IKLAN

Ahad, 27 November 2011

Ummat Islam Wajib Baca, Apa Kata Mereka Mengenai ISLAM.

William Ewart Gladstone(1809-1898), bekas PM Britain zaman Queen Victoria pernah mengucapkan "Selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". Ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan.


Theodore Hertzel, pencetus idea penubuhan negara Yahudi (menulis buku Negara Yahudi : 1895), "Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam. Jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan kekuasaan. Jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil. Laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran" - ucapan di Persidangan Yahudi di Basel, Switzerland : 1897


Arnold Toynbee menulis dalam bukunya, Islam, Barat dan Masa Depan: “Sesungguhnya kesatuan Islam sedang tidur. Tetapi kita mesti meletakkan di bawah perhatian kita bahawa, orang yang tidur boleh jadi akan bangkit.”


Samuel Zweimer, Ketua Organisasi Kristian dalam satu ucapannya dihadapan para orientalis di sebuah konvensyen, “sesungguhnya peranan Kristianisasi yang menyebabkan negara-negara Krsitian mengutus kamu untuk melaksanakannya di negara-negara Muhammad (negara umat Islam) bukanlah untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Krsitian.

Sesungguhnya ini adalah kemuliaan yang mereka tidak berhak untuknya. Sesungguhnya peranan kamu ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam supaya ia menjadi satu makhluk yang tiada hubungan yang mengikatnya dengan akhlak yang menjadi pegangan semua ummah dalam kehidupannya. Dengan aktiviti kamu akan jalani, maka kamu telah membentuk tinjauan pra penjajahan di dalam kerajaan-kerajaan Islam.

Kamu mesti membekalkan dan mempengaruhi ramai orang bijak pandai dalam kerajaan–kerajaan Islam bagi menjayakan perjalanan di atas jalan yang telah kamu asaskan, iaitu jalan mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam.

Sesungguhnya kami mahu kamu mempersiapkan satu generasi yang selari dengan apa yang dikehendaki oleh penjajahan iaitu generasi yang tidak mengambil berat terhadap perkara-perkara yang besar, suka bersantai dan malas serta berusaha untuk mencapai kepuasan syahwat dengan apa cara pun.

Apabila mereka mengumpul wang, maka ianya hanya untuk kehendak hawa nafsunya dan ianya menjadi matlamatnya dalam kehidupan. Mereka memperelokkan setiap benda demi memuaskan nafsunya. Wahai para penyebar Kristian, apabila kamu lakukan perkara demikian, maka sesungguhnya peranan kamu itu telah sempurna dengan sebaik-baik cara.”



Fidel Castro, pemimpin sosialis Cuba mengutarakan sebuah nasihat kepada ahli-ahli diplomatik Israel dengan meluangkan masanya selama 2 jam sebagaimana yang terdapat dalam akhbar Grama, Cuba. Di dalam majalah utama Cuba, Castro berkata kepada mereka, “Israel mestilah tidak membiarkan gerakan perjuangan Palestin yang mengambil rupa (dasar) Islam kerana tindakan gerakan-gerakan ini mengambil karakter aqidah dan menjadikannya unggun api semangat yang biasanya ada di dalam masyarakat Islam. Semangat keagamaan Arab ini akan memikat pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain yang seterusnya akan menyebabkan mustahil bagi Israel untuk menjaga kepentingannya. Israel juga mesti berusaha untuk menjadikan setiap Negara Arab disekitarnya sebagai negara yang berpaksikan dasar sosialis. Sesungguhnya pusingan terakhir bagi mana-mana gerakan penentangan Arab yang mempunyai ciri-ciri sosialis ialah kewujudan bersama Arab yang aman bersama negara sosialis Israel.”




Callaghan, bekas PM Britain menggambarkan ketakutannya terhadap agama Islam yang berkembang pesat di Britain dimana radio Britain telah mengadakan wawancara pada tahun sebelumnya bersama bekas PM Britain tersebut.

Juru hebah bertanya beliau tentang topik-topik penting yang akan dibincangkan di konvensyen empat penjuru Guidelope. Jawabnya, “di antara topik-topik tersebut adalah tentang Iran”.

