Palestin itu jauh dari kita
Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan
Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak
irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu
irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi
sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan
Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…
Siapakah kita berbanding mereka?
25 May 06
Muharikah
Muharikah
Tapi kalau kalian merasakan Palestin itu dekat dihati kalian Sedekahlah sesuatu untuk saudara kita disana..walaupun secebis Doa' dan jika mampu..Klik dibawah...
QURBAN DAN SEDEQAH DI PALESTIN
Adakah anda seorang kakitangan awam yang sangat perihatin serta mengambil berat tentang isu kemanusiaan yang kini dihadapi oleh rakyat Palestin?
Anda ingin memberikan sumbangan untuk Palestin secara berterusan tanpa melalui banyak prosedur tetapi tidak tahu caranya dan anda tidak punya banyak masa?
Sertailah Kempen 5 Untuk Palestin, dan anda akan mampu melakukan sumbangan secara berterusan dan sistematik walaupun anda tetap bekerja seperti biasa.
Sumbanglah sebahagian dari nilai masa bekerja anda untuk rakyat Palestin!
Setiap hari Israel melancarkan serangan ke atas Gaza sehingga ke hari ini termasuk serangan roket.
Kempen 5 Untuk Palestin adalah sebuah kempen hasil inisiatif Aman Palestin yang bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi membantu rakyat Palestin membangunkan semula negara mereka yang dimusnahkan oleh Israel dan juga untuk mempertahankan Masjid al-Aqsa yang dikepung Israel.
Kempen ini merupakan pendekatan khusus bagi membantu kakitangan awam dan agensi swasta yang berhasrat untuk menyumbang sekurang-kurangnya RM 5 dari pendapatan mereka setiap bulan secara konsisten dan berterusan.
Mengapa Lima?
Dengan memberikan persetujuan untuk menyertai kempen ini, peserta bersetuju untuk memberikan sejumlah wang secara tetap daripada pendapatan mereka setiap bulan secara automatik melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk disumbangkan kepada Palestin.
Jika jumlah pendapatan mereka lebih tinggi dari itu, mereka sebenarnya hanya menyumbangkan beberapa saat sahaja daripada nilai masa bekerja mereka demi membantu rakyat Palestin dan mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa.
Dengan memberikan persetujuan untuk menyertai kempen ini, peserta bersetuju untuk memberikan sejumlah wang secara tetap daripada pendapatan mereka setiap bulan secara automatik melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk disumbangkan kepada Palestin.
Rasulullah (saw) bersabda: "Sesungguhnya amal yang dicintai Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit."
Bagi seorang kakitangan awam yang mempunyai pendapatan sekitar RM 2,000 sebulan, sumbangan sebanyak RM 5 setiap bulan sebenarnya hanya mewakili 30 minit sahaja daripada purata 208 jam waktu kerjanya selama sebulan iaitu bersamaan dengan lebihkurang 1 minit sahaja sehari.Jika jumlah pendapatan mereka lebih tinggi dari itu, mereka sebenarnya hanya menyumbangkan beberapa saat sahaja daripada nilai masa bekerja mereka demi membantu rakyat Palestin dan mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa.
Ke manakah sumbangan anda akan disalurkan?
Sumbangan rakyat Malaysia melalui kempen ‘5 Untuk Palestin’ akan disalurkan terus kepada rakyat Palestin bagi membiayai projek-projek pembangunan semula keperluan-keperluan asas agar mereka dapat menjalani kehidupan yang normal sepertimana masyarakat-masyarakat di tempat lain. Hanya dengan menyumbangkan sebahagian kecil pendapatan anda serendah RM 5 setiap bulan, anda mampu menghidupkan kembali sinar harapan agar dapat mereka harungi masa depan yang lebih cerah.
Mengapa harus menyumbang melalui Aman Palestin?
Aman Palestin adalah badan kebajikan yang telah berdaftar secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organization) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Semenjak ditubuhkan Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin samada di Palestin serta di kem-kem pelarian mereka di Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan dari orang ramai. Kami berharap agar keprihatinan yang berterusan rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.
Isi Borang Online
Sebarang MoU, perjanjian, usahasama, serta kerjasama ke arah
penyumbangan dalam bentuk nilai yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat
Palestin dan kebebasan Palestin amat kami harap & alu-alukan. Segala usaha
ke arah kebaikan ini hanya Allah saja yang layak membalasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan