggi akan mengurangkan risiko berlakunya sembelit. 

Pengambilan ubat laxative

Ubat laxative terutamanya bulk laxative bertindak sama seperti pengambilan serat yang tinggi. Ia akan memudahkan pembuangan air besar tanpa perlu melakukan teranan yang kuat.


Senaman

Senaman yang kerap dan berjadual akan memberikan "tone" yang sihat kepada otot-otot yang berkaitan. Ini mengurangkan lagi risiko menghidap buasir. 



BERBAGAI KAEDAH UBATAN DAN RAWATAN UNTUK  BUASIR


 Kaedah rawatan  dengan herba atau tumbuhan   


    Ambil satu perdu (satu pokok,termasuk akar, daun dan buah) pokok belimbing tanah atau belimbing bukit(bukan belimbing buluh) selepas bersihkan rebuskannya sehingga mendidih.
minumlah air tersebut 2 kali sehari.Insya Allah dalam dua hari akan segera sembuh.Air itu juga boleh mengubati darah tinggi, kencing manis,buah pinggang dan lemah jantung. Wallahuaklam.Allah lebih tahu diatas segala-galanya.



Produk penyakit buasir dari HPA dalam bentuk kapsul

Pakej rawatan buasir HPA ini mengandungi 4 produk yang dicadangkan oleh herbalis
HPA berdasarkan konsep ‘sinergi’. Kami tawarkan 3 pakej sebagai  pilihan
berdasarkan kepada kemampuan anda dan juga pakej yang spesifik untuk wanita mengandung.

Produk-produk tersebut adalah seperti di bawah:


1) Makan : Herba Ficus
* Wanita mengandung/menyusu tidak digalakkan mengambil herba ini
 


Ficus merupakan produk terbaik untuk mereka yang mengalami permasalahan tersebut.  
Herba Ficus Callicarpa (Pokok Tengkuk Biawak) merupakan herba utama dalam
produk ini.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Ficus Callicarpa
2. Ipomea Reptans


Kelebihan Ficus

*Ficus untuk buasir

Ficus calicarpa dan Ardisia crispa merupakan dua herba astringen(kelat/sepet(ind) 
yang mempunyai kesan mengecutkan buasir/peradangan. Namun bagitu ada sedikit teknik pengambilan kapsul ficus agar lebih berkesan iaitu:-
  1. Buka kapsul dengan dos minima 3×3 bagi yang tidak teruk dan 5×3 bagi yang serious.
  2. Masukan serbuk kedalam gelas sederhana dan dimasukan air yang mendidih kedalamnya.
  3. Kacau/aduk(ind) dan tutup dengan piring agar tidak keluar wapnya.
  4. Selepas agak suam,minum persiapan herba tersebut sebelum makan.
InsyaAllah , kaedah perawatan buasir yang mudah dengan herba terpilih.


Cara Makan @ Dos diamalkan:
Amalkan 3 kapsul pada pagi dan 3 kapsul pada malam. Amalkan bersama Teh Herba dan 
sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 33.90
Sabah & Sarawak: RM 35.90
KANDUNGAN: 75 Kapsul 


2) Makan : Spirulina

* Ganti kepada herba ficus untuk wanita mengandung/menyusu



Spirulina (Arthospira) adalah sejenis ganggang biru hijau dan sejak puluhan tahun yang
lalu telah dijadikan makanan kesihatan melalui penelitian para ahli dunia.

Spirulina banyak mengandungi serat untuk memudahkan proses pembuangan najis.
Hal ini untuk menghindari terjadinya pengerasan pada najis yang boleh menyebabkan sembelit.

Spirulina juga kaya dengan nutrisi dan protein yang sangat diperlukan janin dan ibu yang sedang 
mengandung, serta boleh membantu menjaga stamina dan keadaan tubuh bagi 
keduanya hingga saat kelahiran tiba.

Antara kelebihan spirulina adalah seperti berikut:-

  • Membantu dalam sistem imunisasi tubuh.
  • Meningkatkan pertumbuhan lactobacillus yang terdapat dalam usus bagi membantu proses pencernaan.
  • Membantu dalam penyembuhan luka luar juga dalaman.
  • Membekalkan zat dan mineral.
  • Membantu mengatasi kelemahan tubuh badan.
  • Sebagai bahan pengganti khusus kepada kanak-kanak yang tidak gemarkan sayuran hijau.
Antara zat dan mineral yang terdapat dalam spirulina secara semulajadinya adalah:-
  • Beta Karotin - memperbaiki penglihatan.
  • Vitamin B12 - membantu membentuk sel darah merah.
  • Zat Besi - menguatkan sel darah merah dalam sistem pertahanan badan.
  • Karotenoids – berfungsi sebagai antioksidan.
Cara Makan @ Dos diamalkan:
1-2 kapsul pagi, dan 1-2 kapsul malam (baik untuk anak-anak mahupun orang dewasa atau 

lanjut usia).


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 39.90
Sabah & Sarawak: RM 42.90
KANDUNGAN : 60 KAPSUL Spirulina -230mg ( PER KAPSUL )



3) Sapu: Minyak but-but


Minyak But-But mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuklah jenis tumbuhan 
yang kebiasaannya digunakan oleh burung But-But untuk membuat sarangnya. 

Minyak ini baik untuk buasir dan digunakan dengan
menyapu Minyak But-But pada 
bahagian dubur/anus yang terkeluar. Amalkan bersama Ficus dan Teh Herba.

Antara kelebihan lain Minyak But-But adalah seperti berikut :-

Untuk urutan - Minyak But-But yang bersifat sejuk di luar dan panas di dalam akan meresap 

ke dalam lapisan kulit untuk melegakan sakit sendi dan otot.

Sengatan serangga - Basahi Minyak But-But dengan kapas dan letakkan pada bahagian 

yang terkena sengatan serangga.

Luka-luka kecil - Ambil kapas dan sapukan pada luka. Jika luka akibat terkena air panas dan 

luka akibat terbakar, sapukan Minyak But-But ke bahagian yang menggelembung.

Cirit Birit - Minum satu sudu kecil bersama air suam.

Kembung perut - Panaskan sedikit minyak dan sapukan pada bahagian perut. Urut perlahan-

lahan secara memutar perlahan-lahan.

Bayi yang sering menangis malam - Sapukan pada bahagian atas kening 

pada setiap malam.

Kanak-kanak kencing malam - Sapukan pada bahagian ari-ari sebelum tidur.


Sebagai alternatif, satu lagi cara untuk mengecutkan benjolan ialah menggunakan sisa/
hampas teh asiatica/herba. Setiap kali selepas minum teh herba/asiactica, keluarkan sisa/
hampas teh dari uncang dan sapukan pada benjolan.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 10.50
Sabah & Sarawak: RM 13
KANDUNGAN : 75 ML


4) Minum: Teh herba

* Dalam masa terdekat kami mungkin menggantikan teh herba dengan teh asiatica yang mempunyai fungsi dan harga sama kerana masalah stok teh herba



Produk ini menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica). Herba yang mempunyai    
ciri pahit ini mengandungi antioksidan (sejenis ester gluko peiranosil) yang amat baik untuk merawat luka luar (kulit) dan luka dalam (radang usus dan pendarahan otak). 
Teh Herba juga mujarab untuk buasir, melawaskan pembuangan air besar, radang tenggorokan, batuk, radang usus serta mengandungi anti oksidan yang tinggi.

* Setelah pegaga diproses dengan teknologi terkini  dan kini diisi dalam bentuk 
uncang supaya ia mudah dinikmati oleh semua dan rasanya sudah tidak pahit lagi , 
namun begitu khasiatnya masih berkekalan.


Antara khasiat lain yang terdapat di dalam herba pegaga adalah seperti 
berikut :
  1. Menjadikan badan terasa lebih ringan.
  2. Membantu mengurangkan masalah sembelit dan angin.
  3. Membantu melancarkan pembuangan air besar.
  4. Membantu mengurangkan sakit kepala.
  5. Membantu meningkatkan sistem ketahanan badan.
  6. Membantu menguatkan sel otak dan baik untuk minda.
  7. Baik untuk wanita yang mengandung dan setelah melahirkan anak.
  8. Baik untuk wanita yang menopouse.
Cara Makan @ Dos diamalkan:
Rendamkan 1 uncang teh ke dalam secawan air panas. Minum dua kali sehari.



Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 24
Sabah & Sarawak: RM 26
KANDUNGAN : 35 Uncang

Testimoni 


Testimoni #1

Saya merupakan pesakit buasir tahap 3. semasa saya bersalin anak ke-4, sakit buasir saya semakin parah.seorang rakan mencadangkan saya supaya mengambil ficus.alhamdulillah,3 hari kemudian benjolan yang keluar sudah kecut dan hingga kini saya tidak sakit lagi.

Untuk pengetahuan semua, penderita buasir tahap 3 jika dirujuk ke hospital, pasti akan di buang.tetapi dengan mengamalkan ficus, insyaallah,tidak akan sakit lagi.

Norfaizah bt mansur, Johor


Testimoni #2

ASSLAMUALAIKUM..

SAYA SUDAH LAMA DENGAN PENYAKIT YANG BERNAMA BUASIR ,HAMPIR 8 TAHUN ,KETIKA ITU SAYA BELAJAR DI LUAR NEGARA .SEMENJAK KENA BUASIR SAYA SELALU BUANG AIR BESAR DAN KELUAR DARAH , APALAGI ,JIKA MAKAN PEDAS RASA WAS - WAS PADA DIRI SAYA SEMAKIN MENJADI - JADI, PERNAH SAYA CARI OBAT TRADISONAL CARA ORANG ARAB , NAMUN BUKAN MEMBAIK  TAPI  BERTAMBAH ... SEJAK KENAL DGN HPA DAN MINYAK BUT BUT SEBAGAI PENAWAR NYA ......ALHAMDULILLAH SAYA SELESA SELALU JIKA BUANG AIR BESAR ,,MAKAN PEDAS PUN ,,OK ..
ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYANYANG..
WASSALAM

HJ.Nazarudin bin mukhtar, Selangor



Testimoni #3
Terima Kasih encik Abdullah Marzuki.Ficus memang hebat.Baru beberapa hari amalkan... saya sudah dapat rasa buasir yg dihidapi semakin pulih dan sihat. Ubat belum habis lagi tapi sudah berkesan...Semoga encik terus berjaya dalam bidang ubatan herba ini.

 En. Wel , Sabah



*Semuanya atas keizinan Tuhan jua.Produk ini hanya ikhtiar kita bersama. Adapun amalan makan minum, pantang larang dan cara hidup perlu juga kita semua ambil perhatian.



Produk-produk HPA juga:
resdung Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia.
resdung Dikilangkan mengikut standard Good Manufacturing Practice (GMP)
resdung Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
resdung Mendapat pengiktirafan ISO 9001-2000
resdung Menggunakan 100% herba


Mengapa beli pakej ubat buasir HPA dari kami ?
resdung Penghantaran terus ke rumah atau pejabat anda
resdung Penghantaran menggunakan ‘pos berdaftar’ dari Pos Malaysia. Penghantaran mempunyai  ‘tracking id’ untuk tahu status penghantaran produk


Untuk tempahan produk sila hubungi  :

Harga seluruh produk diatas cuma Rm 107.90+ Pembungkusan + Belanja pos = Rm115  sahaja. ( Untuk tempoh terhad sahaja )

Sabah dan Sarawak: Rm117.80+Poslaju = Rm126 sahaja

( Untuk tempoh terhad sahaja )

Abdullah bin Hj. Marzuki
Agen HPA (no: 171850)
Telefon @Sms: 013 6346734
adanaberkat@gmail.com


Bayaran boleh di bank-in melalui Mesin Deposit, ATM, Kaunter atau internet transfer ke akaun Kami atas nama : Abdullah Bin Marjuki @ Marzuki

Maybank : - 1643 97 936936

CIMB :       -1440 0000 129200

Setelah bayaran dibuat sila sms kepada :

ABDULLAH - 0136346734

Nama Produk, Kuantiti, Beserta Nama Bank, Tarikh Bayaran, Nama dan Alamat Saudara, Saudari, Tuan dan Puan.


 Nak Tenguk Produk Alternative lain Untuk Merawat Buasir...?

>>>Selamat Datang ( Klik  ADANA SHOP )


Produk Homeopathy

  Antara produk yang dicadangkan  adalah seperti; Hamamelis, Aesculus, Aloe, Graphite dan lain-lain yang telah berjaya menyembuhkan pesakit-pesakit buasir.  Ianya telah berjaya merawat puluhan pesakit dengan remedi yang diimpot dari Jerman yang diberi nama Dr.Reckeweg yang mempunyai rangkaian remedi hampir untuk semua penyakit.
Produk Dr.Reckeweg semuanya bermula dengan kod R, gabungan remedi-remedi ini telah berjaya mencatatkan rekod penyembuhan yang tinggi sepanjang 10 tahun bagi mereka yang mengamalkan Perubatan Homeopathy. R1, R13, R30 dan R37.
[DRReckeweg_gen2350_100_4685.jpg]
Indikasi Remedi/Produk
  1. R1 – Pesakit buasir akan mengalami simptom di mana akan terjadi ketidakselesaan di abdomen (perut) seperti kembung, berangin dan pedih-pedih atau disebut localised inflammation in cases of acute hemorrhoids. R1 bertindak melegakan ketiadakselesaan inflamasi yang terjadi di perut.
  2. R13 – Remedi ini bertindak melegakan kesakitan yang terasa seperti terbakar dan pedih di dubur, dubur terasa terkeluar dan gatal-gatal.
  3. R30 atau Krim Hamamelis atau Krim Aesculus – Krim-krim ini bertindak sebagai agen melegakan kesakitan secara luaran dan mempercepatkan pengecutan inflamasi yang terjadi di dubur seperti berdarah, membengkak dan terkeluar.
  4. R37 – Remedi ini akan bertindak melembutkan najis atau meregulasikan najis (regulate the stool) supaya buasir tidak akan terjadi lagi.
Remedi ini dipanggil combination remedy (remedi kombinasi) , ia menggabungkan beberapa remedi yang amat berkesan untuk merawat buasir didalam 1 produk. Kombinasi remedi ini disediakan didalam dos yang amat rendah dan tidak terdapat sebarang aduan komplikasi kesan sampingan.
Kebaikan combination remedy , ia dapat merangsang penyembuhan mengikut keserasian remedi-remedi didalam satu masa berbanding single remedy.
Presentasi produk ialah di pek didalam botol kaca 22ml kecuali R30 ia didalam bentuk ointment (krim) 85g* dalam bekas plastik.
* R30 selain dapat mengecut dan meredakan inflamasi buasir ia juga boleh menyembuhkan jerawat, sakit atau sengal sendi, terseliuh dan inflmasi kulit. Ia adalah krim pelabagai guna.
[R30.gif]
JANGAN TUNGGU SAMPAI BUASIR ANDA MENJADI TERUK BARU ANDA INGIN LAKUKAN TINDAKAN… 

HARGA: R1 = RM65, R13 = RM65 , R37 = RM65, R30=RM80

CARA MEMESAN PRODUK  SILA  KLIK DISINI


  Antara ubatan lain yang boleh digunakan:

1.      Agen Anestetik setempat

2.      Pengecut saluran darah setempat

3.      Pengurangan kerengsaan atau kegatalan

4.      Astringen yang mengurangkan insipadu sel-sel

5.      Pengurangan kesakitan dan kegatalan

Disebabkan ubat-ubatan ini digunakan secara setempat pada kawasan dubur, maka penyampaian ubat kepada buasir secara langsung adalah amat penting untuk mendapatkan kesan ubat tersebut. Dalam hal ini, ubat akan disapukan ke atas bengkak buasir luaran manakala untuk buasir dalaman, ubat disediakan dalam bentuk supositori atau paip bagi memudahkan penyampaian ubat ke kawasan dalaman dubur.

Agen Anestetik setempat  

Agen anestetik atau bius setempat bertindak mengurangkan rasa sakit, gatal, pedih dan kerengsaan pada bengkak buasir melalui halangan kepada penyampaian isyarat sakit yang disampaikan oleh sistem saraf. Kebiasaannya penggunaan agen ini akan menyebabkan timbulnya rasa kebas pada bahagian yang sakit. Agen ini hanya digunakan pada buasir luaran kerana deria saraf hanya tertumpu pada bahagian luar dubur sedangkan saraf yang sama tidak terdapat pada bahagian dalaman dubur. Contoh ubat yang mempunyai tindakan menghilangkan rasa sakit adalah benzokain yang diletakkan pada buasir.

Pengecutan saluran darah setempat  

Pengecutan saluran darah akan menyebabkan saluran darah yang terdapat pada kawasan dubur mengecut dan seterusnya menyebabkan bengkak buasir turut mengecut. Pemahaman mengenai tindakan ubat ini mudah difahami dengan mengambil contoh pengurangan air sungai yang dikawal oleh sebuah empangan. Sekiranya air sungai yang disekat mengalir, maka paras air sungai akan menurun sama seperti bengkak buasir yang reda akibat pengurangan bendalir yang masuk ke kawasan tersebut. Contoh ubat yang dikategorikan sebagai pengecut saluran darah adalah noradrenalin pada kepekatan 0.005 hingga 0.001 peratus yang disapukan pada bengkak buasir. Di samping itu, ubat ini juga meredakan rasa gatal pada bengkak buasir melalui kesan bius yang lemah.

Pengurangan kerengsaan atau kegatalan

Pengurangan kegatalan dengan cara menahan kehilangan air serta lembapan kulit menyebabkan timbulnya rasa gatal akibat kulit yang kering. Apabila darjah lembapan meningkat, bengkak menjadi lembut yang seterusnya mengurangkan kesakitan disebabkan tekanan yang terbentuk di atas bengkak buasir. Contoh bahan yang dapat menahan kehilangan air ini adalah seperti gliserin atau salap petrolatum yang membentuk lapisan berminyak di atas permukaan bengkak buasir.

Astrigen  

Astringen bertindak melalui halangan ke atas kehilangan air atau lembapan daripada permukaan bengkak buasir. Juga, astringen mempunyai kesan tambahan ke atas sel-sel bengkak dengan memendakkan protein yang terdapat pada sel-sel tersebut. Contoh ubat yang mempunyai kesan astringen adalah krim zink oksida atau losyen kalamin yang apabila disapu pada permukaan kulit akan meninggalkan rasa sejuk pada permukaan kulit. Dengan kesan tersebut, rasa panas atau pedih pada bengkak buasir dapat diredakan.

Pengurang kesakitan dan kegatalan  

Ubat jenis ini akan bertindak pada sel-sel bengkak ataupun juga dikenali sebagai sel radang dengan mengurangkan proses tindakbalas yang menyebabkan timbulnya sel-sel bengkak. Apabila tindak balas keradangan dikurangkan, maka proses pengecutan sel boleh terjadi dan buasir dapat diredakan. Contoh ubat yang mempunyai aktiviti seperti ini adalah krim hidrokortison pada kepekatan 0.5 peratus yang disapu ke atas buasir.

Alternatif lain


1. Amalkanlah DETOFIBRE diperkaya dengan serat dan nutrient ubat pengecutan buasir. 

2. Spirulina ada rakan aku yang isterinya ada buasir sekarang dah ok... dah dekat 8 tahun tak ada buasir.  

3.Jika pada peringkat awal dan tidak serius ubatan OTC boleh membantu iaitu Micronised Flavonoid seperti Daflon, Hemo Rid & Dioflex. Di samping itu juga boleh menggunakan krim buasir & ubat sisip buasir (suppositories) seperti Anusol & neo Healer.

4. Minumlah minuman susu kultur @bakteria baik  seperti yakult dan vitagen dan lain-lain produk yang terdapat dipasaran .


Jika terlalu serius pembedahan diperlukan untuk membuangnya (haemorrhoidectomy) tapi berdasarkan pengalaman datuk kepada rakan saya yang dibedah di Pantai, katanya "kalau aku tahu macam tu aku tak nak buang'.. sebab mungkin dah uzur amat menyakitkan".

RAWATAN KONVENSIONAL DI HOSPITAL

1) Ubat-ubatan : Jika buasir yang dialami oleh pesakit hanya menyebabkan rasa tidak selesa,doktor akan mencadangkan pesakit menggunakan ubat sapu atau lampin.Ubat-ubat yang diberi oleh doktor mengandungi witch hazel atau hydrocortisone yang boleh melegakan kesakitan dan kegatalan.Pesakit dinasihatkan tidak menggunakan ubat sapu lebih dari seminggu melainkan yang disarankan oleh doktor ,kerana ia akan menyebabkan ruam pada kulit,radang dan kulit menipis. 
2)Rawatan yang mudah : Jika ketulan darah terbentuk pada buasir luaran (external hemorrhoid),doktor akan melakukan torehan yang kecil untuk membuangnya.Rawatan tersebut cepat dan kurang komplikasinya. 
3) Doktor akan melakukan rawatan lain jika pendarahan pesakit buasir berterusan ataupun buasir yang menyakitkan antaranya :
  • menyekat pendarahan dengan gelang getah yang kecil (Rubber band ligation)
  • suntikan untuk mengecutkan tisu di sekitar anus.
  • teknik pembekuan.Teknik ini menggunakan laser atau cahaya infrared atau haba.Teknik ini memberi risiko yang tinggi untuk berulang kembali buasir.


4) Kaedah pembedahan : Jika kaedah-kaedah di atas tidak berhasil atau pesakit mengalami buasir yang teruk ,kaedah pembedahan akan disarankan oleh doktor. Antaranya adalah :
  • Pembedahan membuang buasir (hemorrhoidectomy) : Doktor bedah akan mengeluarkan lebihan tisu yang menyebabkan pendarahan .Cara ini amat bekesan dan dapat membuang sepenuhnya penyakit buasir,tetapi mempunyai risiko yang tinggi.Antaranya susah membuang air kecil dan jangkitan pada sistem perkumuhan .Kesakitan pembedahan boleh diatasi dengan ubat-ubatan.
  • Pencantuman(stapled hemorrhoidectomy atau stapled hemorrhoidopexy) : Ini adalah kaedah menghalang aliran darah ke tisu buasir.Pesakit akan kurang mengalami kesakitan dan boleh kembali bekerja lebih awal.Tetapi risiko kaedah adalah jauh lebih tinggi berbanding hemorrhoidectomy,seperti risiko penyakit berulang dan rektum pecah .Berbincanglah dengan doktor anda mengenai rawatan yang terbaik untuk merawat buasir.

SELEPAS PEMBEDAHAN
Penjagaan selepas pembedahan peting untuk mengurangkan kesakitan pembedahan dan juga bagi megelakkan penyakit buasir berulang kembali. Antaranya penjagaan yang perlu ialah :
  1. Menggunakan krim untuk buasir
  2. Pastikan kawasan anus sentiasa dibersihkan dengan air suam.Sabun tidak diperlukan kerana mungkin akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk
  3. Menggunakan ais bagi mengurangkan kesakitan pada anus
  4. Jangan menggunakan kertas tandas yang kering dan tidak berbau wangi dan beralkohol.
  5. Mengambil ubat penahan sakit seperti acetaminophen(Tylenol) aspirin atau ibuprofen dan mesti mendapat kelulusan daripada doktor bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
GAYA HIDUP DAN PENCEGAHAN
  • Makan makanan berfiber tinggi.Makan buah-buahan ,sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi untuk memudahkan pembuangan air besar.  
  •  Minum air yang banyak.Minum air 6-8 gelas air setiap hari .Elakkan alkohol.
  •  Makanan tambahan berasaskan fiber seperti Metamucil dan Citrucel membantu melegakan simptom dan pendarahan buasir .Produk ini melembutkan tinja dan memudahkan ia keluar. Jika anda menggunakan makanan tambahan tersebut ,pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari,jika tidak anda akan mengalami sembelit atau menyebabkan sembelit bertambah teruk.
    • Jangan meneran.Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar menyebabkan tekanan yang tinggi pada salur darah dibawah rektum.
      • Jangan bertangguh untuk membuang air besar.Jika anda melengah-lengahkannya,tinja akan kering dan susah dikumuh dan seterusnya akan menyebabkan sembelit.
        •  Bersenam.Bersenam dapat mengurangkan tekanan pada salur darah yang menyebabkan buasir dan ia juga dapat mengurangkan berat badan.
          • Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama.Duduk terlalu lama terutamanya di dalam tandas akan meningkatkan tekanan salur darah pada anus. Ini juga termasuk tandas moden  di- mana kerana terlalu selesa ramai yang suka membaca sambil membuang, di US kadar buasir amat tinggi dan terlalu biasa tak silap 1 drpd 5 orang. Kalau tidak suka menggunakan tandas cangkung pendekkan masa penggunaan tandas  moden. Aktiviti berat haruslah dielakkan apabila mempunyai buasir dan ketika ingin mengangkat barangan berat gunakan cara yang betul.
          • Ia bukan penyakit keturunan (heredity) tapi harus ingat jika dia dibiasakan dari kecil memakan makanan yang kurang serat .Statistik mengatakan lelaki mungkin lebih ramai kena mungkin juga kerana lupa saya nak beritahu buasir adalah penyakit biasa di kalangan pengamal gay. Lelaki juga kuat melakukan kerja-kerja berat dan perkara paling penting mereka malu untuk bercerita masalah buasir. Cara paling cepat makan pitted prun atau pati prun atau apa saja yg berkaitan dengan prun. ianya lebih berkesan untuk waktu-waktu terdesak/kecemasan sahaja.
          • Usus kita ni panjangnya 6 kali ketinggian kita jadi bayangkan semuanya dibelitkan dalam bahagian perut kita tu.  Menurut pakar, walaupun kita membuang air besar setiap hari, masih ada 6-8 paun najis terlonggok dlm usus kita yg tak keluar.
          •  Ambillah makanan atau minuman yang mengandungi  prebiotik dan probiotik. Dalam usus kita ni banyak bakteria. Utk keadaan usus yg sihat, kena pastikan nisbah bakteria bagus kepada bakteria jahat adalah 80:20. Jadi  ambilah prebiotik dan probiotik, bakteria bagus dapat dibiakkan dlm usus kita. dan baktiria yang bagus adalah bifidus akan membebaskan gas karbonik yg bleh mengembangkan dinding usus kita and membuang najis terlonggok tu.Prebiotik itu adalah makanan kepada probiotik oh ya..sekarang  ni tenggah gigih minum yakult' minta-mintalah kurang sembelit & dapat elakkan buasir.


          SEBAGAI UMAT ISLAM JANGAN LUPA SOLAT, BERDOA dan BERSEDEKAH .       SEMOGA ALLAH MENYEMBUHKAN  PENYAKIT ITU DARI KITA.  

          JIKA SEMBUH BERSYUKURLAH. JIKA TIDAK SEMBUH REDHOLAH ATAS KENTENTUAN- NYA, SEBAB MALAIKAT MUNGKAR & NANGKIR TAK TANYA PUN KAMU MENINGGAL DULU SAKIT  APA ?! YANG DI TANYA NANTI TENTANG AMALAN WAJIB  YANG KITA LAKUKAN DIATAS DUNIA DULU, JANGAN  DI- TINGGALKAN SOLAT YANG WAJIB ITU ,TAK BOLEH BERDIRI DUDUK, TAK  BOLEH DUDUK BARING, TAK BOLEH BARING GUNA ISYARAT MATA ,TAK BOLEH ISYARAT MATA... ENTAHLAH .WASSALAM. 


                          homeopathy.azhaan.com/?p=41


          26 ulasan:

          1. Assalamualaikum, adakah ubat untuk penyakit fistula in ano, ada 3 lubang di sekeliling dubur saya dan sering keluar nanah dan kadangkala berdarah bila membuang air besar...Adakah itu termasuk dalam penyakit buasir? adakah ubat untuk penyakit ini???

            BalasPadam
            Balasan
            1. Walaikumsalam.maaf lambat merespon..nampaknya macam kritikal aje tuan.. baik tuan jumpa doktor minta nasihat,minta ia pereksa..malu..minta doktor jantan periksa mana tau sakit lain ke...WallahuA'lam.

              Padam
            2. ikhtiar dgn produk sne.....www.produksne.com.my

              Padam
            3. IKHTIAR dengan produk SNE untuk semua penyakit yg anda hadapi….www.produksne.com.my

              Padam
          2. Saya ingin membetulkan perbezaan tanda-tanda antara buasir dalaman dan luaran
            Buasir dalaman:Biasanya tidak sakit (reseptor sakit kurang di bahagian dalam dubur) dan biasanya disertai dengan pendarahan ketika membuang najis\

            Buasir luaran:Sakit,gatal dan pedih ketika membuang air besar.

            BalasPadam
            Balasan
            1. Terima Kasih..ttg itu, siapa kena ia yang tahu sakit ke tidakkan:)

              Padam
          3. salam mohon shared,

            saya juga pesakit buasir dan alhamdulillah sudah sembuh.
            dengan guna herba kampung turun temurun family 100% semulajadi.

            sesiapa yang ingin mencuba boleh call 0149691577 nor

            saya juga pernah derita, jangan biar diri anda derita lama...
            kita hanya ikhtiar..

            RM35 1PACK 0149691577

            BalasPadam
          4. Saya rasa ada terbonjol keluar sikit dari dubur , mungkin ini sebab saya pergi gym ?
            bila time buang air besar kadang kadang rasa pedih dan terbonjol keluar sikit .
            jadi saya tak boleh angkat benda berat laa untuk mengelakkan buasir ni ?

            BalasPadam
            Balasan
            1. Org pegi gym (angkat berat atau dumbbell) mmg berpotensi kena buasir, sbb bila nak tarik/angkat beban akan teran otot. Lgpun air mudah hilang sbb byk keluar peluh. Bila air dan fiber kurang, najis/tinja jd keras. Selalu bodybuilder dinasihatkan ambil protein lebih, tp tak dipesan makan sayur. So bodybuilder pun kena makan sayur/fiber supaya tak kena buasir. Banykkan minum air (jgn over plak).

              Padam
          5. Salam,

            Saya mengandung baby 1st da masuk 8 bln....da lama saya alami masalah bila buang air besar mesti kuar darah...dan gatal2 kat dubur...tp da 2 tahun ni,masalah ni da ilang. Tapi saya dapati ada ketulan kecik di muka dubur. Ketulan tu tak rasa sakit dan tak mengganggu. Yg menjadi masalah skang,sejak kandungan saya masuk 7 bln hingga skang,byk benjolan kuar dr dubur,membengkak dan sgt sakit. Da pi jumpa doc byk kali tp rata2 kata sapu krim tuk legakan sakit jer sebab takleh nak buat pape sebab saya tgh mengandung. So bila surf internet terjumpa blog ni. Jadi saya nak tya,krim Dr.Reckeweg R30 tuk sesuai tak untuk ibu mengandung? Untuk pengetahuan cik,saya tinggal di Jerman,yg saya pelik doc sini tak penah pun sarankan saya guna krim ni,krim yg diberi Posterisan akut mit Lidocain and doc kata ni tuk senang buang air besar...tu je....leh bg pandangan tak?

            BalasPadam
          6. IKHTIAR dengan produk SNE untuk ANDA yang bermasalah:
            1. Lumpuh/Strok/Saraf
            2.Jantung/Darah tinggi
            3.Koma/Patah Tulang
            4.Buah Pinggang/Gastrik
            5.SakitPinggang/Sendi
            6.Buasir/Haid/Sembelit
            7.KencingManis
            8.SLE/Luekimia/Thalassemia
            9.Gout/Sakit Lutut
            10.Asma/Lelah/Resdung
            11.Thyroid/Bisul/Jerawat
            12.SukarMengandung/Keguguran
            13.Kanser/Fibroid
            14.Penyakit Kulit((Psoriasis/Ekzema)
            15.Prostat/Hati/Paru-Paru
            16.Masalah Seksual/Berat Badan
            17.Batu Karang/Tidak Lawas
            18.Penyakit yg sukar di ubati......

            www.produksne.com.my

            BalasPadam
          7. boleh sy dapat kn nombor sesiapa ? kerana sy nk beli2 ubat2

            BalasPadam
          8. Salam sejathera,
            Apakah ubat yg sesuai utk fistula anal...
            Dalam peringkat awal saat nie..

            BalasPadam
          9. Salam, apakah ubat herba sesuai yg tuan boleh syorkan utk merawat masalah buasir & prostat peringkat awal? Adakah pakej rawatan buasir HPA sesuai utk merawat masalah ini?

            BalasPadam
          10. salam..sy nk tnya kt mne stokis HPA? sy tggal kt kwasan klang, selangor...sy cube tpn en abdullah tp x dpt...mohon blas tq...

            BalasPadam
          11. Setau saye stokis HPA ada di menara HPA seksyen 13 shah alam area stadium shah alam..ade bangunan besar tepi highway elite nampak..

            BalasPadam
          12. UBAT BUASIR...DAUN KAPAL TERBANG..

            BalasPadam
            Balasan
            1. daun kapal terbang ubat mujarat buasir..makan 2 helai 1 hari...
              >kemudian sapu air kapal terbang dekat buasir...

              Padam
            2. mcm mane daun kapal terbang 2??dkt mna nk dptkn??

              Padam
            3. daun kapal trbg tu sesuai utk menghalang pendarahan. kalau ada luka yg mnybabkn drh xbhnti kluar tumbuk daun kpl trbang n balut kat luka guna kain. kompom jd dgn izin allah s.w.t. nk dptkn dia sng shj bnyk di kaw belukar..nk cte pn ssh..sng2 search je dgn en.google.

              Padam
          13. Dari hamba allah. Saya sekatang sedang mengalami penyakit buasir luaran adakah saya harus berbaring atau bergerak. Saya telah pon mengambil ubat dari klinik ia itu Deflon dan Healer tapi tiada kurangnya malah bertambah bengkak apakah ubat alternatif lain selain ke hospital

            BalasPadam
          14. Buasir luaran yg membengkak lepas tu dia pecah Dan mengeluarkan darah yg agak cair..bahaya tak?plizzz komen

            BalasPadam
            Balasan
            1. bahaya...lebih baik jumpa doctot....saya baru lepas menjalani laser buasir.

              Padam
          15. tiada ubat untuk buasir tahap 3 dan 4....jumpalah doctor berbincang dgn doctor, doctor tak ckp trs nak potong banyak kaedah rawatan lain yang kurang risiko spt pendarahan dan kesakitan.

            BalasPadam
          16. Salam. Sy telah jmpa ubat buasir yg sgt brkesan. Insyaallah. Murah dan boleh nmpk kesan dlm seminggu. Sms 0135559176

            BalasPadam
          17. terima kasih di atas perkongsian info buasir. sakit buasir terutama wanita dalam pantang sangatlah menyeksakan.

            BalasPadam

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

          Jom Daftar Tambah Visitors

          Free advertising

          Entri Mereka Juga Menarik

          Geng Baik