Sambil menyambung katanya kepada juru hebah tersebut, “persoalan Iran mempunyai akar umbi yang dalam. Akar umbi itu yang menyebabkan kita membuat kajian tentang keadaan Turki, Pakistan dan Timur Tengah.”

Lalu juru hebah meminta beliau menambahkan penjelasannya. Jawabnya secara ringkas, “ boleh jadi payah untuk kamu memahami apa yang berlegar di kawasan-kawasan ini. Tetapi sebagai seorang pengamal Kristian yang patuh, maka saya katakan kepada kamu, sesungguhnya di sana terdapat agama yang memusuhi kita di sini yang dirasakan dan diketahui benar-benar oleh penganut Krsitian tulen. Inilah apa yang akan kami bincangkan dalam konvensyen tersebut”.



Jewish Cronical, majalah Yahudi Britain mengingatkan tentang kebangkitan pemuda-pemuda Islam, lebih-lebih lagi di universiti-universiti Arab dan Islam. Katanya dalam rencana bertajuk Jihad Pada Jalan Islam, “pakar-pakar strategi politik Barat akan memperakui kekurangan analisis politik mereka jika mereka membiarkan seruan-seruan yang semakin meningkat yang dihadapi oleh akademi-akademi dan universiti-universiti tempatan di dalam dunia Islam, seperti dibuat semakan terhadap manfaat beragama dan kembali kepada pengajaran Islam yang asas.”

Lawrence Brown, “pemimpin-pemimpin kita menakut-nakutkan kita dengan pelbagai bangsa. Tetapi selepas eksperimen, kita tidak dapati rasionalnya terhadap ketakutan-ketakutan tersebut. Mereka menakut-nakutkan kita dengan bahaya Yahudi, Jepun dan Bolshevik, tetapi ternyata kepada kita bahawa Yahudi adalah kawan-kawan kita, Komunis Bolshevik adalah konfiderasi kita, begitu juga dengan Jepun, terdapat Negara-negara besar demokrasi yang menguruskan penentangannya. Tetapi kami dapati bahawa bahaya sebenar terhadap kita terdapat dalam Islam, dalam kekuatannya untuk berkembang serta menguasai dan dalam ketahanannya yang menggerunkan.”
Morro Byger menulis dalam bukunya Dunia Arab Masa Kini, “sesungguhnya ketakutan kita terhadap umat Arab dan perhatian kita terhadap mereka bukanlah lahir daripada kewujudan petrol yang banyak. Tetapi kerana sebab Islam. Wajiblah memerangi Islam bagi menghalang kesatuan Arab yang soleh yang boleh membawa kepada kekuatan mereka, kerana kekuatan Arab akan sentiasa beriringan dengan kekuatan Islam, kemuliaannya dan perkembangannya.”

Pemimpin Tertinggi Freemason, “kita hendaklah menguasi golongan wanita. Apabila kita berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada agama.”
Pemimpin Tertinggi Imprealis, “arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan ummat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik.”
Karl Marx, pengasas ideologi sosialis ketika ditanya tentang pengganti kepada akidah ketuhanan, beliau menjawab, “penggantinya ialah teater (panggung drama dan filem), maka palingkan mereka yang sibuk dengan amalan kerohanian kearah pementasan drama.”
Miyen, seorang pemimpin di Burma, “jangan biarkan orang-orang Islam bebas bergerak kerana mereka akan membangunkan kembali kerajaan Arab (kerajaan Islam).”


10 Rancangan Kuffar Hancurkan Islam:

1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.

2) Menghapuskan Al-Qur'an.

3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran, hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.

4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.

5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.

6) Lemahkan bangsa Arab.

7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.

8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.

9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.

10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.
Renungkanlah.



P/s : Dah baca dan faham apa yang mereka kata tentang apa yang 'kita' anuti sekarang ini. Apa persediaan dan benteng anda..Nak luruskan Barisan atau rapatkan Saf ?! 

Sumber



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik