IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Petua Menghilangkan Jerawat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua Menghilangkan Jerawat. Papar semua catatan

Khamis, 27 September 2012

Posisi Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan Seseorang


Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.
 

Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.


Sabtu, 12 November 2011

Petua Menghilangkan Bekas Jerawat dengan Bahan Alami


Acne 1 Tips Menghilangkan Bekas Jerawat dengan Bahan AlamiPada sebahagian besar kes, jerawat boleh meninggalkan bekas atau parut pada wajah sehingga boleh mengganggu penampilan.
Perlu masa yang lama untuk menghilangkan bekas jerawat tersebut, bahkan untuk beberapa kes bekas jerawat tersebut tidak pernah boleh hilang.
Oleh kerana itu, bagi sebahagian besar orang, bekas jerawat sama bermasalahnya dengan jerawat itu sendiri.
Berita baiknya, saat ini ada pelbagai cara untuk menghilangkan bekas jerawat bermula dari cara alami hingga perubatan bahkan untuk beberapa kes diperlukan skin resurfacing atau operasi.
Pengendalian Bekas Jerawat Non-Resepi
Anda boleh pergi ke farmasi atau kedai ubat untuk mencari ubat atau krim yang dapat menghilangkan bekas jerawat.
Namun, perlu diingat jika bekas jerawat yang dialami cukup parah sebaiknya anda berunding terlebih dahulu dengan doktor kulit atau ahli kecantikan kulit.
Hal ini dilakukan agar wajah tidak semakin menderita dan rosak kerana salah pengendalian.
Ramuan Herba Alami
Ada beberapa tumbuhan atau bahan semulajadi yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan bekas jerawat, antaranya adalah seperti berikut:
1. Aloe Vera / Lidah Buaya
Lidah buaya telah digunakan selama berabad-abad untuk penjagaan kulit dan rambut.
Saat ini sudah banyak krim topikal berasaskan lidah buaya yang beredar di pasaran mahupun kedai ubat yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan bekas jerawat.
2. Madu
Madu mempunyai sifat antibakteria dan mempunyai kemampuan untuk melembutkan kulit. Oleskan madu di sekitar bekas jerawat, urut selama beberapa minit dan kemudian bilas dengan air hangat.
3. Minyak Zaitun
Minyak zaitun digunakan untuk melembabkan dan melembutkan tekstur kulit, sehingga boleh mengurangkan paparan menonjol dari bekas jerawat.
4. Tomato
Tomato merupakan sumber vitamin A yang berlimpah. Kesan utamanya adalah merangsang pengeluaran kolagen, sehingga menyembuhkan kulit dari bekas jerawat.
Caranya sangat mudah, cukup iris tomato dan tampal pada bekas jerawat minimum 2 kali sehari. /oketips





Jumaat, 11 November 2011

Petua Menghilangkan Jerawat dan Bekasnya dengan Madu


Honey 2 Tips Herbal: Menghilangkan Jerawat dan Bekasnya dengan Madu
Jika anda berjerawat atau mempunyai banyak bekas jerawat di wajah, tentu anda akan cuba segala macam petua dan ubatan untuk membuat jerawat dan bekasnya supaya menghilang dari wajah anda...ye tak?

Alam telah menyediakan ubat terbaik untuk menyembuhkan jerawat dan merawat kecantikan kulit.
Anda boleh membersihkan kulit secara holistik dengan menggunakan produk semulajadi dan mengambil makanan yang berkhasiat untuk kesihatan diri.
Salah satu produk alam yang boleh digunakan untuk merawat wajah berjerawat sekaligus mempercantik dan menegangkan kulit wajah adalah madu.
Madu boleh digunakan sebagai masker wajah untuk menghilangkan jerawat, bekas jerawat, serta mengurangkan kemerahan dan kerengsaan akibat jerawat.
Madu mengandungi sifat penyembuh semulajadi yang terdiri daripada enzim, antioksidan, dan anti bakteria yang boleh membantu membersihkan kulit.
Selain itu, madu merupakan pelembab semulajadi yang sangat bagus. Madu juga boleh mengurangkan kelebihan minyak pada kulit. Masker wajah yang diperbuat dari madu sangat bagus untuk orang yang mempunyai kulit sensitif.
Menggunakan madu 2-3 kali seminggu sebagai masker wajah,ia bukan hanya akan mengurangkan jerawat dan bekasnya, tetapi juga akan membuat kulit wajah anda bercahaya.
Ini adalah tips@petua menggunakan madu sebagai masker wajah untuk menghilangkan jerawat dan bekasnya:
1. Gunakan bandana untuk mengelakkan rambut terurai ke kawasan wajah sebelum menggunakan topeng wajah dari madu.
2. Buang semua make-up dan cuci wajah dengan sabun lembut dan air hangat sebelum menggunakan topeng madu.
3. Tuangkan satu sudu makan madu asli ke dalam mangkuk kecil. Jika mahu, anda boleh menghangatkan madu selama 10 saat dalam microwave sebelum menggunakannya.
4. Oleskan madu menggunakan aplikator atau jari yang sebelumnya sudah dibersihkan. Oleskan madu dengan lapisan tebal ke seluruh kawasan wajah.Biarkan madu melekat pada wajah selama 15 minit atau hingga satu jam ikut kemampuan anda,lagi lamal lagi baik kesannya.
5. Untuk menghilangkan madu, usapkan tuala kecil yang telah dibasahi dengan air hangat ke wajah. Ulangi proses ini sampai semua madu benar-benar bersih dari wajah.
Anda boleh menggunakan masker madu ini 2-3 kali dalam seminggu atau sesuai dengan keinginan anda.Selamat  mencuba..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik