IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Rawatan Kanser. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rawatan Kanser. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Januari 2014

KHASIAT DAUN BELALAI GAJAH + PENGALAMAN PESAKIT

Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.


Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.

Daun Belalai Gajah

Berbalik pada tajuk mengenai khasiat daun belalai gajah ni.. saya sebenarnya suka makan ulaman daun ni.. tambahan kalau ada khasiatnya.Hari tu adik praktikal di tempat kerja saya ada memberi batang pokok belalai gajah ni, balik rumah saya terus cucuk dalam pasu yang dah ada pokok kunyit... tak sangka mudah sungguh hidupnya... tengok sekarang di sedang berpucuk dengan jayanya...

Ini pokok belalai gajah yg saya tanam dalam pasu tu :)

Bila tengok pucuk daun tu cantik muda-muda saya pun petiklah, kebetulan saya ada buat sambal hijau (resepi disini sambal hijau), memang sedap pucuk daun belalai gajah ni... 


Pucuk daun belalai gajah dan sambal hijau
Tada... tengok plate saya ni penuh dengan warna hijau..... oooooohhh ku lihat hijauuuu... hijauuu.. :P

Plate yg menghijauuu

Pengakuan pesakit2 selepas pengambilan jus daun belalai gajah 

·         Pesakit mengidap Uterus Cancer - Ketumbuhan sebesar 6cm dan harus dibedah. Selepas pengambilan jus daun belalai gajah, ketumbuhan surut 3.4cm. Doktor kata tidak perlu di bedah dan sambung meminum jus tersebut dan ketumbuhan akan hilang.

·         Pesakit Lang Cancer tahap 3 - Telah membuat chemotherapy sebanyak 6 kali. Ketumbuhan sebelum pengambilan jus daun belalai gajah sebesar 26mm, 44mm, 76mm. Tetapi selepas pengambilan jus tersebut ketumbuhan mengecil 20mm, 27mm, 67mm.

Cara2 kegunaan daun belalai gajah @ Sabah snake grass mengikut stage penyakit :

·         Stage 1 : 30 daun setiap hari
·         Stage 2 : 50 daun setiap hari
·         Stage 3 : 100 daun setiap hari
·         Stage 4 : 150 – 200 daun setiap hari 

*Jika pesakit sudah beransur sembur, kurangkan penggunaan daun tersebut

Cara2 membuat jus daun belalai gajah @ sabah snake grass
·         masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender
·         masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
·         tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
·         masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
·         masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
·         blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
·         jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
·         Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi 

Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah.
Saya ambil dilink ini -http://kongsibersamanora.

Testimoni 

Dalam satu pertemuan di ladang belalai gajah milik You Dun Chao Herbs Farm Sdn. Bhd di Jalan Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini, pengguna produk daun belalai gajah jenama UTURN keluaran You Dun Chao Healthcare Products Sdn. Bhd. menceritakan pengalaman masing-masing mengenai khasiat daun berkenaan.

Muhammad Nur Shahir Mat Hussin, 24, mengidap aplastic aneamia sejak kecil.

Aplastic aneamia adalah satu keadaan yang mana sum-sum tulang tidak menghasilkan sel-sel baru yang mencukupi untuk mengisi sel-sel darah.

Penyakit itu menyebabkan beliau asyik tidur kerana keletihan dan tidak dapat tidur lena pada waktu malam kerana terlalu banyak makan ubat.

Menurutnya, pada tahun 2009, dia mengidap diabetes sehingga memaksanya mengambil insulin sebanyak empat kali sehari.

Bagaimanapun, kesihatannya mula berubah selepas mengambil produk daun belalai gajah pada Jun tahun lalu.

Jelasnya, mulai Oktober tahun yang sama, dia mengambil kapsul dan jus ekstrak belalai gajah dan keadaan kesihatannya semakin bertambah baik.

Pekerja kilang, Nur Amirah Mohd. Adi, 18, mengidap neprhotic syndrome sejak kecil.

Masalah tersebut merujuk kepada gangguan buah pinggang yang menyebabkan pengidapnya kurang kencing atau mengalami kencing tidak lawas.

Katanya, akibat penyakit itu, kaki menjadi bengkak, perut buncit dan berat badan bertambah, mata kuning serta tidak dapat tidur lena pada waktu malam.

"Ketika berumur lima tahun, saya pulih selepas mengambil steroid tetapi penyakit tersebut kembali berulang ketika berumur 16 tahun menyebabkan saya terpaksa berhenti sekolah,'' ujarnya.

Nasibnya mula berubah apabila diperkenalkan dengan produk belalai gajah oleh Pengarah Eksekutif You Dun Chao Healthcare Products Sdn. Bhd., Hazmi Haron sejak Mei tahun lalu.

Pelajar tingkatan satu, Muhammad Al Saddiq Fajar, 12, mengidap thalassaemia dengan kadar ferritin dalam darah yang tinggi iaitu pada bacaan 6,779.

Katanya, pada bulan September tahun lalu, dia mula mengambil cecair pati belalai gajah dan selepas itu, tubuhnya mula menunjukkan pemulihan dengan kadar ferritin menurun kepada bacaan 4,000 semasa ujian kesihatan dijalankan pada Oktober tahun lalu.

"Ketika sakit, saya perlu mengambil darah sebanyak dua paket sebanyak dua kali sebulan selain perlu menjalani rawatan mencuci darah," katanya.

Kesan pengambilan produk belalai gajah juga dapat dirasakan oleh kakaknya, Fatin Farhana Fajar, 15, yang turut mengidap penyakit yang sama.

Penasihat kewangan, Nasir Musa, 41, menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan tahap kolesterol tinggi.

"Sebulan saya mengambil produk ini, telah menunjukkan kesan secara fizikal yang mana bila saya membuang air kecil tidak lagi berbuih seperti biasa.''ujarnya

Demikian beberapa pengalaman daripada pengguna mengenai khasiat daun belalai gajah tersebut.

Bagaimanapun mereka yang ingin mencubanya tidak menganggap daun tersebut sebagai kaedah merawat atau ubat sebaliknya hanya membantu mengatasi masalah yang mereka alami./
Sumber: anizyn.blogspot.com

Dan ada sahabat menceritakan kepada ku,Tentang Paklongnya yang kena barah dalam perut, selepas mengamalkan daun Belalai Gajah sebanyak 100 helai di kisar bersama sebiji Epal hijau yang sudah dibuang kulit dan bijinya, supaya sedap sikit bila menikmatinya dan minum 3 kali sehari. Dan ia juga mengamalkan softgel minyak Habbatus Sawda.

Dan hasil pemeriksaan oleh Doktor, barah @ kansernya tidak merebak ketempat lain dan mengecil. Sebelum mengamalkan daun ni,Pak Longnya merasa teramatlah letih dan memandu pun tak larat, tapi sekarang dengarnya dah boleh memandu kereta dari Subang ke Sg.buloh dan selepas tu ke Kuala Selangor...jalan2 makan angin katanya...

Itu semua dengan kehendak Allah S.W.T jua, Kita hanya mampu Berikhtiar.

P/s: Assalam, mana2 sahabat yang hendak mencuba pucuk Belalai Gajah ni,yang sudah diproses dijadikan Teh Belalai Gajah,Yang berminat bolehlah menghubungi akan diriku atau sms  kepada: 

013 634 6734 .

Berjalan-jalan bersama pak Lebai,Jumpa lagi,Terima Kasih Bye bye..:)




Isnin, 30 Januari 2012

Ulaman Penyembuh Kanser.

Terdapat 3 jenis ulaman dari golongan herba iaitu Pegaga, Selom dan Ulam Rajayang telah dikaji untuk menentukan kandungan antioksidan dan vitamin antioksidan serta kesan ulam tersebut terhadap perencatan sel barah.

Daun Pegaga.
Pegaga atau nama saintifiknya, Centella asiatica, mempunyai aroma yang unik dan rasa yang pahit.Pegaga telah digunakan secara tradisional untuk mengubati alergi,kanser, cirit birit, merangsang peredaran darah, mengurangkan panas badan, merawat kusta, gonorea, menyembuhkan luka, ulser, lelah, kencing berdarah, reumatisme, dan sakit tekak.


Daun Selom.
Oenanthe javanica atau selom sejenis ulam yang mempunyai khasiat yang dapat mengubati demam panas yang datang secara tiba-tiba dan dapat menjadi ubat bagi penyakit tekanan darah tinggi. Selain itu, selom juga mampu memberi kesan sebagai agen anti reumatik dan mampu menurunkan paras gula dan kolestrol dalam pesakit diabetis atau kencing manis.


Daun Ulam Raja.
Cosmos caudatus adalah nama botanical bagi ulam raja. Kelebihannya ialah pembersih darah, menguatkan tulang serta merangsang selera makan kerana rasa dan baunya yang unik.

Dari kajian UPM, ulaman Malaysia seperti ulam pegaga mempunyai paras antioksidan keseluruhan yang sangat tinggi, diikuti selom dan ulam raja. Ulam-ulaman ini juga menunjukkan paras antioksidaan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan vitamin E(alfa-tokoferol) dan vitamin C (asid askorbik).

Vitamin E dan C merupakan bahan yang diketahui umum mempunyai tahap antioksidan yang sangat tinggi. Bagi kandungan vitamin antioksidan pula, selom mempunyai kandungan vitamin A dan karotenoid yang tertinggi, diikuti oleh ulam raja dan pegaga.

Selom juga mempunyai tahap yang tinggi dalam kandungan vitamin C, diikuti oleh pegaga dan ulam raja.

Ketiga-tiga ulam ini telah diuji kesannya terhadap sel kanser menggunakan kaedah invitro atau kaedah kultur tisu. Pegaga telah terbukti mampu untukmerencatkan pertumbuhan sel kanser kolon atau kanser usus dan kanser payudara. Selom juga mampu membunuh sel kanser kolon dan payudara. Ulam raja pula menunjukkan kesan perencatan pertumbuhan bagi kanser kolon sahaja. Ulam-ulaman ini juga tidak menunjukkan kesan toksik terhadap sel yang normal.



Rabu, 4 Januari 2012

Air Liur Pijat Jadi Penawar Kanser ?


PARA penyelidik di Brazil mendapati air liur parasit penghisap darah, pijat mempunyai potensi besar untuk menjadi penawar kanser kulit, hati dan pankreas.

Sejenis protein dalam air liur pijat yang ditemui di Amerika Selatan, Amblyomman cajennense didapati mampu mengurangkan dan menghapuskan sel-sel kanser dan membiarkan sel-sel yang sihat terus hidup.

Ini satu inovasi yang radikal. Komponen dalam air liur pijat ini mungkin boleh menjadi penawar kanser," kata ketua kajian dan pakar biologi molekular, Ana Marisa Chudzinski-Tavassi dari Institut Butantan, Sao Paulo.


Protein yang dinamakan sebagai Faktor X aktif itu ditemui sewaktu ujian ciri-ciri antikelikatan air liur pijat dijalankan. Ciri-ciri itulah yang menghalang penebalan dan pembekuan darah supaya pijat boleh terus menghisap darah mangsa.

Memiliki ciri-ciri yang menyamai antikelikatan lain, TFPI (Tissue Factor Pathway Inhibitor), para penyelidik juga terkejut mendapati protein Faktor X itu tidak membunuh sel-sel normal. Sebaliknya, ia hanya membunuh sel-sel tumor yang dianalisis.




Rabu, 26 Oktober 2011

Kopi Kurangkan Risiko Kanser Kulit


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Meminum kopi boleh melindungi seseorang daripada mendapat penyakit kanser kulit terutamanya dalam kalangan wanita.
Kajian mengenainya yang dibentangkan di sebuah persidangan perubatan utama AS di bandar raya Boston kelmarin menunjukkan wanita yang meminum lebih tiga cawan kopi berkafein pada setiap hari dapat mengurangkan risiko mereka menghidap kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel basal (BCC) sebanyak 20 peratus.
Kajian sama menyatakan lelaki yang mengambil kopi dalam jumlah yang sama dapat menurunkan risiko mereka mendapat BCC sebanyak sembilan peratus.
"Ekoran hampir sejuta kes baharu BCC dicatat di AS pada setiap tahun, faktor amalan harian seperti meminum kopi dapat memberi kesan besar kepada kesihatan orang ramai dalam memerangi kanser ini," kata penyelidik kajian tersebut, Fengju Song.
Beberapa kajian sebelum ini juga membuktikan mereka yang kerap minum kopi kurang dijangkiti kanser payu dara, prostat, kolon dan uterus. - AFP
Sumber : Kosmo




Rabu, 19 Oktober 2011

Rawat Barah (Kanser) dengan Keladi Tikus (Typhonium Flagelliforme)

Professor USM Temui Keladi Tikus Rawat Kanser
Akhbar Utusan 17.8.1998


Sejenis tumbuh-tumbuhan dikenali sebagai 'keladi tikus' atau nama saintifik "TyphoniumFlagelliforme" yang ditemui oleh seorang botanis hampir lima tahun lalu dipercayai boleh membantu pesakit kanser. 


Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat UniversitiSains Malaysia (USM), Prof. Christopher Teo Kheng Hoe berkata, 'keladi tikus' dijumpai secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk membiakkan tumbuhan itu yang dipercayai boleh menyembuhkan penyakit.


"Ketika itusaya terlibat dalam kajian membiakkan tumbuh-tumbuhan dan berjanji untuk membantumereka membiakkan keladi tikus," katanya ketika dihubungi di Pulau Pinang baru-baru ini. 


Sejak itu, beliau mengesyorkan keladi tikus kepada kenalannya yang menghidapi penyakit barah dan sehingga kini ia berjaya menolong 700 orang pesakit tempatan dan luar negara termasuk dari New Zealand, Amerika Syarikat, India, Indonesia dan Australia.


Menurut Prof. Teo, Keladi Tikus berkesan untuk menolong pesakit kanser kerana selama ini pesakit yang mengambil tumbuh-tumbuhan ini menunjukkan kesan yang positif.Bagaimanapun beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak masuk ke hutan mencari pokok keladi tikus ini untuk dimakan kecuali mereka benar-benar pasti ia benar-benarkeladi tikus. 


"Apa yang saya khuatir mereka mengambil pokok keladi yang salah berdasarkan sesetengah buku rujukan memberi nama yang salah dan jika diambil boleh membawa maut," katanya. Prof. Teo memberitahu, keladi tikus semakin pupus tetapi boleh ditemui di kawasan paya dan terbiar serta didapati dijual di sesetengah pasar.


Katanya, lebih empat tahun lalu beliau telah menemui satu cara mencampur keladi tikus dengan tumbuh-tumbuhan lain lalu memproses menjadikan kapsul untuk dimakan enam kapsul sehari.


"Selain dari mengambil kapsul pesakit kanser, mereka juga bolehmenggunakan cara yang lebih baik dengan memakan daun, atau akar umbi keladi tikus itu.Bagaimanapun, masalah tumbuhan ini ialah cepat layu dan rosak, jadi yang telah diproses itu tahan lebih lama," tambah beliau. 


Prof. Teo berkata, pesakit yang tidakmengambil kapsul hanya perlu mencuci dan merendam 50 gram atau empat atau lima pohon keladi tikus di dalam air selama setengah jam. Selepas itu, katanya, pesakit harus memerah jus keladi tikus dan mencampurkannya dengan madu untuk mengelakkan rasagatal.


Pesakit hanya perlu minum jus segar keladi tikus itu sekali sehari tetapi bagi mereka yang mengalami barah yang serius perlu mengamalnya tiga kali sehari," jelas beliau. Selain itu, menurut Prof. Teo, pesakit kanser juga harus mengubah cara hidup,pemakanan dan perlu menukar metabolisma badan serta mengamalkan penyembuhan kendiri (self healing)


Info Rujukan www.cure4kanser.tk


Wawancara bersama Bernama TV, Astro Awani


s2u.my
Para pesakit kanser dapat memiliki harapan hidup yang lebih lama dengan ditemukannya tanaman “keladi tikus” (Typhonium Flagelliforme / Rodent Tuber) sebagai tanaman ubat yang dapat menghentikan dan mengubati berbagai penyakit kanser dan pelbagai penyakit berat lain. Tanaman sejenis talas dengan tinggi maksimum 25 hingga 30 sentimeter ini hanya tumbuh di semak yang tidak terkena sinar matahari langsung.

Antara Kanser yang boleh diubati menggunakan Typhonium Flagelliforme adalah :

1 – Kanser Usus
2 – Kanser Hati
3 – Prostate
4 – Rectum (Buasir)
5 – Luekimia
6 – Cervical (Pangkal Rahim)
7 – Saraf
8 – Kanser Payudara
9 – Tumor
10 – Kanser Kulit
12 – Kanser Tulang
13 – Kanser Paru-Paru
selangor2u.com



Sabtu, 15 Oktober 2011

Hukum Minum Air Kencing Unta Untuk Merawat Kanser

Rasulullah SAW sebagai Nabi akhir zaman telah menunjukkan beberapa teladan yang berguna kepada umatnya termasuklah dalam bidang perubatan. Nabi SAW sendiri pernah menyarankan supaya meminum air kencing unta sebagai penawar kepada penyakit yang mereka alami. Hal ini tercatit dalam Hadis Sahih Bukhari yang berbunyi :

Maksudnya : Bahawa serombongan suku Ukal seramai lapan orang datang menemui Rasulullah SAW, lalu mereka berikrar kepada Nabi untuk masuk Islam. Kemudian, cuaca Kota Madinah merimaskan mereka dan mengakibatkan tubuh mereka sakit-sakit. Lalu mereka mengadukan hal itu kepada Rasulullah SAW. Baginda bersabda kepada mereka : "Barangkali elok kamu pergi bersama tukang gembala kami kepada untanya kemudian kamu dapatkan air kencing dan susunya." Mereka menjawab "Baiklah". Mereka pun pergi dan meminum susu dan kencing unta itu, setelah itu mereka pun sihat. Tetapi kemudian mereka membunuh tukang gembala Rasulullah SAW dan merampas unta-untanya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam hadis di atas, Nabi SAW mengarahkan supaya air kencing unta diminum sebagai rawatan kepada penyakit suku kaum tersebut. Jelasnya air kencing adalah najis namun dibenarkan oleh Nabi SAW untuk diminum sebagai penawar penyakit.

Ulama khilaf berkenaan dengan hukum kesucian air kencing unta. Bagi Mazhab Syafie, air kencing binatang yang halal dimakan tetap najis, akan tetapi mereka mengharuskannya bagi tujuan perubatan. Berkata al-‘Izz bin Abdussalam ra. “Harus berubat dengan najis apabila tidak ada ubat yang suci yang boleh menggantikannya, kerana maslahat kesihatan dan kesejahteraan itu lebih sempurna berbanding dengan maslahat menjauhi najis. Dan tidak harus berubat dengan arak mengikut pendapat yang lebih benar.” Walaubagaimana pun, Jumhur fuqaha’ pula mengatakan bahawa air kencing binatang yang halal dimakan adalah suci, termasuk unta.

Selain daripada kisah minum air kencing unta dan susunya dijadikan sebagai ubat semasa hayat Nabi SAW, terdapat juga penggunaan elemen yang haram tapi bukan najis dalam perubatan Nabi SAW. Sebagai contohnya, Nabi membenarkan Abdul Rahman Auf dan Zubair Al-awwam memakai sutera kerana sakit yang dialami oleh kedua-duanya, dan ini dikiaskan dengan penggunaan najis dalam keadaan darurat. Juga Nabi SAW membenarkan Arfajah bin Asad memakai hidung yang diperbuat dari emas kerana darurat.

Mungkin kebanyakan orang merasa jijik bila mendengar air kecing. Rasanya ramai yang tak sanggup nak minumnya secara direct. Tapi, aku rasa tak jadi masalah jika air kencing unta tersebut diproses menjadi kapsul atau syampu seperti dalam artikel ini.

 Air Kencing Unta Cegah Kesan Radiasi Nuklear



Jeddah: Ketua Jabatan Implan Tisu di Pusat Penyelidikan Raja Fahd berkata, dia dihubungi Kedutaan Jepun di Malaysia yang ingin mengetahui mengenai kegunaan air kencing unta untuk merawat kanser dan mencegah radiasi nuklear.

Dr Fatin Khoursheed (gambar) yang juga penyelia Kerusi Al-Zamil untuk Kanser memberitahu akhbar berbahasa Arab Al-Hayat, panggilan telefon itu diterimanya ketika krisis nuklear di Jepun semakin bertambah buruk.

“Ia dibuat selepas letupan di loji Fukushima 1,” katanya.

“Pihak berkuasa Jepun mahu mencuba kesan air kencing unta secara santifik dalam merawat individu yang terdedah kepada radiasi nuklear bagi mencegah mereka daripada mendapat penyakit kanser.” Dr Fatin berkata, dia sudah menjalankan penyelidikan mulai 2004 selepas berjaya memulihkan berpuluh-puluh kes pelbagai penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu. Pesakit yang sudah menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98 peratus.

Menurutnya, pertanyaan daripada pihak berkuasa Jepun itu cukup aneh kerana Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi gagal untuk mengiktiraf keputusan penyelidikan saintifik itu.

“Walaupun penyelidikan itu secara teori dan amali menunjukkan keberkesanan tetapi gagal diiktiraf Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi.

“Minat ditunjukkan pihak berkuasa Jepun itu meningkatkan semangat saya untuk membuktikan keberkesanan penyelidikan itu,” katanya lagi. - SG/

 sumber

Rabu, 5 Oktober 2011

Kanser, Rawatan Dan Penyelesaian Dengan Vitamin B17

Antara Kesan-kesannya:

"Sakit, sakit amat-amat terasa bila ubat dititiskan dan alirannya menjalar ke kelenjar-kelenjar. Rambut menjadi gugur, kuku menjadi hitam dan badan senantiasa panas dan letih.Tambahan pula belakang sentiasa sakit kerana sel-sel kanser telah menular ketisu-tisu tulang. Beginilah kesannya akibat dikemoterapi.




Kekadang,berminggu-minggu dikatil hospital,sampai punggung kecut dan mengecil. Emosi sudah tak terkira menahan boring, lamanya terlantar.Orang pun dah jemu melawat.Ubat-ubat yang bermacam-macam warna umpama memakan kekacang yang banyak dijual di pasar raya. Alih-alih doktor kata "Penyakit makcik ni dah tahap 4, tapi makcik tetap kena makan ubat ni, buat prosedur itu dan ini. Bagaimana perasaan anda? Bagaimana kesudahannya?




Walaupun didiagnos dengan KANSER, bukanlah penghujung untuk kehidupan anda. Kami ada alternatif untuk rawatan dan penyelesaian penyakit ini:


1) Kanser Payudara



2) Kanser mulut




3) Kanser Servik




4) Kanser colon



5) leukimia


Rawatan kami tidak semahal rawatan di hospital swasta, tidak perlu berbelanja beribu-ribu ringgit,malahan beratus ribu ringgit untuk keluar negeri. Harga serendah RM50 untuk satu sesi (5-15 minit) akan terus mengurangkan sakit, malahan ada yang rasa hilang terus sakit/denyutan sakit (tanpa diberi ubat penahan sakit). Ada yang kami jumpa buah pinggangnya telah bocor kerana terlalu kerap mengambil ubat penahan sakit.

BENTUK RAWATAN:

Rawatan kami adalah tanpa sentuhan dan urutan. Hanya transmisi zikir dan doa dari sumber energi kepada sakit kemudian autotherapy kemampuan tubuh untuk pulih akan dirangsang dengan sendiri (izin Allah).

  Mungkin istilah kebanyakkan orang cara ini diklasifikasikan sebagai kebatinan (bukan perubatan zahiriah).Tetapi bagi kami ianya adalah gelombang energi zikir daripada perawat yang diqosad (doa kepada Allah) supaya sakit itu pergi. Kerana sakit itu juga adalah makhluk ciptaannya.Samada sakit itu ujian dariNya atau bala darinya, apa apa pun kita diperintahkan supaya beribadah dalam bentuk mencari perubatan yang sesuai.

 Setelah selesai sesi rawatan (disyorkan 3 hingga 7 kali sesi) bergantung tahap keseriusan, kami akan mengesyorkan produk B17 yang mana terbukti berkesan secara zahiriah merawat kanser KRONIK seperti leukimia, kanser payu dara, kanser servik, kanser otak, kanser hati, kanser tulang, kanser lympoma, kanser uterus, kanser perut, kanser ovari,  kanser kolon, kanser paru-paru, usus ,kulit dan lain-lain.

Di pusat rawatan kami, anda kan diberikan tip-tip yang berharga untuk kelangsungan hidup anda :

 1) pemakanan khas untuk dimakan pesakit kanser
 2) pemakanan yang perlu dihindar bagi memepercepatkan kesembuhan

 Kami juga akan memberikan zikir ringkas dan mudah untuk kekuatan rohani dalam proses penyembuhan tersebut.
 Kami yakin dengan Allah terhadap usaha kami ini dan anda sama-samalah yakin dengan DIA yang maha penyembuh dan maha berkuasa.


                                        Vitamin B17

PRODUK DAN KHASIAT:

APRICOT SEED


Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu. Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka.

Apricot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great. Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gula nya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak. 

Apricot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya. Kajian saintifik dan ujian klinikal yang dilaksanakan, biji Buah Apricot mengandungi Amigdalin atau Vitamin B17 mampu merawat dan memulih masalah sistem metabolik dan menstabilkan sistem tubuh badan yang berfungsi secara tidak normal.

Antara khasiat B17 Apricot Seed :

Mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit kanser seperti; Leukimia, kanser payudara, kanser Serviks, Kanser Otak, Kanser Hati, Kanser Tulang, Kanser Lympoma, Kanser Uterus, Kanser Perut, Kanser Prostat, Kanser Ovari, Kanser Colon, kanser Paru-paru, Kanser Usus, Kanser kulit dan lainlain
lagi.
·  Mampu merawat penyakit kronik yang lain seperti penyakit Kencing
Manis, Jantung, Darah Tinggi, Gout, Parkinson & Asma.
·  Mengurangkan berat badan, tekanan darah tinggi & Kolestrol dalam
darah dan anti penuaan.
Di China ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur. Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh....masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot...

·  Meningkatkan kesihatan mental dan memori.

·  Mangimbangi kandungan gula dalam darah.

·  Membersihkan arteri

·  Mengurangkan masalah sakit sendi

·  Membantu masalah buasir

·  Berfungsi sebagai tonic dan antioksidan yang dapat menyingkirkan
   toksin dalam badan.

·  Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

·  Menyelesaikan masalah haid tidak teratur dan keputihan

·  Mampu merawat masalah kulit seperti terdedah kepada sinaran Uv,
   gatal-gatal & alahan.

·  Menyelesaikan masalah jerawat dan resdung

·  Menghaluskan kulit.

·  Meningkatkan libido seks untuk wanita.

AMIGDALIN


Merupakan sebuah enzim yang di perolehi dari biji buah Apricot, yang mempunyai khasiat untuk mencegah dan membunuh sel kanser. Sebuah makanan tambahan yang di gunakan oleh beberapa hospital di dunia untuk membantu penyembuhan penyakit kanser.

Hasil Kajian menunjukan bahawa:
B17 Amigdalin berjaya berhentikan metastasis (penyebaran kanser) pada tikus.
B17 berjaya meningkatkan tahap kesihatan mereka secara umum.
B17 berjaya menghalang pertumbuhan tumor kecil.
B17 berjaya menghilangkan rasa sakit 70% pengidap kanser.
B17 bertindak sebagai agen pencegahan kanser 100%.
B17 Menambahkan selera makan.

BROMOLIN



1. Bromelain adalah satu enzim iaitu dikeluarkan daripada batang dan buah nanas. Ia adalah digunakan bagi membantu mengurangkan keradangan dalam badan.

2. Mempercepatkan penyembuhan luka-luka kanser dan lebam-lebam, dan membantu dalam penghadaman proteinprotein yang melindungi sel kanser.

3. Kajian menunjukan berfaedah dalam membantu untuk melawan penyakit kardiovaskular dan kanser.

4. Terdapat bukti yang kukuh bahawa pengambilan 1,200 hingga 1,800 miligram bromelain satu hari boleh membantu menenangkan kembali kesakitan akibat keradangan dan kanser dalam yang yang sengsara dengan artritis reumatoid.

5. Apabila digabungkan dengan antibiotik, bromelain boleh juga membantu mengurangkan keradangan yang menemani sinusitis. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa bromelain adalah baik untuk penurunan bengkak payu dara dan meningkatkan khadar pernafasan.

6. Bromelain menyekat pengagregatan (berkumpul) platelets, dan ia sangat membantu mencegah penyakit
jantung disebabkan oleh pembentukan plak yang akan membawa kepada serangan jantung.

7. Sangat berkesan dalam merawat angina dan Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD),

8.Bromelain dapat meningkatkan penyerapan beberapa dadah, termasuk antibiotik, ubat-ubat kemoterapi, dan tekanan darah tinggi.

9.Bromelain boleh membantu rawatan-rawatan kanser menjadi lebih berjaya.

8. Bromelain boleh meningkatkan kesan-kesan ubatubatan lain juga, Seperti warfarin (Coumadin); anti Motrin, Advil, naproksen, dan aspirin.

10. Bromelain boleh membantu yang menderita sindrom prahaid (PMS) oleh halangan prostaglandin hormonhormon yang punca kejang prahaid.

11. Melancarkan perjalanan darah haid agar mengalir dengan lebih baik dan lancar.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik